Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
66,041
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

AKU tunduk. Tidak tahu mahu kata apa lagi. Berat permintaan sir ini. Kris di sebelahku juga diam. Saling hilang bicara. Sukar untuk kami ambil keputusan yang sangat drastik ini. Sudahlah tidak sempat mahu fikir panjang. Esok, lusa apa-apa jadi, siapa yang harus dipersalahkan?

"Xandra." Sir bersuara lembut. Kali ini barulah aku panggung kepala. Aku cari wajahnya.

"Ya, sir."

"Apa pendapat kamu? Setuju?"

Lambat-lambat aku menunduk. Aku diam lagi. Hanya hela nafas panjang seketika. Belum bersedia untuk mengeluarkan kata.

"Kris?"

"Saya..." Kris tidak meneruskan ayatnya. Hanya itu tindakbalasnya. Aku jadi cuak juga. Dia mahu kata apa agaknya.

"Kenapa, Kris? Awak keberatan?"

"Boleh tak bagi kami masa, sir? Saya kena berbincang dengan Xandra. Saya tak mahu silap buat keputusan. Ini perkara penting."

Aku perasan dia menoleh ke arahku. Menyedari itu, aku juga lakukan yang sama. Cuma seketika. Aku lega mendengar kata-katanya. Itulah yang aku mahu dengar. Dengan ini, aku masih boleh bebas menghirup udara. Aku pandang Kris sekali lagi. Wajahnya yang kupandang dari sisi tetap bersahaja. Tidak beriak apa-apa. Dia ini jenis yang sejuk beku agaknya. Aku ni pula jenis yang hangat membara sentiasa.

"Okey... Kalau itu yang kamu minta, saya akan berikan masa. Tapi, pastikan kamu berdua tidak mengambil masa yang lama. Ini melibatkan nyawa."

Aku tunduk kembali. Memejamkan mata barang seketika. Sakit! Dadaku rasa sakit sangat mengenang segala yang telah aku lalui. Belum lagi apa yang bakal terjadi. Tidak terjangkau dek akal. Jika Kris tahu segala-galanya, apakah dia akan akur dengan permintaan sir? Aku tidak mampu fikir. Dada terasa sesak. Kepala berserabut.

"Nyawa? Maksud sir?" Di dahi Kris terentang kerutan. Sebetulnya dari awal kami berbincang tadi memang sir tidak ada bangkitkan soal ini. Dia hanya bercerita dan menerangkan serba sedikit situasiku kepada Kris dan aku kira Kris langsung tidak berminat untuk tahu akan semua itu pun. Tapi bila sir sebut pasal nyawa, aku dapat lihat reaksi Kris yang ingin tahu sangat bila nada suaranya sedikit menekan.

"Ya, Kris. Nyawa Xandra."

"What?" Dia sungguh terperanjat.

Aku yang sudah menegakkan pandangan dapat rasakan Kris sedang memandang aku dari sisi. Aku toleh ke arahnya. Dalam dan tajam pandangannya saat itu.

"I wanna know more. Kita bincang dan I harap you tak sembunyikan apa pun dari I. Itu syarat jika you mahu I tolong you," katanya sedikit tegas. Ah! Dia memang tegas dan sukar untuk senyum pun. What do you expect, Xandra? Dalam keadaan seperti sekarang ini, kau mahu dia senyum sampai kau kena gigit kerengga? Memang tidaklah jawabnya. Hal serius kot! Soal nyawa.

Aku hela nafas panjang.

"Tiada paksaan, Kris. Kalau you tak nak bantu pun tak apa. Tak menjadi kesalahan." Aku benar-benar maksudkan kata-kataku. Semakin tajam pandangannya. Aku menunduk kembali.

"I tahu! Sekurang-kurangnya bagi I faham situasi you, barulah I boleh buat keputusan. Mungkin jika bukan dengan cara yang sir cadangkan, kita buat cara lain. Yang penting nyawa you. Faham!" Suaranya semakin tegas.

"Whatever..." ujarku sambil lewa. Aku sebenarnya tidak suka isu ini dibesarkan. Sir yang paksa. Dia kata aku boleh percayakan Kris. Aku sudah tegaskan yang aku sukar mahu percayakan sesiapa. Dia kata lagi jika aku boleh beri peluang untuk percayakan dia, mengapa tidak beri peluang yang sama kepada Kris? Aku tiada jawapan untuk itu dan ia membawa kepada pertemuan ini.

"Xandra, jangan macam tu. Kami hanya nak tolong." Sir cuba pujuk aku.

"Sir tahukan saya tak nak libatkan sesiapa. Apatah lagi menyusahkan orang yang tiada kaitan dengan saya."

"Sebab itu saya saya panggil awak dan Kris. Awak kena ceritakan keadaan awak yang sebenarnya supaya dia faham situasi awak."

Aku pejamkana mata seketika. Sukarnya situasi aku sekarang ini. Di sana dulu aku tersepit. Di sini, macam sama saja keadaannya.

"Kenapa dia? Kenapa tidak anak sir sendiri? Shark, atau kawan-kawannya yang lain. Kenapa mesti Kris?"

