Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,832
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“Ni buku nota saya, saya nak cikQisya salin semula dalam laptop pasal meeting-meeting penting tu. Lepas tuprint”

Arah Syed Faliq pada Qisya Atirahyang sedari tadi leka memandang muka Syed Faliq. Kalau boleh nak meleleh airliur tu.

“Qisya…”

“Hah? Okboss, beres. Ermm boss…”

Panggil Qisya lagi. Badannya ditegakkandi hadapan Syed Faliq yang masih menunduk memandang fail di tangan. Syed Faliqmengangkat muka. Fikirannya selalu teringatkan Hanna Karina saat memandang mukagadis ini. Sebab ada persamaan. Dan persamaannya ialah, dia tak perlu takutuntuk berhadapan dengan perempuan yang bernama Qisya Atirah.

“Apa lagi Qisya?”

Qisya Atirah tersenyum.

“Kenapa boss tak nak nikah? Maksudsaya kenapa boss single lagi? Eh? Ha! Sama jelah soalan tu”

Syed Faliq menggelengkan kepalanya.

“Saya sakit.”

Balas Syed Faliq ringkas. Namun adakejujuran di situ. Memang Syed Faliq sakit pun. Qisya mengerutkan dahi.

“Serius ke boss? Sakit yang membawamaut atau sakit biasa-biasa je?”

Qisya teruja ingin tahu. Nampak sihatje! Mustahil sakit. Fikir Qisya. Syed Faliq kembali menunduk dan menyelak faildi hadapannya. Banyak cakap betul setiausahanya ni!

“Sakit yang tak nampak! Susah nakbaik. Tak lah sampai bawa maut. Tapi kalau teruk boleh bawa maut”

Qisya menggaru kepalanya. Saki tapatu?

“Alah boss ni nak berdolak dalihpulaks! Saya ni izajah perhubungan awam boss, bukannya ijazah dentistry ke?Doctor ke? Psychytrist ke?”

Bebel Qisya Atirah. Masak Syed Faliqnak menjawab.

“Ok lah macam ni. Saya sakit di manasaya perlukan masa untuk sembuh. Sakit saya ni memang pelik, kalau saya cakapawak tak kan paham. Sebab saya pun tak berapa nak faham. Sekarang ni, awak buatkerja awak tu sebab petang nanti kita nak jumpa client”

Fuhh! Panjang jawapan Syed Faliq.Qisya tersengih. Perlahan kaki melangkah keluar. Tombol pintu di pulas. Qisyatersenyum bahagia. Boleh pulak si Laila tercongok depan pintu Syed Faliq sebabbaru lepas bersihkan meja pekerja yang bersepah. Qisya mengangkat keningmengejek. Panas je muka Laila tu.

“Maaf mak cik. Boleh tepi sikit tak.Saya nak lalu”

Sindir Qisya. Padahal tempat luas jenak lalu. Laila Qassandra mendengus geram. Qisya berlalu dan duduk di atasmejanya.

“Eh! Makcik ni, pakai tudung tujanganlah macam kak senah jual nasi lemak. Cuba cantik-cantik sikit”

Sambung Qiya Atirah. Makin berapiLaila Qassandra. Pantas tangan Laila menyapai cawan dari Najihah yang kebetulanlalu di situ.

“Shruh!!”

Habis basah baju dan meja QisyaAtirah dengan air milo tabur yang di tempah Aziz Zafran. Giliran Qisya pulamenahan geram.

“Astaghfirullah! Apa semua ni?”

Marah Aziz Zafran yang kebetulan mahuke pejabat Syed Faliq. Najihah menunjuk tangannya ke arah Laila Qassandra.

“Saya tak faham dengan budak berlagakbagus ni!”

Jerit Laila Qassandra. Semua pekerjasudah berkerumun melihat kejadian di hadapan pejabat Syed Faliq. Qisya Atirahhanya membuat muka tidak tahu.

“Saya tak tahu apa-apa Encik Aziz.Dia tiba-tiba datang dekat saya. Pastu tak pasal-pasal nak simbah air. Kalaufikir logic, sapa yang salah? Saya tak de panggil pun dia datang tempat saya”

Qisya mengangkat kening. Basah punbasah lah! Kejap lagi kau kena basuh dengan Encik Aziz tu! Padan muka kau! OmelQisya.

“Sudah-sudah! Laila. Mulai harinisaya quarantine awak untuk bersihkan tempat di kawasan ni. Masing-masing bolehkembali bekerja.”

Arah Aziz. Qisya sempat tersenyummengejek pada adik  tirinya yangmenghentak kaki keluar dari kawasan pekerja. Laju kaki Laila masuk ke kawasanrehat cleaner.

“Aku geram betul lah dengan budak taksedar diri tu! Dia sengaja duduk lama-lama dalam bilik tuan syed! Bukan aku taktahu!”

Jerit Laila. Yuyu dan Kelly hanyamendengar.

“Hermm.. nak buat macam mana. Akudengan Kelly dah amik keputusan. Kitorang nak berhenti kerja. Kami dah bagitahuEncik Aziz. Esok kau akan dapat kawan baru. Bila aku fikir balik, apa gunakerja tempat macam ni kalau tak dapat jumpa Syed Faliq. Lagipun aku tak laratnak mop tempat besar macam ni. Penat!”

Rugut Yuyu. Kelly turut mengiyakankata rakannya. Laila tersenyum dalam hatinya. Bagus jugak! Senang aku nak usyaSyed Faliq. Kurang saingan aku!

“Hermm, aku ok je.”

Balas Laila ringkas. Otak ligatmemikir sesuatu untuk mencari jalan supaya dirinya boleh kerap masuk ke dalambilik Syed Faliq. Masuk dua minggu kerja, dua kali je dia dapat masuk! Tu punlepas Laila masuk, Syed Faliq keluar sekejap.

….…………………………………………….

Syed Faliq keluar dari pejabatnya.Sekejap lagi ada meeting dengan client penting yang mahu membawa produk Shadadke Arab. Kalau client lelaki memang laju jelah Syed Faliq ni!

“Jom Qisya.”

Ajak Syed Faliq pada setiausahanya.Pantas Qisya bangun menyapai beg di sebelah. Rileks je si Qisya ni pakai bajukurung yang penuh milo dekat tudung dan baju. Syed Faliq memandang baju gadisdi hadapannya.

“Oh! Ni tadi ada pesaing saya yangsimbah. Dia tu mereng sikit. Ok jomlah boss.”

Balas Qisya bila Syed Faliqmemerhatikan bajunya yang bercorak air milo tu. Syed Faliq menghela nafas.Macam-macam hal!Laju kereta yang dipandu oleh Syed Faliq masuk ke butikyang berhampiran.

“Ai? Meeting dalam butik ke?”

Soal Qisya yang duduk di bahagiantempat penumpang hadapan. Syed Faliq tersenyum nipis.

“Cari baju awak dulu. Kang apa pulakyang client saya cakap bila tengok baju awak tu.”

Balas Syed Faliq bersahaja serayamembuka pintu kereta. Qisya tersenyum bahagia, sampai ternganga mulut becoknya tu.

“Pergh!! Seriusly dia nak belikan akubaju? Thanks Laila!”

Qisya membuka pintu di bahagianpenumpang dan membuntuti langkah Syed Faliq masuk ke dalam butik.

“Hah. Pilih cepat. Kita tak bolehlama ni”

Arah Syed Faliq.

“Boss pilih. Saya tak kisah pun.Sebab.. ermm takpelah.”

Syed Faliq mengerutkan dahi. Dahkenapa pulak suruh boss yang pilih.

“Sebab apa?”

Soal Syed Faliq ingin tahu. Qisyatersenyum lagi. Tepat matanya memandang Syed Faliq.

“Boleh saya bantu?”

Soal pekerja butik di situ. SyedFaliq terus mengalih pandangan ke tempat lain. Qisya terperasan, namun iniadalah satu soalan yang masih belum mampu di tanya. Kenapa Syed Faliq bolehbercakap dengan dia tapi selalu mengelak bila ada perempuan lain datang.

“Its sokay sis. Saya nak suruhhusband saya pilihkan.”

Balas Qisya bersahaja pada pembantubutik tersebut. Syed Faliq menggaru kepalanya. Suka hati betul je si Qisya ni!pembantu butik tersebut terus berlalu pergi.

“Alah boss ni janganlah risau. Sayafaham boss tak suka diganggu dengan perempuan, sebab tu saya cakap macam tu”

Syed Faliq memikir sejenak. Betuljugak apa yang si Qisya ni cakap.

“Ok-ok.. sekarang ni saya nak cikQisya pilih baju. Meeting dah nak start kejap lagi.”

Qisya masih lagi berjalan ke bahagianbaju-baju yang tergantung.

“Saya nak suruh boss pilih baju tusebab saya nak boss pandang saya. Ibarat memilih baju kegemaran boss. Bossmesti suka pakai baju kegemaran boss kan? Kalau boss pilih untuk saya, mestiboss makin rajin nak pandang saya”

Syed Faliq menepuk dahi. Allah!Kepalanya digelengkan. Cepat sahaja mata Syed Faliq memandang baju jubahberwarna oren di hadapannya. Makin di layan makin pening jadinya. Pantas tanganSyed Faliq mengambil jubah tersebut dan diserahkan pada Qisya Atirah. Qisyatersengih. Laju langkahnya masuk ke tempat persalinan.

“Cantik?”

Soal Qisya Atirah sejurus langsirbilik persalinan di buka. Syed Faliq tersenyum. Cantik! Memang cantik! Bajujubbah oren bermanik hitam yang dikenakan dengan selendang yang diberi olehpembantu butik.

“Cantik. Ok jom saya dah bayar tadi.”

Cepat sahaja Syed Faliq mengajakQisya keluar semula dari butik tersebut. laju langkah Qisya membuntuti langkahSyed Faliq. Kereta terus di pandu laju oleh Syed Faliq ke tempat mesyuarat.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.