Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
581,058
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Tiba di pejabat agama, mereka di letakkan di bilik kaunseling. Tangisan Nur Alia semakin laju. Hampir lima jam duduk di situ mendengar ceramah ustaz campur dengan soal siasat. Sudah berkali-kali mereka katakan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa. Nur Alia pun sudah menjelaskan semua yang berlaku.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka kasar. Mak Jah datang bersama dua lelaki dan seorang perempuan. Lelaki itu rupanya Pak Nordin, Pak Long Nur Alia dan ayah Nur Alia, Pak Karim bersama emaknya yang sudah basah dek air mata.

Fahmi hanya memandang kosong wajah Mak Jah. Wanita itu tenang sahaja. Tidak seperti perempuan yang sudah meleteri Nur Alia. Mahu saja dia menarik Nur Alia jauh dari mereka apabila salah seorang dari mereka mengangkat tangannya mahu menampar Nur Alia. Nasib baiklah beberapa orang ustaz datang menenangkan keadaan.

“Patutlah hang tak mau nikah, ni rupanya keja hang selama ini. Mana kami nak letak muka ni! baru dua hari lepas mak terima pinangan keluarga Rashid. Ayah dah cornfirm dekat depa tarikh nak bertunang. Ni lagu apa yang hang buat kat kami” Pak Karim memandang anak gadisnya. Kalau boleh mahu saja dia ajar budak tu cukup-cukup. Penuh kasih sayang di curah, ini yang dibalasnya.

Nur Alia menangis semahunya. Berkali-kali gadis itu menggelengkan kepala. Bukan tidak mahu bersuara, tapi ketika dia cuba menjawab tadi hampir saja penampar kena ke pipinya. Dia tahu ayahnya begitu marah dengannya ketika ini. Pak Nordin pun kelihatan marah juga, tapi lelaki itu masih dapat bersabar. Kalau bukan Pak Nordin yang membantu menenangkan keadaan Nur Alia. Entah bagaimana nasib Nur Alia. Nasib baik mereka sekeluarga berada di Pahang tempat Pak Long Nur Alia kerana ada hal. Mengikut perancangan, lusa Nur Alia akan menjemput emak dan ayahnya di Pahang sebelum ke Perlis. Sebaik saja pejabat agama menghubungi mereka, serta merta mereka bertolak.

“Macam nilah encik, kalau nak senang nikah aje. Tapi kalau tak nak nikah, susah! Kena turun naik mahkamah sudahnya kena bayar denda. Tapi lambatlah, makan masa juga”

Nur Alia memandang wajah Fahmi yang duduk di sisi Mak Jah. Mungkin orang tua Fahmi masih tidak tahu akan hal ini. Lelaki itu hanya diam, meluat Nur Alia melihatnya. Pasti ini semua rancangan Fahmi!.

“Saya tak nak kahwin!”

Nur Alia berdiri belum sempat pegawai itu menyambung kata-katanya. Pegawai itu merenung wajah Nur Alia. Mereka pun hanya menerima laporan seseorang yang memberikan alamat rumah tersebut.

“Habih tu kalau hang tak nak kahwin, ada ka lagi yang nak kat hang” Mak Muna memandang wajah anaknya sambil mengesat air jernih yang mengalir.

“Mak!”

“Dahlah tu, kasihan Lia ni. Takkan kamu tak percaya cakap anak sendiri” Pak Nordin cuba membela anak buahnya. Kalau mengikut keterangan Fahmi tadi, mereka sebenarnya salah faham. Masing-masing tak sedar ada orang dirumah itu. Inilah padahnya kalau tinggal ramai-ramai. Dia sendiri hairan bagaimana Fahmi boleh tinggal dirumah tersebut, sedangkan banyak rumah lain yang boleh disewa. Fahmi anak orang kaya, kalau setakat sewa hotel tidak habis gajinya sebulan. Takkan mak bapak Fahmi tak tahu anaknya tinggal di situ. Sudahnya menyusahkan orang lain.

