10,490
Kategori:
Genre:
BAB 2
BAB 2
Aku baru dapat khabar. Cikgu Mat kena tukar ke Sabah. Alasan pertukaran sebab Cikgu Mat menggunakan kekerasan pada anak muridnya. Aish! Nampaknya berjaya juga Eja menggunakan kuasa veto bapanya. Tak faham betul aku. Apalah bebal sangat minah tiga ekor tu!

Pagi tadi guru besar ada buat pengumuman. Pukul 10.00 nanti ada majlis di dewan sempena dengan perpindahan Cikgu Mat. Eh, perpindahan ke? Itu versi bahasa sopan. Realitinya Cikgu Mat telah di halau dari sekolah ni. Itu pun sebab dia berani memperjuangkan tatacara pemakaian muslimah yang sebenar. Part ni aku memang hairan giler. Yalah, menegakkan sesuatu yang memang berlandaskan syariat Islam sudah menjadi kesalahan sekarang ni? Tak terkata aku di buatnya.

“Bangun semua. Sekarang ni beratur kat luar kelas. Kemudian dengan senyap bergerak perlahan-lahan ke dewan!” arah Cikgu Fauziah tegas.

Tapi biasalah, bila dah di suruh beratur, bisingnya mengalahkan peniaga kat Pasar Borong kat Selayang. Mulut masing-masing tak ubah macam bontot ayam. Aku pun dua kali lima aje.

“Diam! Boleh tak kaki aje yang bergerak tapi mulut tak payah bergerak?” pekik Cikgu Fauziah. Mukanya dah merah padam macam badut sarkas dalam Royal London Circus.

“Macam mana mulut kitorang nak bergerak, cikgu? Mulut kitorang semua melekat kat muka ni,” selamba Hafiz bagi setepek.

Muka Cikgu Fauziah bukan setakat merah lagi. Dah kehijau-hijauan aku tengok. Kalau Incedible Hulk tengok, sah dia ingat bininya terlepas kat sini!

“Kalau kamu tak nak tangan saya pula yang bergerak, baik kamu senyap sekarang!”

Kali ini berkesan. Bukan setakat Hafiz, satu kelas termasuklah aku terkedu. Mahu tak terperanjat. Dah Cikgu Fauziah menjerit macam halilintar. Silap-silap pecah pula gegendang telinga aku ni.

Kami semua mula bergerak menghampiri dewan. Aku lihat murid-murid tingkatan menengah rendah semuanya dah duduk kat barisan hadapan. Itu standardlah! Aku dah pernah merasa dulu. Masa zaman jahiliyah aku. Waktu tu aku baru tingkatan dua rasanya. Sekarang ni selaku otai, almaklumlah pelajar Tingkatan Lima a.k.a pelajar paling senior, dah tentulah kami dapat keistimewaan untuk duduk kat mana-mana saja yang kami suka. Yang pasti barisan belakang sudah tentu. Kalau barisan hadapan, kirim salamlah!

Guru Besar sudah terpacak atas pentas. Kepalanya yang botak licin dah nampak macam cemin aje kat mata aku. Nak gelak, tak sampai hati. Nanti tak pasal-pasal kena sound pulak depan-depan ni. Jatuhlah taraf aku selaku pelajar perempuan yang paling glamer dalam sekolah ni.

“Baiklah. Pasti kamu semua tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ada perhimpunan mengejut ni, kan? Sebenarnya kita semua berkumpul di sini sebab nak meraikan Cikgu Mat yang akan bertukar ke Sabah.”

“Eleh, kena tukar ke kena perambat?”

Serentak seisi dewan ketawa besar. Guru Besar mendengus. Bila aku tengok dah mcam rupa naga nak sembur api dari mulut, cepat-cepat aku pekung mulut.

“Siapa yang cakap tu? Bangun sekarang!”

Semua senyap. Macam biasalah. Siapa yang nak mengaku, kan?

“Ok. Kalau semua tak nak mengaku, semua bangun sekarang! Saya nak jemur kamu semua kat bawah panas terik mentari. Biar sampai rentung!”

Aku pandang kau. Kau pandang aku. Sampai sudah seorang pun tak nak mengaku. Biar pecah di perut tapi jangan sampai pecah di mulut!

“Dahlah tu, guru besar. Tak payahlah besar-besarkan benda ni. Tak seronok pula saya tengok budak-budak ni kena denda pada hari terakhir saya di sekolah ni,” sampuk Cikgu Mat. Dan amarah guru besar juga bagaikan berlalu pergi begitu sahaja.

Tengok! Baik betul Cikgu Mat. Siap tenangkan guru besar lagi. Mana lagi nak cari cikgu sebaik Cikgu Mat pada zaman millennium ni? Aku kerling ke arah Eja, Ayu dan Zura. Eei geram pula aku tengok muka selamba katak mereka. Rasa nak ku tunjal aje dahi masing-masing.

“Cikgu ni selalu bagi muka sangat kat budak-budak ni. Tu yang perangai diorang makin menjadi-jadi tu. Tapi memandangkan hari ni hari terakhir cikgu bersama dengan kami semua, saya malas nak kecoh-kecoh.”

