Bosan pula Azlin bersendirian di rumah.Awal-awal pagi lagi Hana sudah bangun dan membuat bubur ayam untuk dirinya.Hana juga sudah berpesan supaya tidak lupa menjamah bubur yang dibuatnya itu.
“Janganlupa makan. Mahal bubur tu tau, kalau kat kedai susah nak jumpa bubur sedapmacam ni.” Kata Hana yang sudah pun bersiap dengan uniform kerja untuk ketempat kerja.
“Yelah kakak sayang. Nanti adik makan bubur sedap tu.” Sengaja Azlin menggunakanperkataan kakak dan adik sedangkan mereka adalah sebaya cuma berbeza dari segibulan kelahiran, Hana lebih tua daripadanya yang lahir pada bulan Febuarisementara dia pula lahir pada bulan November.
“Gelila!” marah Hana lalu terus menutup pintu bilik Azlin. Azlin pula sudah ketawamengekek. Memang Azlin faham benar Hana yang cukup tidak gemar dengan panggilanitu, nampak sangat tuanya.
TinggallahAzlin keseorangan di rumah. Untuk memeriahkan sedikit suasana rumahnya, Azlinmemasang radio. Sekurang-kurangnya dia tidak sunyi mendengarkan celoteh DJ dicorong radio yang sememangnya tugasnya untuk menceriakan para pendengar.Teringat pula Azlin mengenai handphonenya. Rasanya sejak semalam lagi dia tidakmenghiraukan handphonenya itu dan hanya bersemadi di dalam beg tangannya, cumasekarang dia baru terfikir mungkin ada panggilan penting yang masuk.
Perlahan-lahanAzlin mencapai tas tangannya dan mengambil handphonenya tetapi nampaknya iasudah kehabisan bateri. Terpaksa pula Azlin menunggu handphonenya di casterlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Tidak sabar pula Azlin untukmenghidupkan semula handphonenya untuk mengetahui tentang jumlah panggilanmasuk. Kecut pula hati Azlin apabila terkenangkan jika panggilan yang tidak berjawabitu datangnya daripada Cikgu Sara.
Cikgu Sarabukanlah muda benar, jika dilihat daripenampilan luarannya, Azlin mengagak Cikgu Sara berumur dalam lingkunganpertengahan 40 an. Tetapi daripada bisik-bisik rakan-rakannya yang lain, merekamengatakan sebenarnya usia Cikgu Sara ialah sudah masuk 50 an. Entahla, Azlinjuga tidak tahu kerana dia tidak sempat pula dia untuk check ic CikguSara. Tetapi jika betul seperti apa yang dikatakan oleh kawan-kawannya itu,maknanya awet muda juga Cikgu Sara ni.
Apa yang dia perasan ialah Cikgu Sara sukaberpakaian dengan warna yang terang-terang lebih-lebih lagi dengan warna merah.Agaknya sebab itulah aura ketegasan Cikgu Sara semakin menyala-nyala agaknya. Selain itu Cikgu Sara juga sedayamungkin akan berpenampilan warna sedondon dari tudung, hingga ke baju danhingga ke kasut. Wah, bergaya juga Cikgu Sara ni ye. Kalah pula orang muda.
Padaperkiraan Azlin, Cikgu Sara bukanlahterlalu kejam cuma dia mementingkan kualiti kerja dan tidak suka jikapekerjanya melakukan kerja sambil lewa atau bertangguh. Jika dari sudutpositif, Azlin dapat rasakan dirinya lebih berdisipiln dalam melakukan kerjadan akan teragak-agak untuk curi tulang. Tapi dari sudut bertentangan, mungkinAzlin merasakan stress jika kerja yang dilakukannya tidak seperti yangdikehendaki oleh ketuanya. Jika keadaan itu berlaku, terpaksalah Azlin mengubahsemula kerja yang telah dilakukannya dan mengadap lagi kerja yang sama. Mahutidak mahu Azlin terpaksa akur dan cuba buat sehabis baik. Adakalanyadisebabkan tuntutan kerja, terpaksa dia pulang lewat ke rumah. Mujurlah diamasih bujang, jika dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pasti anaknya akanmerengek meminta dia pulang segera.
