“KenapaMia?”
soal Rodhiah apabila terpandang wajah Mia Karmila yang tiba-tiba kelihatan
sendu.
“Err...
apa, Kak Dee?” soal Mia Karmila terperanjat, bagaikan baru tersedar daripada
mimpi.
“Kenapa
akak nampak Mia tiba-tiba macam sedih aje? Ada ke apa-apa yang akak atau Ustaz
Aiman kata yang telah menyinggung perasaan Mia?” soal Rodhiah cuba menyelami
perasaan gadis di sebelahnya itu.
Shahriman
yang mendengar kata-kata Rodhiah turut merenung ke arah Mia Karmila dengan
kening yang berkerut. Dia turut terkejut dengan apa yang ditanyakan Rodhiah itu
kerana sebelum itu Mia Karmila kelihatan begitu riang dan seronok bergurau
senda sejak mula mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu.
“Eh,
tak adalah. Mana ada Mia sedih? Mia cuma terkejut bila terpandang lelaki-lelaki
yang baru bangun dari meja kat hujung tu tadi. Salah seorang daripada mereka tu
macam Mia pernah kenal. Tetapi mungkin dia tak berapa cam Mia sebab sekarang
Mia pakai tudung,” jawab Mia Karmila.
Rodhiah
segera mendongak dan memandang ke arahAdrian dan kawan-kawannya yang
baru mahu melangkah ke pintu utama restoran. Anak mata Rodhiah tiba-tiba
bagaikan terpanah ke arah Rashid yang kebetulan berpaling ke belakang
seolah-olah mahu menunggu Adrian yang baru selesai berurusan di kaunter
pembayaran.
“Mia,
lelaki yang pakai t-shirtwarna biru tua tu ke yang Mia rasa kenal?”
soal Rodhiah sambil matanya terus tertumpu ke arah keempat-empat lelaki yang
sudah berada di pintu restoran.
Mia
Karmila pula yang terkejut lalu segera berpaling memandang ke arah
lelaki-lelaki itu kerana seingatnya tadi Adrian berbaju kemeja lengkap dengan
bertali leher, iaitu pakaian rasmi ke pejabat dan bukan memakai t-shirtsebagaimana
yang dikatakan Rodhiah. Hati Mia Karmila juga jadi teruja tatkala Rodhiah
menyebut lelaki bert-shirtbiru itu. Pasti ada sesuatu yang telah
menarik perhatian Rodhiah mengenai lelaki yang dimaksudkan itu, bisik hati
kecil Mia Karmila.
Shahriman
yang baru mahu menyuap lagi makanannya turut terhenti lalu segera mendongak dan
memandang ke arah kumpulan lelaki yang dimaksudkan Rodhiah. Dia turut teruja
untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan Mia Karmila tiba-tiba bertukar
emosi sebentar tadi.
Mia
Karmila terus memerhatikan lelaki bert-shirtbiru yang kelihatan sedang
menepuk-nepuk lembut bahu Adrian sambil tersenyum mesra itu. Cuba mengingati
sama ada dia pernah mengenali lelaki itu ataupun tidak. Namun kotak fikirannya
bagaikan sudah letih memikirkan dan dia masih tidak dapat mengenali lelaki yang
dimaksudkan Rodhiah sehinggalah keempat-empat lelaki itu hilang daripada
pandangan.
“Kak
Dee, kenapa Kak Dee sangka lelaki yang pakai t-shirtbiru tu yang Mia
kenal? Kak Dee kenal dia ke?” soal Mia Karmila ingin tahu.
Rodhiah
tergamam. Tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba bergetar dan risau sekiranya Mia
Karmila tahu dia mengenali lelaki itu.
“Tak
adalah. Tapi tadi Kak Dee nampak macam dia yang berpaling memandang ke sini,
jadi Kak Dee sangkakan dia yang Mia kenal,” jawab Rodhiah.
“Oh,
iya ke? Tapi sebenarnya bukan dia yang Mia kenal,” ujar Mia Karmila, cuba
menceriakan kembali suaranya.
“Jadi
mana satu yang Mia kenal kerana mereka tadi ada empat orang, kan?” soal Rodhiah
mahu kepastian.
“Hmm...
tak apalah, Kak Dee. Tak penting pun. Cuma apa yang Mia risaukan tadi ialah
kalau dia benar-benar nampak Mia, sudah pasti dia akan terperanjat besar tengok
penampilan Mia sekarang. Itu aje,” balas Mia selamba, tidak mahu lagi
membincangkan perihal lelaki-lelaki itu.
Shahriman
merenung Mia Karmila dengan kening yang berkerut sebelum melempar senyuman
nakal. Hah, nilah peluang aku untuk menasihati gadis ni, bisik hati kecil
Shahriman.
