Home Novelet Islamik Rahsia yang tersimpan
Rahsia yang tersimpan
Nik Zah
9/6/2024 15:28:08
12,338
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 5

Isya terjaga apabila terdengar suara Tini yang sedang mengalunkan bacaan surah Yasin. Isya melirik ke arah jam yang menunjukkan ke angka 6 pagi. Tangan Isya mencapai handphone dan kelihatan ada satu mesej masuk. Terus segar mata Isya apabila melihat nama yang tertera. Segera dia membuka peti mesej.

“Happy belated birthday Isya. Sorry mama lambat wish.”

Isya tidak membalas apa-apa. Selesai membaca pesanan mamanya,Isya duduk di birai katil dengan mata yang masih mengantuk. Masih awal lagi tetapi suara Tini ketika itu sudah cukup membuatkannya terjaga seawal  pagi begitu. Bukan sekali itu dia pernah terjaga apabila mendengar suara Tini mengaji, sudah beberapa kali juga tetapi kali ini dia tidak pula berasa marah walaupun  tidurnya terganggu begitu malah membuatkannya berasa tenang pula. Seolah-olah jiwanya yang serabut dan kalut itu dapat ditenangkan apabila mendengar kalimah suci itu.

Isya ingat lagi kali pertama mendengar Tini mengaji di awal subuh pada awal perkenalan dulu. Mulanya dia marah juga kerana dia tidak mahu sesiapa mengganggu tidurnya. Pernah juga dia suarakan hal itu kepada Tini suatu ketika dulu.

“Boleh tak mengaji waktu lain?” Isya menenyeh-nenyeh matanya yang masih mengantuk.

“Kenapa? Kuat sangat ke suara saya? Sorry.” Tergaris kesal di riak wajah Tini.

“Tak kuat tapi  aku masih boleh dengar suara kau mengaji. Aku sebenarnya mengantuk lagi tapi bila dengar suara kau jadi aku pun terbangunla.”

“Oh, baguslah macam tu.”

“Bagus? Apa pula yang bagusnya. Kau dah ganggu aku tidur tahu tak!” Isya berasa marah dengan kata-kata Tini yang seperti tidak bersimpati pula dengannya yang masih menagntuk.

 “Maknanya hati dan jiwa awak masih lembut.” Tini cuba tidak mengambil hati dengan kata-kata Isya walaupun hatinya sedikit terusik dengan tengkingan Isya.

“Ah, apa-apa je lah!” Malas pula Isya untuk menyambung perbualan  dengan Tini.

Isya termenung mengenangkan peristiwa dulu. Tini masih boleh bersabar dengannya walaupun dia pernah menengking Tini. Bagaimana Tini boleh jadi sesabar itu?  Isya masih lagi mengantuk, matanya sekejap celik dan sekejap terkatup.

“Isya..Ooo Isya..Awak okey tak ni?” Tini cuba menggerak-gerakkan bahu Isya yang kelihatan mamai.

Isya bangun dari mamai. Terkejut juga dia melihat Tini yang berada betul-betul di sebelahnya dalam keadaan bertelekung seperti itu.

“Kenapa?”

“Awak bercakap sorang-sorang,” jawab Isya jujur.

“Ye ke? Tak perasan pula.” Isya menutup mulutnya apabila dia mula menguap.

“Dah pukul 6.30 pagi, sempat lagi nak solat subuh,” tegur Tini lagi menunjukkan jam meja di hadapan wajah Isya yang nampaknya masih berteleku di atas katil.

Isya mengangguk-angguk tanda dia mendengar apa yang Tini cakapkan. Hari ini moodnya sedikit baik.

*****

“Isya, betul ke bunga ni awak beri pada saya?”

Isya memandang Tini yang sudah siap berpakaian untuk ke kelas. Di tangan kanannya memegang bunga ros merah.

“Ambik je la.” Isya sudah malas memikirkan tentang bunga itu lagi lagipun dia sendiri bukanlah peminat bunga seperti itu. Dia menerima bunga itu pun sekadar mengambil hati si pengirim.

Dia juga tidak pernah meminta diberikan bunga seperti itu. Entah apa yang membuatkan Izwan tiba-tiba sahaja memberikan bunga kepadanya malam ketika mereka berlima keluar.

Mahu sahaja dia bertanya kepada Izwan.’ Kau dah buang tabiat?’ Tapi Isya masih cuba mengawal keadaan walaupun masih banyak persoalan bermain di mindanya.

“Untuk apa pulak bunga ni?” Isya memandnag sahaja bunga yang masih dipegang oleh Izwan.

“Alah, ambil je lah Isya. Orang dah bagi tu.” Ain mengendeng-ngendeng bahu Isya.

“Tak nak la. Aku bukan suka bunga pun.” Selamba sahaja Isya menuturkan ayat seperti itu di hadapan Izwan yang terkulat-kulat.

“Oklah, sebagai tanda persahabatan,” akhirnya  terluah juga kata-kata daripada mulut Izwan  walaupun wajahnya kelihatan sedikit sebal.

Isya mengangguk. Bagus juga Izwan berkata begitu sekurang-kurangnya tiada yang salah tafsir tentang pemberian itu.

Alright. Friend forever.” Isya menguatkan perkataan forever supaya makna itu difahami oleh Izwan.

Isya cuba mengambil langkah berhati-hati dengan segala tindak tanduk Izwan kepadanya. Perasaan curiga masih menebal dalam hati Isya. Kenapa Izwan tidak  keluar bersama dengan rakan-rakan yang sama kelas dan bidang dengannya? Kenapa setiap kali dirinya ingin keluar bersama teman-teman lain mesti ada Izwan? Apa sebenarnya yang Izwan mahu sebenarnya? Jika segala yang berlaku ini ada udang di sebalik batu nampaknya  dia  perlu segera bertindak.

*****

Previous: Bab4-ii
Next: Bab5-ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.