Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,887
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Ya Allah bosannya cuti. Kan baguskalau hari-hari kerja”

Ucap Qisya Atirah seraya mengeliatsambil menuruni tangga. Encik Qhalif dan Puan Juriah hanya tersenyum mendengaromel pagi Qisya Atirah. Si Laila macam biasa. Sambung tidur.

“Salah statement kamu tu Qisya. Kanbagus kalau boleh nampak muka Syed Faliq hari-hari”

Usik Puan Juriah. Qisya Atirahtersengih. Qisya menyua nasi goreng dipinggan. Encik Qhalif pula hanyamenggeleng kepala melihat perangai anaknya.

“Macam nilah orang angau. Dah lahangau! Syok sendiri pulak tu.”

Perli Encik Qhalif. Qisya menjuihkanbibirnya.

“Jodoh Bah. Babah ke yang jaga jodoh?Babah tahu ke Qisya nikah dengan sapa? Dah Qisya memang suka dekat Syed Faliqtu, nak buat macam mana? Tapi kalau Allah kata tu bukan jodoh Qisya, Qisyaterima. Mungkin jodoh Qisya yang mata hijau ke”

Puan Juriah tergelak mendengar lawakanak tirinya. Encik Qhalif pula sempat menarik rambut lurus anaknya yang parasleher tu. Comel je! Macam pelakon Jenna Nick!

“Ada je nak jawab. Yelah-yelah.Sekarang ni Syed Faliq tu dah jadi nombor satu. Babah ni…

“Babah!”

Qisya menjeling. Encik Qhalif tidakmeneruskan ayatnya. Senyuman diberikan pada puteri tunggalnya.

….………………………………………

“Ye Ma, Fal tengah usaha cari ni.Mama jangan risaulah. Fal normal”

Ucap Syed Faliq di telefonnya sambilmundar-mandir di ruang tamu. Makin tegas nada Syarifah Adriana di hujungtalian. Mak mana yang boleh terima bila ada orang sebut anak dia gay!

“Kamu jangan main-main dengan MamaFal! Memang mama salah tak duduk dengan kamu selama ni. Tapi Mama kenal dengananak mama”

Balas Syarifah Adriana di hujungtalian. Syed Faliq mengeluh kecil.

‘Tak ma! Mama tak kenal dengan Fal!Mama sepatutnya rebut Fal supaya duduk dengan Mama! Memori kita bersama hanyasampai umur Fal 10 tahun.’

Jerit hati Syed Faliq.

“Hah! Kamu diam kenapa? Cuba terusterang je dengan Mama. Betul ke tidak kamu ni gay? Entah-entah ni alasan kamunak duduk dalam apartment tu?”

Syed Faliq meraub wajah. Allah! Makinrumit masalah.

“Ok-ok. Ha Ma, nanti Fal call Mamalagi. Ada urgent call ni”

Balas Syed Faliq tipu seraya mematikantalian. Badan di hempas di atas sofa. Rambutnya berkali-kali di garu. Runsing!Langkah dilajukan masuk ke dalam bilik. Nekad! Ingin melihat video prosespemulihan sampai habis.

“Klik”

Pintu terkunci dari dalam. Ye! Alasanmembuat pintu yang berkunci ini adalah disebabkan bila si ‘dia’ muncul. Padaketika itu emosi Syed Faliq tidak stabil dan dia tidak mampu untuk mengingatpassword sendiri.

Laptop di atas meja di buka. Sambungdari fasa ke tiga. Adegan mesra wanita menggoda lelaki. Cepat sahaja nafas SyedFaliq sudah turun naik. Penumpuk digumpal. Namun dia berusaha untuk menahanmarah.

Fasa ke empat. Adegan atas katilmuncul!

“Buk!”

Tumbukan kuat kena pada laptop.Laptop terus terpadam. Retak screen laptop miliknya.

“Argh!!!”

Jerit Syed Faliq. He’s back! Merahmata putih Syed Faliq menahan geram. Penumbuk digenggam dan dia mula menumbukdinding dan pintu bilik. Sekejap sahaja bilik bersepah. Segala jenis kaca yangada semua pecah berderai. Selimut di atas katil dirobek kasar. Setelah habistenaga digunakan, Syed Faliq terduduk di sebelah almari. Matanya terpejam. SyedFaliq tertidur bila amarah kian reda. Inilah penyakit yang Syed Faliq hadapisejak bertahun-tahun lamanya.

….…………………………………………….

“Dia tak pernah pandang perempuanlain. Dia tak pernah bercakap dengan perempuan. Hidup dia selalu menyendiri.Dia ada cakap yang akak perempuan pertama yang pernah buat dia ketawa selepasMama dia tinggalkan dia”

Hanna Karina membuka cerita lama.Tekun Aziz Zafran mendengar luahan hati kakaknya. Ingin sahaja Aziz bawa Hannaberjumpa dengan Syed Faliq, namun Hanna tetap menunggu suatu saat yang tepat.

