Nur Alia masih duduk di masjid. Selepas puas
berjalan di sekitar ibu kota dia menghalakan keretanya ke Masjid Putrajaya.
Lama dia disitu sambil memerhati tasik yang tenang. Dia tidak tahu kemana arah
tujuannya ketika ini. Dia cuba untuk menghubungi beberapa Lina dan Sasha tapi
dibatalkan saja niatnya, mereka semua sedang berada dikampung halaman bersama
keluarga. Takkan dia mahu mengganggu mereka. Masing-masing sedang sibuk
menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangeung enam bulan lagi. 'Argh!
Kenapalah aku tak pulang semalam' hatinya merintih pilu. 'Kalau pulang bersama
dengan Lina, pasti perkara ini tidak akan terjadi' hati kecilnya berbisik lagi.
Hari beransur senja, Nur Alia masih lagi terpaku memandang tasik yang mula
bertukar warna jingga dek kerana matahari hampir tenggelam. Burung-burung mula
berterbangan pulang kesangkar. Lampu-lampu pula menggantikan cahaya matahari
tadi. Terang benderang Masjid disinari cahaya lampu dari segenap ruang. Azan
mahgrib berkumandang. Nur Alia bangkit dari duduknya lalu turut bersolat dengan
jemaah yang lain.
Usai
solat, Nur Alia mendengar ceramah yang kebetulan diadakan malam itu yang
bertajuk 'keberkatan'. Sedikit sebanyak apa yang disampaikan meresap masuk ke
dalam jiwanya. Hatinya agak tenang. Ada juga ustaz tersebut menyebut berkenaan
keberkatan berumah tangga. Jauh disudut hatinya mula rasa bersalah. Meninggalkan
suaminya dirumah sendirian. Walau apapun yang terjadi semalam, hakikatnya Fahmi
sudah menjadi suaminya. Pernikahan mereka sah, cuma caranya saja yang mengaibkan. Selesai sembahyang Isyak dia terus pulang ke rumah. Sunyi! Nur Alia
mengintai dari celah pintu ke dalam bilik Fahmi. Lelaki itu sedang tidur,
seperti sudah beberapa hari tidak tidur gayanya. Nur Alia menuju ke dapur
meletakkan barang yang dibelinya sebelum masuk ke kamarnya. Nur Alia terus
merebahkan badannya. Matanya bagaikan ingin terpejam. Seluruh badannya letih
sangat. Akhirya dia hanya tersedar apabila azan subuh berkumandang.
Awal pagi lagi Fahmi
meninjau ke ruang tamu. Kerisauannya beransur lega apabila melihat kereta Nur
Alia subuh tadi. Usai solat subuh pagi tadi, dia melihat Nur Alia menuju ke
dapur. Fahmi hanya memerhati. Tidak ingin memecahkan kesunyian. Kemudian dia
kembali ke kamar. Selesai membersihkan badan, Fahmi menuju ke dapur. Mencium
sesuatu dari dapur dia dapat mengagak, pasti Nur Alia sedang menyediakan
sarapan.
“Sedap
bau! Awak masak apa?” Fahmi memandang wajah Nur Alia. Gadis itu masih membisu.
Nur
Alia menuangkan air ke dalam cawan lalu menyedok sedikit nasi goreng ke dalam
pinggan kemudian dihulurkan kepada Fahmi. Nur Alia melabuhkan punggungya
dikerusi. Rasa janggal duduk berdua dengan Fahmi di meja makan tersebut. Nur
Alia menguis nasi goreng miliknya. Dia tidak berselera untuk makan ketika ini.
Tetapi menjadi tanggungjawabnya menyediakan makan untuk Fahmi.
Suasana sunyi.
Nur Alia membiarkan saja Fahmi yang berselera menjamah masakannya pagi itu.
Melihat Fahmi menyudahkan makannya lalu meminum air di dalam cawan, Nur Alia
bangkit. Baru saja dia mahu berganjak ke sinki Fahmi sudah mencekup tangannya.
Nur Alia tersentak.
“Lia”
Fahmi memegang tangan Nur Alia. “Saya nak cakap dengan awak. Dari tadi awak tak
berkata sepatah pun saya ”
Nur
Alia terpaku berdiri. Fahmi bangkit dari duduknya lalu memegang lembut bahu Nur
Alia memimpin Nur Alia duduk di hadapannya.
Nur
Alia merenung Fahmi. Perlahan dia mengeluh. Nur Alia mengalihkan pandangannya,
cair juga hatinya melihat mata Fahmi yang begitu menggoda. Lelaki itu memang
tampan, ada rupa dan gaya, juga berharta. Tapi hatinya benci dengan lelaki itu.
