Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,836
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

BAB 15

“Apa tengok-tengok!”

Qisya menjeling pada Laila yang turutkeluar pintu rumah. Qisya malas nak menghadap muka adik tirinya. Makin sakithati. Laju skuter Qisya keluar dari halaman rumahnya. Laila masih menungguteksi yang di upah setiap hari untuk menghantarnya pergi bekerja.

“Pokai lama-lama macam ni! Kerja dahlah penat! Duit habis macam ni je! Babah bila nak belikan Laila kereta?”

Rungut Laila saat Encik Qhalif keluar dari pintu rumah. PuanJuriah menahan geram melihat tingkah anaknya. Encik Qhalif tersenyum.

“Kerjalah dulu, nanti kalau ekonomiLaila dah stabil, Babah bayarkan duit muka kereta.”

“Alah, lambat sangat. Tengok ni,hari-hari kena naik teksi.”

Keluh Laila lagi. Qisya sendiri puntak pernah mintak Babahnya! Tak malu betul! Sebab Qisya tahu Babahnya perlu tanggung banyak mulut dalamrumah ni. Skuter Qisya tu pun dibeli atas usahanya sendiri.

“Yelah.. Nanti Babah fikir macammana”

Balas Encik Qhalif seraya menaikikereta dan keluar dari perkarangan rumah. Puan Juriah sudah menjeling gerampada anaknya.

“Jadi orang tak tahu nak bersyukur!Anak dia sendiri pun tak pernah nak mintak itu ini, yang kamu ni tak tahu malukenapa?”

Marah Puan Juriah. Laila menjelinglagi.

“Eleh Mama ni! Kenapa Mama asyik naklebihkan Qisya je! Malas nak layan Mama. Lagipun dahmemang tanggungjawab Babah nak sara keluarga ni.”

Laila mula beredar keluar dari pintupagar rumah. Selang beberapa minit teksi tiba. Puan Juriah hanya mampu mengurutdada. Keras kepala betul anaknya yangbernama Laila Imani ni!

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.