Afiyah hanya memandang lelaki di hadapannya itu yang kelihatan gelisah.
“Eij tak sihat?” soalnya agak bimbang melihat keadaan lelaki itu.
“Fiyah kena dengar apa yang Eij nak beritahu ini,” balas Eijaz tanpa menjawab pertanyaan Afiyah. Dia duduk berdepan dengan gadis itu.
“Tapi Fiyah ada kelas sekarang ini. Boleh tak lepas ini Eij beritahu Fiyah? Penting sangat ke?” soal Afiyah sambil melihat jam tangannya.
Aku dah lewat lima belas minit ini!
“Jam berapa Fiyah ada masa hari ini?” tanya Eijaz dengan kening berkerut.
“Hari ini Fiyah full class Eij. Okay, just five minutes. Tell me now,” jawab Afiyah sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Eijaz terdiam sejenak.
“Sebenarnya…”
(Lagu jampi nyanyian Hael Husaini berkumandang)
“Kejap ek,” Afiyah menyambut panggilan daripada Suha.
“Fiyah kat mana? Mrs. Hazel cari Fiyah. Cepat masuk kelas,” beritahu Suha laju.
“Okay kejap.” Afiyah menekan punat merah sambil menoleh memandang Eijaz.
“Eij sorry. Fiyah kena masuk kelas sekarang. Nanti Fiyah call ya,” katanya sambil mencapai beg galasnya.
“Okay,” balas Eijaz dengan nada yang perlahan. Dia hanya memandang langkah gadis itu berlalu. Keluhan berat dilepaskan.
*****
“Awak dah tahu akan gagal subjek saya, tapi kenapa lewat masuk kelas saya lagi?” soal Mrs. Hazel dengan nada tegas.
“Sorry Mrs.Haz,” ucap Afiyah dengan perasaan bersalah. Mrs. Hazel bersandar pada kerusinya sambil memandang gadis itu.
“Awak nak saya beri peluang?” soalnya dengan tenang.
“Maksud Mrs. Hazel?” soal Afiyah pula. Dia agak keliru dengan maksud pensyarah muda itu.
“Hari itu awak merayu dengan saya nak buat semula assignment itu. So, hari ini saya beri awak peluang sekali lagi. Tapi dengan syarat. Awak kena hantar semula dalam tempoh empat hari bermula esok. Awak tak hantar dalam masa itu, saya dah tak boleh tolong awak,” balas Mrs Hazel dengan senyuman. Afiyah terkedu.
“Tapi…ta…”
“Awak tak suka?” tanya Mrs Hazel apabila melihat gadis itu seperti kebingungan.
“Tak Mrs.Haz. Saya cuma terkejut. Saya tak tahu nak cakap apa. Thank you so much,” jawab Afiyah dengan perasaan sebak dan terharu dengan peluang yang diberikan. Mrs. Hazel tersenyum mengangguk.
“Saya pun tak nak pelajar cemerlang macam awak gagal disebabkan hanya satu kesilapan. Semua manusia berhak diberikan peluang kedua. Awak boleh lah pergi sekarang. Awak tak banyak masa tau. Jangan ulangi kesilapan lalu,” nasihatnya.
“Faham Mrs. Haz. Thank you. Saya keluar dulu,” balas Afiyah sambil tersenyum lebar. Dia beredar keluar dari bilik pensyarah muda itu dengan dada yang lapang. Mrs. Hazel tersenyum kecil.
Daf you kena berterima kasih dengan I.
*****
“Tahniah Fiyah,” ucap Suha turut gembira mendengar cerita sahabatnya itu. Afiyah hanya tergelak kecil.
“Alhamdullillah. Allah permudahkan semuanya bagi saya. Bermula dengan Daf, papa dan sekarang ini Fiyah dah tak risau lagi sebab dah tak ada subjek yang Fiyah akan gagal. Alhamdullillah,” ucap Afiyah dengan perasaan gembira.