Rodhiah
yang melihat reaksi Shahriman turut berkerut dahi seolah-olah keliru dengan
reaksi lelaki itu.
“Kenapa
Ustaz Aiman senyum-senyum ni? Ada apa yang geli hati sangat tu?” dengus Mia
Karmila seolah-olah merajuk dengan reaksi Shahriman yang dia tahu sengaja mahu
mengusiknya.
“Ha...ha...ha...
depan rezeki tak baik marah-marah. Nanti rezeki lari,” usik Shahriman tersenyum
nakal.
Sempat
Shahriman menyuap makanan yang masih bersisa di dalam pinggan di hadapannya
sebagai tanda menghargai rezeki yang ada itu.
“Huh,
pandailah Ustaz Aiman nak kenakan Mia. Yang Ustaz Aiman senyum-senyum macam
sengaja ejek saya tu kenapa?” soal Mia Karmila lagi dengan mata yang sengaja
dibuntangkan.
Shahriman
yang mahu menelan makanan yang masih dikunyahnya itu segera mendongak membalas
tenungan mata Mia Karmila yang sedang membulat itu dengan senyuman yang semakin
nakal sebelum dia meletakkan sudu dan garpu yang dipegang di atas pinggan.
“Saya
hanya terfikir, kalaulah lelaki tu nampak Cik Mia tadi, pasti dia bukan aje
terkejut besar tetapi dia jugak akan terus jatuh hati,” jawab Shahriman sambil
terus tersenyum.
“Jatuh
hati pada siapa?”
“Pada
Cik Mialah.”
“Kenapa
pulak?”
“Sebab
lelaki akan lebih menghargai sesuatu yang susah untuk dikongsi dengan orang
lain,” ujar Shahriman dengan penuh maksud tersirat.
Serentak
Mia Karmila dan Rodhiah merenung Shahriman dengan dahi yang semakin berkerut
kerana tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan ustaz muda itu.
“Apa
maksud Ustaz Aiman?” soal Mia Karmila.
“Dengan
penampilan Cik Mia yang sopan begini, saya yakin lelaki itu akan lebih teruja
dan akan berasa bangga kalau dapat memikat hati Cik Mia.”
“Mana
Ustaz Aiman tahu? Ustaz aje nak perli saya, kan?”
“Kerana
saya lelaki. Saya tahulah naluri lelaki,” balas Shahriman.
“Tapi
tak semua lelaki sama,” komen Mia Karmila pula dengan nada selamba.
Rodhiah
yang senyap sahaja sejak tadi hanya mengangguk-angguk sambil terus memandang ke
arah Shahriman.
Shahriman
segera menyedut straw minuman, mahu membasahkan tekaknya yang agak serat dengan
makanan yang baru ditelan sebentar tadi sebelum menjawab komen Mia Karmila.
“Betul,
tak semua lelaki sama tetapi semua lelaki ada ego. Hanya tahap ego mereka aje
yang berbeza-beza.”
“Jadi?”
“ALLAH
jadikan lelaki dengan satu nafsu dan sembilan akal manakala perempuan pulak
satu akal dan sembilan nafsu. Lelaki akan lebih menggunakan akal ketika
menangani kehendak nafsu ataupun ego yang sering dipengaruhi nafsu. Dengan
kelebihan akal itu lelaki akan lebih berupaya meletakkan egonya di tahap yang
betul.” Kata-kata Shahriman terhenti seketika sambil menarik nafas.
“Apa
kena-mengenanya dengan kata-kata Ustaz Aiman tentang lelaki yang mungkin
mengenali saya tadi?” soal Mia Karmila, masih keliru.
“Di
dalam Islam, lelaki mempunyai hak-hak tertentu terhadap perempuan-perempuan
yang menjadi tanggungannya, iaitu termasuklah isteri, ibu, anak dan
adik-beradik perempuannya. Lelaki yang memahami hak dan tanggungjawab itu,
secara tak langsung akan sentiasa meletakkan egonya di tahap yang tinggi di
dalam memastikan haknya takkan mudah dikongsi dinikmati oleh orang lain, kerana
sekiranya dia membiarkan itu berlaku, maka akan berdosalah dia,” jawab
Shahriman.
“Hisy,
saya tak fahamlah kata-kata Ustaz Aiman yang berbelit-belit ni,” keluh Mia
Karmila.
Rodhiah
pula kelihatan mengangguk sambil mula tersenyum mesra seolah-olah sudah dapat
memahami apa yang dimaksudkan Shahriman.
