Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
221,026
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 21

RAYYAN memerhatikan keadaan rumah yang dihias cantik. Nyata dia keliru dengan arahan ibunya yang menyuruhnya ke sini.

“ Rumah siapa ini, ibu?” Tanya Rayyan.

“ Rumah kitalah. Ibu dah tandatangan surat perjanjian jual beli,” kata Puan Hajjah Salamah kepada Rayyan. Dipandang juga kepada Hannah yang kelihatan sugul. Melihatkan wajah sugul itu membuatkan Puan Hajjah Salamah semakin bersimpati kepada Hannah.

“ Ibu tak tinggal dengan atuk?” Tanya Rayyan agak terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh ibunya.

Puan Hajjah Salamah tersenyum lebar.

“ Ibu nak tinggal dengan anak-anak ibu,” kata Puan Hajjah Salamah.

“ Mak cik tak marahkan kami?” Tanya Hannah pula sambil memandang sayu kepada Puan Hajjah Salamah.

Puan Hajjah Salamah memegang telapak tangan Hannah yang duduk di sofa bersebelahannya sambil di elusnya penuh kasih.

“ Bukan mak cik, tapi ibu,” kata Puan Hajjah Salamah sambil membetulkan bicara Hannah itu.

Hannah tersenyum. Terasa ringan beban yang digalasnya apabila mendengarkan bicara penuh keibuan dari Puan Hajjah Salamah itu.

“ Ibu tak marahkan Hannah?” Tanya Hannah lagi sambil memandang Puan Hajjah Salamah. Kolam matanya mula berkaca.

“ Tak sayang. Ibu tahu anak ibu ini tak bersalah,” kata Puan Hajjah Salamah.

Hannah segera mendapatkan Puan Hajjah Salamah lalu dipeluknya penuh kasih. Dia tidak menyangka yang Puan Hajjah Salamah mempercayai dirinya.

“ Ibu tahu anak ibu tidak akan melakukan perbuatan terkutuk begitu. Ibu tahu Hannah dan Rayyan diperangkap,” kata Puan Hajjah Salamah.

“ Rayyan syak Hanif dan perempuan tu perangkap Rayyan,” kata Rayyan dengan wajah yang serius.

Hannah melepaskan pelukannya dan terus menggeleng kepada Puan Hajjah Salamah. Dia tahu perempuan itu yang dimaksudkan oleh Rayyan adalah dirinya.

“ Tak ibu, Hannah tak tahu apa-apa. Yang Hannah tahu Hanif telah memberikan minuman kepada Hannah dan selepas itu Hannah berasa pening. Hannah masuk ke dalam bilik lalu tertidur. Apabila Hannah membuka mata Hannah dapati yang Rayyan berada di sebelah Hannah. Hannah sendiri di perangkap. Percayalah ibu,” kata Hannah cuba menerangkan duduk perkara sebenar.

“ Ibu percaya,” kata Puan Hajjah Salamah cuba menenangkan Hannah yang sudah bergenang airmatanya. Wajah Hannah kelihatan cengkung sedikit setelah seminggu kejadian mengaibkan ini berlaku.

Rayyan mendenggus geram. Sikap ibunya yang begitu mudah percaya dengan orang luar membuatkan Rayyan bertambah panas.

“ Ibu percayalah sangat. Ibu jangan lupa yang dia ni bekas pelacur! Dia yang perangkap Rayyan sebab dia nak kikis harta Rayyan,” kata Rayyan geram sekali.

“ Ah banyak sangat ke harta Tuan Rayyan tu sampai saya sanggup untuk menjatuhkan maruah saya sendiri. Alang-alang saya nak buat begitu, lebih baik saya perangkap Tan Sri. Dah sah-sah dia kaya raya,” kata Hannah cuba menyedarkan Rayyan hakikat yang sebenar.

“ Kurang ajar!” Tengking Rayyan terus menampar pipi Hannah dengan kuat. Nyata perbuatan Rayyan itu membuatkan Hannah terkedu sendirian. Begitu juga dengan Puan Hajjah Salamah yang tidak menyangka yang anaknya boleh bersikap kasar kepada kaum wanita.

Kemudian Rayyan menarik Hannah dan menolak Hannah jatuh ke lantai. Dia ingin membelasah Hannah tetapi perbuatannya terus di halang oleh Puan Hajjah Salamah.

“ Eh apa yang kau nak buat ni, Rayyan?” Kata Puan Hajjah Salamah cuba menyabarkan Rayyan.

Hannah yang tersembam di lantai hanya mampu menangis tersedu-sedu.

“ Lepaskan Rayyan, ibu. Biar Rayyan ajar pelacur ini!” Kata Rayyan yang sudah marak dengan api kemarahan.

“ Bawa mengucap Rayyan, bawa mengucap!” Kata Puan Hajjah Salamah yang nyata bimbang dengan sikap ganas Rayyan itu.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.