“Apanak
heran, bro. Sekarang perempuan lebih ramai daripada lelaki kat KL ni,
jadi mamat tu tentu tak lepas peluang kalau ada perempuan yang nak ikut dia.
Mahu pulak kalau mamat tu orang kaya macam lu, mesti perempuan-perempuan tu
ikut ke mana-mana aje,” komen Adam Hadi dengan nada nakal.
“Eh
Adam, tak baik tau lu tuduh perempuan tu macam tu. Lu tengoklah
perempuan-perempuan tu semua sopan-sopan aje. Entah-entah mereka tu
adik-beradik ke, mana kita tahu. Ataupun mungkin memang mereka sengaja datang bertiga
kerana kalau berdua aje lelaki dan perempuan akan mudah timbul fitnah nanti.
Perempuan yang solehah takkan berdua-duaan sahaja dengan lelaki bukan mahramnya
kerana yang ketiga nanti adalah syaitan. Maka sebab itulah agaknya dia ajak
seorang lagi kawan mereka itu,” sampuk Rashid bagaikan seorang ustaz, cuba
menasihati kawan-kawannya. Entah mengapa hatinya bagaikan tidak rela
kawan-kawannya mengutuk Rodhiah.
“Alamak
bro, bila lu jadi ustaz?” perli Jafril sambil tertawa geli hati.
“Kenapa?
Kalau cakap pasal agama aje mesti jadi ustaz ke? Dah gua tahu sikit-sikit pasal
hukum Islam, jadi salah ke kalau gua nak kongsi dengan lu orang?”
“Lu
orang tahu tak, walau macam mana pun kita bersosial tapi pasal agama kita tak
boleh ambil senang. Nanti dalam kubur macam mana kita nak jawab kalau kita tak
nak ambil tahu pasal agama,” ujar Rashid bagaikan bertazkirah kepada
kawan-kawannya itu.
Kelihatan
Adrian, Jafril dan Adam Hadi agak tergamam kerana tidak menyangka Rashid boleh
berkata begitu kerana selama ini Rashid tidak pernah menasihati mereka sehingga
begitu sekali walaupun mereka tahu yang kedua-dua ibu bapa Rashid memang agak
alim orangnya. Ada tak ada pun Rashid sekadar mengingatkan mereka agar tidak
terlalu terikut-ikut cara kehidupan barat ketika mereka sama-sama belajar di
United States dulu.
Hati
Adrian benar-benar terusik dengan kata-kata Rashid itu. Adakah sebab aku tak
mengambil berat tentang hukum agama Islam maka Mia menjauhkan dirinya daripada
aku? Bisik hati kecil Adrian.
“Betullah
apa lu kata, bro. Gua pun kadang-kadang terfikir jugak pasal tu. Lu
ingat tak masa kat States dulu ada seorang pelajar Malaysia yang mati ketika
sedang enjoy kat disco? Gua dengar paru-paru dia macam tak
berfungsi tiba-tiba sebab banyak sangat minum minuman keras dan merokok. Huh,
bila ingat-ingat tu, gua jadi takut sangat bro,” ujar Adam Hadi sebagai
menyokong kata-kata Rashid.
“Dan
sebab tulah lu terus berhenti hisap rokok?” soal Adrian.
“Hmm...”
Adam Hadi hanya mengangguk.
“Thanks,
bro.banyak ilmu yang dapat kita pelajari dalam masa singkat ni. Tak
rugilah gua belanja lu orang hari ni,” ujar Adrian sambil menepuk lembut bahu
Rashid yang duduk di sebelahnya.
“Betul,
betul, gua pun setuju dengan apa yang Andy cakap tu. Thanks, Rash. Lu
banyak buat gua sedar hari ni,” ucap Jafril yang bagaikan terkedu sejak tadi
turut menepuk lembut bahu Rashid.
“Berkongsi
perkara yang boleh memberi kebaikan kepada sesama manusia boleh dikira sebagai
ibadah jugak. Jadi kalau tak dapat nak buat pahala banyak-banyak pada ibadah
lain-lain yang kita pun mungkin tak mampu nak buat, maka gua cubalah cari
pahala dengan cara-cara yang mudah macam ni,” ujar Rashid sambil tersenyum
mesra.
“Huh,
gua cemburulah sama lu, Rash. Gua ingat lepas ni gua pun nak pergi belajar
agama jugaklah walaupun sikit-sikit dulu. Gua rasa kita dah banyak buang masa
untuk enjoyaje masa kat overseadulu,” sampuk Adam Hadi pula.
“Baguslah
tu, Adam. Semoga ALLAH akan permudahkan niat lu itu dan semoga lu pun akan
dapat awek yang sopan-sopan macam mamat yang Andy tunjuk tu. Lu tahu tak, gua
ada terdengar satu ceramah oleh seorang ustaz bercakap pasal jodoh kita bahawa
ALLAH ada berfirman, hanya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan
begitulah sebaliknya. Maka kalau kita nak awek yang baik-baik maka kita pun
kenalah baiki diri kita dulu” ujar Rashid bertazkirah bagaikan seorang ustaz.
Adrian
yang mendengar kata-kata Rashid itu terkedu. Dia tidak tahu mengapa hatinya
tiba-tiba rasa sendu dan tanpa dia menyedarinya telah terlontar keluhan yang
dalam daripada bibirnya. Cepat-cepat Adrian menyedut straw minumannya bagi
menyorokkan reaksi yang tidak disengajakannya itu apabila tersedar
kawan-kawannya memandang ke arahnya, walaupun tiada apa-apa yang terucap
daripada mulut mereka.
“So,
malam ni punya program macam mana?” soal Adam Hadi memecahkan kesunyian.
“Cancel
ajelah,” cadang Jafril spontan.
“Kenapa?”
soal Rashid berkerut dahi.
“Tak
apa ke kita berkaraoke?” soal Jafril.
“Apa
salahnya kalau kita sama kita aje? Asalkan kita tak buat maksiat atau
berdua-duan dengan perempuan yang bukan muhrim kita. Setakat berkaraoke untuk
menghiburkan hati aje, tak mengapa,” jelas Rashid.
“Kalau
macam tu, tak bolehlah gua nak bawa awek gua,” ujar Adam Hadi sambil tersenyum
nakal.
“Hei,
bila pulak lu ada awek?” soal Jafril, sengaja mengusik.
“Apa
awek-awek ni? I rasa kita ni dah macam budak-budak mat rempitlah pulak dengan
bahasa yang caca marba ni. Mengapa tidak, mulai dari sekarang kita jadi lelaki
yang berkeperibadian tinggi dan matang, kerana bila you alldah mula
bekerja nanti, kenalah you alltunjukkan contoh yang baik kepada
pekerja-pekerja dan yang pentingnya kewibawaan you allketika berurusan
dengan pelanggan atau pelabur di syarikat tempat you allbekerja nanti!
Tak ada lagi lu gua atau awek mawek yang mengarut-ngarut ni. Kita gunakan
bahasa yang betul walau dalam situasi mana pun ketika berkomunikasi. Macam
mana? Okey?” celah Adrian tiba-tiba.
“Hah, you
alldengar tu kawan-kawan. Sekali Pengarah Urusan muda ni buka mulut, tak
terjawab kita dibuatnya. You has really shown your leadership and
charismatic qualities, bro,” komen Rashid sambil menepuk lembut bahu
Adrian.
“Hisy,
ada-ada ajelah you ni Rash. Anyway, kalau you dah boleh kongsi sedikit
ilmu agama dengan kami tadi, jadi I rasa tak salah kan kalau I jugak dapat
kongsi sedikit ilmu motivasi dengan you allsemua untuk bagaimana nak
jadi orang yang berjaya dalam kerjaya kelak,” balas Adrian sambil tersenyum mesra.
“Well,
very good.Sekurang-kurangnya sekarang bukan aje perut kita yang kenyang
tetapi minda kita pun berisi dengan ilmu yang boleh kita manfaatkan. Tak rugi
kita berjumpa hari ni,” ujar Jafril.
Adrian,
Adam Hadi dan Rashid mengangguk-angguk tanda bersetuju.
“Err...
to be frank,I memang seronok dapat jumpa you allni, tetapi I
mintak maaf banyak-banyak sebab tak boleh nak berlama-lama. I ada mesyuarat
pukul 3.00 nanti. Jadi macam mana? Dah habis makan ke semua? Boleh ke kita
beredar sekarang kerana dah dekat pukul 2.00 ni?” ujar Adrian sambil melihat
jam tangan.
“No
problem. Kami faham tugas you, Andy. Esok-esok kalau kami dah kerja pun
pasti akan terkejar-kejar masa macam you,” ujar Adam Hadi sambil memandang Jafril
dan Rashid seolah-olah memohon sokongan.
“Betul
apa yang Adam kata tu. Anyway, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak
pada you Andy kerana belanja kami makan hari ni. Nanti kalau kami dah kerja,
kami akan belanja you pulak,” ujar Jafril menyokong Adam Hadi.
“Betul
ke you allnak belanja I? Tapi kalau you all bertiga nak belanja
I seorang, tak mainlah kalau restoran macam ni aje,” balas Adrian dengan nada
nakal.
“Alamak,
bukan main lagi dia demand,” usik Jafril mengusik sambil tertawa
terkekeh-kekeh sebelum bangun mengikut Rashid dan Adam yang sudah pun berdiri
untuk beredar.
“Alang-alang
nak belanja, apa salahnya kan? Err... you all tunggu kat luar sekejap
ya, I nak uruskan bil bayaran dulu,” ujar Adrian terus dengan nada nakal
sebelum turut bangun apabila melihat kawan-kawannya yang bertiga itu sudah mula
mahu beredar dari meja mereka itu.
Sempat
Adrian berpaling seketika ke arah meja Mia Karmila apabila kawan-kawannya telah
pun beriringan menuju ke pintu restoran. Hati Adrian bergetaran apabila matanya
bertembung lagi dengan anak mata Mia Karmila yang kebetulan sedang turut
memerhatikannya Oh Mia, spontan jelas kelihatan bibir Adrian bergerak-gerak
menyebut nama Mia Karmila tanpa disedari.
Mia Karmila yang
perasan reaksi Adrian itu hanya mampu menelan air liur, menahan hatinya yang
juga tiba-tiba rasa bergetaran tidak menentu. Mia Karmila tidak tahu mengapa
dia harus rasa bergetaran begitu kerana baginya sama ada Adrian dapat menerima
perubahan penampilannya itu atau tidak sudah tidak memberi apa-apa makna
padanya.