Home Novelet Islamik Rahsia yang tersimpan
Rahsia yang tersimpan
Nik Zah
9/6/2024 15:28:08
12,333
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab6-ii

“Kau dah lama kenal ke dengan Tini dan Syahmi tu?” tanya Izwan sambil melihat Tini dan Syahmi berlalu dari situ sebaik sahaja dia tiba di hadapan mereka.Kelihatannya ada sesuatu yang tidak kena sewaktu dia melihat wajah Ain yang masam mencuka.

“Memanglah kenal. Memang aku tak suka Syahmi tu.” Ain mengetap bibir menahan geram.

“Kenapa pulak? Dia ada buat apa-apa salah dengan kau ke?”  

“Dia tu jenis penyibuk sampai semua benda nak disiasatnya.Seeloknya dia tak sambung belajar kat sini tapi sibuk jugak nak belajar kat sini.”

Izwan mengerut dahi. Entah apa yang membuatkan Ain tidak menyukai Syahmi sedangkan Syahmi tidak pula menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan malah Syahmi juga mempunyai ramai kawan dan peminat yang tersendiri.

“Kau ada buat apa-apa salah dengan dia ke?” tanya Izwan lagi.

“Mana ada!” Marah Ain.

“Habis tu?”

“Habis tu apa?”

“Habis tu kenapa kau nampak marah sangat dengan Syahmi tu?”

Ain diam. Dia tidak boleh memberitahu hal itu kepada Izwan walaupun Izwan menggesanya berkali-kali. Ain segera meninggalkan rak buku lalu menuju ke arah meja yang menempatkan begnya di situ. Ain tidak mahu lama-lama lagi di situ lagipun kehadiran Syahmi yang menggertaknya seperti tadi sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apa yang Syahmi tahu sebenarnya?

“Kau nak tahu tak yang bunga semalam tu kawan kau tu dah bagi pada si Tini?” Izwan menukar tajuk perbualan apabila melihat Ain masih diam membisu.

“So, sebab tu kau nak pinjam duit aku?”

“Membazir tahu tak. Kan aku dah cakap tadi yang aku belum bayar duit sewa rumah lagi. Nanti tak pasal-pasal aku kena keluar dari rumah tu tau.”

“Itu bukan masalah aku.” Ain menonong sahaja meninggalkan Izwan yang masih terkebil-kebil.

“Itu je jawapannya?” Izwan mula berasa panas hati dengan sikap Ain.


***

Isya perasan tentang wajah Tini yang agak muram pada hari ini. Kebiasaannya Tini tidak seperti ini. Pasti ada sesuatu yang mengganggu jiwa Tini ketika ini. Kali ini Isya lihat Tini tidak membawa buku di tangan seperti sebelumnya. Bagi ulat buku dan kaki study seperti Tini, Isya sudah tahu rutin Tini yang kerap ke perpustakaan selepas habis kelas.

Sementara itu Tini pula lebih banyak mendiamkan diri sebaik sahaja tiba di dalam bilik. Pelbagai perkara bermain di mindanya. Syahmi seolah-olah tidak berminat untuk membantunya menyelidik tentang Izwan yang nampaknya seperti ada niat yang tidak baik kepada Isya hanya kerana Isya merupakan kawan Ain.

“Kalau dah tahu Isya tu kawan Ain, kenapa masih nak kawan lagi dengan dia? Entah-entah perangai dia pun sama juga dengan Ain tu. Lebih baik berhati-hati.” Syahmi sempat memberikan pesanan kepada Tini sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

Jika begitu jawapan Syahmi nampaknya dia sendiri yang perlu meberitahu Isya tentang perangai Izwan yang sebenarnya supaya Isya tidak terperangkap dengan Izwan.  

Previous: Bab 6
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.