10,493
Kategori:
Genre:
BAB 1
BAB 1

Tudung. Kenapa dengan tudung? Yalah, peraturan baru di sekolah. Wajib bertudung, bilang cikgu. Aku pakai dengan senang hati. Takde masalah. Tapi Zura, Eja, Ayu bising-bising. Protes. Tak nak pakai. Panas katanya. Panas hati pula cikgu displin mendengarnya. Sudahnya tiga-tiga mendapat. Dapat apa? Dapat sebatlah. Sorang tiga liang kat tapak tangan. Padan muka!

“Sakit hati betul aku dengan Cikgu Mat tu! Sengaja aje dia rotan kuat-kuat kat tapak tangan aku ni,” rungut Ayu.

“Dia memang melampaulah! Jagalah dia, bapak aku ada kabel dengan orang kementerian. Korang tengoklah, bulan depan confirm dia kena transfer sekolah lain,” ujar Eja bongkak.

“Tak payah nak kabel sangatlah! Memang salah korang bertiga pun. Dah orang suruh pakai tu, pakai ajelah. Apa yang banyak songeh sangat tu?” selamba aku membidas. Gelihati pula lihat wajah ketat masing-masing. Kalau cun takpe jugak. Ini dah macam tempoyak basi!

“Kau diamlah, sengal! Kau tu munafik! Jenis jilat bontot cikgu. Kalau cikgu suruh makan taik, sure kau tak bantah punya!”

Sentap. Tapi cepat-cepat aku pekung marah dalam hati. “Cakap tu baik-baik sikit, cik kak! Betul apa yang cikgu suruh tu. Kalau benda dah betul, buat apa nak halang?”

Zura, Eja dan Ayu ketawa terbahak-bahak. Kuat melengking. Buruk benar rupanya. Dah macam pontianak tercabut gigi pun ada!

“Hello! Kau ni jumud betullah! Dasar otak dangkal! Kau ingat kalau setakat bertudung, baik sangatlah orang tu? Walaupun aku ni tak pakai tudung, tapi solat aku tak tinggal. Pastu aku bukan jenis merenyam dengan jantan. So apa ada hal?” jerkah Zura.

Aku geleng kepala. Tu dia! Keluar dah nas, dalil sendiri pasal takrifan aurat. “Oklah. Aku akui, hati kau suci, kelakuan kau terpuji. Tapi bolehkah kau jamin lelaki-lelaki kat luar sana punya hati sesuci kau? Kelakuan terpuji macam kau? Aku nak tanya kau, kalau kucing nampak ikan depan mata, confirm ke kucing tu tengok aje ikan tu? Sekurang-kurangnya mesti dia jilat ikan tu, kan?”

Zura terjeda. Aku gelak kecil. Tu baru sikit. Belum keluar segala macam nas lagi dari kepala otak berjambul aku ni.

“Eleh, si Siti tu elok bertudung litup. Tapi mulut macam puaka. Asyik mengadu domba dengan cikgu aje kerjanya. Yang tu kira baiklah ya?” tebak Ayu pula.

Aku tarik nafas. “Sekurang-kurangnya Siti tu dah dapat markah penuh dari segi pakaian dia. Kau tu satu markah pun belum tentu lagi.”

Ayu mencebik. “Eleh, markah apanya ni? Kalau markah dia penuh pun, terus Allah potong habis markah dia sebab dosa mulut puaka dia tu.”

“Oklah. Kalau macam tu lepas ni kau suruh Amri ajar kau buat homework, yek. Tak payahlah aku ajar kau lagi.”

Berubah air muka Ayu. “Ek eleh! Pehal pulak? Takkanlah baru cakap sikit kau nak sentap kot? Lagipun si Amri tu dahlah bebal. Dia kan dapat nombor paling corot masa peperiksaan pertengahan tahun aritu. Takkanlah aku nak suruh dia ajar aku pulak? Lagilah aku bertambah bodoh jadinya!”

Aku sengih. Sinis. “Yalah! Tadi kau juga yang cakap si Siti tu nama aje pakai tudung, tapi mulut macam puaka. Jadi sah-sahlah kau takkan ikut jejak langkah dia, kan? Kau confident, Zura dan Eja jauh lebih baik dari dia. So kau pun ikut jejak langkah diorang, kan? Walaupun mulut Siti macam puaka, sekurang-kurangnya dia berusaha gak untuk taat perintah Allah dengan menutup aurat. Yang kau pulak, boleh ikut contoh orang yang lebih teruk dari diri kau. Macam mana nak improve diri kalau macam tu? Jadi tak salahlah kalau aku suruh kau belajar dengan Amri sebab dia pun jauh lebih teruk dalam pelajaran dari kau, kan?”

Rahang Ayu jatuh. Hodoh sungguh rupanya. Mujur sempat aku sembunyikan tawa kat celah bibir. Tulah, nak berdebat dengan juara pidato peringkat wilayah persekutuan konon? Kan dah mendapat!

Laju Eja memangkas. “Kalau bertudung pun, hati tak ikhlas, nak buat apa? Kalau nak berubah, biarlah datang dari hati kitorang sendiri. Bukannya sebab cikgu yang paksa ke, mak ayah yang suruh ke? Betul tak, semua?”

Kepala Zura dan Ayu dah berceratuk macam ayam berak kapur. “Betul! Betul tu!”

“Hah, jawablah sekarang! Afsak kau diam pulak?” acum Eja.

Aku telan liur. Cis! Makin lama makin mencabar pula lontaran kata-kata diorang ni. Otak aku dah mula ligat berputar. Segala maklumat yang pernah ku baca dalam suratkhabar, majalah dan internet mula tenggelam timbul muncul dalam minda.

“Korang ni sengal ke apa? Ikhlas apa mendenya? Tahu tak, Allah S.W.T telah mewajibkan seluruh muslimah di seluruh dunia untuk menutup aurat tak kiralah diorang ikhlas atau tidak. Aku ulang lagi sekali, wajib! Faham tak?”

Eja muncung. Sah dia tak puas hati ni. “Takdelah. Kan dalam apa-apa hal pun, kalau kita lakukan, tak ikhlas. Mestilah tak berkat. Jadi apa gunanya gunanya aku pakai tudung tapi hati aku tak ikhlas?”

Aku geleng kepala. Sahlah otak minah ni berkarat tahap loji Syabas! “Apalah korang ni! Kalau korang cakap macam tu, habis tu solat, puasa, bayar zakt semua tu kena ikhlas baru boleh buat ke? Ingat sikit. Hukum Allah mana boleh buat main. Dalam Al-Quran kan dah tertulis semua. Mana boleh kau pandai-pandai letak syarat sendiri? Samada suka atau tak, segala perintah Allah wajib kita taati.”

Eja juih bibir. “Susahlah cakap dengan kau ni. Semuanya kau aje yang betul. Macam nilah. Kitorang akan pakai tudung bila dah sampai seru. So kau tak payah nak kecoh-kecoh kat sini.”

Aku tarik nafas. Dah sedia nak lontar peluru terakhir. “Sampai seru, ya? Eloklah tu. Silap-silap belum sempat pakai tudung, dah sampai seru mati dulu, naya aje tak sempat taubat. Kalau itu yang korang nak, aku tak kisahlah. Terpulanglah pada korang.”

Aku terus angkat punggung dan menala kaki laju-laju dari situ. Malas nak bertekak dengan orang bodoh sombong macam diorang ni. Buat mengabihkan boreh aje!

Previous:
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.