"Shark akan lebih merumitkan keadaan. Kawan-kawan dia yang lain juga sama. Seperti yang saya cakap, saya percayakan Kris. That's the main point here. Lagipun saya perhatikan kamu dengan Kris agak rapat."

Itu tidak boleh dijadikan ukuran. Aku tidaklah rapat sangat dengan Kris sebenarnya. Secara kebetulan saja kami kerap bertemu.

"Actually we are not that close, sirIt won't be happen."

"It will happen, if you try."

Cuba? Mana boleh main cuba-cuba. Ini soal hidup. Habis tu, kalau tidak berjaya, bagaimana? Ah! Malaslah mahu fikir. Buat sakit kepala saja.

"Xandra, kita discuss dulu," celah Kris.

Aku pandang Kris. Wajahnya tetap selamba. Tidak beriak apa-apa. Susah untuk kutebak isi hatinya. Tidak terjangkau apa yang ada di fikirannya.

"Okay, whatever..." jawabku malas. Wajah bosan aku suakan.

"Sir, boleh tinggalkan saya dan Xandra sekejap? Bagi kami ruang untuk berbalas cakap." Sir yang memahami, terus anggukkan kepala dan sudah berdiri tegak, bersedia angkat kaki. Berbalas cakap? Kata mahu berbincang. Jika sudah berbalas cakap, akhirnya jadi perang mulutlah. Itu aku pasti. Apa yang Kris tidak puas hati dengan aku ni?

"Bincang elok-elok. Saya mahu dengar jawapan positif dari kamu berdua," pesan sir sebelum dia berlalu. Kami hantar langkahnya dengan pandangan mata sehingga dia hilang di balik pintu. Mahu dengar jawapan positif? Tengok keadaanlah dan tengok mood aku elok ke tidak sekejap lagi. Aku tidak suka kena paksa.

Kris beralih duduk di hadapanku. Kalau duduk diam-diam saja tidak mengapa. Ini, matanya rakus memamah wajahku. Aku kaget. Ini apa hal pula duduk bertentangan mata? Aku cukup tidak selesa duduk dalam keadaan begini dengan seorang lelaki. Aku tidak suka direnung begitu.

"Apa kena dengan you ni? Duduk macam tadi, tak boleh, ke? Pandang-pandang I macam tu, kenapa?" rungutku tidak puas hati. Wajahnya tidak kupandang. Aku menyibukkan diri dengan telefon bimbit di tangan.

Tak semena-mena telefon bimbitku bertukar tangan. Kris ambil dengan lembut. Tidak merampasnya dariku. Serta-merta juga aku pandang wajahnya. Eh?

"I lebih suka cakap berhadapan macam ni. I boleh tengok riak wajah you, bahasa tubuh you dan yang penting I dapat tengok segala-galanya tentang you bila you bercakap. Baru boleh berbincang dengan aman. Jadi, tolong beri sepenuh perhatian you terhadap I dan apa yang I akan cakapkan, boleh?" Suaranya tenang dan datar tapi nadanya terkandung ketegasan.

Dia rasa aman. Aku? Rasa hendak bagi penampar saja. Itu yang aku cuba elakkan. Tidak suka dia dapat lihat reaksi wajahku ketika berbicara. Wajah aku menyimpan segala rahsia, okey. Bahaya!

"Kalau I kata tak boleh?"

"You ada pilihan, ke?"

Amboi! Lain macam saja cara dia bercakap. Macam beri amaran pun ada juga. Dia ingat aku cuak? Memang tidaklah...

"Kalau dah tahu I tak ada pilihan, kenapa tanya?"

"Kata tadi nak berbincang."

"Bukan you kata nak berbalas cakap ke tadi?"

"Bukan kita sedang berbalas cakap ke sekarang ni?"

Eh? Ha'ah... Apa kes ni? Aduh! Pening kepala aku macam ni. Aku betulkan duduk. Dia juga. Tidak mahu dilihat terlebih kalut, aku keluarkan sekeping coklat wafel dari beg sandangku. Selamba aku koyak bungkusan tersebut dan suakan ke mulut. Aku kunyah dengan penuh perasaan. Nikmat! Hilang stres!

"You makan apa tu? Hantu?"

Aku kerling dia yang terjengah-jengah ke arah plastik bungkusan di tanganku.

"Hantu, wak lu! Hanutalah. Wafel coklat. Kalau hantu, you tu dah kena makan dulu sebelum sempat tanya, tahu tak? Nak ke?" Aku pelawa juga walaupun ajak-ajak ayam. Lelaki macam dia ni gemar coklat, ke? Tak kot!

"Boleh jugak. Lapar ni," sahutnya pantas. Laa... Kesiannya dia! Lapar, ke? Menyesal tanya.

"Tadi tak makan ke?" Aku hulurkan beberapa keping coklat Hanuta kepadanya.

"Makan... Tapi makan hati."

Erk! Ada aku kisah? Suka kaulah nak makan apa. Kalau nak lagi sedap aku bagi kau makan penampar.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin