
Jangan
engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid
(Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar
taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di
dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah
Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah
At-Taubah, Ayat 108)
Pagi
hari Selasa, majlis ta’arufdiadakan di dewan makan hotel Mawaddah Al-Safwa, di
tingkat dua. Diadakan selepas waktu Isya’. Majils itu berjalan lancar.
Masing-masing memperkenalkan diri. Ada yang bernada sedih ada yang bernada
gembira dan teruja. “Ta’aruf penting dalam jemaah,”kata Ustaz Zakaria.
“Li
Ta’arafu,” jelas Ustaz Zul mengingatkan jemaah tentang kepentingan kenal
mengenal di antara satu sama lain dalam kumpulan atau Jemaah
“Saya
datang bersama ibu, ibu saudara dan adik. Kami nak mengerjakan umrah untuk
arwah ayah kami,” kata seorang jemaah lelaki dalam lingkungan belasan tahun
dengan nada sayu memperkenalkan dirinya. Dia adalah Syaiful yang berasal dari
Alor Merah, Alor Setar.
“Saya
membawa ibu saya dan nak mengerjakan umrah untuk arwah ayah saya yang telah meninggal
dunia,” jelas seorang anak muda dalam lingkungan awal 30an memperkenalkan
dirinya sebagai Ashfariq Fauzi dari Guar Chempedak, Kedah. Sekarang bekerja di
Kuala Lumpur.
“Saya
Afandi dari Kepala Batas, Kedah. Datang bersama anak kecil dan tiga orang anak
serta isteri. Saya adalah Jemaah pertama mendaftar di Tiram Travel Alor Setar,”
aku memperkenalkan diri dan keluarga.
“Saya
bertugas di Putrajaya,” aku menambah.
“Tu
dia jenuhlah berulang-alik,”komen dari seorang jemaah.
“Ya,”
jelasku.
Majlis
itu diselang-seli dengan pesanan dan nasihat dari Ustaz Zul dan mutawif yang
ada. Selesai sessi ta’aruf di mana semua Jemaah memperkenalkan diri. Ustaz Zul
berpesan mengingatkan Jemaah dengan perkara penting.
“Esok
tepat jam 6.30 pagi, semua berkumpul di depan Hotel, kita nak ziarah luar,”
kata Ustaz Zul.
bersambung