Apa
yang sudah jadi kepada kekasihnya itu? Bercakap macam sungguh formal sangat! Sudah
terang lagi bersuluh! Benar, lelaki itu sudah berubah 100%. Lelaki itu sudah
berubah. Benarkah kata-kata tuduhan Ricky Ridzuan yang kekasihnya Nukman akan
berubah hatinya selepas menikah olok-olok dengan sepupunya? Cantikkah sepupunya
yang berasal dari kampung itu? bagaimana kuatnya pengaruhnya sehingga hubungan
mereka yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya akhirnya suram dan langsung
tidak ada kesan di hati lelaki itu?
Cintanya
sudah tinggal cinta palsu. Bukan seperti janjinya lebih sebulan yang lalu di
mana dia memujuk dirinya agar dia akan bersabar sementara dia bernikah untuk
sementara waktu. Dia akan kembali selepas pernikahan mereka selesai. Kenapa dia
begitu bodoh mempercayai janji kekasihnya itu? rozaila geleng kepala dan
tumbuk-tumbuk kepalanya yang tidak sakit. Sebenarnya hatinya yang sakit,
teramat sakit.
Namun,
apakah yang berlaku sekarang? Lelaki itu sudah menunjukkan perubahannya.
Jangankan mukanya tidak berubah, suaranya pun sudah tidak selunak dulu. Lelaki
itu menukar hala tuju perhubungan mereka yang amat rapat selama ini. Jadi,
apakah yang harus dibuatnya sekarang? Takkan dia hendak berdiam diri dan
membiarkan kekasihnya memadu asmara dengan isterinya itu? Ah, ini tidak boleh
jadi! Lelaki itu mesti disedarkan dan gadis yang menjadi isterinya itu harus
diingatkan agar tidak merampas kekasihnya.
Kenapa
dia harus berdiam diri tatkala kasihnya meranum buat lelaki itu? kenapa dia
harus membiarkan lelaki itu dirampas di depan matanya sendiri? Huh, memang
tidak boleh diharap lelaki itu! Mungkinkah gadis yang menjadi isterinya itu
yang menggodanya sehinggakan lelaki itu menjadi tidak tahan dengan godaan
isterinya?
Apakah
dia bersama dengan isterinya? Apakah dia sudah jatuh cinta dengan isterinya
sendiri? Apakah dia sudah lupa akan sumpah janji mereka hendak menikah suatu
hari yang sesuai yang telah mereka rancang? Apakah lelaki itu masih
mengingatinya atau dirinya yang tinggal sejarah? Apakah yang sebenarnya
berlaku? Apakah benar telahannya?
Rozaila
terasa betapa seksanya dia mendengar perubahan kekasih yang tidak ditemuinya
lebih sebulan itu. Pelbagai cerita sudah berlaku kepada lelaki itu sedangkan
dia masih sibuk mengembangkan kerjayanya di luar negara. Kononnya mahu
membuktikan yang dia begitu hebat di mata kekasihnya sendiri.
Ah,
perasaan hebatkah apakah ini ketika kekasihnya sudah dikebas oleh perempuan
lain? Kenapakah dia tidak rasa tergugat dan mempertahankan haknya? Kenapa dia
biarkan Nukman Faris menikah dengan gadis lain sedangkan dia membenarkannya
dengan syarat suatu hari nanti mereka akan bersatu dengan suasana yang bahagia?
Tetapi kenapa suasana sudah semakin aneh dan Nukman Faris juga sudah berubah?
Apakah
ini ujian untuknya? Kenapa dia tidak terus sahaja balik ke Kuala Lumpur dan
bertemu dengan kekasihnya yang kebetulan ada di sana? Kenapa dia mengikut juga
cadangan ketuanya alias majikannya agar dia terlibat dalam persembahan di kota
singa ini? Kenapa dia terlalu menumpukan perhatiannya kepada kerjayanya ini
ketika kekasihnya sudah terang-terang dirampas orang! Sakit sungguh hatinya!
Ah,
pelbagai kemungkinan menyemaki ruang kepalanya. Esok dia masih ada dua buah
lagi pertunjukkan sebelum dia balik ke Malaysia. Namun, sekarang, di dalam
kelab malam ini kenapa dia semakin digigit resah? Kenapa dia rasa seperti mahu
terbang ke bumi Malaysia dan bertemu dengan kekasihnya?