“Mia,
apa yang Ustaz Aiman cuba sampaikan ialah, lelaki yang mengenali Mia tu pasti
akan lebih menghormati dan menghargai diri Mia di dalam penampilan yang sopan
begini kerana lelaki lain takkan dapat menikmati atau melihat tubuh dan aurat
Mia yang tak sepatutnya dilihat lelaki lain selain suami Mia kelak. Dan dengan
itu tak mustahil, mungkin lelaki itu akan lebih teruja untuk memikat Mia kerana
hasutan egonya yang tinggi apabila dapat menunjukkan kepada kawan-kawannya
bahawa perempuan yang menjadi isterinya adalah haknya seorang. Ini kerana
seseorang perempuan yang menjaga maruahnya tak mudah membiarkan tubuhnya
dilihat orang lain selain yang hak,” jelas Rodhiah sebelum sempat Shahriman
berkata apa-apa. Dia kasihan melihat Mia Karmila yang terus keliru dengan
kata-kata Shahriman yang penuh simbolik itu.
Mia
Karmila segera merenung Rodhiah dan kemudian beralih ke arah Shahriman dengan
pandangan keliru.
“ALLAH
telah menjadikan tubuh dan aurat wanita sebagai sesuatu kejadian yang amat
indah terutamanya di mata lelaki, sehinggakan syaitan dan iblis akan suka
menggunakan keindahan itu untuk menyesatkan lelaki dan perempuan yang tidak
beriman. Jadi bagi memastikan keindahan itu terus dihargai dengan nilai yang
tinggi dan hanya akan dapat dinikmati orang yang hak, maka Islam telah
mewajibkan perempuan menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan,” ujar
Shahriman cuba menjelaskan lagi kata-kata Rodhiah tadi.
Mia
Karmila mengangkat kening seolah-olah masih mahukan Shahriman atau Rodhiah
menerangkan lebih lanjut.
“Saya
bersyukur kerana Cik Mia telah mendapat hidayah dan sekarang berusaha mencari
keredaan ALLAH! Saya harap Cik Mia akan terus ikhlas untuk mengekalkan
penampilan yang menutup aurat begini pada setiap masa dan bukan hanya ketika
menghadiri kelas agama aje. Jangan sekali-kali Cik Mia sengaja memperagakan
segala kecantikan yang Cik Mia miliki sebagai seorang perempuan kepada orang
yang bukan hak seperti sebelum ni,” pesan Shahriman
Entah
kenapa hatinya amat gembira apabila Mia Karmila bersungguh-sungguh mahu menukar
penampilannya. Namun dia tidak tahu mengapa jauh di sudut hatinya terdetik pula
rasa cemburu apabila teringat ada lelaki lain yang pernah mengenali Mia Karmila
sebelum ini.
Mia
Karmila tergamam mendengar kata-kata Shahriman itu. Hatinya tiba-tiba
bergetaran apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Shahriman yang bagaikan
cuba menjelaskan bahawa mata itu pernah melihat keindahan tubuh Mia Karmila
sebelum ini walaupun tanpa dipinta.
Mia
Karmila segera menunduk sambil menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan rasa
malu pada diri sendiri kerana lelaki yang berada di hadapannya itu mungkin
tidak menghargai lagi dirinya kerana pernah melihat apa yang tidak sepatutnya
dia lihat daripada tubuhnya sebelum ini. Rasa malu itu lebih memilukan hati Mia
Karmila apabila dia terlihat senyuman yang mesra terus terukir di bibir Shahriman
walaupun Mia Karmila dapat melihat keikhlasan yang jelas terpancar daripada
anak mata lelaki itu.
“Terima
kasih, Ustaz Aiman.”
“Terima
kasih untuk apa?”
“Kerana
telah menyedarkan saya daripada kelalaian. Nasib baik saya terjumpa dengan
Ustaz Aiman malam tu, kalau tak saya pun tak tahu apa yang akan jadi pada saya
sekarang,” jelas Mia Karmila dengan suara yang lirih.
Rodhiah
yang tidak tahu-menahu peristiwa yang membawa kepada perkenalan Mia Karmila dan
Shahriman itu segera memandang ke arah Mia Karmila sebelum beralih ke arah
Shahriman dengan kening yang berkerut. Dia terus merenung Shahriman yang
kebetulan memandang ke arahnya. Anak mata Rodhiah terus terpaku ke anak mata
Shahriman dengan tidak berkelip seolah-olah mahukan lelaki itu menjelaskan
kepadanya akan hubungan sebenar antara dia dan Mia Karmila.
Tanpa
menghiraukan panahan anak mata Rodhiah, Shahriman mengalihkan pandangannya ke
arah Mia Karmila sambil terus tersenyum mesra.
“Cik
Mia, macam yang umi cakap tadi, semua yang berlaku tu adalah rahmat ALLAH pada
Cik Mia kerana ALLAH sayangkan Cik Mia. Jadi, Cik Mia kenalah banyak-banyak
bersyukur dan taat kepada perintah-NYA dengan penuh ikhlas,” ujar Shahriman
dengan nada yang lembut dan tenang.
