Kesal!
Kesal sungguh dia!
Bertindak melulu bukannya
menyelesaikan masalahnya malah dia sudah memanjangkan masalahnya kini. Tompokan
darah di atas katilnya menunjukkan kesahihan sepupunya masih dara ketika dia
mengganggu gadis itu tadi. Gadis manis yang sudah dinikahinya lebih tiga bulan
itu masih dara. Kenapa diwar-warkan oleh orang kampung dan ahli keluarganya
yang isterinya ini mengandung? Apa buktinya? Atau, ini perangkap untuknya? Buat
apa pula mak ngahnya hendak perangkap dia? ah, dia bingung! Bingung sungguh
dia!.
Dia
pula menyangkakan yang gadis itu telah memperdayakannya selama ini. Tetapi,
benarkah dia diperdaya? Kalau diperdaya, apa motifnya? Ini, tompokan merah di
atas cadarnya ini buktinya! Gadis itu masih dara! Argh! Apa yang telah aku
lakukan? Soalnya dengan seluruh rasa bersalah.
Apakah
yang harus dilakukannya? Kenapa dia terlalu berburuk sangka ketika memikirkan
gadis itu telah memerangkapnya selama ini? Kenapa dia tidak mahu duduk
berbincang dan kenapa dia bertindak melulu? Kenapa dia tidak bertanya elok-elok
kepada Natasya Umaira akan masalah mereka hari itu? Pasti Natasya Umaira mahu
mempertimbangkan pertanyaannya tetapi kenapa pula dia sudah menuduh?
Ah,
semuanya memang salahnya. Dia yang sudah bernafsu binatang! Dia yang sudah
tersangat marah sehinggakan lupakan diri dan siapa gadis yang sedang
dimarahinya itu. Gadis yang selama ini mendesak agar mereka bercerai namun dia
tidak sampai hati hendak mengikut kata-katanya. Kasihan gadis itu.
Sekarang
ini, dengan bersendirian di atas katil yang masih dicemari gadis yang telah
dikerjakannya tadi, apakah yang harus dilakukannya? Perlukah dia bersihkan
katilnya itu? namun dia puas hati. Puas hati dengan apa yang telah
dilakukannya. Sekurang-kurangnya dia sendiri dan isterinya tidak akan
menyesal.. dia bukannya merogol isterinya tadi. Tidak, dia tidak merogol. Dia
melakukannya dengan baik dan dia argh.... dia telah melontarkan sejuzuk
perasaannya yang paling dalam terhadap isteri yang juga sepupunya itu. Dia
telah meluahkan betapa selama ini dia merindui isterinya dan sekaligus
mencintainya.
“Saya...
selama ini .... saya... abang rindukan Tasya...”bisiknya di telinga Natasya Umaira
yang sedang ketakutan itu. Pegangan tangannya tidak pernah terlepas itu gadis
itu. Walaupun gadis itu meronta-ronta di dalam pelukannya. Dia mahu isterinya
tahu yang dia sangat mencintainya. Tetapi, permulaannya dia telah memarahi dan
menuduh gadis itu memerangkap dirinya. Apakah gadis itu mahu mempercayai
rindunya? Atau, gadis itu menuduhnya gila! Ah, kalut! Kalut dia! seketika dia
terkenang Rozaila. Gadis itu di mana? Dan, kekasihnya itu bagaimana nanti?
Apakah kesudahan semua kisah mereka ini? Dia memang bingung! Bingung tahap
gaban!
“Lepaskan
saya Nukman! Lepaskan saya binatang!” jerit Natasya Umaira dalam biliknya yang
kedap bunyi itu. Dia hanya menggeleng. Tidak ada gunanya isterinya itu
menjerit. Lebih baik dia terima sahaja akan apa yang bakal diucapkannya dengan
penuh kasih sayangnya ini.
“Abang
bukan binatang! Abang... Saya... saya...cintakan Tasya... selama ni....”
katanya terputus-putus. Ini kerana sepupunya itu meronta-ronta di dalam
pelukannya. Dia sudah tidak peduli. Isterinya mesti didapatkannya hari ini. Dia
tidak peduli. Apa yang dikatakan isterinya tidak lagi dipedulikan.
