QISSYARA mengeluh perlahan bila terlihat kelibat Rizal.
Senyum yang ditarik ternyata seakan dipaksa. Seperti biasa, Rizal menghulurkan
sejambak bunga ros merah dan juga slip pengesahan penerimaan untuk Qissyara
tandatangani. Bezanya hari ini Rizal datang lewat petang. Yang tidak berbeza
adalah jambangan mawar dengan tiga belas kuntuman yang mengharum dan berhias
cantik diselangi dengan baby breath
berwarna putih bersih juga beberapa batang lavender ungu. Dia sudah muak
sebenarnya menerima jambangan bunga hampir setiap hari. Hanya bila dia bercuti,
aman sedikit dunianya. Tiada gangguan sebegitu yang dia terima.
“Terima kasih, Rizal.”
“Sama-sama, Cik Qissya.”
“Lambat datang hari ni.”
Rizal mencarik senyum agak lama.
“Cik Qissya memang tunggu saya, ke?”
Kan? Baru terdetik di hati, soalan dia
memang menjerat diri. Nampak sangatkah seperti dia ternanti-nanti? Qissyara
tersengih paksa.
“Maklumlah... Dah biasa nampak awak hampir setiap pagi. Rasa janggal
pula hidup saya tanpa awak dan bunga-bunga ni.” Mak aii! Ayat tidak boleh blah!
Lancar dan senada. Cover line
sebenarnya. Wajah sudah berona merah. Malu!
“Nasib baik saya dah ada girlfriend, Cik Qissya. Kalau tak, tentu
saya dah cair dengar ayat Cik Qissya tu.”
Qissyara senyum. Memang sudah malu tahap
luar alam pun saat itu. Macam manalah mulut dia bisa menuturkan kata-kata
sebegitu? Dengan Rizal pula tu. Rasa tebal kulit wajahnya.
“Abaikan. Saya tak maksud apa-apa. Terlepas cakap. Mulut terlebih
insurans. Macam ginilah gayanya.” Qissyara buat-buat ketawa.
“Tak payah malulah, Cik Qissya. Saya
faham. Sebenarnya tadi saya ingat hari ini memang tiada penghantaran ke sini.
Dari pagi saya tunggu, bos tak ada beri slip penghantaran pun. Rupa-rupanya
ALLAH nak temukan saya dengan pengirim bunga ni. Setengah jam yang lalu, dia
datang kedai dan minta bunga dihantar segera. Hari ni dia sangat sibuk katanya.
Tu yang dia tak sempat nak telefon macam biasa.So, lepas ni saya boleh balik dengan aman sebab dah laksanakan
permintaan dia dan selesaikan semua tugas saya buat hari ni. Cik Qissya
penerima terakhir saya untuk hari ini.”
“Awak dah jumpa dengan dialah, ya?” soal
Qissyara ingin
kepastian.
“Ya, Cik Qissya.”
Okey! Okey! SabarQissyara. Tarik nafas.
Lepas. Tanya elok-elok. Jangan kalut. Nanti nampak sangat gelojoh mahu tahu
tentang pengirim bunga misteri itu.
“Macam mana orangnya?”
“Cik Qissya memang tak pernah jumpa dia,
ke?”
Qissyara menggeleng sambil tersenyum
sekerat.
“Tak pernah. Saya memang langsung tak tahu apa-apa pasal dia. Ceritalah
kat saya dia macam mana, Rizal.”
“Dari mana pulak dia kenal Cik Qissya,
ya?”
“Itu, saya tak pastilah. Alah, zaman
moden macam sekarang ni tak peliklah, Rizal. Kita tak kenal orang, tapi orang
kenal kita. Itu dah kira perkara biasa, kan? Dia macam mana? Ceritalah kat
saya.”
“Hmm...” Rizal berjeda agak lama.
Matanya merenung Qissyara penuh tanda tanya.
Qissyara pula yang rasa serba-salah
diperlakukan begitu. Rizal tidak percaya pada kata-katanyakah? Dia tidak
berbohong. Memang dia tidak mengenali siapa yang menghantar bunga tersebut.
