“Humairah?Kenapa
pulak Humairah?” soal Mia Karmila terkejut.
Kedengaran
Shahriman terus tertawa kecil di hujung talian sebelum menarik nafas panjang
seolah-olah cuba mencari idea untuk menjawab pertanyaan itu.
“Humairah
adalah nama panggilan manja Rasulullah kepada isterinya, Aishah. Humairah
bererti ‘pipi yang merah’. Jadi saya suka nak panggil Cik Mia dengan nama
Humairah macam Rasulullah memanggil isterinya, Aishah. Boleh, kan?”
Entah
untuk keberapa kalinya Mia Karmila tergamam ketika mendengar kata-kata
Shahriman malam itu. Dia benar-benar tidak menyangka sehingga sejauh itu
Shahriman mahu bergurau dengannya.
“Ustaz
Aiman saja nak mengusik saya, kan?” soal Mia Karmila, dengan suara yang cuba
distabilkan menahan hatinya yang sedang bergetaran.
“Apa
pulak nak mengusik? Dah Cik Mia kata saya boleh panggil Cik Mia dengan apa-apa
nama pun yang saya suka, maka saya nak panggil Cik Mia sebagai Humairah. Cik
Mia tak nak?” soal Shahriman.
“Bukan
tak nak. Malah saya rasa seronok sangat. Tapi... errr... tak apalah! Suka
hatilah apa pun Ustaz Aiman nak panggil saya, asal aje yang baik-baik,” ujar
Mia Karmila akur.
“Alhamdulillah,
seronok saya mendengarnya. Hmm... jadi mulai sekarang saya dah boleh panggil
Mia ataupun Humairah, kan?” soal Shahriman menduga.
“Suka
hatilah. Kalau nak panggil saya sayang pun boleh,” jawab Mia Karmila nakal.
Entah
mengapa Mia Karmila tiba-tiba jadi begitu teruja untuk membalas gurauan
Shahriman. Kemesraan yang ditunjukkan Shahriman benar-benar berkesan di
hatinya.
“Oh,
iya ke? Kalau saya panggil sayang, tak ada orang marah ke?” soal Shahriman.
“Bagi
saya, tak adalah. Tapi bagi Ustaz Aiman, saya tak tahulah pulak. Ada orang akan
marah ke?” Sengaja Mia Karmila membalikkan soalan itu pada Shahriman, ingin
menduga sejauh mana lelaki itu berani bergurau dengannya.
“Wah,
Mia dah pandai perangkap saya ya?” uajr Shahriman terkekeh-kekeh di hujung
talian.
Dia
dapat bayangakn senyuman dan lirikan mata Shahriman yang menggoda sedang
mengusiknya. Mia Karmila turut tersenyum sendirian.
“Siapa
yang perangkap siapa? Tapi, saya tak kisahlah. Apa-apa hal pun Ustaz Aiman
jawablah sendiri kalau ada orang yang marah,” balas Mia Karmila selamba.
“Sebab
tak ada siapa yang nak marah saya, maka saya berani nak panggil Mia dengan
panggilan Humairah. Nak ambil sunah Rasul,” ujar Shahriman selamba.
“Jadi
sekarang nama saya ialah Mia Karmila Humairah. Betul, kan?”
“Mia
Karmila yang berpipi merah,” usik Shahriman nakal.
“Terima
kasih kerana telah memberi saya nama baru yang cantik. Harap-harap tak adalah
perempuan lain yang kenal Ustaz Aiman ada nama macam saya. Kalau ada, takut
Ustaz Aiman keliru pulak bila nak panggil saya nanti,” balas Mia Karmila terus
tertawa kecil sengaja memerli Shahriman.
Mia
Karmila terdengar Shahriman ketawa kecil di hujung talian. Apalah agaknya yang
membuatkan Aiman seronok sangat tu? Mia Karmila terus berfikir.
“Mia
jangan risau kerana saya belum pernah panggil nama Humairah pada perempuan lain
yang saya kenal. Jadi saya takkan keliru,” ujar Shahriman sengaja menekankan
suaranya seolah-olah cuba meyakinkan.
“Alhamdulillah,
lega rasanya,” balas Mia Karmila sambil menarik nafas lega.
“Lega
kenapa?” soal Shahriman keliru.
“Lega
dapat jadi sahabat Ustaz Aiman yang takkan mudah dilupai,” jawab Mia Karmila.
“Insya-ALLAH,
semoga persahabatan kita kekal abadi. Hmm... Humairah tak mengantuk lagi ke?
Dah dekat pukul 10.00 ni?” tanya Shahriman prihatin.
“Err...
saya selalu tidur lewat.”
“Buat
apa tidur lewat-lewat?”
“Macam-macam
nak buat!”
“Dah
malam-malam pun masih banyak macam-macam nak buat?”
“Biasalah
orang perempuan.”
“Boleh
kongsi tak? Nak jugak nak tahu, kot-kot boleh bantu.”
“Mana
boleh beritahu, tu rahsia perempuan,” jawab Mia Karmila sambil tertawa
terkekeh-kekeh.
“Oh,
lupa pulak saya yang orang perempuan ni banyak rahsia. Tapi apa-apa hal pun,
Humairah jangan lupa buat Solat Witir sebelum tidur. Jadi sekiranya Humairah
tak terjaga untuk Solat Tahajud atau qiamulail tengah malam, sekurang-kurangnya
Humairah dah melakukan Solat Witir untuk malam itu,” pesan Shahriman.
Entah
mengapa hati Shahriman begitu mengharapkan agar hubungannya dengan Mia Karmila
bukan hanya sebagai sahabat. Dia tidak tahu mengapa dia mengharap begitu. Dan
sebab itu jugalah Shahriman mahu membimbing Mia Karmila untuk benar-benar
menjadi seorang wanita yang solehah.