“Rozy, what’s wrong about you? Why
you look so sad? Very sad and what happende to you? Tell me, maybe i can help
you. I will be with you what ever ....” soal satu suara garau yang sudah
memeluk bahunya.
“Sudah! Sudah! Saya pening! Jangan nak
serabutkan kepala saya ni! Saya tak suka!” jeritnya tiba-tiba. Kawan-kawan yang
duduk berhampiran dengannya lantas memandang dirinya. Dia tidak peduli kalau
dia sudah sakit hati.
“Don’t disturb that girl Ricky. She
need time to receive your love,” kata Jenny menasihatinya. Dia cepat-cepat
menjeling Jenny yang sengaja mempermainkannya. Sudah dua kali rumah tangga
kawannya itu runtuh namun dia tidak serik-serik memburu cinta dalam hidupnya.
Hairan sungguh dia dengan Jenny. Cintanya tidak pernah mati untuk lelaki
walaupun sudah beberapa kali dia sudah bercerai. Jika dia, ah, bencinya pula
kepada Ricky Ridzuan yang menunggu cintanya. Lelaki itu selalu berharap agar
cintanya dengan Nukman Faris akan menemui kegagalan. Sakit hatinya!
Tadi
dia melihat lelaki kacukan Melayu-Inggeris ini sedang duduk di kerusi tinggi
menikmati minuman dan dalam dunianya tersendiri. Dia pula hanya meminum
coca-cola dan duduk menyendiri di sebuah sofa di sudut ini. Fikirannya tidak
tenang. Malam ini dia benar-benar terkenang kekasihnya. Sebulan lebih yang lalu
dia gembira sahaja menikmati hari-harinya dengan rakan-rakan seperjuangannya
termasuk Ricky Ridzuan yang berada di sisinya dan memeluknya tanpa segan silu
ini.
“Nothing Ricky, I am okay,” kata
Rozaila yang tidak mahu membuka apa yang bersarang di hatinya ini. Lelaki itu
sudah memeluknya dengan sekuat hatinya.
“So, why you look so sad?” Rozaila
ketawa. Dia pura-pura ketawa sekuat hatinya. Sebenarnya dia sangat sedih pada
malam ini.
“I am ok. Don’t worry Ricky.” Kata
Rozaila yang kegelian dengan geletekan lelaki itu.
“Kita dancing?” kata Ricky Ridzuan
mengajaknya menari. Dia memang tidak ada mood hendak menari. Namun jika tidak
dilayan lelaki yang seorang ini, dia akan tetap memujuknya sehingga dia mahu.
Berbeza sekali dengan Nukman Faris yang tidak pernah memaksanya. Walau apapun
kemahuannya Nukman akan tetap menurutinya. Itulah yang menyebabkan dia tidak
boleh melepaskan lelaki itu dan mereka kekal berkasihan walaupun saling
berjauhan.
“Tak nak,” jawab Rozaila merengek.
“Tak boleh. Dah lama kita tak menari
sama-sama. Selama ini Rozy sungguh jual mahal,” kata Ricky Ridzuan.
“”I tak begitu sihatlah Ricky. You
cari teman lain dulu lah!” kata Rozaila menolak pelawaan Ricky Ridzuan. Ricky
Ridzuan rakan sekerjanya selama ini. Mereka sudah kenal lama. Mereka selama ini
berteman tapi mesra jika mereka sama-sama mengadakan pertunjukan di mana-mana.
Nukman Faris tidak pernah mahu diajaknya ke mana-mana.
“Okay, kalau you tak sihat, kita
balik ke bilik. I akan urut you. I tau you memang tak sihat ni. Atau you punya
masalah dengan boyfriend you?” tutur Ricky Ridzuan. Bulat mata Rozaila. Dia
tahu Ricky Ridzuan seorang yang prihatin jika Nukman Faris tidak ada di
sisinya. Lelaki di sisinya ini mengalahkan kekasihnya. Malah, pernah dia
memberitahunya secara gurauan, jika Nukman Faris memutuskan hubungan mereka,
dia sedia jadi galang gantinya. Aduhai! Bertambah sakit hatinya mengenangkan
perkara itu. dia tidak mahu putus hubungan dengan Nukman Faris. Malah sekarang
dia sudah sedia hendak menjadi isteri kepada Nukman Faris walaupun terpaksa
berhenti kerja. Pasti Nukman Faris mampu membiayai kehidupannya. Dia tahu
Nukman Faris pewaris tunggal syarikat ayahnya NFN Sendirian Berhad.
