Khas Buat
Seorang Sahabat Sejati
Isma…..
Nama ini bukan asing lagi di kamar hatiku
Sejak aku mula mengenali erti persahabatan
Nama ini yang menghulurkan tangan untuk memenuhi
ruang kekosongan
Dan hulurannya ku sambut
Dan aku memang tidak salah dalam membuat
keputusan.
Isma…..
Kehadiran mu mencorakkan pelbagai rasa dan
memori indah di dalam diriku
Ada suka, ada duka, ada rasa sedih dan ada rasa
gembira
Namun yang pasti persahabatan kita tidak goyah
dek cabaran
Kau dan aku masih begini
Isma….
Rindu bertamu lagi walaupun puas ku tepis
Walau air mata telah kering namun sebak di hati
masih bersisa
Mengapa terlalu cepat engkau pergi
Meninggalkan aku dengan sesuatu yang amat kau
sayangi.
Isma….
Maafkan aku…terlalu berat untuk ku tanggung
kesedihan ini
Kehilanganmu sukar kuterima
Walau aku tahu aku harus redha dengan
ketentuanNya
Isma….
Bersemadilah dengan aman.
Amanat mu pasti akan ku pikul
Walau berat untuk kutanggung
Walau sedih untuk kuterima
Walau diri terasa dijerat
Dengan janji yang tidak ditepati
Isma…..
Aku adalah sahabat sejatimu
Sejak dahulu, kini dan selamanya…..
Kartini membaca
berulang kali hasil luahan hatinya terhadap Isma, yang merupakan sahabat
baiknya. Kemudian kertas berwarna merah jambu itu dilipat kemas dan disimpan di
dalam diari miliknya.