Aku kerling ke kiri, ke kanan. Bertuah betul! Ucapan guru besar baru aje bermula tapi masing-masing dah pakat terkuap sana, terlentuk sini.

“Kita semua akan mengenang segala jasa bakti Cikgu Mat pada sekolah kita ni. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Sudah! Apa pula guru besar melalut ni? Harimaulah, belanglah, naik buntu otak aku ni mendengarnya.

“Untuk menyerikan lagi majlis kita ni, dengan berbesar hati saya ingin menjemput Cikgu Mat tampil ke hadapan dan menyampaikan sepatah dua kata. Di persilakan.”

Aku nampak senyuman Cikgu Mat hambar. Langkah kakinya longlai. Tambah-tambah tatkala muka kelat Ayu, Eja dan Zura terhidang depan mata.

“Terima kasih pada guru besar sebab bagi peluang pada saya untuk berucap buat kali terakhir.”

Ada getar dalam suara tu. Aku tahu. Cikgu Mat buat-buat tabah. Tapi kalau boleh selak hati tu confirm hujan lebat kat dalam tu.

“Sebelum tu saya nak jemput tiga orang anak murid saya ke atas pentas bersama-sama dengan saya. Jemput Eja, Ayu dan Zura dari Tingkatan Lima Jujur untuk naik ke pentas sekarang.”

Eja, Ayu dan Zura terkedu. Terkedek-kedek mereka bertiga melangkah ke atas pentas. Wajah dah cuak habis.

Habislah korang kali ni! Aku dah pamer muka mengejek pada mereka. Lain kali cari pasal dengan Cikgu Mat. Kan dah kena. Kini mata aku tepat tertancap ke atas pentas. Dah tak sabar aku nak tengok drama sebabak hari ini.

“Jangan takut. Cikgu bukannya nak apa-apakan kamu bertiga. Sebenarnya cikgu ada hadiah untuk kamu bertiga. Tunggu kejap, ya?”

Cis! Dapat hadiahlah pulak! Mana aci, wei? Aku pun nak jugak. Hati mulalah nak berjaki ni. Tambah-tambah bila nampak Cikgu Mat mengeluarkan tiga plastik berbungkus kemas dari sebuah paper bag dan menghulurkannya pada mereka bertiga.

“Err…apa ni, cikgu?” soal Ayu kaget.

“Sebuah pemberian kecil dari saya. Terimalah. Saya juga nak minta maaf sekiranya kejadian tempohari membuatkan kamu bertiga trauma. Niat saya bukanlah nak mendera. Saya cuma nak mendidik kamu semua ke arah jalan kebenaran.”

“Terima kasih, cikgu. Kami…kami tak marah pun. Memang kami yang salah. Harap cikgu sudi maafkan kami.”

Muka masing-masing dah poyo habis. Mentang-mentanglah dapat hadiah. Tak pasal-pasal gaya cakap semuanya bertukar lemah gemalai. Aish…Kalau masuk Anugerah Skrin sah-sah sapu bersih semua anugerah gamaknya. Menyampah pula aku tengok!

Tak lama lepas tu selesai acara. Berdedai-dedai pelajar masuk semula dalam kelas. Aku, macam biasalah. Mana boleh lepas peluang. Pantas aku mengejar Ayu, Eja dan Zura dari belakang. Tapi kenapa pula muka masing-masing macam ayam berak kapur ni? Hmm musykil pula aku.

“Aik? Kenapa monyok aje ni? Kan dah dapat hadiah tadi? Apa lagi yang tak kena?”

Senyap. Langsung tak berkutik. Aku garu kepala. Dah kenapa dengan diorang ni?

“Hello! Rasanya aku tengah cakap dengan orang, bukannya dengan patung cendana! Apa kes ni, wei?”

Ayu mengunjurkan plastik hadiah yang sudah terkuak. Dengan rakus aku meragut plastik itu. Biar betul?! Aku terus di geletek kelucuan. Sudahnya aku terbahak-bahak ketawa.

Ayu gigit bibir. Geram dia barangkali. Kemudian tanpa sebarang amaran kepala aku di sekehnya. Hampeh betul!

“Sakitlah! Apa kena dengan kau ni?” rungutku sambil mengusap-ngusap kepala yang bengal.

“Habis tu afsal pulak kau tiba-tiba mengilai macam pontianak? Sakit jiwa ke apa?”

Aku sengih kambing. Eh, sengih aku comel sikit dari kambing pasal pagi tadi aku dah mandi. Mak aku cakap kambing malas mandi jadi confirm aku lagi wangi dari kambing.

“Yelah, korang kan beria-ria nak halau Cikgu Mat dari sekolah ni. Semuanya pasal korang tak nak pakai tudung, kan? Tut-tut boleh pula dia hadiahkan tudung sorang sehelai kat korang. Mahunya aku tak geli hati.”

Eja, Ayu dan Zura melongo. Dan ketawa aku kian melata. Langsung tak ada petanda nak berhenti dalam waktu terdekat.

Previous: BAB 1
Next: PROLOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.