Entah bagaimana Fahmi boleh tenang berhadapan dengan keadaan sekarang. Mungkin
kerana dia lelaki. Siapa yang peduli kalau lelaki itu bakal mengecewakannya. siapa yang kisah latar kisah silamnya. lelaki tetap lelaki.... tidak seperti dia, wanita lemah. sekali ternoda kesannya bawa ke mati. Antara tanggung jawab dan ego? Tapi dia tak sanggup. Tak bersedia lagi untuk menjadi
seorang isteri. Tak bersedia lagi untuk disia-siakan.
“Saya
tak akan buat apa-apa. Tapi saya mahu kita seperti biasa. Saya mahu awak yang
dulu, dengan gelak ketawa. Please
Lia, kita sama-sama tak sangka keadaan boleh jadi begini. Tapi kita boleh
betulkan”
Nur
Alia tersenyum dengan sinis, gelak ketawa apa! Kau dah rampas segalanya. Kau
dah rampas kepercayan kedua orang tuaku. Kau rampas kehidupanku. Apa lagi yang
tinggal?
“Segalanya
kau dah rampas dari aku!”
Fahmi
melepaskan tangan Nur Alia. Tersentak mendengar nada suara Nur Alia ketika itu.
Lembut Nur Alia dari luar baru dia sedar keras hatinya bagai batu. Gadis itu masih marahkan dia. Fahmi memandang tajam ke wajah Nur Alia.
“Lia,
please..... jangalah macam ni”
Nur
Alia membalas pandangan Fahmi. Kemudian dia berlalu pergi. Tidak lama kemudian,
kedengaran suara pintu dihempas kuat. Fahmi mengeluh kecil. Nur Alia sudah
menguncikan dirinya di dalam bilik.
Nur
Alia hanya mengurungkan dirinya di dalam kamar sehinggalah malam menjelma. Usai
solat Mahgrib barulah dia keluar dari kamar, perutnya terasa lapar. Teringat
pula akan Fahmi, sudah makan ke dia? Tengah hari tadi kepalanya terasa berat,
pada mulanya dia mahu menyediakan juadah tengah hari selepas sembahyang zuhur.
Tapi dia terlelap kembali.
“Lia,
saya laparlah. Kita keluar makan?”
Nur
Alia tersentak, entah bila masa Fahmi muncul dibelakangnya. Mahu saja dia tolak
pelawaan Fahmi. Kejamnya dia…….dia teringat pesan ustazahnya dulu, berdosa
biarkan suami lapar. Nur Alia berkira-kira untuk menerima pelawaan Fahmi.
Kemudian dia kembali kekamar. Hatinya berbelah bagi. Kalau esok dia mati, mati dalam keadaan berdosa kerana membuat suami begitu. Apapun yang terjadi dia tetap isteri. Ya Allah, apa pilihan yang ada? Lama Nur Alia merenung kamar yang suram.
Di
luar kamar Fahmi sabar menunggu isterinya. Hampir setengah jam berlalu muncul
Nur Alia keluar dari biliknya. Lama dia
merenung wajah Nur Alia sehingga Nur Alia rasa serba salah. Nur Alia sungguh
cantik, walaupun hanya memakai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang.
Tudungnya di ikat kemas. Nampak comel, wajahnya yang sememangnya putih hanya
disapu bedak nipis dan sedikit liftik menghias di bibirnya. Jantungnya berdegup
kencang. Dia tidak pernah rasa begini walau hampir setiap masa disisi Sofia.
'Inikah cinta?' Fahmi bertanya sendiri. Keasyikannya memandang sebujur wajah
yang ayu itu membuatkan dia tidak ingin berganjak. Ingin terus menikmati wajah
itu. Tenang rasa jiwanya.
“Kenapa?”
Nur Alia memandang Fahmi dengan perasaan hairan. Lama suaminya merenung keadaan
dirinya. Ada yang tak kena ke? Perasaan Nur Alia mula tidak menentu. Tidak
pernah lelaki memerhatikan dia begitu kecuali Ikbal. Tapi lelaki itu tidak
lebih hanya sekadar kawan. Teman tapi mesra. Tidak pernah rasa getar begini walau Ikbal selalu merenungnya lama. Tidak bersama Fahmi. Dari awal lagi dia terasa degupan jantungnya yang laju bila sepasang mata lelaki itu menikam tubuhnya. walau dari jauh sekalipun.
Fahmi
menggelengkan kepala lalu tersenyum kecil. Nur Alia membiarkan Fahmi jalan
terlebih dahulu. Masuk dalam perut kereta jantung Nur Alia tidak berhenti
berdegup laju. Bau wangian badan suaminya hampir mencairkan seluruh hatinya.
Duduk berdua-duaan di dalam kereta membuatkan Nur Alia serba tak kena.
“Takut
ke?” Fahmi memandang isterinya
Nur
Alia menggelengkan kepala. Dia
benar-benar tidak selesa. Kereta meluncur laju memecah keheningan malam. Nur
Alia membiarkan saja Fahmi membawa haluannya. Akhirnya mereka berhenti di
hadapan sebuah hotel. Wajah Nur Alia pucat. Takkanlah! Dia memandang wajah
Fahmi.
“Tak
nak turun ke?”
Berat
langkah Nur Alia turun dari kereta. Apa yang dia harus lakukan kalau seandainya
Fahmi menginginkannya? Lelaki kaya seperti Fahmi pastinya itu yang didambakan.
Apatah lagi keadaan sekarang memberikannya lampu hijau. Arhg… Kalau itu yang
diminta apa pula tindakannya. Dia tidak mahu menyesal kemudian hari. Dia tidak
mahu selepas menyerahkan segalanya, lelaki itu meninggalkan dirinya. Sudah
banyak kisah begitu yang didengar. Sudah ramai kawan kuliahnya yang ternoda
hanya kerana cinta lelaki kaya.
“Lia,
kita nak makan aje lah. Bukannya nak buat apa, kenapa pucat macam tu?” Fahmi
berhenti, wajah isterinya di renung lama.
Nur
Alia menggelengkan kepala. Tiba-tiba saja wajahnya merah. Malu pun ada.
Langkahnya diatur mengekori Fahmi. Dia biarkan saja lelaki itu bercakap dengan
penyambut tetamu kemudian mereka berdua dipelawa menuju ke restoran. Nur Alia
membiarkan Fahmi memesan makanan mereka berdua. Suasana sunyi sepi. Hanya
kedengaran suara artis jemputan yang sedang mendendangkan lagu.
Usai
makan, mereka beriringan keluar dari restoran tersebut. Nur Alia membiarkan
Fahmi menggenggam jemarinya. Mahu ditolak tetapi harga diri Fahmi pastilah
dijaga. Berpeluh jemarinya dalam genggaman Fahmi.
Fahmi
tersenyum kecil. Lembut juga hati Nur Alia. Melihat Nur Alia tidak menolak
ketika dia menggenggam tangan gadis itu, hatinya mula berbunga gembira. Ini
langkah awal. Dia akan berusaha untuk memenangi hati Nur Alia. Dia tidak ingin
memaksa tetapi dia sudah jatuh hati dengan Nur Alia. Mungkin perasaan itu yang
menyebabkannya kuat untuk menjadikan Nur Alia isteri malam itu.
Fahmi
sengaja duduk lama di situ sambil menikmati beberapa artis jemputan
mendendangkan lagu. Nur Alia mula rimas. Tertunggu-tunggu bila Fahmi mahu pergi
dari suasana yang agak tegang padanya. Lagu-lagu romantik dari artis yang
diminatinya langsung tidak menusuk kekalbunya. Lagu-lagu itu bagaikan bunyi
angin kencang yang bermain ditelinganya. Fahmi tersenyum nipis. Seronok
mempermainkan Nur Alia. Selepas hampir empat buah lagu didendangkan, akhirnya
dia mengajak pulang. Jelas kelegaan di wajah isterinya. Sekali lagi Fahmi
tersenyum nakal. Sepanjang perjalanan, Nur Alia masih membisu. Sesekali dia
melihat dengan ekor matanya ke arah Fahmi yang tersenyum sendiri. Nur Alia
pantas mengalihkan pandangannya. Tiba dirumah, dia terus menuju ke kamar. Pintu
ditutup rapat. Bukan semudah itu dia boleh menerima Fahmi. Tidak semudah itu!
Fahmi
hanya memandang kosong pintu bilik yang sudah tertutup. Senyuman kecil terukir
dibibirnya. Dapat membawa Nur Alia keluar malam ini cukup rasanya. Dia yakin
suatu hari nanti, gadis itu akan terbuka pintu hatinya untuk menerima dia
sebagai suaminya. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus terima
wanita itu. Malam itu dia rasa yakin untuk memperisterikan Nur Alia selepas
diberi pilihan. Tapi, Dia hanya perlu berdoa. Berdoa semoga hatinya kuat.
Keyakinannya hari itu bukan sekadar angin lalu. Dia juga berharap hati Nur Alia
juga begitu. Dia berharap Nur Alia sedar akan isi hatinya.