“Buat apa pula? Kat sinilah saya nak
tengok awak menari dengan sesiapa je,” kata Rozaila. Ricky Ridzuan ketawa.
“Tak, saya nak bawa Rozy yang menari
dengan saya. Saya tak nak gadis lain!” Kata Ricky Ridzuan memegang bahunya. Dia
mahu sahaja muntah dengan pujukan Ricky Ridzuan itu. jika dia tidak ada,
sesiapapun boleh menjadi rakannya menari. Bencinya kepada Ricky Ridzuan.
“Jangan nak mengada-ada dengan saya
lah! Saya tak ada mood malam ni!” kata Rozaila seperti amat marah kepada
kekasihnya di luar negaranya itu. jika tidak ada Nukman Faris, Ricky Ridzuan anak
kacukan itu boleh dijadikan anak ikannya. Bukan dia mengambil kesempatan tetapi
kadang-kadang dia kebosanan dengan apa yang sudah berlaku antara dia dan Nukman
Faris. Dia mahu berseronok-seronok dengan Ricky Ridzuan itu. tetapi malam ini
dia benar-benar tidak ada mood. Hendak diterkamnya lelaki itu. nukman Faris
pula terlalu dirinduinya. Selama sebulan ini dia hanya memandang wajah anak
kacukan Inggeris Melayu itu. wajah anak Melayu itu pula entah di mana. Hanya
sesekali mereka bertemu. Namun kali ini dia tahu rinduinya seluas langit biru,
terbentang sebesar Laut China Selatan.
Aduhai,
bagaimana dia hendak kembali bertemu dengan Nukman Faris! Perlukah dia
membatalkan semua pertunjukannya pada keesokannya dan mencari Nukman Faris di
Kuala Lumpur? Perlukah dia membuat kesalahan pada kali ini? Dapatkah
kesalahannya ini ditebus dengan pujukannya kepada majikannya Michele Lee yang
tegas dan komited itu? Dan, dapatkah rakan-rakannya yang lain berkompromi
dengannya jika dia balik awal esok pagi? Dia terbayangkan Jenny, Chritelle,
Beatrice dan Hellen pada masa ini. Jika mereka memberikan kerjasama, tugasnya
lebih mudah. Tetapi bagaimana jika mereka tidak mahu menggantikan tempatnya?
Dalam
rasa pening yang menggigit kepalanya, dia masih memikir kemungkinan yang terjadi
jika dia balik awal keesokan harinya tanpa keizinan majikannya dan tanpa
pengetahuan Nukman Faris? Apakah yang dibuat oleh kekasihnya itu di rumahnya?
Apakah dia kesunyian dan memendam kerinduannya seperti mana dirinya? Ah, sukar
ditebak perasaan lelaki yang sudah dinikahkan oleh keluarganya itu.
“Darling,
come on, stay with me.” Suara Ricky Ridzuan sudah membisik di telinganya.
Lelaki itu selalu memujuknya malah selalu membawanya ke alam lain yang
dirinduinya. Ah, malam ini dia terlalu benci kepada lelaki di sisinya itu.
Entah mengapa!
“Boleh
tak you tinggalkan i sendirian? I nak berehat lah kejap.” Balas Rozaila. Ricky
Ridzuan berasa tidak selesa dilayan kekasih luar negaranya begitu.
“Oklah,
let me dance with Hellen. Kasihan dia,” kata Ricky Ridzuan. Rozaila sakit hati.
Ricky Ridzuan seolah-olah hendak menyakitkan hatinya. Hellen dilihatnya sudah
tersenyum-senyum kepadanya.
“Pergilah
you! I am not interested to dance with you! Go go!” kata Rozaila yang sudah pun
memegang kepalanya. Dia terasa bingung sekali dengan apa yang dirasainya
sekarang. Namun ditahannya dengan meneguk minumannya.