Home Novelet Islamik Rahsia yang tersimpan
Rahsia yang tersimpan
Nik Zah
9/6/2024 15:28:08
12,343
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 4

“Tini, aku nak minta tolong sikit boleh tak?” Isya memandang Tini dengan pandangan serius.

Tini yang baru sahaja selesai solat Asar terkejut dengan pertanyaan Isya yang tiba-tiba itu. Direnung sekilas wajah Isya dan dia memberi isyarat tangan meminta Isya bersabar sebelum Tini menadah tangan untuk berdoa. Selesai berdoa baru dia berpaling semula kepada Isya yang masih setia menunggu. Sementara menunggu Tini selesai berdoa Isya mengambil handphone lalu melihat notification yang masuk ke dalam laman  sosial miliknya. Nampaknya Ain tidak habis-habis mengupload gambar mereka yang sedang bersantai ketika itu.

‘Mesti mereka upload banyak-banyak gambar ni sebab nak suruh aku jealous dan ikut mereka,’ duga Isya sambil mengangguk-angguk.

“Nak minta tolong apa tadi?”

Isya pantas menoleh kepada Tini yang sudah selesai melipat sejadah.

“ Nak miinta kau jadi spy boleh?”

Terbeliak mata Tini mendengarkan kata-kata Isya yang seperti tidak masuk akal itu.

“Kau ingat aku main-main? Aku  nak minta tolong kau tengok-tengokkan sikit si mamat nama Izwan tu lagipun kau kenal dia kan?”

“Nak tengok macamana?” Tini tertanya-tanya dalam masa yang sama dia kelihatan gelisah dengan permintaan Isya.

“Alah, tak susah pun. Cuba kau cerita sikit apa yang kau tahu pasal Izwan tu?” Isya meletakkan handphone ke dalam beg sandangnya lalu tumpuannya kini terarah kepada Tini.

“Tak naklah, nanti mengumpat pula.”

“Adui!” Isya menepuk dahi melihatkan reaksi Tini yang masih terpinga-pinga.

“Kalau macam ni tak apalah. Tak payahlah aku nak minta tolong kau.” Isya terus menarik beg sandangnya dan bersedia untuk keluar tetapi tiba-tiba lengannya ditarik oleh Tini.

“Merajuk ke?”

“Taklah. Aku memang nak keluar ni, dah lambat.” Isya menarik lengannya daripada terus dipegang oleh Tini.

“Kenapa?”

“Saya kenal seseorang yang boleh tolong awak kali ni.”

Kata-kata Tini membuatkan mata Isya mula bersinar-sinar tanda gembira.

“Siapa?” tanya Isya dengan nada tidak sabar.

“Sebelum tu pergilah solat dulu.”

“Awal lagi la.” Isya menoleh jam tangannya. Memang masih awal lagi dan masih sempat jika dia hanya solat di luar sahaja.

“Ajal boleh datang bila-bila je tau.”

Tersentak Isya mendengarkan perkataan ‘ajal’. Sedikit sebanyak gementar juga hatinya lebih-lebih lagi sekarang ramai yang menemui ajal secara mengejut. Salah satu tanda akhir zaman.

“Yelah, yelah!” Isya bingkas bangun untuk keluar mengambil wuduk di bilik air.

 

*****

“Eh, Isya!” jerit Syikin apabila melihat kehadiran Isya.

Sungguh tidak disangka, Isya tiba-tiba muncul menyertai rakan-rakannya yang lain yang ketika itu sedang menjamu selera. Isya berpenampilan cukup sederhana dengan cardigan biru dan skirt berwarna hitam. Kali ini sengaja dia memakai glasses hitam untuk nampak lebih classy.

“Lewat sampai? Kenapa tak balas apa-apa mesej?” tegur Ain mendahului yang lain.

“Sorry, sakit perut sikit tadi.” Isya terpaksa mencipta alasan.

“Sakit perut? Kau memang ada gastrik kan? Jomlah makan sekali.” Syikin pula bertanya dengan nada terkejut.

“Ah, tak ada apa-apalah. Aku okey je. Aku dah kenyang. Sorry baru datang. So, apa lagi plan lepas ni?” Isya cuba menukar topik lebih-lebih lagi apabila melihat kelibat Izwan diiringi Khairul dan Hafiz.  

“Aik, tadi kau kata sakit perut tiba-tiba sekarang dah kenyang pula. Mana satu ni?” Syikin menggaru-garu kepala.

“Kau ni kan, bagi je lah seat pada Isya tu. Banyak tanya pulak!” Marah Ain menepuk lengan Syikin yang adakalanya sedikit blur.

“Tak payah pelawa, aku boleh duduk sendiri.” Isya terus sahaja duduk di sebelah Syikin yang kosong.

“So, lepas ni apa plan kita?” Izwan yang sejak tadi diam mula mencelah.

“Movie lah. Apa lagi,” usul Ain dan terus dipersetujui oleh yang lain kecuali Isya yang hanya diam membisu.

*****

Kereta yang dipandu Ain berhenti di hadapan pintu gate kediaman kampus yang sudah mulai lengang denan para pelajar yang keluar masuk. Kebiasaannya pada waktu ini para pelajar sudah pun berada di dalam kawasan kediaman dan waktu melawat juga sudah habis.

“Nah, ambil duit ni.” Isya menghulurkan not dua puluh ringgit kepada Ain.

“Tak payah. Kan aku cakap yang aku nak belanja. Ikhlas.” Ain mengenyit mata.

“Banyak duit kau?” seloroh Isya sambil dibalas ketawa oleh Ain.

“Alah, sesekali belanja kawan-kawan tak luak pun. Okaylah, jangan lupa esok kita ada kelas pagi,” jerit Ain sebelum meninggalkan Isya yang sudah turun dari kereta.


“Aku tahu, tapi biasanya aku yang datang awal. Kau pulak lagi berapa minit nak mula kelas baru la sampai kan.” Isya sekadar mengusik Ain.

“Kau awal sebab ustazah tu yang tolong kejutkan. Macam la aku tak tahu.” Ain mencebik.

 “Dahlah, aku balik dulu. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi.” Isya menepuk bahu Ain yang berada di tempat duduk pemandu.

“Banyak betul terima kasih kau ni. Kau nak berterima kasih kat siapa lagi sebenarnya ni?”

“Kat kau lah.” Isya dapat meneka apa yang difikirkan oleh Ain ketika ini tetapi Isya buat-buat tidak kisah.

“Jumpa esok.” Syikin pula mengingatkan Isya.

Isya berjalan perlahan-lahan menghala ke blok penginapannya yang sudah pun ada di hadapan matanya. Sempat Isya mendongak ke atas dan masih jelas biliknya masih terang benderang. Kebetulan memang tingkap biliknya menghadap jalan pelajar keluar dan masuk, jadi pelbagai ragam manusia yang dapat dia lihat setiap hari.

“Assalamualaikum.” Isya memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik.

Perlahan-lahan pintu bilik dikuak dan seperti biasa waktu ini Tini masih lagi dengan buku dan laptopnya di meja belajar.

“Waalaikumussalam. Dah balik pun awak. Lama saya tunggu awak balik.” Tini segera bangun lalu mengambil satu plastik berwarna merah di atas mejanya.

“Apa ni?” Isya mengerutkan dahi apabila Tini memberikan sesuatu di tangannya. 

Previous: Bab3-ii
Next: Bab4-ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.