Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
581,036
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Fahmi terus memasuki perut kereta Nur Alia. Nur Alia membuntangkan matanya. Namun selepas melihat senyuman Fahmi akhirnya dia akur. Kereta dipandu ke arah Stadium. Setelah meninjau beberapa saat, dia turun dari kereta. Fahmi juga begitu. Mengekori kemana saja langkah Nur Alia. Mereka seiringan berlari anak mengelilingi padang. Selepas hampir satu jam, Nur Alia melabuhkan punggungnnya. Peluhnya banjir membasahi baju dan tudungnya. Fahmi juga begitu dia yang kepenatan kerana lama tidak berjoging. Baru saja mereka berdua melepaskan lelah, Syikin dan Ikbal muncul. Lebar senyuman Syikin melihat wajah Fahmi. Semenjak bertemu dengan Fahmi tempoh hari, bayangan wajah Fahmi sukar dilupakan. Ikbal pula seakan tidak senang melihat Fahmi dan Nur Alia duduk bersama. Dari jauh lagi hatinya diamuk resah.

“Hi Fahmi.... lama tak jumpa” Syikin menjerit kecil.

Nur Alia yang baru menyedari kehadiran dua orang rakannya itu mula gelisah. Sengaja dia menjarakkan duduknya. Lambaian Syikin dibalas. Ikbal hanya tersenyum nipis melihat Fahmi. Namun begitu dia gagahkan diri juga duduk disebelah Fahmi dan menyalami lelaki itu.

“Tak sangka jumpa kamu berdua di sini...... Dah lama sampai ke?” Syikin memandang Fahmi sekali lagi. Kali ini sengaja dia duduk disebelah Fahmi. Ingin melihat sendiri reaksi Fahmi kepadanya.

“Dah. Dah nak balik pun” Fahmi menjawab acuh tak acuh. Tidak senang dengan gangguan yang datang tiba-tiba. Dia baru saja mahu mengajak Nur Alia menjamah roti canai kegemarannya.

“Ye ke..... Lia, jomlah kita singgah makan roti canai dulu. Lagipun awal lagi ni....” Syikin merengek manja. Mengharapkan Nur Alia tidak menghampakannya.

“Ha, betul tu Lia. Apasalahnya, lagipun aku dan Syikin tak sarapan lagi..... jomlah, dah lama kita tak keluar makan” Ikbal memandang wajah Nur Alia. Lama dia memandang wajah yang sentiasa dirindu itu.

“Tak apalah, lain kali aje. Lagipun kami nak balik dah” Nur Alia bangkit dari duduknya.

You All datang berdua ke?” Ikbal memandang Nur Alia sekali lagi kemudian sekilas di renungnya wajah Fahmi yang mengangguk. Tiba-tiba wajahnya berubah.

“Jom Lia....” Fahmi memandang Nur Alia. Nur Alia akur, langkahnya di atur seiring dengan Fahmi.

Ikbal dan Syikin hanya mampu memerhati dengan perasaan yang berbaur. 'Siapa Fahmi dan Lia sebenarnya?'


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.