Betul!
“Saya tak sepatutnya cerita apa-apa pasal pelanggan kami. Apatah lagi
jika Cik Qissya sendiri pun tak tahu apa-apa mengenai dia. Tapi, mungkin saya
boleh berkongsi sedikit tentangnya.”
Qissyara sudah senyum semula. Itu yang
dia mahu tahu. Sikit pun jadilah.
“Okey. Saya faham kalau Rizal tak mahu cerita semua.”
“Ini amanah yang perlu saya jaga.
Cukuplah jika saya katakan yang dia sangat kacak dan sesuai sangat dengan Cik
Qissya. Untung Cik Qissya ada peminat misteri seperti dia. Tengoklah tadi,
walaupun dia sibuk tetap sempat juga meneruskan rutin dia untuk menghantar
tanda ingatan buat Cik Qissya.”
So
sweet! Qissyara mencebik. Dia tidak berapa setuju
dengan pendapat Rizal. Mana dia tahu niat sebenar orang itu mengirim bunga
buatnya? Untung apanya? Berahsia begini apa yang dia boleh dapat? Asyik
berteka-teki sendiri saja. Jenuh dibuatnya. Serabut kepala otak.
“Okeylah, Cik Qissya. Saya nak gerak
dulu. Dah lewat ni.”
“Terima kasih, Rizal. Kirim salam kat
dia jika awak jumpa dia lagi.”
“Insya-ALLAH...”
Qissyara pandang langkah lelaki itu
hingga hilang bayangannya. Tercetus di hati untuk meminta agar Rizal tidak
menghantar lagi jika ada kiriman bunga untuknya. Tapi, itu bukan satu tindakan
yang bijak. Pernah dia berseloroh agar Rizal campakkan saja jambangan bunga itu
ke dalam tong sampah dan tandatangani slip penghantaran bagi pihaknya. Lelaki
itu enggan. Dia tidak mahu menipu dan menjadikan rezekinya tidak berkat. Bagusnya
dia. Ternyata Rizal seorang pekerja yang jujur dan berdedikasi. Tidak akan dia
berkomplot dengan Qissyara, apatah lagi ia berlawanan dengan etika sebagai
seorang pekerja.
QISSYARA menggosok belakang tengkuk yang terasa sengal.
Langkah diayun perlahan menuju ke keretanya. Keadaan sudah agak sunyi. Orang
lain sudah nyenyak tidur, dia baru mahu pulang dari kerja. Penat jangan
cakaplah. Memang tidak boleh hendak digambarkan dengan kata-kata. Rasa lenguh
kaki dan tangan melayan pelanggan-pelanggan yang bertali arus, tidak
putus-putus. Hujung minggu seperti ini memang ramai pelanggan mengambil peluang
makan di luar.
Pantas tangannya membuka pintu kereta.
Punggung dihenyekkan di tempat duduk. Beg sandang sudah dicampakkan ke tempat
duduk belakang. Secara spontan Qissyara
meregangkan tulang-temulang. Dipusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Bunyi
berdetup yang terhasil, memberi dia sedikit rasa lega. Tangan kanan pantas
menarik pintu agar tertutup rapat.
“Let’s go! Tak sabarnya nak
sampai rumah,” ujarnya ceria.
Berkerut keningnya bila pintu tersebut
gagal ditarik. Dia mencuba sekali lagi. Tersekat. Seperti ada magnet, Qissyara
pantas berpaling ke sebelah kanan. Berderau darahnya bila melihat ada tangan
yang menahan pintu itu. Cemas Qissyara dibuatnya apabila gagal melihat wajah
orang tersebut. Dia hanya mampu melihat setakat paras dada sahaja. Qissyara
pantas menolak tangan yang menahan pintu kereta. Cubaannya gagal. Ya! ALLAH...