Aziz Zafran merendamkan kakinya kedalam kolam renang. Bagi Hanna, Aziz adalah tempat dia meluah segalanya selepasmereka menjadi yatim piatu.

“Zaf tak paham lagi situasi dia kak.Cuba akak bayangkan. Kalau memang betul dia sayang akak, dia tak kan buat akakmacam tu. Dia sendiri nampak akak kena langgar masa tu. Dan dia boleh pergimacam tu je”

Masih ada ketidakpuasan dalam hatiAziz Zafran. Hanna tersenyum lagi mengingat kejadian yang meragut kedua-duabelah kakinya.

“Itulah benda yang akak nak tahusampai sekarang. Sebab apa yang akak nampak masa tu, dia bukanlah dia yangsebenarnya. Itulah pertama kali akak nampak dia lain sangat.”

Aziz menggaru kepala. Lantas tangankakaknya yang sedang duduk di atas kerusi roda di pegang.

“Sampai bila kak? Sampai bila akaknak tunggu? Hish! Nak je Zaf tanya terus dengan Syed Faliq tu!”

Rungut Aziz lagi. Hanna hanyaberwajah tenang.

“InsyaAllah. Allah ada perancanganyang terbaik untuk akak. Hah? Macam mana dengan setiausaha barutu?”

Soal Hanna ingin tahu. Aziz Zafranterus tergelak bila Hanna bertanya soal Qisya Atirah.

“Habislah akak. Budak tu suka giladekat Syed Faliq. Mungkin dia boleh caras akak lepas ni”

Usik Aziz Zafran. Hanna menggelengkankeplanya dan mengukir senyum lagi. Ingatannya masih lagi segar saat diaberkawan dengan Syed Faliq.

“Tak ada perjanjian apa-apa pun yangmengatakan Syed Faliq tu milik akak, Zaf. Kalau ada wanita yang berjaya menawanhati Syed Faliq, tu maksudkan akak dihantar untuk menjadi sahabat Syed Faliq,bukan untuk teman sebilik”

Aziz merenung langit petang dihalaman rumahnya. Sesekali bunyi burung berkicauan begitu mendamaikan. AyatHanna Karina meresap kejantungnya.

“Zaf respect gila dekat akak. Apa-apayang akak cakap, mesti akak serah semuanya pada Allah. Bila Zaf fikir balik,memang kata-kata akak ada benarnya. Akak tak pernah mengeluh saat akak hilangkaki. Malah akak bersyukur sebab masih diberi peluang untuk bertaubat. Zaf takmampu jadi macam akak”

Hanna tersenyum lagi mendengar baitkata adiknya. Kepala Aziz diusap. Tahu adiknya manja. Sejak-sejak ibu danayahnya meninggal, siapa lagi tempat Aziz nak mengadu kasih kalau bukankakaknya.

“Ok, kalau macam tu, akak nak Zaf bawakbalik calon adik ipar”

Zap! Aziz terus menegakkan badannya.Muka Hanna tidak di pandang. Kaki pantas menolak kerusi roda Hanna masuk kedalam.

“Mengelak lagi? Entah-entah Zafdengan Syed Faliq tu memang ada hubungan sejenis tak?”

Usik Hanna Karina. Bahu Hanna dipukulsedikit oleh Aziz.

“Akak ni! Huh! Tunggu akak yang nikahdulu”

Hanna memberhentikan roda kerusrodanya saat Aziz menolak masuk kerusi rodanya ke dalam rumah. Tangan adiknyadicapai dan di bawa pusing ke hadapannya. Aziz mula melutut. Hanna membawatapak tangan ke dada adiknya

“Tolong jangan menidakkan rasa cintayang hadir. Cukuplah.. Cukuplah berkorban demi akak. Akak tahu yang adik akakni selalu putus cinta sebab akak. Cukuplah semua tu. Kebahagiaan Aziz Zafranadalah yang paling utama dalam hidup akak.”

“Tapi….

Hanna meletakkan jari di mulutadiknya.

“Yang beri bahagia tu Allah, yangberi sakit tu Allah. Kenapa Zaf nak jadikan akak sebagai penghalang untuk Zafbina bahagia. Cukuplah Zaf. Lagipun akak teringin sangat nak ada budak-budakdalam rumah ni. Tak dapat merasa pegang anak sendiri, anak…”

“Akak….”

Ayat dipotong Aziz. Hanna tersenyum.Aziz menolak kerusi roda kakaknya masuk semula ke dalam.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.