Tiba-tibaAzlin teringatkan bubur yang ditinggalkan Hana untuknya. Bagus juga Hana sudahsediakan bubur. Tugasnya kini hanya panaskan dan suap ke mulut. Azlin memangsuka makan makanan yang masih panas. Perlahan-lahan dia menuju ke dapur danmemanaskan bubur sebentar.
Sebenarnyaboleh sahaja dia yang sediakan sendiri bubur untuk dirinya. Dia juga tidak mahususahkan Hana yang sudah banyak menolongnya. Lagipun kecederaan yangdihadapinya bukanlah teruk benar tetapi cara Hana menjaganya seperti dia tengahberpantang anak pertama! Kasihan pula melihatkan kesungguhan Hana menjaganyawalaupun Hana sendiri sibuk dengan tuntutan kerja.
Hanamerupakan pekerja di sebuah syarikat perumahan swasta sebagai pembantu tadbirbahagian kewangan. Jika diikutkan minat sebenar Hana bukanlah menjurus kepadakira-kira tetapi begitulah aturan rezeki dariNya. Walaupun begitu Hana gembirakerana dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan dapat mempelajarisesuatu yang baru. Sama juga dengan cita-cita Azlin yang asalnya ingin menjadi graphicdesigner tetapi akhirnya dia diterima kerja sebagai kerani sekolah. Banyak resumeyang dihantar tetapi satu pun tidak diterima.
Mungkinmemang bukan rezekinya di bidang itu, lagipun ingin mencapai sesuatu bukansekadar minat semata-mata yang diperlukan. Akhirnya bakat terpendamnya sebagai graphicdesigner itu diabadikan dengan mengedit sendiri gambar-gambarnya sendirimenggunakan software photoshop sehingga daripada gambar yang biasamenjadi gambar yang ‘luar biasa’ hasil dari effect yang digunakan.Kadangkala sengaja Azlin menunjukkan gambar-gambar yang dieditnya itu kepadaEpul dan Epul seperti biasa akan memberi komen yang membuatnya sakit hati.Adakalanya Epul akan mengetawakan hasil kerjanya dengan mengatakan gambar yangdieditnya itu comot dan tidak cantik. Ah, pedulikanlah dengan kata-kata Epulitu. Dia tahu sebenarnya adiknya itu cemburu dengan kebolehan semulajadinya itusedangkan Epul sendiri masih tercari-cari identiti sendiri.
Setelahselesai menjamah bubur, Azlin terfikir untuk membuka laptopnya yang sudahbeberapa hari tidak dibuka. Azlin membeli laptopnya dengan duitnya sendiri danmembelinya di PC Fair kerana baginya dia boleh membuat pilihan yang lebihbanyak dengan harga yang berpatutan. Ketika itu Azlin masih teragak-agak untukmembeli laptop kerana bagi Azlin dia tidak terlalu memerlukannya tetapi apabilasesekali dia perlu membawa balik kerjanya ke rumah, membuatkan Azlin tekad untuk membelinya juga.
Tapi bilasudah mempunyai laptop, Azlin mula terfikir untuk menggilap lagi bakatnya didalam bidang seni grafik lalu banyaklah gambar-gambar yang telah diedit olehAzlin. Lagipun sayang pula jika laptop mahalnya itu dibiarkan bersawang begitusahaja.
Azlinmembuka folder picture yangmenempatkan pelbagai jenis gambar yang diedit sendiri. Ketawa mengekeh diaapabila melihat beberapa keping gambar Epul yang sengaja diedit menjadibertambah teruk. Mesti Epul mengamuk sakan bila melihat gambar-gambar itutetapi dia tahu Epul tak akan berani membuka laptopnya tanpa izin.
Pernah padasuatu hari ketika dia membawa pulang laptopnya ke rumah, Epul dengan sengajamembuka laptopnya dan katanya untuk menonton movie. Ketika itu dia tidakperasan dengan tindakan Epul kerana dia sedang memasak di dapur. Epul pula ketika itu senyap-senyap masuk kedalam biliknya. Ketika sedang memasak, Azlin tiba-tiba teringat handphonenyayang berada di dalam bilik. Pelik pula dia apabila melihat pintu biliknyatertutup kerana seingatnya dia tidak pula menutup pintu biliknya. Azlin mulamengesyaki sesuatu lalu terus membuka pintu biliknya lebar-lebar dan sebaik sahajaterpandang Epul yang sedang tersengih-sengih di hadapan laptopnya terus diamenjerit.
