Ziyad pulang ke rumah apabila waktu maghrib sudah
hampir ke penghujungnya. Terkejut
sedikit dia bila melihat Ainin sedang duduk di ruang tamu dengan
beg sandang di
bahunya.
“Awak tak balik lagi?”
tanya Ziyad.
“Belum lagi, Ziyad.
Motosikal Ainin tak bolehstart. Umi tunggu Ziyad, nak suruh
hantarkan Ainin balik,” celah Hajah Fauziah dari dapur, menjawab bagi pihak
Ainin.
“Hana tak balik lagi?”
tanya Ziyad. Berat hati mahu menunaikan permintaan uminya. Hasratnya mahu
melepaskan tanggungjawab itu kepada adiknya pula.
“Belum lagi. Katanya tadi
nakstay back kat bilik kawan dia kejap. Malam ni adastudy group. Abah pulakon callmalam ni. Ziyad tolong
hantarkan Ainin balik, ya? Kesian mak dengan anak dia. Mesti risaukan dia,
sampai sekarang tak balik-balik lagi,” pinta Hajah Fauziah lembut.
“Kalau macam tu, tunggu
kejap. Ziyad solat dulu,” kata Ziyad sambil memandang muka Ainin sekilas
kemudian berpaling memandang umi.
“Jangan lama-lama. Tak
payah mandi dulu,” arah Hajah Fauziah dengan mata memandang ke arah anak
bujangnya yang sedang menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
Ziyad tidak menjawab.
Serius mukanya mendaki anak-anak tangga sambil menjinjitbriefcasenya.
Ainin duduk membatukan diri
di ruang tamu. Hatinya rasa tidak selesa kerana terpaksa menyusahkan Ziyad.
Melihat riak pada wajah Ziyad tadi, seperti tidak ikhlas hendak menurut arahan
uminya. Apa tidaknya, orang penat-penat balik kerja mahu berehat, disuruh pula
menghantar orang gaji balik ke rumah.
Kalau tahu, motosikal buruk
tu akan buat hal, aku dah suruh Amin hantar aku tadi. Dia mengeluh di dalam
hati, penuh rasa kesal. Dia bimbang mahu berdepan dengan muka Ziyad yang
seperti asam kelubi.
Tidak sampai sepuluh minit,
Ziyad turun semula dengan pakaian sama masih melekat pada badan. Tentu Ziyad
belum mandi. Hanya sempat bersolat maghrib.
“Hah… cepat pun siap. Dah…
lekas hantar Ainin ni balik. Dah melalak agaknya anak dia kat rumah,” kata
Hajah Fauziah yang duduk sama dengan Ainin di ruang tamu.
“Jomlah, saya hantar awak,”
ajak Ziyad. Memaniskan muka memandang Ainin.
Ainin mengangguk. Selepas
bersalaman dengan Hajah Fauziah, dia menuruti langkah Ziyad hingga ke halaman
rumah.
Enjin kereta dihidupkan.
Ziyad yang cepat mahu menyelesaikan masalah Ainin tertangguh hasratnya untuk
menurunkan brek tangan apabila melihat wanita itu masih berdiri terpacak macam
patung.
“Apasal awak tercegat kat
situ? Cepatlah masuk,” arah Ziyad dengan muka masam. Dia ni betul-betul
menyusahkan aku! Dah tahu motosikal tu patut dicampak ke kedai besi buruk,
masih juga nak ditunggang ke hulu ke hilir. Bila dah rosak, aku juga yang kena
tanggung balanya. Hatinya terdetik geram.
“Macam mana dengan
motosikal saya ni? Takkan nak tinggalkan kat sini?” Ainin menghamparkan suara
hatinya.
“Biar ajelah kat sini. Tak
hilang pun. Tak ada siapa pun yang nak curi motosikal antik awak tu,” perli
Ziyad dari dalam kereta.
“Tapi…”
“Awak nak suruh saya baiki
ke? Minta maaf, saya bukan mekanik. Ataupun awak nak saya hantar motosikal
buruk awak ni ke rumah awak? Saya tak kuasa. Kalau awak bawa balik motosikal ni pun bukannya boleh baiki
malam ni. Dah, tak payah fikir lagi. Esok saya panggil mekanik,
tengok-tengokkan motosikal kesayangan awak tu,” arah Ziyad dengan muka tambah
berkerut.
Sudahlah badannya letih
kerana baru pulang dari kerja, sudah dipaksa melayan kerenah pembantu rumah
yang mengada-ngada.
Mendengar nada suara Ziyad
sudah berubah lain macam, Ainin tidak jadi mahu meneruskan kata. Pintu kereta
dibuka dan dia duduk di sebelah Ziyad.
Kereta mula bergerak
meninggalkan halaman rumah menuju ke
Kampung Seri Menanti yang terletak di kawasan Puchong.
“Esok, awak tak payah
kerja. Nanti saya bagitahu umi saya, awak ambil cuti esok,” ujar Ziyad tanpa
memandang Ainin pun.
“Kenapa pulak?”Ainin tidak
mahu bercuti kerana bimbang gajinya dipotong. Gaji yang diterima bukannya banyak
sangat. Tidak seperti gaji pembantu rumah lain. Kalau dipotong, berapa ringgit
sangatlah yang akan diterimanya nanti?
“Dah tu awak nak pergi
rumah saya dengan apa? Motosikal awak tu kan rosak?” Ziyad mendengus tidak
faham.
“Tak apa. Esok, saya boleh
suruh anak jiran saya tolong hantarkan,” putus Ainin. Memandang Ziyad sekilas
sebelum membuang pandang ke luar tingkap.
“Ikut suka hati awaklah,”
tukas Ziyad. Malas meneruskan perbualan dengan Ainin. Orang bagi cuti suruh
rehat kat rumah, tak mahu, rungutnya di dalam hati.