“Err...
wajib ke kita Solat Witir setiap malam?” soal Mia Karmila keliru.
“Ia
tak wajib tetapi sunat yang diberatkan ataupun yang dipanggil sunat muakkad.
Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
kepadanya bahawa tiga perkara yang harus Abu Hurairah lakukan ialah Solat Witir
sebelum tidur, puasa tiga hari setiap bulan dan Solat Dhuha. Hadis ni boleh
kita ambil sebagai Rasulullah amat suka pada orang yang mengerjakan ketiga-tiga
perkara itu walaupun ia hanyalah sunat. Sebab tulah saya sarankan Mia buat
Solat Witir setiap malam dan bukannya hanya ketika bulan Ramadan aje, sebagai
mengikut sunnah Rasul,” jawab Shahriman panjang lebar.
“Oh,
saya tak tahu pun Solat Witir tu kena buat tiap-tiap malam. Saya hanya pernah
dengar semasa mengikut kawan-kawan Solat Tarawih pada bulan Ramadan masa kat
kampus dulu. Hmm... banyak lagi rupanya yang saya masih belum tahu,” keluh Mia
Karmila kesal akan kejahilan yang masih membelenggu dirinya.
“Jangan
mengeluh, Humairah. Humairah sepatutnya bersyukur kerana ALLAH telah memberi
hidayah dan taufiknya untuk Humairah menuntut ilmu agama. Bukan semua orang
boleh dapat hidayah daripada ALLAH tu. Jadi saya harap sangat agar Humairah
teruskan mendalami agama dengan sentiasa menghadiri kelas-kelas agama dan
majlis ilmu. Hmm... esok Humairah datang belajar kat rumah umi tak?” tanya Shahriman
tiba-tiba.
“Insya-ALLAH.
Kenapa Ustaz Aiman tanya?” soal Mia Karmila hairan.
Adakah
dia merinduiku sebagaimana aku sering merinduinya? Bisik hati kecil Mia Karmila
bertanya sendirian namun terus berharap ia akan menjadi kenyataan.
“Kalau
Humairah datang esok, Humairah mintaklah umi ajar pasal Solat Witir dan Solat
Dhuha tu. Lagi cepat Humairah belajar, lagi cepat Humairah boleh lakukannya,”
balas Shahriman beri perangsang.
“Hmm...
betul jugak cadangan Ustaz Aiman tu. Insya-ALLAH, saya akan mintak Ustazah
Habibah ajar saya pasal solat tu selepas mengaji al-Quran esok. Err... esok
Ustaz Aiman ada kelas kat Darul Hana ke?” soal Mia Karmila mahu merisik.
“Kalau
ada kenapa? Humairah nak belajar kat Darul Hana ke?” soal Shahriman sengaja
mengusik.
“Tak
adalah. Mana saya layak nak belajar kat Darul Hana tu. Baca Quran pun masih
terangkak-rangkak, macam mana nak hafal dan jadi tahfiz macam dia orang tu.
Buat gelak pelajar-pelajar lain aje,” ujar Mia Karmila merendah diri.
“Alah,
mereka tu pun dulu merangkak-rangkak macam Humairah jugak. Tapi berkat usaha
dan niat ikhlas mereka, maka mereka boleh hafal berjuzuk-juzuk macam sekarang.
Lagipun kat Darul Hana bukan aje belajar tahfiz tetapi ada jugak kelas-kelas
agama yang lain termasuk tafsir al-Quran. Sebab tulah kita ambil Ustazah
Rodhiah untuk mengajar ilmu Fiqh kepada pelajar-pelajar mendalami hukum-hukum
agama Islam yang lain,” jelas Shahriman.
“Oh,
iya ke? Tapi...”
“Tapi
apa, Humairah?”
“Saya
malulah sebab umur saya jauh lebih tua daripada mereka semua. Kalau saya
belajar dengan Ustaz Aiman aje, boleh tak?” soal Mia Karmila sengaja menduga.
“Boleh,
tak jadi masalah. Tapi kena ada syarat,” ujar Shahriman dengan nada nakal.
“Apa
syaratnya?” soal Mia Karmila teruja.
Sementara
di hujung talian terdengar desah nafas Shahriman seolah-olah sedang bergetar
kencang.
“Err...
tak ada apalah. Saja saya nak usik Humairah. Humairah teruskanlah belajar
dengan umi kerana itu adalah lebih baik daripada belajar dengan saya aje.
Bila-bila ada kelapangan nanti saya akan turut sama dengan umi untuk mengajar
Humairah. Kalau kita bertiga lebih baik daripada kita berdua aje. Takut timbul
fitnah pulak nanti,” jawab Shahriman lembut.
“Hmm...
saya setuju dengan apa yang Ustaz Aiman katakan tu. Jadi, esok Ustaz Aiman ada
kat rumah atau kat Darul Hana?” soal Mia Karmila merisik sekali lagi.
Entah
kenapa hati Mia Karmila bagaikan tidak sabar untuk menatap wajah yang tenang
dan tampan itu secara dekat. Tidak puas rasanya hanya berbual melalui telefon.
Terbayang-bayang senyuman Shahriman di tubir mata. Tanpa Mia Karmila sedari,
terlontar keluhan kecil daripada mulutnya ketika menahan hatinya daripada terus
bergelora setiap kali terbayangkan wajah tampan Shahriman.
Namun cepat-cepat Mia Karmila beristighfar dalam
hati. Cuba menyedar dirinya bahawa Shahriman adalah lelaki yang beriman dan
tidak mungkin akan terpikat dengan gadis yang jahil ilmu agama sepertinya. Mia
Karmila jadi sendu tiba-tiba.