“Tipu!
Tipu! Jangan nak tipu! Dusta! Awak pendusta! Tuhan akan balaskan perbuatan gila
awak ni Nukman!” jerit Natasya Umaira lagi walaupun suaranya agak lemah. Namun
dia tidak akan melepaskan peluang itu. Selama ini isterinya itu jual mahal seolah-olah
benar dia mengandung. Selepas ini dia tidak akan lepaskan lagi peluang yang
sudah tersedia di depan matanya. Kasihannya dia kepada isterinya itu. Siapa
yang mahu mempercayainya saat ini?
“Abang
tak tipu, tak dusta sayang... abang sayangkan Tasya selama ini, sayang sangat
sayang,” desahnya di telinga Natasya Umaira. Ketika itu tidak penting sama ada
Natasya Umaira itu percaya atau tidak, apa yang penting dia mahu mengajar gadis
itu yang selama ini membohongi dan tidak mahu berterus-terang dengannya. Tidak
timbul soal belas kasihan. Namun apa yang penting dia sendiri puas hati selepas
ditipu oleh semua orang di sekelilingnya.
Mahukah
gadis itu percaya? Argh... kalau gadis itu tidak percaya sudah! Apa yang
penting dia sudah memberitahu gadis itu akan perasaan cintanya yang terpendam
selama ini. Kemudian, mereka terpisah sekian lama sehinggakan dia sudah
mempunyai kekasih. Namun, sebelum sempat dia menikah dengan kekasihnya, pup!
Mereka dinikahkan.
Dia
bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal! Dalam diam dia mahukan sepupunya
yang pernah diejeknya sebagai si tembam. Hari pertama dia bertemu sebelum
nikah, gadis itu bukan si tembam lagi. Gadis itu sudah menjadi sangat cantik
mengalahkan kecantikan Neelofa. Apatah lagi dengan gaya bertudungnya yang agak
kontemporari. Dia jatuh cinta lagi buat kali keduanya.
Akhirnya
dia menyelesaikan satu misinya pada hari itu. Dia sudah mendapat apa yang
diinginkannya walaupun gadis itu sudah tersedu-sedu di hujung katilnya. Apa
yang penting apa yang dia mahu dia sudah mendapatkannya. Walaupun caranya agak
jahat dan kejam tetapi dia sudah mendapat jawapannya!
‘Selama
ini dia ditipu!’
‘Selama
ini Natasya Umaira masih anak dara! Buktinya darah di atas cadar tilamnya!’
‘Selama
ini dia juga masih teruna!’
“Ah,
kejamnya dia! memang dia kejam! Macma mana dia hendak memaafkan dirinya dan
memohon kemaafan kepada isterinya itu?” aduhai!
Bunyi
telefon iphone-5s di atas meja solek menerbangkan semua kenangannya terhadap
isteri dan kekasihnya.
***
“Helo
mama,” mamanya di hujung talian. Sudah dua hari dia mencari isterinya. Dia
menunggu di luar rumah isterinya setiap pagi namun gadis itu tidak
keluar-keluar dari rumahnya. Ternyata rumah itu tidak ada penghuni. Apa yang
mahu dijawabnya nanti jika mamanya bertanya?
“Nukman, mama dan papa nak datang
rumah Nukman malam ni. Mak dan ayah Tasya pun ada. Tasya ada tak di rumah?”
soal mamanya.
Dia
gegau. Apa yang harus dijawabnya kalau selama ini dia hanya keseorangan di
rumah ini. Ini pun dia baru pulang ke rumahnya ini. Dua hari dia ke kelab malam
bersama Rozaila. Rozaila menuntut macam-macam perkara dengannya. Namun dia
tidak pernah beralah dengan gadis itu. Walaupun mereka diiktiraf sebagai
pasangan kekasih suatu masa dulu, namun sekarang, dunianya sudah berbeza. Dia
sudah lain.
