Fahmi sudah keluar pagi-pagi lagi. Ketika Nur Alia
baru saja keluar dari kamarnya kereta Fahmi sudah tiada. Mungkin Fahmi
menunggunya tadi kerana jam telah pun menunjukkan pukul sepuluh pagi. Sudah
minum ke dia? Hatinya bertanya sendiri.
Nur Alia bergegas ke dapur, dia melihat secawan Nescafe yang tinggal separuh.
Dia buat sendiri agaknya?
Rumah
kelihatan sunyi. Teringat mereka semua akan datang sebentar lagi, Nur Alia
mengeluarkan beberapa ekor ikan dan seikat sayur. 'Buat ikan bakar sedap juga,
dicicah dengan kuah asam. Lepas tu sayur ni tumis macam tu aje' Nur Alia
berkata sendiri sambil meletak semuanya di dalam sinki. Nur Alia kembali
keruang tamu, mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar SMS kepada Lina, Sasha
dan Aina. Tidak lama kemudian SMS dibalas. Mereka akan sampai tiga jam lagi.
baru saja dia mahu menuju ke dapur telefon bimbitnya berbunyi. Nama Ikbal tertera di skrin telefon.
“Hello?”
“Lia,
kenapa hari tu tak datang. Jenuh kami tunggu”
“Sorrylah,
ada hal. Kalau kamu punya dah siap hantar teruslah tesis tu. Nanti aku punya
aku hantar kemudian”
“Kami
tak jadi buat, yang lain nak tunggu kau
juga. Esok boleh tak? Petang lepas office hour”
“Tengoklah,
kalau aku tak datang buat ajelah dulu. Tak payah tunggu lagi. nanti tak siap”
Nur
Alia memutuskan talian. Lalu ke dapur semula menyambung kerjanya. Hatinya
sebal. Kalau bukan kerana kes malam itu, pastinya dia sudah menyiapkan laporan
terakhirnya. Bukan senang dia mencari masa lengang disamping kerjanya yang
menuntut dia berkorban masa. Ada ketikanya tiba-tiba saja mesyuarat disebelah
petang. Kalau itu terjadi, sehingga malam dia akan duduk dipejabat. Tapi awal
tahun begini jarang sekali perkara itu terjadi. Itu sebabnya dia tidak mahu
membuang masa. Dia mahu menggunakan sebaiknya masa yang ada sebelum hujung
tahun menjelma. Dia rasa bersalah dengan rakan-rakannya yang lain. Hanya kerana
dia, mereka semua tidak dapat menyediakan laporan tersebut.
Lauk-pauk
sudah hampir siap, hanya tinggal masak nasi sahaja. Sengaja Nur Alia masak nasi
lambat, takut mereka datang petang. Kalau nasi dah sejuk pasti tak sedap.
Selepas puas dengan hidangan tengah hari itu, Nur Alia menunaikan sembahyang
Zuhur. Tidak lama kemudian kedengaran suara kereta Aina memasuki perkarangan
rumah.
“Eh,
awal kau sampai! Tak balik kampung ke? Mana Fahmi, pergi kerja ke atau tak
balik lagi?”
Nur
Alia menjungkitkan bahu. Apa aku nak jawab.
Tiba-tiba hatinya kembali geram. Tak ucap salam pun terus aje nak tanya
pasal Fahmi. Terusik juga hati wanitanya kerana Aina menanyakan hal suaminya.
Kalau ikutkan hati mahu saja dia menyuruh kawannya itu berhenti mengganggu
Fahmi. Tapi dia pantas sedar, betulkah
perasaannya ini? Cemburukah dia?
“Dia
tak balik lagi. Kau dah makan ke?”
Aina
menggelengkan kepala. Begnya dicampakkan ketepi lalu dia menghempaskan tubuhnya
ke sofa. Pasti penat kerana memandu sendirian. Wajah putih Aina kemerahan
kerana panas terik diluar sana.
