BAB 4
“Kau tak payah nak pura-pura jatuhlah depan Syed Faliq tu, kau ingat dia hadap tengok muka kau! Mengda betul.Siap main jatuh-jatuh bagai!”
Ucap Laila Qassandra. Sengaja mencaripasal dengan Qisya Atriah.
“Eee sibuk lah kau ni. Lantaklah akunak jatuh ke, nak terbongkang depan dia ke. Ada aku susahkan kau? Cuba jangansibuk apa aku nak buat. Hidup aku! Lantak aku lah nak buat apa!”
Marah Qisya Atirah. Mata difokuskansemula di siaran TV 3, berita jam 8. Encik Qhalif dan Puan Juriah pula tiada dirumah. Ada kenduri rumah kawan katanya. Bermaharajalela lah minah dua ekor nigaduh.
“Memang kau susahkan hidup aku. Akusuka Syed Faliq tu, kau pun nak suka jugak. Tapi tak pe, sekurang-kurangnyaSyed Faliq dah merasa air minuman buatan tangan aku yang cantik ni”
Balas Laila Qassandra tidak mahumengalah. Qisya Atirah menjuihkan bibir. Bantal di atas sofa di peluk kemas.Mata masih memandang TV di hadapan.
“Entah kena cirit – birit mamat tuminum air kau! Suka hati nak cakap macam tu. Dia yang sibuk ikut aku pergiinterview. Tak malu! Kau tu kena ingat sikit. Kau tu dah ada boyfriend. Dah naktunang pun! Aku ni single. So aku berhak nak suka sapa pun”
Balas Qsiya Atirah sambil tersenyumsinis. Laila Qassandra menjeling.
“Aku tak cakap pun nak kahwin denganSyed Faliq tu. Aku suka dia sebab dia handsome macam Zul Ariffin. Kau tu je!Apa yang aku suka, kau pun nak suka jugak.”
Qisya Atirah sudah menggelengkankepalanya. Menyampah!
“Eh! Pergi lantak lah sana. Serabutlah! Aku bukan nak bercinta pun! Aku nak kerja! Lainlah macam kau! Suka sangatgoyang kaki. Tak habis-habis nak gaduh pasal Syed Faliq. Kang dia betul-betulnikah dengan aku, menangis tak berlagu kau..”
Bentak Qisya Atirah seraya bangun danmeniti anak tangga menuju ke biliknya. Lagi lama duduk dekat bawah, lagi sewelkepalanya. Qisya merebahkan dirinya di atas katil. Kepalanya sedari taditeringat peristiwa saat interview pagi tadi. Mukanya tersenyum sendirian. Hatisudah terpaut pada Syed Faliq.
“Tapi? Kenapa dia tak pandang akumasa interview ek? Buruk sangat ke muka aku?”
Soal Qisya Atirah sendirian. Masihlagi berteka teki dengan dirinya. Teringat muka Syed Faliq yang berlesung pipitdengan janggut yang halus-halus menyucuk tu. Aww! Mata biru dia lagi. Hmmm.Qisya tenggelam dalam khayalannya.
….………………………………………………………………………..
Sunyi. Hanya kedengaran bunyi TV yangbercakap sendirian. Apartment mewah di Kuala Lumpur kini di diami oleh Syed Faliq sejak hari pertamadia masuk ke Malaysia. Hanya beberapa kali sahaja dia tinggal bersama denganSyarifah Adriana.
Perhiasan yang lengkap di dalam rumahtersebut. Semuanya mempunyai 3 bilik. Cuma ada satu bilik yang aneh. Bilik yangmempunyai punat password untuk memasukinya. Syed Faliq keluar dari biliktersebut. Laju langkahnya menuju ke dapur dan membancuh milo panas. Sejurusselepas itu kakinya kembali semula ke ruang tamu.
Aplikasi whatsupnya berbunyi. Mesejdari Aziz masuk ke telefon bimbitnya.
‘So? Kau nak decide ke aku?’ Pesananringkas dari Aziz.
‘Kau decide lah, Cuma syarat dia,pastikan yang tak tergedik-gedik. Yang memang betul-betul nak kerja danmestilah berpakaian sopan.’ Butang send di tekan Syed Faliq.
‘Yelah-yelah. Aku nak tanya kau ni.’Soal Aziz
‘Apa dia?’
‘Sebanyak 199 wanita pagi tadi, adatak yang buat jantung kau berdegup kencang sambil main drum?’
Soal Aziz. Syed Faliq tergelak saatmembaca soalan rakannya. Fikirannya teringat kembali saat interview tadi.Mungkin proses pemulihan yang dilakukan Dr Steward dan Dr Jamil telahmembuatkan Syed Faliq pulih sedikit.
‘Tak de. Dah lah aku malas nak layankau ni. Kang nanti kau cop aku gay pulak. Asal? Kau dah jumpa calon ke dekat interviewtadi?’ Soal Syed Faliq pula.
‘Haah, ada. Adalah dua tiga orangyang berjaya usik-usik hati aku ni. Tapi status dah bertunang. Cuma sorang jeyang belum. Mungkin aku boleh tackle yang tu. K, ah! Bye. Assalamualaikum’
Balas Aziz panjang lebar. Syed Faliqmenyambung semula minikmati milo panas di ruang tamu rumahnya. Jam didindingsudah masuk pukul 11 malam. Mata kian mengantuk. Saat untuk mengunci diri. Saatyang paling dia takut sekali adalah waktu tidur. Kerana ‘dia’ akan muncul.Adakah ‘dia’ tu saka? Argh! Apa yang di sembunyikan oleh Syed Faliq ni?
Cawan yang sudah di cuci di letak diatas rak. Kaki kembali semula ke ruang tamu. TV dimatikan. Telefon bimbitditinggalkan di ruang tamu. Tak pernah dia tidur membawa telefon bimbitnyasekali. Entah apa agaknya alasan Syed Faliq ni.Sejurus selepas itu Syed Faliqmenekan password di satu bilik dan mula masuk ke dalam.
Cantik hiasan dalaman bilik ini. Cumadi dinding terdapat kesan carik yang banyak. Syed Faliq menuju ke bilik air danmengambil wudhuk. Sejurus selepas itu dia melakukan solat sunat dua rakaatsebelum tidur. Kaki mula melangkah ke atas katil.
Tik.tik.tik. Sesaat berlalu, seminitberlalu. Sejam berlalu. Syed Faliq masih lagi tenang. Tiada apa – apa yangmuncul dalam biliknya. Tingkap bilik juga ber gril. Mustahil manusia akanmenebusinya kecuali makhluk halus. Tik.tik.tik. Jam berdetik lagi, jammenunjukkan pukul 3 pagi. Memang tiada apa-apa yang berlaku. Apa yang SyedFaliq cuba sembunyikan di dalam bilik yang di kawal ketat ini?