Dia
sudah ada tanggungjawab besar yang harus dilunaskannya. Menikahi Rozaila dalam
masa terdekat ini bermakna dia sanggup bermain dengan api yang berganda-ganda
maraknya. Masalahnya dengan Natasya Umaira belum selesai lagi. Sekarang dia
mahu buat hal lagi? Oh tidak! Jangan buat hal lagi Nukman! Arahnya kepada
dirinya sendiri.
“Err, Tasya tak de mama, dia kuliah
ke Perak. Dia pergi dengan kawan-kawannya. Saya sendirian di rumah.” Katanya. Dia
tidak tahupun Natasya Umaira ke mana. Namun wajah sayu dan ketakutan itu tidak
pernah lari dari pandangannya. Ke mana-mana dia pergi wajah itu tetap
terbayang-bayang olehnya.
“Nukman tak jenguk Tasya di Perak?”
apa yang hendak dijawabnya? Dia tidak tahu pun isterinya di mana. Isterinya
langsung mematikan telefonnya. Entah di mana gadis itu. Kali ini apa alasannya?
“Err, Tasya tak bagi mama. Dia
dengan kawan-kawannya. Dia sibuk katanya, banyak asignment kena buat!” Katanya
membohongi mamanya. Ah, bohong lagi dia!
“Bila dia balik?” soal mamanya pula.
Dia garu kepalanya. Setahunya isterinya hanya menghadiri kuliah selama tiga
hari. Tidak tahu pula dia dia kalau ada penambahan hari. Gadis itu bagaikan
mahu menghilangkan dirinya. Ke mana dia hendak mencari gadis itu.
Dia
sudah pun membuat pesanan ringkas kepada gadis itu. Dia sudah menyatakan kata
maafnya berkali-kali. Mahukah Natasya Umaira percayakan kata-katanya? Ah,
bingung sungguh dia. rupanya beginilah rasanya jika kehilangan isteri yang
tersayang. Dulu dia tidak pedulikan pun isterinya. Selama hampir tiga bulan dia
tidak kisahkan pernikahannya. Hidup kah matikah isterinya dia tidak mahu tahu!
Apa yang dia tahu, dunianya hanya dengan tugasnya dan kekasihnya. Selebihnya
dia tolak ke tepi.
“Tiga hari mama, dia akan pulang
esok,” kata Nukman Faris hanya meramal kepulangan isterinya. Pastinya isterinya
sedang berduka setelah dia memperlakukan sesuatu di luar kemahuan isterinya.
Sangkanya dia hanya mendapat bekas orang, rupanya isterinya masih ada dara. Ah,
itulah yang dia kesalkan kepada dirinya sendiri. Syak wasangka menyebabkan dia
bertindak melulu. Masih adakah kemaafan buat dirinya ini? Kalau ada kemaafan
kenapa isterinya tidak pernah membalas pesanan ringkas yang sudah dikirimkannya
beratus-ratus kali itu?
“Kalau macam tu esok malam lah mama
ke rumah kamu. Isteri pun tak balik lagi,” kata mamanya. Nukman Faris tarik
nafas lega.
“Ya mama, mak Tasya ada di rumah
mama?” Datin Zahara ketawa kecil.
“Nukman, emak mertua tu awak panggil
mak aje.” panggil mamanya. Sangka Nukman Faris mamanya sudah meletakkan
telefon.
“Ya mama.” katanya lembut sambil
ketawa yang dibuat-buat. Rasa bersalah belum surut dari hatinya. Apatah lagi
mengenang keluarga mertuanya itu. jika hal mereka ini diketahui oleh ibu
mertuanya, bagaimana dia hendak menghadapi mereka? Aduhai!
“Nukman,” panggil mamanya.
“Ya mama, ada apa mama?” soalnya
agak terkejut. Dia faham mamanya. Seperti ada sesuatu yang hendak dikatakannya.
Ia terlalu sulit hendak dikatakan melalui telefon. Itu yang dia tahu.