Pandangan dilepaskan ke sekeliling. Gelap dan sunyi. Tiada sesiapa di situ
kecuali dia dan orang itu. Akal bekerja. Gigih mencari jalan. Mata tertancap
pada hujung kayu hoki yang memang sentiasa ada di bawah kaki. Serta-merta
ditarik kayu tersebut dan diayunkan ke lengan orang itu.
“Aduh!” Jerit empunya diri kesakitan. “Sakitlah, Qissya!” sambungnya lagi.
Mendengar namanya disebut, Qissyara
jengahkan wajah ke luar sedikit. Dia fokuskan matanya melihat lelaki yang
sedang terduduk menyandar di keretanya sambil memegang lengan yang kesakitan.
Pantas dia menekup mulut bila mata menghantar isyarat ke akal yang lelaki itu
memang dia kenali. Terkocoh-kocoh dia keluar dari perut kereta dan bertinggung
di sebelah lelaki itu.
“Tengku! Maaf... Saya ingatkan penyangak mana tadi.”
Penyangak? Kyle pandang Qissyara dengan
tajam. Terbias riak tidak puas hati dari pandangan matanya.
“Sampai hati awak kata saya penyangak.”
“DahTengku buat macam tadi tu, siapa suruh.
Saya ingatkan ada orang nak buat tak senonoh dekat saya. Saya balun ajelah mana
yang sempat. Bukan saya nampak pun mukaTengku.”
“Sakit ni, tahu? Nasib baik tak patah.
Gila kuat awak pukul saya, Qissya.”
Padan muka! Siapa suruh muncul tiba-tiba
seperti tadi. Kan dah kena...
“Maafkan saya,Tengku. Saya tak sengaja.
Kita pergi klinik, ya?” usul Qissyara seraya cuba menyentuh lengan lelaki yang
bersweater kelabu itu. Pantas pula
tangannya ditepis. Terkedu Qissyara. Marahlah pula. Siapa suruh cari pasal.
Bukan salah dia kejadian ini berlaku.
“Tak nak!”
Erk! Marah ke merajuk? Parah.
“Janganlah macam tu. Saya tahulah saya bersalah. Tapi,Tengku pun salah juga. Siapa suruh terperanjatkan saya
macam tadi. Kan tak pasal-pasal dah kena hempuk.”
“Saya nak bergurau aje tadi tu. Mana
saya sangka awak sanggup hempuk saya dengan kayu hoki pulak. Teruk betullah
awak ni.”
‘Eh! Kita pula yang dikatakan teruk. Dia
yang cari pasal. Hendak bergurau tidak kena tempat dan masa. Padanlah dengan
muka,’ kutuk Qissyara di dalam hati.
“Okey, saya minta maaf sekali lagi. Dah, jom pergi klinik. Kot ada yang
patah riuk nanti, saya juga yang kena dakwa. Lagi teruk kalau kena saman.
Teruklah saya kena korek tanah cari bijih timah atau melombong emas untuk bayar
saman. Mesti kena puluh ribu, kan? Ke juta-juta? Susahlah saya nanti.”
“Melampaulah tu! Tak adanya patah riuk.
Tak payah pergi klinik. Tak ada saman menyaman. Tapi, sebagai denda awak kena
temankan saya minum.”
Huh! Dia lagi melampau. Asyik hendak
denda orang aje. Lepas itu kena teman minum. Tidak ada benda lainkah? Bosan!
Ajaklah pergi melancong ke luar negara atau membeli belah sampai lebam sebagai
denda. Kan seronok sikit. Lagipun, bukan salah Qissyara seorang ini semua
terjadi. Lelaki itu pun salah juga.
“Dah malam sangat ni,Tengku. Saya kena
balik. Nanti keluarga saya risau.”
“Tak kira! Kalau awak
tak nak teman, saya buat aduan kat balai polis.”
‘Tak suruh kira pun...’ HatiQissyara menjawab.
“Amboi! Dia yang macam penyangak, kita pulak nak diadukan ke polis.”
“Awak jangan banyak bunyi! Kalau nak kes
ni panjang, baliklah sekarang.”
“Tengku ni suka mengugut, kan?”
“Siapa cakap?”
“Sayalah cakap. Tengku ni pekak ke apa?
Tangan yang sakit, takkan sampai telinga pun tak boleh ‘guna’ dah.”
Mencerun pandanganTengkuKyle
terhadap Qissyara. Mulut perempuan ini, boleh tahan juga lasernya. Ada juga
yang kena cium percuma. Terus senyap karang. Hisy!
“Awak jangan macam-macam, eh. Dah awak sakitkan saya, siapa suruh?”
“YangTengku ganggu saya, siapa suruh?”
“Qissya, last warning ni. Temankan saya atau kes ni saya panjangkan.”
Qissyara pandang lelaki itu seperti mahu
ditelannya. Bukanlah dia takut sangat dengan ugutan lelaki itu. Tapi, bab mahu
memanjangkan hal tersebut, memang dia tidak gemar. Buat serabut kepala otak
sahaja. Alah, dia tahu... Sebenarnya lelaki ini sengaja mencari alasan untuk
minum bersama dia. Bukan dia rasa diri bagus sangat dan ada peminat. Tapi,
sejak pertama kali bertemu dengan lelaki ini, ada saja caranya untuk menarik
perhatian Qissyara. Susah betul jadi perhatian begini. Hah, kan tidak
pasal-pasal dia perasan sendiri.
“Saya boleh temankanTengku, tapi dengan
satu syarat.”
“Apa dia? Nak minta kebenaran umi awak?
Boleh aje. Tak ada masalah.”
“Itu sudah semestinya. Ada syarat lain.”
Qissyara sibuk menaip mesej. Tidak dihiraukan Kyle yang tunak memandangnya.
“Okey, cakaplah... Apa dia?”
“Saya nakTengku beritahu Raqiff yang saya ada denganTengku sekarang
ni.”
“Hah? Biar betul you ni. Apa hal pulak I
nak kena beritahu dia semua ni? Bukan ada kena mengena dengan dia pun.”
“PadaTengku mungkin tak ada kena mengena. Tapi
pada saya, dia kena tahu.”
“Why?”
“Sebab dia kawan baik saya. Selalunya
saya akan berbual dengan dia di telefon saat-saat macam ni. Tentu dia sedang
risau kerana saya masih tak balik lagi sekarang ni. Ni time dia akan call saya,”
ujar Qissyara lancar sambil menggoyangkan telefon bimbit di depan mata lelaki
itu.
Kyle mendengus perlahan.
“Kalau macam tu, you telefon dia sendirilah.”
Qissyara menggeleng beberapa kali sambil
tersenyum meleret.
“Kenapa?”
“Bateri telefon saya flat. Saya hanya sempat hantar mesej
pada umi saya mengatakan yang saya akan balik agak lewat.So, please... ya, Tengku. Kalau tak, saya balik sekarang. Case close.”
“Okey! Saya call Raqiff sekarang,” kata Kyle dalam nada tidak berpuas hati.
Lalu didail nombor
telefon Raqiff. Dia menunggu sebentar sebelum panggilannya disambut. “Bro! Aku pinjam girlfriend kau kejap,” ujarnya sambil mata tajam melirik kepada
Qissyara. “Girlfriend mana? Berapa
ramai girlfriend kau ni? Oh! kalau
bukan girlfriend, kawanbaik
kau ajelah kot.” Tengku Kyle terdiam sebentar. “Ya, dialah... Siapa lagi? Kau ada
kawan perempuan lain yang rapat ke? Alah, gurau pun sentap. Rilekslah, bro! Thanks
anyway! Ya, tak lama.” Kyle angguk kepala. Macamlah Raqiff dapat melihat
aksinya. “Aku nak pergi minum dengan dia aje. Tak buat benda lain. Don’t worry. Aku jaga baik punya.”
Qissyara sudah tersenyum lagi. Manis
sekali.
“Done!”
Qissyara mengangguk dan tersenyum lagi.
Bagus! Dengar kata dia ini.