“Aku malu! Hari tu aku dah terima lamaran Imran, dia juga yang tolak. Ini pula keluarga Rashid” Suara Pak Karim kendur. Mungkin sudah tidak berdaya lagi selepas puas melepaskan marahnya tadi.

Fahmi hanya diam, tangan Mak Jah yang mengusap lembut bahunya memberi dia kekuatan. Mungkin ini jodohnya! Kalaulah benar Nur Alia ditakdirkan untuknya dia sanggup bertanggungjawab. Eiii…. Akhirnya kahwin free. Lain yang di harap, lain pula jadinya. Tapi kesian pula tengok Nur Alia persis orang kurang siuman… dari tadi menjerit tak berhenti. Kuat juga perempuan tu menjerit. Fuh takut pun ada nak jadikan bini. Kalau salah sikit, habis sekampung dengar suaranya… Tapi takkan macam tu kot? Selama ini dia kenal gadis itu lembut aje. Pijak semut tak mati. Siapa yang mahu jadi macam ni. Apatah lagi dari keluarga baik-baik. Malu kalau orang tahu anak gadis kena tangkap khalwat. Silap hari bulan tak ada siapa mahu masuk meminang. Dia mesti selamatkan maruah Nur Alia… itu janjinya.

“Tak apalah pak cik, saya sanggup bernikah dengan Nur Alia. Saya harap Keluarga Nur Alia sanggup merima saya seadanya. Saya akan bertanggung jawab dalam hal ini” Fahmi mula bersuara setelah dari tadi dia mendiamkan diri. Kalau keluar masuk mahkamah, lagi parah! Dia salah seorang ahli perniagaan terkemuka, dia tidak mahu menjejaskan syarikat yang ayahnya bina bertahun lama dulu. Apatah lagi nanti orang tuanya tahu. Lagi besar masalah yang dihadapi. Tak sanggup berdepan denga umi yang memberi kepercayaan selama ini.

Akhirnya dengan persetujuan orang tua Nur Alia, majlis pernikahan berlangsung juga malam itu. Dari mula Majlis, Nur Alia masih meraung dan menjerit-jerit tanda tidak setuju. Pak Karim sudah hilang sabar, anaknya seperti hilang akal.

Akhirnya tangan kasar Pak Karim singgah ke pipi Nur Alia. Nur Alia diam hanya pandangannya saja menyinga seperti mahu menelan Fahmi hidup-hidup. Mak Muna berkali-kali mengusap dada anak perempuan tunggalnya. Satu-satunya anak yang ditatang bagai minyak penuh. Mahu marah pun benda dah jadi. Anak lelakinya yang tiga orang lagi juga begitu sayangkan Nur Alia. Tidak pernah dijentik walau sedikitpun. Tapi Nur Alia juga bukan gadis yang selalu buat masalah. Dia anak yang dengar kata, hormatkan orang. Kalau bukan kerana dia mendapat kerja kerajaan dan terpaksa melepaskannya ke sini, sudah tentu anak itu masih di bawah jagaannya. Sedih dia melihat Nur Alia begitu. Dia tahu Nur Alia tidak akan lakukan perkara terkutuk tersebut. Tapi malu mengenangkan pinangan yang diterima minggu lepas. Apa yang harus di jawab bila cincin terpaksa di pulangkan. Apa pula kata keluarga lain yang tiba-tiba mendengar berita perkahwinan anak perempuannya. Mungkin Allah sedang menduga mereka sekeluarga.

Hanya dengan sekali lafas, Nur Alia sah menjadi isteri Fahmi. Wajah Mak Jah kelihatan gembira. Dari mula lagi dia menyukai Nur Alia. Apatah lagi gadis itu sungguh baik budi bahasa. Sepadan dengan Fahmi. Usai majlis mereka semua pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, Nur Alia terus masuk ke biliknya lalu mengunci pintu. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Segalanya sudah terjadi, hanya tinggal meneruskan saja ketentuanNya.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.