“Mak
aku kirim salam”
“Waalaikum
salam, semua sihat ke?”
Aina
hanya mengangguk. Nur Alia kenal dengan keluarga Aina. Ada beberapa kali mereka
datang ke sini menjenguk Aina. Aina anak bongsu sama seperti dirinya, itu
sebabnya keluarganya selalu datang ke sini. Kalau orang tuanya tidak sempat
datang, abang Aina akan singgah menjenguk adik kesayangannya itu. Tidak hairan
kalau Aina bersikap manja dan adakalanya keanak-anakan. Kerana mereka hanya dua
beradik. Keluarga Aina juga bukanlah golongan susah seperti keluarganya. Aina
juga sukakan perhatian. Apatah lagi wajahnya cantik seperti minah arab. Dia
juga wanita yang pandai bergaya. Setiap kali gaji, ada saja baju baru akan
tersarung di badannya. Aina juga peramah. Terutama dengan lelaki yang hidung
mancung dan berbadan sasa. Apatah lagi lelaki itu golongan berada, bertambah
ramahlah mulutnya.
Nur
Alia membiarkan Aina yang menyandar di sofa sambil memejamkan matanya. Ketika
Nur Alia baru menuju ke dapur, kedengaran suara teksi pula berhenti di depan
rumah. Melihat wajah Lina, Sasha dan Mak Jah membuatkan Nur Alia terperanjat.
Macam mana pula boleh balik naik teksi sama-sama? Kalau ikutkan mereka bertiga
dari lain-lain tempat.
“Lia,
macam mana?” Mak Jah memandang Nur Alia, harap Nur Alia faham akan soalannya.
“Ok
je, macam mana Mak Jah boleh naik teksi dengan diaorang?”
“Kami
terserempak tadi, sama-sama sampai kat Pudu Raya” Lina menjawab soalan Nur
Alia.
“Nasib
baik jumpa kat Pudu Raya, kalau tak rugi naik teksi sorang” Sasha pula
menyambung cerita.
Selalunya
tambang teksi lebih mahal kalau kita sendirian, tetapi lebih murah apabila naik
sekali. Nur Alia menuju ke dapur semula. Nasi sudah masak, Nur Alia alihkan ke
dalam bekas lalu diletakkan di atas meja.
“Kamu
dah masak ke?”
“Mak
Jah! Terkejut Lia” Nur Alia mengurut dadanya. “Dah, nasi ni aje yang baru
masak. Lia buat ikan bakar”
“Fahmi
pergi kerja ke?”
Nur
Alia mengangguk.
“Eh,
kata tadi Fahmi masih kat kampung” Aina memandang Nur Alia.
Wajah
Nur Alia berubah, lama dia memandang wajah Mak Jah. Minta Mak Jah pula yang
beri penjelasan. Entah bila Aina duduk di meja makan. Tidak sedar kehadiran
kawannya itu. Menyedari akan keadaan sekarang, dia kini lebih berhati-hati bercakap. Takut terlepas. Dia
tidak mahu aibnya diketahui oleh mereka, walaupun mereka kawannya, kawan yang
paling rapat.
“Dia
dari kampung, Mak Jah telefon tadi katanya terus ke tempat kerja”
Aina
menganggukkan kepala, langsung tidak mengesyaki apa-apa. Mak Jah kembali
memandang Nur Alia. Gadis itu serba salah, tidak tahu mahu kata apa kepada Mak
Jah. Melihat Aina kembali ke kamarnya, Mak Jah terus mendekati Nur Alia.
“Kamu
tak nak cakap ke dengan mereka? Mak Jah tak suka Ain tu asyik Tanya pasal
Fahmi. Kadang-kadang Mak Jah tengok Ain tu mengendeng aje dengan Fahmi”
“Bukan
sekarang Mak Jah, malu Lia kalau mereka tahu kami kena tangkap basah. Biarlah
dulu macam ni. Lagipun Lia tak sedia lagi. Lia nak keadaan kami macam biasa.
