Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,829
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

BAB 1

3 TAHUN KEMUDIAN

“Saya masih belum yakin lagi doc.Saya tak nak amik risiko.”

Balas Syed Faliq. Mukanya diusapberkali-kali. Doktor Jamil tersenyum melihat pesakitnya.

“Kenapa kita perlu mengelak sesuatuyang sudah menjadi lumrah. Kita ada agama. Agama kita Islam. Dan sememangnya Allah menciptakan sesuatu untukberpasang-pasangan, seperti malam pasangannya siang. Memang betul apa yang DrSteward cakap, kalau boleh jangan dekati wanita. Tapi cuba Fal tengok dekatshopping complex, kedai runcit dan dekat mana-manalah, mesti berhubung denganperempuan kan? Sampai bila Fal nak mengelak?”

Soal Doktor Jamil. Terdengar keluhandari mulut Syed Faliq.

“Allah… Saya tak tahu nak buat apalagi Doc, saya takut ‘dia’ mula mengganas. Hampir setiap malam dia akan gangguhidup saya nanti.”

Penyakit yang disembunyikan darisemua orang. Tapi apa? Syed Faliq meraub wajahnya lagi.

“Whose the real one? ‘Dia’ atau kamu?Kenapa kamu kena takut? Kamu kena jadi diri sendiri. Kamu kena lawan semua ni.Kalau memang kamu jatuh cinta buat kali kedua, kamu kena buktikan diri kamuyang sebenarnya. Jangan biarkan dia kalahkan kamu! You need to face thereality. Kamu nampak je ‘dia’ tak wujud sekarang ni. Tapi sebenarnya ‘dia’sedang tidur sebab kamu takut untuk berhadapan dengan masalah. Dia hanya bayang - bayang hitam kamu sendiri Fal. Takda sapa yang boleh tolong kamu, kalau kamu tak nak tolong diri kamu sendiri.”

Semangat demi semangat disalurkan.Syed Faliq terdiam.

‘Aku lemah ke Ya Allah…’

Bisik hati Syed Faliq. Doktor Jamilbangun dari tempat duduknya dan menepuk bahu Syed Faliq.

“Semua yang berlaku ni atas izinNya.Dan ini bukan salah kamu pun. Kamu adalah mangsa. Kenapa pulak kamu perludihukum untuk tidak jatuh cinta. Bercintalah. Cuba buka hati kamu untukmenerima insan yang bernama wanita. ‘Dia’ tak berhak untuk merasai kemanisanbercinta dan merampas kebahagian kamu”

Ucap Doktor Jamil lagi. Syed Faliqmenghadam ayat yang dituturkan oleh Doktor Jamil.

“InsyaAllah doc. Mungkin saya masihperlukan masa untuk berkawan semula dengan perempuan. Untuk jatuh cinta buatkali ke dua, saya masih belum bersedia. Biarlah ‘dia’ betul-betul lenyap dalamhidup saya dulu. Saya takut ‘dia’ kembali dan rosakkan segalanya”

Doktor Jamil hanya menggangguk. BahuSyed Faliq ditepuk lagi. Syed Faliq mula melangkah keluar dari bilik DoktorJamil dan menuju ke parkir kereta. Hatinya masih gusar.

‘Mungkin boleh cuba cari pekerja perempuan’

Bisik hati Syed Faliq. Ye! ShadadHoldings kini diterajui oleh Syed Faliq. Syarikat yang membekalkan gula pasirterbesar di Malaysia. Dan apa yang uniknya, sejak syarikat ini diterajui olehSyed Faliq, semua pekerjanya adalah lelaki, termasuk pencuci tandas. Semuanyaatas permintaan Syed Falik. Ibunya, Syarifah Ardiana hanya mengikuti sahaja kemahuan putera tunggalnya.

Kereta BMW merah milik Syed Faliqmasuk ke perkarangan Shadad Holdings. Pantas kakinya mula melangkah masuk kedalam. Pekerja-pekerja Islam yang bekerja di Shadad Holdings diwajibkan memberisalam pada Syed Faliq sekiranya tersermpak dengan beliau. Sama ada Syed Faliqyang beri salam dulu atau pekerjanya. Itu termasuk dalam peraturan bekerja diShadad Holdings. Sangat mementingkan etika Islam.

Kemas pakaian Syed Faliq. Kemejahitam bersama dengan seluar jeans. Cermin mata hitam yang tersarung di matanyamenyerlahkan lagi ketampananya.

“Assalamualaikum Tuan Syed”

Panggil satu suara di belakang saatSyed Faliq mahu melangkah masuk ke dalam lif. Syed Faliq menoleh.

“Waalaikumsalam. Argh! mengada kausiap tuan-tuan.”

Balas Syed Faliq seraya membukacermin mata hitamnya dan selitkan di celah baju. Bersinar mata biru milik SyedFaliq. Saat Syed Faliq tersenyum pada rakannya Aziz, ternampak sedikit lesungpipitnya di pipi kanan. Comel!

“Dekat ofis kena lah panggil tuanSyed. Nanti apa pekerja lain cakap. Kau gi mana tadi? Aku call tak angkat?”

Soal Aziz. Sahabat baik di Malaysiajuga merangkap Ketua Pemasaran di Shadad Holdings sejak tiga tahun lalu. SyedFaliq menepuk bahu kawannya lantas masuk ke dalam lif bersama-sama.

“Hish janganlah tepuk-tepuk aku.Nanti orang ingat kita gay. Penat dah aku dengar gossip pasal kau dengan aku,naik benanah telinga ni!”

Syed Faliq tergelak kuat mendengarleteran rakannya.

“Allahuakbar. Gossip yang tak berasaskau dengar buat apa. Biarlah diorang nak bagi kita pahala. Kutuklahbanyak-banyak.”

Aziz hanya menggelengkan kepala.Pintu lif terbuka. Mereka masuk beriringan ke dalam pejabat. Semua mata sibukmemandang. Syed Faliq hanya berwajah selamba. Aziz pula sibuk memandang rakansekerjanya yang lain. Isyarat mata diberikan menandakan dia dan Syed Faliqhanya berkawan semata-mata.

Masing-masing hanya membuat tidaktahu lantas memberi salam pada Syed Faliq yang baru sahaja masuk ke pejabat.Jam tepat pukul 1 tengah hari. Masa untuk rehat. Pekerja-pekerjanya pula keluardari pejabat.

“Hah ada apa nak cakap dengan aku?”

Soal Aziz pada Syed Faliq di dalambiliknya. Syed Faliq memandang wajah rakannya.

“Aku nak bersihkan nama kau lah ni.Sekarang ni, aku nak kau buat iklan pasal pencarian setiausaha, cleaner dantukang bancuh air. Semua tu mesti perempuan”

Ucap Syed Faliq bersahaja. Azizterbangun dari tempat duduk.

“What? Seriously? Kau sihat tak ni?Dulu kemain tak nak ada perempuan dalam ofis ni?” Soal Aziz seakan tidakmempercayai kata-katanya.

“Dah sampai masanya aku nak adakankelainan. Lagipun mesti bosan kan kalau tak nampak perempuan. Korang kerja puntak semangat je”

Perli Syed Faliq. Aziz menghamburkantawanya.

“Aku peliklah dengan kau ni. Nakcakap putus cinta, aku pun pernah putus cinta. Banyak kali. Kau baru sekali jeputus cinta, sampai sekarang kau frust? Pelik lah kau ni?”

Syed Faliq hanya membuat tak tahu cakap rakannya.

“Hermm, nak buat macam mana, bukanaku tak nak kawan dengan perempuan. Kau kena faham, perempuan sekarang nimaterialistic. Cuba aku tukar kerja jadi cleaner, ada ke yang nak kawan denganaku? Mustahil der…”

Balas Syed Faliq bersahaja. Sengajamenyembunyikan perkara yang sebenar. Perkara yang selalu menghantui dirinya.

“Aku nak tanya kau lah, sejak kauputus cinta dulu, dah berapa lama kau tak bercakap dan mengelak denganperempuan?”

Soal Aziz lagi. Syed Faliq tersenyumhambar mendengar soalan rakannya.

“Aku tak delah tak bercakap langsung,aku cakap, tapi untuk benda yang perlu je. Kalau rasa tak perlu aku tak cakaplah.”

Aziz hanya menggelengkan kepalamelihat sikap rakannya.

“K lah, aku keluar dulu. Nanti akuiklankan pasal kerja kosong tu. Aku harap sangat kau dapat ubat sakit hati kau.Tak semua perempuan jahat beb. Ada je yang baik dan ikhlas. Kau tu je yangtutup pintu hati kau.”

Balas Aziz seraya bangun dari kerusidan meluru keluar dari pejabat Syed Faliq. Syed Faliq terhenti dari menyelakfail di atas meja. Badannya disandarkan di belakang kerusi. Pen di tangandiputar-putar.

‘Kau tak faham Ziz, kau tak tahu apayang aku rasa sekarang ni. Aku bukan tak nak bercinta. Tapi aku takut kalau‘dia’……’

Bisik hati Syed Faliq. Ye! Kalau duluSyed Faliq cukup anti dengan perempuan. Geram dengan insan yang bernama wanita.Namun dalam hatinya juga terselit perasaan takut. Takut dengan bayang-bayanghitam yang menghantui dirinya selama ini. Lamunan terhenti bila telefon bimbitSyed Faliq melaungkan azan.

“Allah….”

Ucap Syed Faliq. Kaki bergegas kesurau di Shadad Holdings. Imam yang diupah oleh Syed Faliq sudah tiba. Selesaisahaja solat, pasti akan nada tazkirah ringkas oleh imam tersebut. Tekun SyedFaliq mendengar pengisian rohani itu. Hatinya banyak diisi denganperkara-perkara akhirat.

“Dunia ini hanya pinjaman. Kita inihanya pinjaman. Semuanya tak kan kekal. Yang kekal hanyalah syurga dan neraka.Jadi untuk apa kita hidup dalam dunia ini? Untuk bersuka ria? Tidak! Duniainilah tempat untuk kita mencari bekalan akhirat. Kalau kamu ingin bahagia disyurga, lebihkan lah amalan di dunia. Sebab mati itu pasti. Saat kita dudukkita boleh mati, saat kita jalan, kita boleh mati. Kita tak tahu bila kitamati. Dan saat nyawa ditarik dari jasad, kita sudah tidak sempat untukberfikir, cukupkah amalku untuk di bawa di alam sana?”

Panjang lebar Ustaz Saiful memberikantazkirah. Mulut Syed Faliq tidak lekang dibasahkan dengan dzikir memuji Allah.Dosa-dosa yang lalu pasti akan terkenang kembali.

“Allah…”

Terbit lagi ucapan Allah dibibirnya.Saat bersalam-salaman, Ustaz Saiful menepuk bahu Syed Faliq. Senyumandiberikan.

“Kenapa Fal?”

Soal Ustaz Saiful bila melihat mukaSyed Faliq seolah-olah runsing. Runsing dengan masalah ‘dia’ dan juga terkenangkisah lalu. Syed Faliq membalas senyuman pada Ustaz Saiful.

“Allahuakbar”

Ucap Syed Faliq meraub wajahnya.Ustaz Saiful mengajak Syed Faliq duduk bersila sebentar.

“Setiap apa yang berlaku atas dirikita dan sekeliling kita, semua atas kehendakNya. Kita berdoa, berdoa danberdoa supaya dijauhkan dari segala kesulitan dan dijauhkan dari segala bala,tapi Allah tetap beri pada kita. Itu tandanya Allah sayang pada kita. Bila kitaditimpakan ujian atau dugaan yang besar-besar, Allah nak tengok kita merayupadaNya”

Ucap Ustaz Saiful panjang lebar.

“Allahuakbar. Saya tak sengajamerungut pada Allah tadi ustaz. Saya fikir sampai bila Allah nak uji saya,sedangkan Allah tengah perhatikan saya. Allah…”

Balas Syed Faliq. Airmatanya keluartanpa sengaja, lantas ustaz Saiful menepuk bahu anak muda yang sudah menjangkauumur 33 tahun itu.

“Pintu taubat sentiasa terbuka.InsyaAllah, dia tahu apa yang ada dala hati Fal. Dia faham apa yang Fal alamisekarang ni. Dia sayangkan Fal. Dia nak tengok setakat mana Fal mampu bertahan?DI saat yang tepat dan di hari yang tepat, InsyaAllah dia keluarkan Fal darimasalah yang membelenggu hati Fal”

Balas Ustaz Saiful. Walaupun diatidak tahu apa masalah yang dia alami oleh Syed Faliq, tapi hatinya kuatmengatakan yang Syed Faliq sedang menanggung beban dalam dirinya.

“Saya bukan anti perempuan ustaz.Sesungguhnya perempuan itu kaum yang lemah, yang patut dilindungi oleh lelaki.Dan atas sebab untuk menjaga kehormatan wanita itulah, saya terpaksa berjauhandengan mereka.”

Balas Syed Faliq. UStaz Saifultersenyum melihat anak muda yang menunuduk di hadapannya. Ustaz Saiful juga pelikdengan sikap anak muda ini yang selalu mengelak dari berjumpa dengan perempuan.Bercakap hanya bila perlu sahaja.

“Setiap masalah ada penyelesaiannya.Dan untuk menyelesaikan masalah, kita tak patut lari dari masalah tersebut.Semakin kita lari, semakin masalah itu menjadi raja yang bertakhta dalam hatikita. Lagi jauh Fal lari dari masalah Fal, Fal tak kan jumpa penyelesaian tu.Kenapa perlu lari dari perempuan? Sedangkan syurga kita di bawah telapak kakiwanita. Apa pun sebab Fal, InsyaAllah Allah dengar, dan Allah tahu semuanya.Jangan berhenti berdoa”

Balas Ustaz Saiful seraya menepukbelakang badan Syed Faliq. Sejurus selepas itu Ustaz Saiful memberi salam danmeninggalkan anak muda itu di surau. Syed Faliq masih lagi menghadam ayat yangdituturkan oleh Ustaz Saiful. Mata birunya basah dengan airmata. Mungkin inimasanya untuk dia bergaul dengan insan yang bernama wanita. Pergaulan yangdibenarkan oleh Islam seperti urusan kerja. Tidak perlu lagi mewakilkanpekerjanya untuk bermesyuarat dengan wanita. Ye! Dia perlu hadapi sendiri.

‘Kau boleh Syed Faliq! Kau tak bolehbiarkan ‘dia’ bermaharajalela dalam diri kau!’

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.