“Insya-ALLAH,
Mia akan selalu ingat pesan Ustaz Aiman. Sebab itulah...” Tiba-tiba Mia Karmila
bagaikan terputus kata-kata.
Shahriman
mengangkat kening tanda hairan apabila terlihat mata Mia Karmila yang
bersinar-sinar keriangan, jelas membayangkan bahawa gadis itu sedang menahan
rasa lucu yang tiba-tiba menerjah di hatinya walaupun dia cuba menyorokkan
reaksi itu dengan menutup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan.
“Sebab
apa, Mia?” soal Rodhiah yang terlihat reaksi Shahriman itu turut teruja lalu
segera bertanya Mia Karmila yang kelihatan cuba menahan gelaknya daripada
terhambur.
“Mia
geli hati benar bila pertama kali Mia cuba sujud syukur selepas Ustaz Aiman
hantar Mia balik malam tu sebab Mia tak tahu macam mana nak buat dan apa nak
baca semasa sujud tu,” sambung Mia Karmila sambil tertawa kecil.
“Oh,
iya ke? Malam bila tu?” soal Rodhiah mengambil kesempatan untuk merisik perkara
yang berlegar-legar di fikirannya sejak tadi.
“Malam
pertama kali Mia berjumpa dengan Ustaz Aiman apabila Mia terpaksa naik teksi
Ustaz Aiman,” jawab Mia Karmila.
“Oh,
macam tu ke? Tapi apa yang membuatkan Ustaz Aiman sampai menyuruh Mia bersujud
syukur?” soal Rodhiah ingin tahu.
“Sebab
Cik Mia selamat sampai di rumahnya walaupun dia tidak memandu keretanya sendiri
pada hari itu. Kan kita memang disarankan bersyukur kepada ALLAH walau apa pun
yang terjadi pada kita, tak kiralah perkara baik atau sebaliknya kerana setiap
yang berlaku itu adalah atas kehendak-NYA. Sekiranya baik, itu bermakna DIA
memberi kita nikmat dan kalau sebaliknya adalah DIA mahu menguji kita.
Sekiranya
kita reda dan sabar menerima ujian-NYA maka pasti ALLAH akan memberi kita
pahala dengan menaikkan darjat kita di sisi-NYA. Dan sebab itulah kita perlu
bersyukur walau dalam apa jua keadaan yang kita tempuhi. Jangan sesekali
menyesali apa yang berlaku kerana itu seolah-olah kita mempersoalkan kekuasaan
dan keagungan ALLAH yang Maha Adil dan Maha Mengetahui segala apa yang
diaturkan-NYA. Itu kufur namanya. Na’uzubillah,” ujar Shahriman.
Mia Karmila
tergamam. Hakikatnya Shahriman sudah dapat membaca niat Rodhiah yang
seolah-olah sengaja mahu merisik apakah hubungan sebenar antara dia dengan Mia
Karmila. Shahriman hairan mengapa Rodhiah bersikap begitu. Shahriman juga jadi
amat terusik dengan sifat telus Mia Karmila apabila dilihatnya gadis itu begitu
jujur bercerita tadi.
“Hmm...
betul apa yang Ustaz Aiman kata tu. Kita perlu bersyukur kepada ALLAH walau
dalam apa jua keadaan kerana setiap yang terjadi itu ada hikmah yang kita tidak
ketahui. Samalah macam pertemuan kita pada hari ni. Mula-mula tadi akak ingat
macam dah nak balik aje bila barang yang akak nak beli tak ada. Tapi siapa
sangka akak boleh jumpa Mia dan Ustaz Aiman kat situ dan dapat makan freemakanan
sedap pulak,” ujar Rodhiah tersenyum mesra.
“Alhamdulillah,
kalau Kak Dee dan Ustaz Aiman seronok makan dengan Mia. Hanya itu ajelah yang
mampu Mia lakukan untuk balas jasa baik Ustaz Aiman dan Kak Dee yang telah
banyak berkongsi ilmu dengan Mia,” ujar Mia Karmila sambil mengelus lembut
lengan Rodhiah sebelum memandang ke arah Shahriman dengan pandangan syahdu.
“Kita
sama-sama belajar Cik Mia, kerana tak ada siapa pun yang pandai kat dunia ni
melainkan ALLAH. Ilmu ALLAH itu terlalu luas sehingga tiada siapa pun yang
dapat menandingi-NYA. Dan sebab tulah kita perlu terus belajar dengan
menghadiri majlis-majlis ilmu selagi mana kita mampu menghadirinya.
Sesungguhnya ALLAH akan memberi pahala yang besar kepada sesiapa yang
menghadiri majlis ilmu,” balas Shahriman.
Mia Karmila
dan Rodhiah hanya mengangguk.