Bab 12
Pintu
biliknya diketuk berkali-kali. Baru
sahaja dia membayangkan wajah kekasihnya, namun wajah lain pula terbayang.
Hampanya dia.
“Apa kau nak?” soal Nukman Faris dengan
mata merah apabila pintu biliknya terbuka.
“Tuan muda, mama tuan muda minta tuan
turun sekarang,” kata pembantu rumah agak segan. Nukman Faris ingatkan itu
Nuraina yang selalu mengganggunya. Dia sudah terkasar bahasa. Namun dia sudah
terlajak.
“Nak apa lagi ni mama saya tu bik? Tak
habis-habis nak menyusahkan saya lagi ni! Inilah yang saya tak suka! Sudah
menjadi-jadi sikap mama saya sejak saya kahwin ni!” kata Nukman Faris memarahi
pembantunya. Pembantu rumah mamanya itu serba salah.
“Entah tak tahu, tak tahu tuan muda,
mama tuan muda panggil sekarang,” kata pembantu rumahnya ketakutan melihat dia
yang sudah membuntangkan matanya.
“Menyusahkan betul,” kata Nukman Faris.
Mahu atau tidak, Nukman Faris terpaksa turun ke bawah. Dilihatnya mamanya duduk di sofa sedang menantinya.
“Nak apa mama? Nukman tidurlah
mengantuk!” soal Nukman Faris. Dia duduk dengan malas di sisi mamanya. Datin
Zahara mempunyai sesuatu yang hendak dikatakannya.
“Takkanlah sampai macam tu sekali! Awak
kena ingat yang awak tu sudah ada isteri, jangan nak buat-buat lupa pula!
kenalah ada tanggungjawab, jangan buat macam ni! Mama tak suka anak mama
dikatakan tak pedulikan isteri! Mama tahulah awak tu pilot dan selalu terbang,
tapi mama tak suka awak tak hubungi isteri awak tu!” Datin Zahara mula
membebel.
Nukman
Faris garu kepala yang tidak gatal. Mata yang mengantuk jadi segar mendengar
coleteh mamanya ini. Entah lah kenapa dia mahu menerima rancangan bodoh
mengenai perkahwinan ini sebulan yang lalu. Mahu sahaja dia memarahi mamanya
namun dia lebih kasihankan Natasya Umaira yang dengarnya difitnah orang
kampung. Aduhai, kenapa menjadi-jadi pula kasihannya kepada Natasya Umaira?
Apakah dia sudah hmmm, oh tidak!
“Ingatlah mama! Takkan orang nak lupa!”
kata Nukman Faris buat muka selamba di depan mamanya.
“Mama dah telefon menantu mama, dia
sudah habis mengajar dan dia tunggu awak di rumah sewanya. Dia sudah sedia tu,
awak jangan tak ambil pula.” kata Datin Zahara. Nukman Faris garu kepala. Di
manakah isterinya tinggal dia pun tidak tahu.
“Err mama, nak tanya,”
“Apa lagi? Awak ni macam-macam ja tahu!
Mama tak suka sikap awak macam ni!” kata Datin Zahara yang asyik hendak
menasihati anak terunanya itu.
“Boleh tak saya tahu di mana rumah sewa
Tasya?” soal Nukman Irfan malu. Dia tidak tahu pun apa nombor telefon isterinya
itu. Datin Zahara ketawa.
“Nah, ambil nombor telefon isteri awak
ni. Awak ni sudah melampau. Kalau emaknya si Tasya tahu awak tak tahu rumah
isteri sendiri, memang naya, nasib baik mak dan ayah Tasya belum sampai lagi,”
Nukman Irfan garu kepala. Mamanya memang kuat membebel. Macam manalah papanya
tahan dengan sikap mamanya yang suka membebel begini. Fikirnya sesaat. Namun
papanya seorang yang sabar.
“Ibu bapa dia pun nak datang sini ke
mama?” soal Nukman Irfan. Datin Zahara mengangguk.