“Epul!” Epulnyata terkejut apabila diherdik tiba-tiba lalu terus berpaling memandang Azlinyang nyata sudah berubah menjadi singa jelmaan!
Geram betulAzlin dengan adiknya itu. Masuk senyap-senyap ke dalam biliknya, dengan mukatidak bersalah baring pula di atas katilnya dengan membuka laptop kesayangannyatanpa meminta izin.
Pucat jugamuka Epul kali ni. Kebetulan pula ketikaitu dia sedang membawa senduk di tangan. Apa lagi, terus sahaja ditibainyasenduk yang masih terdapat sisa-sisa kuah kari di belakang Epul. Apa lagi,berlari sakan Epul keluar dari bilik. Memang sejak itu Epul sudah serik untukmenceroboh laptopnya tanpa izin. Serik bila kena ketuk dek senduk agaknya!Sejak itu juga bila dia menunjukkan hasil editing gambarnya kepada Epul, Epuldengan lantang terus mengkritik hasil kerjanya dan dia pula akan mengeditgambar Epul dengan pelbagai icon yang agak lucu.
Tersenyumsendiri Azlin apabila mengingatkan peristiwa itu. Memang dia dan adiknyaseperti itu. Kalau berjumpa, ada sahaja benda yang nak digaduhnya tetapiwalaubagaimanapun Azlin sebenarnya tetap sayangkan Epul. Sebab itu dia risaubila melihat Epul yang seolah-olah tiada hala tuju itu. Jika moodnya rajin, diaakan mengikut ayah ke kebun, jika tidak memerap lah dia di rumah macam anakdara menunggu pinangan orang. Paling tidak pun keluar menonton bola dengankawan-kawan atau pun jika cukup korum, mereka akan bermain bola bersama-sama dipadang. Bukan dia tidak tahu tentang kawan-kawan Epul yang ada diantaranyasudah pun meninggalkan kampung dengan hala tuju masing-masing. Bukan dia tidakkenal dengan kawan-kawan adiknya itu.
Azlintersentak lalu terus dipandangnya handphone yang masih dicas. Serta mertamuncul wajah bengis Cikgu Sara yang sedang bercekak pinggang. Azlin menepukdahi. Gara-gara terlalu asyik melihat gambar-gambar yang dieditnya itu, diaterlupa untuk menghidupkan semula handphonenya. Sepatutnya walau apa punalasannya, dia perlu juga menghubungi ketuanya itu untuk memberitahu keadaandirinya.
Dan memangsudah seperti yang dijangka apabila handphonenya dihidupkan, terdapat beberapapanggilan yang tidak berjawab dan salah satunya daripada Cikgu Sara! Salahdirinya juga yang tidak terlalu mengendahkan handphonenya yang berada di dalamtas tangan.
Azlin terusmenyalahkan dirinya yang agak cuai sambil itu dengan penuh debar mendail nombortelefon pengetuanya. Entah apa la Cikgu Sara akan fikir kerana baru sekarangdia menghubungi beliau. Sudah hampir masuk waktu tengahari!
“ Ya CikAzlin, baru sekarang nak hubungi saya?” terdengar suara dari corong sana yangmembuatkan jantung Azlin semakin berdegup laju.
“Cikgu Sara,saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf, saya sebenarnya nak call awallagi tapi..”
“Apa punalasan awak, pastikan surat-surat yang saya minta hari itu ada di meja sayaesok.” Belum sempat untuk Azlin menyatakan alasannya, Cikgu Sara sudahmemberikan arahan tegas kepadanya.
Esok?Alamak. Sudah tiada alasan lagi nampaknya lagipun sememangnya surat-surat yangdiminta oleh Cikgu Sara itu agak penting dan dia tidak boleh bertangguh lagi.
“Baiklahcikgu.” Jawab Azlin dengan suara kendur.
Beberapaminit kemudian mereka menamatkan perbualan. Fuh, debaran pun berhenti.Sekurang-kurangnya Azlin lega kerana Cikgu Sara dapat menerima alasannya yangdiberitahunya juga pada minit-minit terakhir perbualan. Mujurlah Cikgu Saratidak marah-marah, dan mujur juga dirinya tidak dipecat.