“Alhamdullillah,” ucap Suha turut tumpang gembira.
“Untuk kawan baik Fiyah yang seorang ini, thank you so much. Awak selalu ada untuk beri saya nasihat dan sokongan apabila saya perlukan seseorang. Awak memang seorang kawan yang baik Suha,” puji Afiyah ikhlas sambil memeluk gadis itu.
“Sama-sama,” balas Suha sambil membalas pelukan gadis itu.
“Sebenarnya semuanya datang dari Fiyah sendiri. Bukan dari Suha atau sesiapa. Kalau bukan datang dari hati Fiyah sendiri, tak ada siapa yang boleh ubah Fiyah. Hati Fiyah itu sebenarnya lembut cuma kepala itu yang keras sikit,” sambungnya separuh mengutuk. Afiyah tergelak besar mendengar kata-kata gadis itu.
Aku? Lembut hati?
*****
Rina hanya memandang sahabatnya itu yang termenung sedari tadi.
Kata nak ke library untuk cari rujukan. Ini dah hampir setengah jam mengelamun.
Rina menggeleng perlahan.
“Liya tak sihat ke?” soalnya prihatin. Aliya hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya itu sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap.
“Liya, sejak akhir-akhir ini Rina perasan Liya selalu aje termenung. Dah tak macam dulu. Kenapa susah sangat nak berkongsi dengan Rina dan Suha?” soal Rina yang agak kecewa dengan sikap gadis itu. Apatah lagi kini dia sudah tahu yang gadis itu menyembunyikan hubungannya dengan Eijaz. Entah apa yang gadis itu takut sangat sehingga sanggup menipu mereka. Rina mengeluh perlahan.
Sudah lah fikir pasal exam yang tunggu hari aje. Seorang ini pula buat aku pening kepala.
“Liya cuma hairan dengan perempuan tak guna itu. Sejak teman lelakinya menghilang, tiba-tiba pula dia berbaik dengan papa. Nampak sangat perempuan itu ada muslihat,” kata Aliya sambil mendengus geram. Berkerut kening Rina memandang sahabatnya itu.
“Tapi kalau pasal uncle Shim dan Fiyah yang dah berbaik bukan itu berita gembira ke?” soalnya agak hairan. Aliya tersenyum sinis.
“Berita gembira? Perempuan tak guna itu sanggup buat apa saja untuk balas dendam Rina. Aku tak percaya kalau perempuan itu ikhlas nak berbaik dengan papa. Perempuan itu talam dua muka!” jawabnya dengan nada agak keras. Agak lama Rina memandang gadis itu sebelum berdiri perlahan.
“Rina nak cari buku kejap,” katanya sambil mula beredar. Aliya hanya mengangguk. Langkah Rina seiring dengan keluhannya.
Apa dah jadi dengan Liya?
*****
“Kita dah sampai,” kata Datuk Hashim sambil membuka pintu kereta. Afiyah dan Aliya yang sedari tadi melayan fikiran masing-masing agak berdebar mendengar kata-kata Datuk Hashim. Afiyah membuka pintu kereta. Aliya yang masih berdebar perlahan membuka pintu kereta.
“Assallamualaikum,” ucap Datuk Hashim kepada Tan Sri Fakrul dan Puan Sri Erma yang sedang berdiri di muka pintu menyambut kedatangan mereka.
“Waalaikumsalam Shim,” jawab Tan Sri Fakrul turut membalas pelukan sahabatnya itu.
“Liya, Fiyah,” panggil Puan Sri Erma dengan teruja. Dia memeluk Aliya.
“Liya dah lupa rumah aunty ek. Dah lama tak datang jenguk aunty,” katanya separuh merungut.
“Sorry aunty. Liya agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Sebab itu tak sempat nak jenguk aunty,” balas Aliya dengan perasaan bersalah.
“Tak apa, aunty faham,” kata Puan Sri Erma sambil melepaskan pelukannya. Dia beralih pula memandang Afiyah. Sebak hatinya tatkala melihat wajah gadis itu yang memang mewarisi kecantikan arwah sahabatnya.
“Fiyah.” Puan Sri Erma menarik Afiyah ke dalam pelukannya. Afiyah tersenyum membalas pelukan wanita itu.
“Aunty dah lama sangat tak jumpa Fiyah. Dah bertahun. Fiyah sihat?” soalnya dengan perasaan gembira.
“Sihat aunty. Aunty dan uncle apa khabar?” soal Afiyah pula. Dia sebenarnya kurang faham dengan maksud wanita di hadapannya itu.
Aku pernah jumpa ke dengan keluarga ini?
“Alhamdullilah kami sihat aje Fiyah. Uncle dan family nak ucapkan takziah atas apa yang berlaku,” sampuk Tan Sri Fakrul. Afiyah hanya mengangguk tersenyum.
“Jom masuk. Takut makanan sejuk pula,” ajak Puan Sri Erma sambil menarik lengan Aliya dan Afiyah.
“Eij mana? Tak nampak pun,” tanya Datuk Hashim sambil memandang sekeliling ruang tamu. Afiyah memandang papanya.
Eij? Macam pernah dengar aje nama itu.
Aliya mengeluh dalam diam saat mendengar nama lelaki itu disebut.
“Eij baru balik tadi. Kejap lagi turun lah itu. Jemput duduk dulu Shim, Liya dan Fiyah,” jawab Tan Sri Fakrul.
“Aunty masuk dapur dulu. Liya dan Fiyah tunggu kat sini aje. Tak payah masuk dapur,” kata Puan Sri Erma separuh mengarah sebelum beredar. Afiyah dan Aliya hanya mengangguk. Afiyah memandang sekeliling ruang tamu yang agak besar itu. Tiba-tiba pandangannya terhenti pada foto besar milik keluarga itu yang tergantung agak tinggi pada dinding. Bulat matanya memandang foto tersebut.
Mata aku dah tak betul ke?
“Assallamualaikum uncle Shim,” ucap satu suara. Afiyah dan Aliya serentak berpaling menoleh. Eijaz tersenyum bersalam dengan Datuk Hashim sebelum mengambil tempat di sebelah Tan Sri Fakrul. Afiyah terkedu. Aliya bersandar lemah pada sofa. Dia memandang Afiyah yang duduk di sebelahnya. Wajah gadis itu jelas menunjukkan riak terkejut melihat Eijaz. Aliya mengeluh perlahan.
*****
Suasana di meja makan agak senyap. Datuk Hashim memandang Afiyah dan Aliya sebelum memandang Tan Sri Fakrul. Puan Sri Erma memandang Eijaz yang juga hanya membisu sedari tadi.
“Eij dan Liya macam mana?” soal Tan Sri Fakrul tiba-tiba. Aliya tersedak. Eijaz terkedu. Afiyah yang berada di sebelah Aliya pantas menghulurkan air kepada gadis itu. Belakang badan gadis itu diusap lembut. Aliya hanya memandang sekilas gadis itu.
“Liya okay?” soal Datuk Hashim agak bimbang. Aliya mengangguk pantas.
“Sorry kalau Liya terkejut dengan soalan uncle. Abang ini tak sabar tau. Tanya lah lepas ini,” tegur Puan Sri Erma sambil menjeling suaminya itu.
“Maaf lah. Uncle tak sabar nak dapat menantu agaknya,” usik Tan Sri Fakrul sambil tergelak kecil. Datuk Hashim ikut tergelak. Afiyah menarik nafas perlahan cuba menenangkan dirinya.
Eijaz…, Aliya…,. Okay, calm down Fiyah.
*****
Afiyah langsung tidak membalas pandangan Eijaz biarpun dia sedar yang lelaki itu asyik merenungnya sedari tadi.
“Tengok lah ayah kamu itu. Biarpun office dekat aje tapi macam dah setahun tak berjumpa. Berbual tak ingat dunia. Macam perempuan,” kata Puan Sri Erma sambil tergelak kecil. Gelak ketawa Datuk Hashim dan Tan Sri Fakrul kedengaran agak kuat walaupun kedua-dua mereka berada di halaman rumah.
“Eij dan Liya berbual dulu. Mama nak pinjam Fiyah kejap,” kata Puan Sri Erma lagi sambil menarik lengan Afiyah menuju ke tingkat atas. Afiyah hanya menurut dengan senyuman hambar. Eijaz melepaskan keluhan berat. Sekarang ini dia mula sedar. Dia memang sudah terlambat untuk menjelaskan semuanya kepada Afiyah. Eijaz meraup wajahnya perlahan.
“Eij, don’t tell me yang awak betul-betul jatuh hati pula dengan Fiyah,” tegur Aliya yang agak bimbang apabila melihat telatah lelaki itu. Eijaz mengangkat wajahnya memandang gadis itu.
“Salah siapa?” soalnya sinis. Aliya terkedu.
“Liya nak Fiyah jatuh sayang dengan Eij. Lepas itu nak Eij tinggalkan dia. Nampak sangat yang Liya gunakan Eij untuk kepentingan diri sendiri. Langsung tak faham perasaan Eij. Liya ingat Eij ini robot? Eij menyesal Liya. Eij menyesal habiskan masa Eij dengan perempuan macam Liya. Eij sanggup tak dengar cakap mama dan papa semata-mata nak bersama dengan Liya. Tapi apa Liya buat? Macam ini lah Liya. Hari itu Liya merayu nak minta putus kan. So, sekarang Eij akan tunaikan. Kita putus. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi!” kata Eijaz dengan nada keras sebelum beredar. Aliya menggigit bibirnya yang bergetar. Matanya mula berkaca. Dia ingin memanggil Eijaz namun lidahnya kelu untuk berkata.
*****
Afiyah membelek gambar yang ada di hadapannya. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Sekarang dia ingat. Puan Sri Erma tersenyum melihat senyuman gadis itu.
“Fiyah dah ingat?”
“Fiyah ingat aunty. Kalau tak silap umur Fiyah masa ini lima tahun. Masih kecil lagi. Memang patut pun kenangan itu hilang sekejap dari memori Fiyah,” jawab Afiyah sambil tergelak kecil melihat gambarnya yang ditangkap bersama Eijaz.
Eij…az.
Senyuman Afiyah menghilang apabila sedar siapa budak lelaki tersebut.
Tapi kenapa aku langsung tak ingat bila pertama kali bertemu dengan lelaki itu?
“Dulu masa kecil, Fiyah dan Eij memang rapat. Masa itu Eij anggap Fiyah dah macam kakak sendiri. Bila aunty marah Eij, dia pasti mengadu dengan Fiyah,” cerita Puan Sri Erma sambil tergelak kecil. Afiyah hanya tersenyum mendengar cerita wanita itu.
“Fiyah minta maaf sebab Fiyah langsung tak kenal aunty dan uncle tadi,” ucapnya dengan perasaan bersalah.
“Tak apa. Kita kan dah lama tak jumpa. Fiyah pun dah semakin cantik sekarang ini. Aunty terkejut bila nampak Fiyah tadi. Cantik sangat,” puji Puan Sri Erma dengan ikhlas.
“Aunty ini, tak lah sampai macam itu,” balas Afiyah agak tersipu. Eijaz yang sedang berdiri di muka pintu memerhati kedua-duanya sedari tadi hanya tersenyum hambar. Selepas ini, dia tahu yang dia perlu bersedia untuk berdepan dengan gadis itu. Sekiranya gadis itu akan membencinya, dia terima. Eijaz mengeluh perlahan. Pintu bilik bacaan ditutup semula. Eijaz beredar menuju ke biliknya.