Lia nak Fahmi pinang Lia macam orang lain pinang kekasihnya untuk dijadikan
isteri. Lia nak biarlah orang lain nampak hubungan kami berjalan mengikut
aturan.”
Mak
Jah diam. Kedengaran suara kereta Fahmi memasuki perkarangan rumah. Mak Jah
mengambil alih kerja menghidang makanan di atas meja lalu mengarahkan Nur Alia
keluar menyambut Fahmi. Terkulat-kulat Nur Alia keluar, dengan Mak Jah dia
tidak berani melawan. Dia hormat Mak Jah seperti emaknya sendiri. Selama di
rumah ini, Mak Jah sendiri ambil berat akan kebajikan mereka.
Senyuman
Nur Alia menyejukkan hati Fahmi. Lelaki itu lama berdiri di muka pintu.
“Mereka
dah balik ke?”
Nur
Alia mengangguk. Lalu memberi laluan kepada Fahmi untuk masuk ke dalam rumah.
“Makan,
saya dah masak”
Fahmi
mengekori langkah isterinya. Ketika sampai didapur, mereka yang lain muncul.
“Fahmi!
Jomlah makan, Ain tau Fahmi nak balik itu sebabnya Ain tunggu” Aina memandang
wajah Fahmi sambil tersenyum lebar walaupun Fahmi hanya membalas pandangannya.
“Fahmi
duduk kat sini” Aina menarik kerusi di sebelahnya.
“Tak
apalah, saya duduk sini aje” Fahmi menarik kerusi kosong disebelah Mak Jah.
Sambil duduk, dia sempat mencuri pandang ke arah Nur Alia. Mahu menyuruh Nur
Alia duduk disebelahnya.
“Lia,
kamu duduk di sini. Mak Jah tak suka duduk kat sini, tak selesa pula rasanya”
Ketiga-tiga
rakan serumahnya hanya memandang Mak Jah bangkit. Serba salah Nur Alia mahu
melabuhkan punggung di sebelah Fahmi.
Wajah
Nur Alia dipandang penuh makna oleh Mak Jah. Mak Jah memberi isyarat untuk Nur Alia duduk di sisi
Fahmi. Nur Alia akur. Selepas meletakkan enam cawan kosong dia duduk di sebelah
suaminya.
Mereka
bertiga saling berpandangan apabila Nur Alia meletakkan nasi ke pinggan Fahmi.
Demi untuk menutup kekalutannya, Nur Alia menyendokkan sekali nasi kepinggan
mereka bertiga.
“Rajin
ambilkan nasi untuk aku, rasa macam tetamu pula kau buat” Lina bersuara. “Kan
bagus kalau selalu macam ni”
Nur
Alia mencebikkan bibirnya “Aku rindu kat kamu semua, kan kita lama tak jumpa.
Sekali sekala aku layan kamu semua apa salahnya” Nur Alia beralasan.
“Sedapnya
lauk, siapa masak ni?” Fahmi bertanya, cuba membantu Nur Alia memyimpan rahsia.
Sasha
menunding jari ke arah Nur Alia. Giliran Aina pula memuncungkan bibirnya.
“Alahai……
Fahmi kalau setakat masak ikan bakar ni, Ain lagi pandai. Nanti Ain masak untuk
Fahmi. Selama kat kampung, Ainlah yang masak untuk keluarga Ain tau!”
Fahmi
diam, tidak menjawab kata-kata Aina. Ain menjeling ke arah Nur Alia kerana
duduk di sebelah Fahmi. Usai makan, Fahmi memberitahu Mak Jah dia mahu kembali
ke tempat kerja. Dia pulang tadi hanya sekadar ingin melihat isterinya. Masa
keluar pagi tadi Nur Alia belum keluar dari bilik. Mahu saja dia mengetuk pintu
tapi takut kalau Nur Alia marah padanya.
