Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
578,382
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Bab 20

Sudah tiga hari Nur Alia keluar dari hospital. Esok dia akan mula exam untuk semester yang terakhir, masa cuti dua hari inilah dia gunakan untuk mengulang kaji. Fahmi juga kembali sibuk. Semenjak Nur Alia keluar hospital tempoh hari, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Fahmi. Malamnya dia tidur lebih awal. Paginya pula ketika bangun dari tidur, Fahmi sudah keluar.

“Lia”

Lia menoleh lalu tangannya pantas menutup buku yang dibaca. Pandangannya jatuh kearah Fahmi yang tiba-tiba muncul tengah hari itu. Nur Alia tersenyum.

“Lia macam mana hari ni? Janganlah paksa sangat, banyakkan berehat.” Fahmi melabuhkan punggungnya di sisi Nur Alia.

Tidak lama kemudian, muncul Mak Jah dari dapur. Tersenyum lebar dia melihat Fahmi dan Nur Alia yang semakin mesra.

“Fahmi nak makan ke? Mak Jah sediakan, Lia ni pun tak makan lagi”

“Boleh juga, Lia tunggu Fahmi ke?” Pandangan Fahmi tumpah ke wajah Nur Alia.

“Perasan!” Nur Alia mencebik. Baru saja dia mahu berdiri, Fahmi sudah menarik tangannya dan meletakkan tangannya di pinggang Fahmi. Wajah Nur Alia berubah. Fahmi yang sedar akan perubahan wajah itu terus melepaskan tangannya dari pinggang Nur Alia.

Nur Alia tersenyum kecil. Dia lega kerana Fahmi faham akan perasaannya ketika ini. Dia perlukan masa untuk melakukan lebih dari itu. Dia tidak mahu kemesraan mereka berdua dilihat oleh mereka yang lain. Walaupun dia cuba untuk menerima Fahmi, tapi rasa marah akan kejadian malam itu masih bersisa. Fahmi cuba menyembunyikan gelodak rasa hatinya. Semasa di Hospital Nur Alia rela bila dia menyentuh tangannya. Nur Alia tak kisah kalau dia mengucup tangannya. Juga gadis itu rela kalau tangan lelakinya melingkar di pinggang menampung badannya. Tapi masa itu Nur Alia lemah. Tak mampu berbuat apa-apa. Fahmi bangkit apabila Nur Alia sudah beredar menuju ke dapur.

Fahmi mengekori langkah Nur Alia. Cermat Nur Alia mencedokkan nasi ke dalam pinggannya. Kemudian gadis itu menuang air ke dalam gelas. Fahmi sekadar memandang wajah isterinya. Semakin dipandang, semakin rasa kasih sayangnya.

“Mak Jah makanlah sekali” Nur Alia memandang Mak Jah yang sibuk mengemaskan peti ais.

“Mak Jah dah makan tadi, masih kenyang lagi. kan elok macam tu, suka Mak Jah tengok kamu berdua ni. Cepatlah Mak Jah nak timang cucu”

“Nak cepat macam mana Mak Jah……orang tu tak sedia lagi” Fahmi bersuara.

Nur Alia tersentak, tidak menyangka kata-kata itu akan keluar dari mulut Fahmi. Nur Alia tidak mahu berkata apa-apa. Fahmi memang maksudkan dirinya. Nur Alia membalas pandangan Fahmi. Lelaki itu masih terpaku memandang wajahnya.

“Makanlah cepat, nanti lambat masuk kat office” Suara Nur Alia perlahan tapi cukup membuatkan lelaki itu tersenyum kecil.

“Kalau dah jumpa muka Lia, rasa malas pula nak ke office. Fahmi nak rehatlah lepas ni” Fahmi mula menjamah nasi dipinggannya. Sambil matanya tak lepas dari memandang Nur Alia yang menunduk malu di sisinya.

Fahmi menyandar di sofa. Hampir setengah jam menunggu barulah Nur Alia keluar dari dapur. Fahmi sengaja mencekup tangan Nur Alia untuk duduk di sisinya. Ketika gadis itu melabuhkan punggung Fahmi mengalihkan tangannya melingkari pinggang kecil isterinya.

“Fahmi!” Nur Alia berbisik sambil menjarakkan tubuhnya dari Fahmi. Lama Nur Alia memandang Fahmi. Kali ini lelaki itu hanya tersenyum nipis namun masih tidak mengalihkan tangannya.

Fahmi suka melihat wajah Nur Alia yang mencuka. Suka dia mengusik Nur Alia walaupun dia sendiri sedar Nur Alia tidak suka akan sikapnya itu. Dia sedar Nur Alia nampak saja sudah berlembut hati, tapi masih ada bara kemarahan dalam jiwanya.

“Mana ada orang…..Mak Jah kan ke kat dapur”

“Yelah…nanti tiba-tiba dia masuk, pandang semacam aje. Lia tak sukalah tengok senyum Mak Jah macam tu”

“Ish….oklah tu, dia suka tau Lia jadi isteri Fahmi. Itu sebabnya dia yang suruh Fahmi layan Lia elok-elok”

“Mmmm…yelah tu”

Nur Alia mengalihkan pandangannya ke arah TV. Malas dia mahu melayan Fahmi. Nur Alia sudah berganjak dari duduknya. Dia biarkan saja Fahmi yang masih memandang wajahnya. ‘Hmmm….Tiada rancangan menarik.’ Nur Alia mencapai remote di tepi meja lalu menekan butang menyebabkan siaran TV bertukar-tukar.

“Apa ni Lia……..Tengok berita ajelah”

Masing-masing masih membisu. Tak lama kemudian telefon bimbit Fahmi berbunyi. Nama Sofia terpampang di skrin. Tanpa berfikir panjang, Fahmi bangkit dari duduknya terus menuju ke dalam bilik. Mahu menjawab panggilan dari Sofia.

Nur Alia hanya memandang dari ekor matanya. Malas mahu mengambil tahu siapa yang menghubungi Fahmi. Melihat sikap Fahmi begitu, dia akan lebih berhati-hati. Pastinya lelaki itu ada wanita lain sebelum ini. Sudah tentu perempuan itu sedang menuntut janji. Nur Alia tidak mahu menyesal kemudian hari. Dia tidak pernah tahu latar belakang Fahmi. Apatah lagi rakan-rakan Fahmi. Dia juga tidak tahu sama ada Fahmi itu bekas suami orang ataupun tunangan orang. Akhirnya Nur Alia mematikan televisyen. Langkahnya diatur menuju ke bilik. Biarlah! Dia juga harus bersedia sekiranya Fahmi mahu melepaskannya.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.