Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,836
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

BAB 16

Syed Faliq ralit menyelak fail-failyang bertaburan di atas meja. Sesekali kepalanya digelengkan. Kepalanya diangkat dan memandang wanita yang sedang termenung meneliti wajahnya. Keluhan dilepaskan perlahan.

“Tak jemu ke pandang muka saya Qisya?Apa yang syok sangat? Saya cakap awak dengar tak tadi?”

Soal Syed Faliq bersama senyuman.Qisya tersengih.

“Ehehehe, boss tak faham, saya tengahpandang muka bakal anak – anak saya melalui muka boss”

Balas Qisya Nurmedina bersamasenyuman. Syed Faliq menggelengkan kepalanya lagi. Penat dah melayan gadis di hadapannya. Ada sahaja loyar buruk dan pickup line nya yang beratur dalam kepala.

“Qisya…qisya…” Omel Syed Faliq.

“Tapi kan boss, saya pelik tengokboss ni. Boss baik. Kacak. Tak pernah marah staff. Selalu senyum. Tapi Cumasatu je yang boss kurang.”

Ucap Qisya Nurmedina lagi. Tak habis–habis nak goda Syed Faliq Hadi.

“Apa lagi Cik Qisya Nurmedina? Taksiap jugak kerja dalam ofis ni.”

Lagi sekali Qisya terpana dengan matabiru milik Syed Faliq. Lesung pipitnya yang sentiasa melekat di pipi membuatkanjantung Qisya Nurmedina hendak terkeluar dari tubuh.

“Boss kurang kasih sayang dariseorang wanita. Mungkin Allah takdirkan saya berjumpa dengan boss untuk kitasaling melengkapi”

Syed Faliq tergelak kecil melihatgelagat setiausahanya. Tak malu betul!

“Ada –ada je awak ni Qisya! Dah habiske kerja awak?, kan saya dah suruh keluar tadi. Dah -dah pergi sambung buat kerja.”

QIsya Nurmedina masih lagi menongkatdagu melihat wajah lelaki dambaan hatinya.

“Saya masih tak faham dengan boss ni.Boss ni ramai peminat, tapi kenapa boss tak nak nikah? Nak cakap gay, boss takmengaku pulak? Apa masalah boss ni? Saya pinang boss, mentah-mentah bosstolak.”

Soal Qisya Nurmedina bersahaja. SyedFaliq tersenyum lagi. Naik gila kepala ni membalas soalan setiausahanya. SyedFaliq menggaru sedikit kepala yang tidakgatal.

“Allah... Macam tak de soalan lain jeawak nak tanya. Dah banyak kali saya cakap dengan awak, saya sakit.”

Balas Syed Faliq ringkas. Qisya Nurmedinamenjeling malas. Jawapan yang sering di ucapkan oleh Syed Faliq.

“Sakit. Sakit. Sakit. Saya tengokboss sihat walaifiat je ni. Sakit apa?”

Soal Qisya Nurmedina sambilmengerutkan dahinya. Sekali lagi Syed Faliq mengeluh. Wajahnya disenyumkan.

“Awak ni Qisya… Eh? Meeting denganCik Shikin petang ni kan? Check balik jadual saya.”

Arah Syed Faliq pada setiausahanya.Lagi tadi suruh keluar tak keluar-keluar jugak si Qisya Nurmedina ni.

“Boss jangan risau, saya dahcancelkan meeting tu” Balas Qisya bersahaja. Terbeliak mata Syed Faliq.

“What? Awak cancel? Sapa bagiarahan?”

Soal Syed Faliq agak keras. Qisya Nurmedinamembuat muka selamba.

“Saya dah review muka Cik Shikin tu.Bibir dia seksi, muka dia putih. So, saya tak kan benarkan boss meeting dengandia. Saya takut boss jatuh hati dengan dia pulak. Boss ok kan?” Balas Qisya Nurmedinaselamba. Padahal sengaja menguji Syed Faliq.

“Ya Allah! Qisya Nurmedina… CikShikin tu client penting. Awak tak boleh buat macam ni.”

Marah Syed Faliq. Tapi suaranyadisayukan. Tak seperti orang marah pun. Nampak kerutan di muka Syed Faliq. Satudalam seribu nak jumpa boss macam Syed Faliq ni. Selalu sangat berlembut denganstaff.

“Boss. Boss. Boss. Rileks. Acah-acahmak enon je boss. Gelabah lah boss ni. Saya keluar dulu. Kang kalau lama-lamasaya duduk dalam bilik boss ni, cair make up saya.”

Balas Qisya Nurmedina seraya tergelakkecil. Syed Faliq hanya menggelengkan kepalanya. Nafas ditarik panjang. Lega!Sesuka hati je nak cancel meeting.

“Kenapa pulak sampai cair make up.Qisya…qisya… Suka buat saya pening.” Balas Syed Faliq. Qisya Nurmedina tergelaklagi.

“Sebab panahan cinta boss kuatsangat, sebab tu make up saya cair. Hik hik hik. Ok lah boss, saya keluar dulu.Bye.”

Syed Faliq mengeluh lagi. Senyumandisimpul dibibir. Entah kenapa hatinya tidak gementar bila berhadapan denganQisya. Masih menjadi persoalan. Sama macam dia berkawan dengan Hanna Karinadulu.

Qisya memulas tombol pintu. Langkahterberhenti sekejap. Badannya dipusingkan dan melihat Syed Faliq yang masihralit memandang fail yang bertaburan di atas meja.

“Apa lagi CIk Qisya Nurmedina?”

Soal Syed Faliq. Keluar suara garauSyed Faliq. Tetapi masih terselit kelembutan di situ. Mana tak cair wei! Gadisbertudung bawal dan berbaju kurung itu tersengih lagi memandang jejakaidamannya.

“Saya rasa lepas ni boss kena pakaicermin mata lah”

Ucap Qisya Nurmedina. Syed Faliqmengerutkan dahi. ‘Bila masa pulak aku rabun?’ Soal hatinya.

“Kenapa pulak awak cakap macam tu?Bila masa pulak saya rabun?”

Soal Syed Faliq hairan. Qisya Nurmedinamemberikan senyuman manis. Ternaik pipi pau Qisya saat dia tersenyummenayangkan gigi putihnya.

“Haah! Boss tak sedar yang bossrabun. Boss rabun dalam menilai cinta. Boss tak perasan ke sejak hari firstkita jumpa, saya dah tembak hati boss. Tapi boss tu asyik mengelak je.”

 Tawa yang ditahan terhambur juga.Berdekah-dekah tawa Syed Faliq melihat gelagat setiausahanya.

“Dah Qisya. Cukup drama harini.Haishh.. Tak jalan semua kerja saya ni.”

Balas Syed Faliq. Qisya Nurmedinamasih tidak mahu mengalah. Tidak sangka Syed Faliq akan mentertawakan dirinyasebegitu rupa.

“Tapi saya memang suka dekat boss.Boss pun tak de calon lagi kan. Boss pinang lah saya. Saya nak jadi isteriboss”

Ucap Qisya Nurmedina jujur. SyedFaliq mengeluh sambil tersenyum.

“Tak boleh Qisya. Bukan dengan awakje. Tapi dengan mana-mana perempuan. Saya tak kan amik risiko”

Balas Syed Faliq lagi serayamenyambung membaca fail di atas meja.

“Ke boss tak dapat lupakan first loveboss?”

Soal Qisya ingin tahu. Syed Faliqmenyelak lagi helaian di atas mejanya. Soalan Qisya tidak dijawab. Qisyamengalah, kaki melangkah keluar dan menutup pintu pejabat bilik Syed Faliq.

‘Dengan dia sekalipun, saya tak kanamik risiko untuk bernikah. Biarlah cinta itu terkubur.’ Bisik hati Syed Faliq.

….………………………………………………………………………………………

“Tak,sekarang ni kau tak faham ke? Ataupun kau ni memang pekak? Kau berambus darisini. Aku tak nak tengok muka kau lagi faham?”

Jerit Laila Imanidi hadapan pagar rumahnya. Qhairi Jazmir terkedu. Angin apa yang merasuk padakekasihnya. Sejak berkhidmat di Shadah Holdings, Laila semakin menjauh darinya.

“Sekarang nibukan  aku  yang tak faham. Tapi kau  tu. Apa masalah kau? Dengar eh siniperempuan. Kau jangan ingat ada orang nak dekat kau tu. Selama ni aku berusahajadi baik tau. Jangan sebab sikap kau macam ni, aku ungkit balik kisah kitadulu. Kau nak aku cakap depan Mama kau yang….”

“Stop! Shit!Kau diam! Kau ni dari dulu tak habis - habis nak menyusahka aku! Argh!!”

Jerit Lailalagi. Pintu pagar digonjang kuat dan kakinya berlari masuk ke dalam rumahsemula meninggalkan Khairi diluar. Laju kakinya menapak meniti anak tangga danmenghempas pintu bilik sekuat hati. Puan Juriah yang sedang memasak di dapur hanya mampu menggelegkan kepala. PuanJuriah berjalan kaluar dari dapur dan menuju ke bilik anaknya yang dikatakandemam harini. Baru je pagi tadi minta MC dengan doctor. Sekarang ni dahterpekik - pekik macam orang utan.

Tombol pintudipulas perlahan. Puan Juriah melihat anaknya menyembamkan muka di atastilam. 

“Cuba Lailacerita dekat Mama, apa lagi yang Laila tak puas hati. Kenapa jerit depan Khairitadi. Apa salah dia?”

Puan Juriahcuba berlembut dengan anaknya yang keras kepala tu. Punggung dihenyak di atasbirai katil anaknya.Laila Imani memusingkan badannya dan menghadap ke arahMamanya. Mukanya dikerutkan.

“Semua orangtak pernah nak faham Laila. Dari dulu lagi! Qisya tu senang - senang je dapatjadi SU Syed Faliq. Pergi sana - sini dengan Syed Faliq! Kenapalah nasib Lailani selalu sangat teruk!”

RungutanLaila hanya dibalas dengn helaan nafas panjang oleh Mamanya.

“Apa kenamengena dengan Khairi? Selama Mama kenal dengan dia dan family dia, tak pernahpulak Mama tengok dia abaikan kamu. Tapi disebabkan Syed Faliq, Laila jadimacam ni. Sedangkan Syed Faliq sendiri tak pandang pun kamu”

Lailaterbangun dari katilnya setelah mendengar kata - kata dari Mamanya.

“Ye! Tapikenapa Qisya yang dapat jawatan tu! Mama tahu tak, setiap saat Qisya buat Lailamarah dekat pejabat tu! Dah kecoh dekat pejabat tu yang Qisya tengah usya SyedFaliq! Syed Faliq pulak buat dek je!”

Laila masihtidak berpuas hati. Seolah-olah sedang mendengar rengekan budak kecil yangsedang bergaduh gara - gara seorang lelaki.. Puan Juriah pening hendak melayantingkah anaknya.

“Cuba lahjadi manusia bersyukur Laila, rupa tak menjamin masa depan kita. Kenapa Lailasekelip mata boleh berubah arah? Sedangkan dulu Laila beriya nak nikah dengandia.”

Lailatersenyum sinis.

“Sekarang ni baruLaila sedar Ma. Allah baru bukakkan mata Laila. Laila tak nak nikah denganlelaki miskin macam dia. And one more things, Laila tak kan sesekali biarkanQisya dapat  sesuatu lebih dari Laila.Tak akan!”

Puan Juriahmengurut dada. Terkejut dengan pengakuan dari mulut Laila Imani. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.