Nur
Alia hanya memandang Fahmi dari ekor matanya. Ketika Nur Alia mahu membasuh
pinggan disinki, Mak Jah datang memberi isyarat supaya Nur Alia keluar melihat
Fahmi. Sekali lagi Nur Alia terpaksa akur. Ketika dia sampai di muka pintu,
Fahmi sedang mengenakan kasutnya.
“Hari
ni, saya naj jumpa dengan kawan kelas. Mungkin balik lambat sikit”
“Nak
saya hantar awak ke?” Fahmi memandang wajah isterinya. Sukar melihat wajah
putih itu. Selalunya Nur Alia akan menundukkan wajahnya atau melarikan
pandangannya ketika bercakap dengannya.
Nur
Alia menggeleng. Fahmi mengangguk perlahan lalu memberi senyuman kepada
isterinya. Nur Alia kelu, pandangannya mengiringi Fahmi yang berlalu masuk ke
dalam kereta. Selepas kereta Fahmi hilang dari pandangan, Nur Alia masuk ke
dalam rumah.
Nur
Alia kembali ke dapur. Rakan-rakannya yang lain sudah masuk ke dalam bilik.
Mungkin masing-masing sudah terlena kerana keletihan. Nur Alia membantu Mak Jah
mengemaskan pinggan mangkuk yang sudah dibasuh.
“Mak
Jah, malam ni Lia nak jumpa kawan. Kalau Lia lambat, Mak Jah suruh Fahmi
makan dulu ya. Lia dah janji dengan kawan Lia nak siapkan tesis tu. Kasihan
pula kalau Lia tak datang. Mereka harap kepada Lia”
“Iyalah,
tapi janganlah lambat sangat. Kasihan Fahmi makan sendiri. Esok Lia ada kelas
ke?”
“Kalau
ikutkan ada, tapi tengoklah. Kenapa Mak Jah?”
Mak
Jah menggelengkan kepala. Mak Jah hanya memandang Nur Alia yang menuju ke ruang
tamu. Tidak lama kemudian terdengar suara kereta yang seakan memasuki
perkarangan rumah. Mak Jah keluar menjenguk dari tingkap. Terkejut Mak Jah
melihat seorang lelaki datang menghampiri Nur Alia yang baru saja menghidupkan
keretanya. Mak Jah kenal. Lelaki itu Ikbal. Ada masanya Ikbal akan menghantar
Nur Alia pulang kalau kelas habis lewat. Mak Jah mengeluh kecil. Tidak senang
dengan keadaan itu. Nur Alia pula seakan terkejut melihat kedatangan Ikbal. Mak
Jah menuju ke pintu mencuri dengar perbualan Nur Alia.
“Ikbal!
Kenapa datang?”
“Saja,
nak jemput awak”
Lama
Nur Alia diam.
“Tak
sudi ke?”
Wajah
Nur Alia kelihatan resah. Selama ini menjadi kebiasaan Ikbal menjemputnya.
Walaupun tidak setiap kali, tapi selalu jugalah. Lelaki itu banyak membantu dia
dalam membuat kertas kerja. Serba salah dia menolak pelawaan Ikbal memandangkan
lelaki itu sudah sampai di depan rumah. Mak Jah terus memerhati Nur Alia.
Selama ini dia tidak pernah menolak pelawaan Ikbal. Tidak lama kemudian Mak Jah
melihat Nur Alia sudah masuk ke dalam kereta Ikbal. Bukanlah dia mahu
mencampuri urusan rumah tangga Nur Alia, tapi dia suka Nur Alia menjadi isteri
Fahmi. Dia kenal kebaikan Nur Alia. Sebelum
ini Nur Alia Tapi keadaan sekarang berbeza. Nur Alia seharusnya sedar status
dirinya sekarang! Mak Jah kembali menuju ke dapur. Dia hanya mampu berdoa agar
hubungan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat.