Pagi-pagi lagi Nur Alia sudah bangun. Niatnya untuk
menemui rakan diundurkan saja. Dalam keadaan begini tidak mungkin dia akan ke mana-mana.
Matanya masih lagi berat, sembab akibat seharian menangis masih lagi belum
hilang. Nur Alia menuju ke dapur, menjenguk Mak Jah yang sudah selesai
menyiapkan sarapan pagi.
“Lia,
kamu macam mana pagi ini? Mak Jah dah buatkan air halia, biar sedap sikit badan
kamu”
Nur
Alia diam, kata-kata Mak Jah dibiarkan berlalu bagai angin. Kemudian Mak Jah
duduk di sisinya.
“Adakalanya
segala yang terjadi ada hikmahnya. ALLAH lebih tahu mana yang terbaik untuk
hambaNya. Lia pun tahu kan bagaimana ALLAH menduga keimanan kita”
“Tapi,
bukan ini yang Lia harapkan. Lia tak cintakan dia, macam mana Lia nak hidup
dengan dia. Perjalanan Lia masih panjang. Lia dah conteng arang
kat muka mak bapa Lia. Mereka tak percayakan Lia sekarang Mak Jah” Air mata Nur Alia jatuh lagi. Semakin laju membasahi pipi. terhincut-hincut bahunya menahan sebak.
“Lia,
janganlah macam tu. Perkara dah nak jadi. Cinta itu boleh datang Lia”
Nur
Alia diam, apa lagi yang boleh dilakukannya. Air halia dihadapannya di minum sedikit.
Hilang sedikit segala ketegangan yang ada. Tidak lama kemudian ayah, ibu dan
pak ciknya muncul di ikuti Fahmi. Masing-masing diam melayan perasaan, mee hoon
goreng yang Mak Jah masak langsung tidak menyelerakan. Wajah yang duduk tegang seribu bahasa.
Nur Alia sendiri tidak berani bertentang mata. Marah ayahnya semalam masih bersisa. Dia kenal lelaki itu. Sukar meredakan kemarahannya. Lelaki yang bergelar ayah itu kuat pendiriannya. hitam katanya, hitamlah juga.
“Kami
nak balik!” Pak Karim bersuara.
Nur
Alia mendongak, memandang wajah ayah dan emaknya silih berganti.
“Lia
nak ikut” Perlahan suara Nur Alia.
“Apasal
pula hang nak ikut, laki hang tu hang kena jaga. Mulai sekarang mak dan ayah
bagi tanggungjawab kat laki hang. Hang tu dah ada laki, tak boleh ikut suka
hati. Hang tu cukup ilmu agama, berdosa besaq lawan kata suami. Tinggal suami. Sudahlah berdosa, tambah lagi dosa. Bilanya mahu insaf ni”
Nur
Alia kembali tunduk membisu. Fahmi pula lebih senang memerhati dari berkata
apa-apa.
“Marilah
duduk minum dulu. Sambil tu kita bolehlah bincangkan perkara ini dengan tenang”
Mak Jah memandang wajah emak Nur Alia. Dari semalam mata wanita itu basah dek
air mata. Mana tidaknya, hancur hati bila satu-satunya anak perempuan yang ada
jadi begini.
“Terima
kasih Kak Jah. Kak Jah tolonglah tengokkan Alia ni. Saya tak tahu nak cakap
apa.”Lega Mak Muna melihat Mak Jah mengangguk sambil mengenggam tangannya untuk
menenangkan hatinya.
Selesai
sarapan, mereka sudah bersiap untuk pulang ke Perlis. Fahmi menyalami ayah dan
emak mentuanya disusuli pak cik Nur Alia. Baru semalam dia membujang, hari ini
dia dah ada ayah dan emak mentua.
“Ha!
Seronoklah kamu dapat kahwin free. Aku pun tak tahulah kamu berdua ni,
belajar tinggi-tinggi. Ilmu agama cukup, tapi buat kerja macam ni.” Pak Karim
menyambung lagi kata-katanya sambil memandang Fahmi yang masih terpaku berdiri
diruang tamu.”Alia, kamu nak sangat kahwin kan! Ha, sekarang kamu jagalah laki
kamu tu.” Pak Karim memadang anak gadisnya. Kemudian pandangannya tajam kearah
Fahmi. “Lagi satu, aku nak orang tua kamu datang jumpa aku. Walaupun kamu dah
nikah, tapi aku tak nak orang kampung mengata kami sekeluarga. Aku nak juga
buat kenduri kahwin dikampung. Aku nak kamu datang meninang baik-baik, Kalau
boleh aku nak kamu nikah sekali lagi. Kamu ingat, kalau kamu sia-siakan anak
aku, siap kamu! Selagi keluarga kamu tak datang, selagi itu aku tak terima kamu
sebagai menantu aku. Nur Alia satu-satu anak perempuan aku, aku nak serahkan dia
dengan orang yang aku tahu keturunannya. Bukan macam ni. Kamu bawalah keluarga
kamu datang, aku tak nak anak aku disia-siakan. Kamu anak orang kaya. Anak
Datuk. Tapi kami ni tak ada apa. Hanya ada maruah saja yang sudah berkecai.”
Fahmi
mengangguk, kecut juga hatinya mendengar kata-kata bapa mertuanya itu. Tapi dia
tahu, Pak Karim baik orangnya. Namun kejadian yang tidak disangka semalam
menjadikan kedua mereka bersikap demikian.