“Mama dan papa ada hal nak cakap
sebenarnya.” Kata Datin Zahara. Nukman Faris sudah dapat mengagak.
“Hal apa mama?” soal Nukman Faris
pula. Benar tekaannya. Namun, Nukman Faris tidak tahu apakah halnya. Mampukah
dia meneka pada saat jiwanya berkecamuk sekarang ini?
“Kita jumpa, papa nak jumpa Nukman,
ada urusan peribadi yang penting,” sungguh mengejutkan suara mamanya. Selalu
mamanya tidak begitu. Apakah ada musibah yang menimpa? Apakah ini balasan
terhadap perbuatannya terhadap isterinya sendiri? Wajah kaku dan masih bersedih
itu masih melekat di matanya.
“Hal apa mama? Macam penting! Takut
pula saya!” kata Nukman Faris yang tidak mengambil berat hal yang dikatakan
mamanya.
“Mesti hal penting, kata papa. Mama
tak berapa tahu.” Kata mamanya. Apakah hal syarikat? Dia sedar papanya semakin
berusia dan sudah tidak begitu layak menjaga syarikat dan dia sendiri pula
mengambil bidang lain yang jauh dari urusan perniagaan. Ah, kusut-kusut!
“Jadi?” soalnya perlahan.
“Papa nak Nukman jumpa papa di Hotel
Seri Malaysia malam ni, jangan nak ke mana-mana dengan kekasih kamu pula. Mama
tak melarang tetapi mereka tentu ada sebab mahu terima awak walaupun awak dah
kahwin!” kata mama. Berkerut dahi Nukman Faris.
Apa
kaitannya dengan pergerakannya? Kenapa pergerakannya hendak dikongkong? Apa
masalahnya sekarang? Apakah keluarga Rozaila bertindak jauh selepas pertemuan
mereka dua malam berturut-turut? Dia pula asyik hendak menangguh dan menolak.
Apakah yang berlaku sebenarnya? Dia bertambah pening pada masa ini. Apakah ini
balasan perbuatannya terhadap isterinya sendiri?
“Eh
mama ni, ke situ pula! kankah kami dah lama kahwin mama? Takkan dia nak fikir
yang bukan-bukan pula!” kata Nukman Faris yang tidak mahu berburuk sangka
dengan Rozaila.
“Mama
takkan reda kalau awak ambil dia jadi kekasih awak Nukman! Mama takkan reda!
Dah baik-baik ada isteri yang baik-baik, awak nak buang Tasya dan kahwin lain
pula? Eh, tak kan mama restu kalau awak langgar larangan mama Nukman!” kata
Datin Zahara dengan panjang lebar. Nukman Faris sedar sejak dulu mamanya tidak
mengizinkan dia bernikah dengan Rozaila. Dia tidak dapat melakukan apa-apa.
“Err, sekarang ke mama nak meeting
ni?” soalnya macam orang bingung. Beginikah rasanya apabila kita terasa sudah
ada isteri dan isteri melarikan diri? Beginikah jadinya dirinya?
“Laa, Nukman tak dengarkah? Bukan
sekarang. Malam nanti, mama pun akan ikut sama,” kata mamanya. Dia garu kepala
yang tidak gatal. Dia agak bingung sejak akhir-akhir ini. Wajah isterinya asyik
terbayang di ruang mataku. Bagaikan layar filem, terlayar-layar di ruang mata.
“Lepas solat Isyak?” soal Nukman
Faris.
“Ya, Nukman jangan lupa.” Kata
mamanya. Sebenarnya Nukman Faris yang lebih rundau hatinya. Entah apa cerita
yang akan dikhabarkan papa kepadanya. Biasanya Datuk Norman tidak banyak cakap.
Dia lebih suka mengikut sahaja kata mamanya.
“Ya mama, saya takkan lupa.” Kata
Nukman Faris. Dia memandang iphone-5snya. Wajah isterinya pula terus melekat di
matanya. Wajah Rozaila sudah hilang terus dari ingatannya. Entah kenapa!