10,491
Kategori:
Genre:
PROLOG
PROLOG

Kehidupan ni umpama stesen LRT. Perjalanannya jauh. Tidak terjangka. Ada banyak perhentian yang harus di lalui sebelum tiba ke destinasi terakhir. Setiap destinasi persinggahan pasti ada jalan cerita tersendiri. Bagaimana, siapa dan di mana kisah bermula, tiada siapa tahu. Cuma yang aku tahu, kisah aku bermula di sini. Nak kata tragis, macam kelakar pun ada. Nak kata sedih, hmm...macam tak je.

Semuanya bermula kerana itu. Kerana peraturan sekolah. Bukan mak tak pernah cakap sebelum ni. Sampai berbuih mulut. Tapi aku bukan jenis bajet alim. Jenis manusia munafik. Hati belum terbuka. Takkan nak paksa-paksa pulak, kan? Tapi sejak di wartakan sebagai peraturan sekolah, terpaksalah buat.

Tudung. Definasinya luas. Masing-masing ada tafsiran sendiri. Kalau dalam Wikipedia versi bahasa melayu, tudung atau kerudung merupakanpakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorangwanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutupaurat.

Itu kata wikipedialah. Kata aku? Tudung tu penutup kepala. Cover rambut bagi orang lain tak nampak. Eh, janganlah terus jatuh hukum kat aku. Cakap aku jahil. Jumud. Dangkal. Itu persepsi aku sendiri. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.

Aku cuba selami. Hayati etika pemakaian yang betul. Namun makin jauh aku menelusuri, makin banyak pincang dan caca marbanya. Nawaitu dan niat jauh terpesong. Tudung jadi medium eksperimen. Fesyen ujikaji. Aku jadi jelak. Bosan dengan tingkah laku mereka. Bila keadaan makin tak terkawal, aku tiada pilihan. Nak benci, menyampah? Apa aku peduli? Suka atau tidak, misi ini akan aku laksanakan sendiri. Tiada kompromi.

Previous: BAB 2
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.