“Dia orang mana boleh kahwin. Kau nie Yusuf kenapa lah
sampai sekarang masih nak berahsia lagi. Tengok, kasihan kat Zara!” lantang
suara Nek Cha di ruang tamu. Akad nikah baru saja berlangsung tak sampai pun 15
minit. Ketika Nek Cha sampai, Akmal baru mahu menyarung cincin ke jari manis
Zara Irdina. Semua tetamu yang ada termasuk kedua buah keluarga terpinga-pinga
dengan kenyataan itu. Apa sudah berlaku??
“Yusuf, Zara bukan anak kau, dan kau tak ada hak untuk
menjadi wali dalam penikahan ini. Perkahwinan ini tak sah, Yusuf!” bantah suara
Nek Cha lagi.
“Apa nenek cakap ni?” ucap Zara. Terkejut yang amat
sangat.Aku bukan anak papa ke? Habis aku anak siapa? Kenapa semua ini datang secara tiba-tiba
saja, ketika saat aku sedang mengecap bahagia pulak tu.
“Zara, papa minta maaf yer...,” ucap papa sebak. Mama
mana? Zara ni anak siapa mama?
“Papa...,” ucap Zara sebab. Akmal di sebelah kehairanan.
Apa yang terjadi sebenarnya.
“Aisyah, kau kena terangkan apa yang berlaku lah, aku tak
faham ni?” kata Atuk Yaakob, datuk Affan pula.
“Yusuf, kau kena cakap perkara sebenar, jangan
ditambahkan dosa yang tidak sepatutnya,” suruh Nenek Cha geram. Sudah banyak
kali aku suruh kau beritahu perkara sebenar kepada Zara dan Akmal, begitu juga
dengan keluarga Akmal tetapi kau degil. Patut lah kau beria-ia suruh aku pergi
buat Umrah, rupanya kau ada maksud yang tersendiri.
“Zara bukan anak saya, tetapi anak tidak sah taraf
seorang wanita yang menjadi mangsa rogol....,” kata Yusuf terhenti di situ
apabila Zara pengsan mendengarnya. Aku bukan anak papa? Glup!!! Kelam dan
suram.
Terasa percikan air jatuh ke mukanya. Aku tak sanggup
berhadapan dengan kenyataan ini. Itu yang sebenarnya. Kalau boleh aku nak pejam
mata rapat-rapat supaya aku tidak perlu menghadapi sebuah kenyataan yang pahit
ini.
“Sanggup kau tipu kami Yusuf, kenapa kau tak cakap
perkara yang sebenar?” marah Osman, ayah kepada Akmal.
“Apa salah Zara, Man? Apa salah dia? Dia tetap anak
aku...,” tekan papa.
“Aku tak sanggup bermenantukan anak luar nikah, Yusuf.
Aku tak sanggup punya anak menantu yang kotor macam tu,” tegas suara Osman
lagi. Kata-kata itu meresap di dalam hati.
“Zara tak bersalah, Man. Tapi kalau itu kata putus
keluarga kau, aku tak memaksa, Cuma sekarang Zara hak Akmal, biarlah Akmal yang
menentukan..,” putus papa hampa. Kerana tidak mahu peristiwa ini berlakulah,
aku mahu merahsiakan status Zara sehingga ke akhir hayat. Kasihan Zara Irdina
yang tak bersalah itu.
“Saya pun tak sanggup, ada isteri yang berdarah kotor mcm
Zara tu. Kalau perkahwinan ini sah, saya sanggup ceraikan Zara dengan talak
tiga. Perempuan seperti Zara tak layak jadi ahli keluarga kami,” ujar Akmal
melemahkan Zara Irdina yang sedang mendengar di dalam bilik.
Zara bangun, berlari mendapatkan Akmal yang mahu
melangkah pulang. Dipegangnya tangan Akmal erat.
“Awak, jangan tinggalkan saya!” rayu Zara Irdina sayu.
Akmal menepis tangan Zara Irdina dan menolaknya dengan kasar.
“Jangan pegang aku, sial!” lafaz Akmal, marah yang
teramat sangat.
“Awak, saya sayang awak...,” rayu Zara Irdina. Enam bulan
bertunang, dia kenal erti cinta melalui Akmal, sayangnya cinta ini punah di
kala saat mereka diijab kabulkan.
“Pergi mampus dengan sayang awak tu, aku tak suka lah!”
ucap Akmal penuh dengan kebencian.
“Akmal, tolong lah...,” ujar Zara menahan Akmal dari
keluar dari rumahnya. Sekali lagi Zara Irdina di tolak sehingga tersungkur di
lantai. Lututnya luka, hatinya lagi lah terluka.
“Zara, sudah nak!” pujuk mama sambil memeluk Zara Irdina
dengan erat.
“Mama..,”
Semua tetamu menglihat kejadian ini. Ada yang simpati,
dan yang mencemuh dan mengkeji dengan apa yang berlaku. Tetapi yang pedih dan
sakit hati adalah Zara Irdina kerana ditinggalkan oleh kekasih hatinya.