Dari
tadi Fahmi takut untuk memandang wajah Nur Alia. Tapi gadis itu tetap cantik,
walaupun semalam Nur Alia akan menjerit seperti orang gila. Walaupun pagi ini
mata gadis itu bengkak dek air mata. Selepas mereka semua pergi, keadaan rumah
kembali sunyi. Mak Jah pun akan pulang semula ke kampung. Masih ada urusan yang
belum diselesaikan. Tidak lama kemudian, Mak Jah muncul dengan sebuah beg.
“Lia,
jaga rumah baik-baik. Ingat cakap Mak Jah tadi. Lusa Mak Jah balik. Kamu pula
Fahmi, kalau tak ada hal jangan biarkan Lia ni tinggal sendiri di rumah.
Bahaya. Dalam keadaan begini kamu sabarlah....”
Fahmi
mengangguk faham. Mereka berdua bergilir-gilir menyalami Mak Jah. Fahmi masih
berdiri di muka pintu sehinggalah teksi yang membawa Mak Jah hilang dari
pandangan.
Fahmi
menutup daun pintu ruang tamu, niatnya ingin sekali berbicara dengan Nur Alia.
Fahmi mencari ke dapur, tapi gadis itu tiada di sana. Kemudian dia menuju ke
bilik Nur Alia, pintu tidak berkunci. Perlahan Fahmi memulas tombol pintu lalu
membukanya. Nur Alia duduk di sisi katil sambil tersedu sedan. Pasti Nur Alia
menangisi nasibnya. Berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal. Bukan semua
wanita kuat untuk menerima ketentuan ini. Rambutnya yang ikal dibiarkan jatuh.
Menyedari kehadiran Fahmi di dalam biliknya, Nur Alia pantas berdiri. Wajahnya
pucat. Gadis itu mengesat air matanya yang masih deras mengalir membasahi
pipinya yang putih.
Lama
Fahmi memandang Nur Alia. Baru hari ini dia dapat menatap wajah putih gebu anak
kelahiran Perlis itu. Bulu matanya melentik, keningnya bagai dicukur rapi. Baru
kali ini dia memandang tepat kearah rambut Nur Alia yang wangi. Namun agak
berserabut, mungkin masih belum disikat. Tidak seperti malam itu, pertama kali
melihat Nur Alia tidak memakai tudung. Selepas insiden tersebut, Nur Alia
jarang keluar dari biliknya.
“Lia”
Lembut
suara Fahmi membuatkan Nur Alia berganjak sedikit cuba menjarakkan duduknya
dengan Fahmi.
“Maafkan
saya, tapi saya pun tak mampu tolak segalanya. Melihat keadaan keluarga Lia
semalam saya pun tak tahu nak buat apa. Keluarga Lia semalam marah sangat. saya
cuma nak tenangkan keadaan. Bila mereka mendesak untuk kita bernikah, saya tak
dapat berfikir lagi. Saya rasa itu saja jalan yang ada untuk meredakan suasana.
Saya minta kat awak....... berilah saya masa.
”
Nur
Alia memandang wajah Fahmi. Matanya bertembung dengan mata Fahmi. Jantungnya
berdegup laju. Seakan-akan mampu mencairkan kemarahannya. Nur Alia pantas
berganjak, berdiri dan mahu saja berlalu pergi. Tapi tangan Fahmi lebih pantas
mencempung tangannya yang kecil.
“Lia”
Nur
Alia terpaku, wajahnya dipalingkan kearah Fahmi semula. Matanya yang merah
memandang Fahmi seakan mahu menelan tubuh Fahmi saat itu juga.
“Aku
tak boleh terima, aku nak kau ceraikan aku sekarang juga!”
“Lia……janganlah
macam ni. Awak bagilah saya masa untuk menjadi suami awak. Tapi kalau awak nak
bercerai sekarang, awak cakap dengan orang tua awak. Saya tak nak mereka
salahkan saya dalam hal ini.”
Nur
Alia diam, kelembutan suara Fahmi membuatkan dirinya semakin kerdil. Hatinya
berbelah bagi, mahu diterima tapi marahnya masih bersisa. Kalau dia berkeras
untuk bercerai, apa yang dia mahu katakan kepada emak dan ayahnya. Dia tak
sanggup berdepan dengan mereka berdua. Kejadian semalam masih membawa kesan
kepada kedua orang tuanya, inikan pula kalau dia mengambil keputusan untuk
bercerai. Nur Alia buntu. Tidak tahu apa yang terbaik untuk dilakukan ketika
ini. Tidak mungkin dia menerima Fahmi. Lelaki itu bukan pilihannya. Apatah lagi
untuk menyintainya. Pasti tidak mungkin. Dia tidak mahu menyesal kemudian hari.
Bila sudah serahkan segalanya, akhirnya dia ditinggalkan. Fahmi anak orang
kaya, dia faham benar sikap mereka. Dia tidak kenal dengan keluarga Fahmi.
Orang kaya begitu pastinya tidak mampu menerima keluarganya yang sederhana.
Nur
Alia berlalu meninggalkan Fahmi yang masih duduk di katil. Tidak lama kemudian hanya kedengaran suara
kereta Nur Alia. Biarlah dia keluar kalau itu dapat memberinya ketenangan. Pergilah isteriku... abang redha..... isteri... oh... isteri...