“Mestilah, mak dan ayah dia nak tengok
juga anak dia nak tempah baju kahwin kat mana. Lagipun kita semua ahli keluarga
akan pakai baju sama warna,” kata Datin Zahara. Nukman Irfan tidak hairan. Ibu
mereka adik-beradik. Tetapi sebelum pernikahannya, ibu bapa Natasya Umaira
jarang sekali datang ke rumah mereka ini. Ini semua kerja mamanya. Dia tahu.
Mamanya banyak taktik nak mengenakan dirinya.
“Buat apa nak sanding-sanding lagi ma,
bukankah Tasya tu dah mengandung, malulah kalau diketahui orang!” kata Nukman
Irfan. Datin Zahara membuntangkan matanya.
“Mengandung tapi masih kecil lagi
perutnya,” jawab Datin Zahara.
“Cepat awak hubungi Tasya. Jangan nak
marah-marah isteri awak tu. Awak layan
dia baik-baik ya, kasihan Tasya tu, mama tak sampai hati nak suruh dia kerja
sebenarnya. Tapi dia pun masih nak kerja. Kalau ikutkan mama, biarlah dia
tinggal dengan mama di sini.” kata Datin Zahara yang sudah memasang rasa
kasihannya. Nukman Irfan hanya angguk dan terbayang-bayang wajah sedih Natasya
Umaira. Perlahan dia menyalin nombor telefon itu ke telefon pintarnya.
“Ya mama ku sayang, Nukman akan kotakan
apa sahaja yang mama nak!” Nukman Irfan terus naik ke biliknya. Kertas yang
diberikan mamanya dicapai.
“Terima kasihlah nak Nukman.
Kasihanilah mama dan emak Tasya tu. Mereka tu selalu tanya bagaimana keadaan
menantu dan anak mereka. Mama nak cakap apa kalu awak tak datang-datang jenguk
anak mereka?” kata Datin Zahara lagi. Membuak perasaan geram Nukman Faris
kepada mamanya. Namun ditahannya sahaja.
Datin Zahara berasa gembira dengan
sikap anaknya yang tidak membantah itu. Dia mesti memberitahu hal itu kepada
besannya iaitu adiknya sendiri.
***
Tiba
di biliknya, Nukman faris terus menghubungi isteri kesayangan mamanya itu. Dia
pula sejak akhir-akhir ini sering terbayang-bayang akan wajah isterinya itu.
Wajah kekasihnya tidak tahu ke mana. Entah apa yang telah berlaku kepadanya.
Namun dia berasa sangat ego untuk mengakui perasaannya sendiri. Takkan lah
kalau ingat, dah jatuh cinta! Tolaknya dalam hati.
“Helo
budak kampung!” sapa Nukman Faris apabila mendengar suara Natasya Umaira. Nukman
Faris sengaja menyakiti hati Natasya. Dia cakap aku budak kampung, sampainya
hati!
“Assalamualaikum err Nukman,” Natasya
Umaira memberi salam.
“Walaikumsalam,” jawab Nukman Faris.
“Ada aapa Nukman?” soal Natasya Umaira
terketar-ketar terkejut mendengar suara suaminya di hujung talian.
Walaupun
dia sendiri memuja suaminya itu dalam diam namun dia tidak akan sekali-kali
memalukan dirinya menghubungi suaminya itu. Dia juga tahu suaminya itu sibuk
dan sudah mempunyai kekasih lain, jadi dia tidak mahu mengganggu suaminya itu. Dia
akan bahagia jika suaminya itu bahagia.
“Aku
nak kau turun ke Kuala Lumpur petang ni, aku tunggu kau kat stesen bas,” kata
Nukman Faris. Natasya Umaira berkira-kira sendiri. Jika dia memandu ke Kuala
Lumpur, dia bimbang sendiri. Kawan baiknya juga akan balik ke kampungnya pada
pagi esok.
