BAB 14
“Awak ni memang tak suka berkawandengan perempuan atau awak memang takut dengan perempuan?”
Soalan Hanna Karina pada Syed Faliq.Masih-masing tengah ralit memandang bumi Landon di waktu malam. Syed Faliqtersenyum mendengar pertanyaan Hanna. Namun hatinya belum kuat untuk bercerita.Takut Hanna tidak mahu berkawan dengannya lagi.
“Kan saya tengah kawan dengan awak.”
Balas Syed Faliq bersahaja. Hannamasih mahu kepastian. Takut sangkaannya salah. Tapi memang selalu pun dianampak Syed Faliq akan mengelak dengan perempuan. Dia pun bingung, kenapa SyedFaliq tak mengelak bila berjumpa dengan dirinya.
“Sebab saya special ke?”
Soal Hanna lagi. Syed Faliq tidakmenjawab. Hanya senyuman yang terukir di bibirnya.
‘Mungkin…’ Balas Syed Faliq dalamhatinya.
Mata yang dipejam dibuka. Pandangandi hala ke arah bintang di langit. Posisi masih sama. Terbaring di gelanggangtenis. Bibir masih mengukir senyum saat teringat kenangan manis bersama HannaKarina.
“Hoi! Jom blah. Kau nak bermalam katsini ke?”
Soal Aziz yang menerpa ke arahrakannya. Syed Faliq masih menghadap langit. Aziz Zafran turut merebahkandirinya di sebelah Syed Faliq.
“Aku nak tanya kau ni”
Soal Aziz tiba-tiba. Syed Faliq hanyadiam menunggu soalan rakannya. Aziz turut menghalakan pandangan ke langit.
“Ermm kau menjauh dari gegirl sebabkau ada sakit tut ke?”
Pergh! Pertanyaan berani mati. Dahtiga tahun kerja baru berani tanya. Yelah! Staff yang lain dah cop mereka nigay. Aziz pun dah tak sanggup nak tutup mulut sekor-sekor. Syed Faliq memikirsejenak.
“Ok lah aku bagitahu dekat kau. Akuada sakit. Cuma aku tak boleh nak jelaskan sangat pada kau. Aku suka perempuan,tapi pada masa yang sama aku boleh jadi anti perempuan. So untuk mengelak akubenci pada perempuan, aku akan mengelak untuk berjumpa”
Aziz masih tak faham dengan maksudtersirat rakannya.
“Hermm.. rumit betul. Kiranya kausuka perempuan, tapi tiba-tiba kau boleh jadi benci? Macam tu?”
Soal Aziz ingin tahu. Syed Faliqhanya menggangguk.
“Ok, habis first love kau?”
Syed Faliq terus teringat muka HannaKarina. Seolah-olah muka Hanna ada di langit dan sedang tersenyum memandang kearahnya.
“Dengan dia aku tak rasa benci. Akurasa tenang.”
Balas Aziz ringkas. Teringatkancerita kakaknya. Mungkin yang Syed Faliq maksudkan ialah Hanna Karina. FikirAziz.
“Kau tinggalkan dia sebab tiba-tibakau ada rasa benci?”
Soal Aziz lagi. ‘Allah! Mana pulakaku tahu yang dia yang tinggal first love dia!’Jerit hati Aziz. Syed Faliqseolah-olah tidak perasan dengan soalan rakannya. Nafas di tarik panjang dandilepaskan.
“Sebab masa tu aku sakit. Dah jomlahbalik. Kau nak rasa malam pertama dekat gelanggang tenis ni ke?”
Usik Syed Faliq. Aziz menepuk bahurakannya. Betul kata kakaknya. Syed Faliq begitu perahsia. Ingin sangat diamengetahui apa yang terbuku adalam hati Syed Faliq. Sakit? Kenapa dia perlu adasakit yang anti pada wanita? Kalau betul first love dia Hanna Karina, kenapadengan Hanna dia tak anti? Apa semua ni? Kusut Aziz memikirkan masalah oranglain.