“Err
Nukman, Tasya rasa tak sempat ni,” kata Natasya Umaira melihat jam. Dia
juga tidak biasa dengan keadaan jalan
menuju ke Kuala Lumpur.
“Kenapa
pula tak sempat?” soal Nukman Faris.
“Dah
lewat ni, saya tak rasa ada bas. Saya tak berani naik bas malam. Kalau nak bawa
kereta pun saya tak biasa drive jauh!” Nukman Faris garu kepala.
Dia
ingat semula pesanan mamanya. Dia harus menjemput isterinya itu dan bukannya
menyuruh isterinya naik bas. Dia sudah salah. Kalau mamanya tahu, dia pasti
akan dimarahi lagi selepas ini.
“Err,
kau tinggal di mana sebenarnya?” soal Nukman Faris. Dia terpaksa bertanya
tempat tinggal isterinya.
“Saya
di Puchong Nukman,” Nukman Faris ketuk kepala. Dia ingat isterinya tinggal
jauh. Rupanya isterinya tinggal di Puchong sahaja.
“Alamat
rumah?” soal Nukman Faris lagi.
“Nanti
saya teks, err kenapa Nukman?” soal Natasya Umaira pula.
“Aku
nak jemput kau,”
“Tak
apalah Nukman, saya naik bas esok, awak tunggu saya di Pudu saja,” kata Natasya
Umaira menolak pelawaan suaminya.
“Tak
boleh, aku tak mahu bersoal jawab dengan mama! Kalau kau nak menjawab pelbagai
soalan dari mama, kau cakap dengan dia,” kata Nukman Faris seperti mengugut
isterinya. Natasya Umaira kelu. Dia sendiri tidak begitu biasa dengan Datin
Zahara.
“Err
tak apalah Nukman, nanti saya teks kan alamat rumah saya ni,” kata Natasya
Umaira.
“Nanti
dua jam saya datang ke rumah kau,” kata Nukman Faris sebelum menekan butang
merah. Nukman Faris terpandang-pandang wajah isterinya di setiap sudut
biliknya. Dia pantas bangun dan mengemaskan biliknya. Pasti mereka akan disuruh
tidur bersama di bilik bujangnya ini. Ke mana lagi dia nak tidur? Dia tahu
mamamnya mahu dia beramah mesra dengan isteri yang baru dinikahi dua minggu
itu.
“Kenapalah
aku asyik nak pandang wajah kau Tasya?” soalnya dalam hati. Inikah cinta? Tak
pernah-pernah dadanya berdegup keras sewaktu menghubungi isterinya tadi.
***
Sebenarnya
aku berasa gembira kerana dapat bercakap dengan orang yang kurindui sejak
akhir-akhir ini. Walaupun lelaki itu asyik marah-marah namun aku tetap bahagia.
Dikatakan aku budak kampungpun aku tak kisah. Apatah lagi dapat bercakap
dengannya. Walaupun suaranya agak kasar tetapi aku syukur kerana dia tetap juga
hendak menghubungi aku. Mungkinkah dia sudah cuti?
“Syukur
alhamdulillah, akhirnya aku dapat bercakap juga dengannya. Tapi takkan dia nak
jemput aku sekarang?” aku pegang dadaku. Dadaku masih berdebar kencang seperti
kencangnya kuda yang berlari dengan laju. Begitulah jantungku ketika ini.
“Tak
sangka suami yang telefon,” aku bercakap sendirian. Aku bergegas bersiap-siap
hendak bertemu suami dan hendak ke rumah keluarga mertua.
Ini
semua rancangan mama mertuaku yang mahu melihat kami bersanding sekali lagi di
sebuah hotel yang ternama di Kuala Lumpur. Sebenarnya aku sudah berkali menolak
melalui emakku di kampung namun emak juga tidak mampu menolak. Ini semua
rancangan Datin Zahara. Emakku pun hanya menurut sahaja.