BAB 4: KENDURI KESYUKURAN DAN CUTI

Dan
sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami
jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,
tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A’raf, Ayat 10)
Masa
semakin suntuk. Aku perlu menguruskan hal cuti rehatku untuk mengerjakan umrah.
Ini kerana bagi seorang penjawat awam seperti aku, tiada peruntukan cuti umrah
dalam Perintah Am[1].
Seseorang
pegawai awam perlu menghabiskan cuti rehat biasa (cuti kerana perkhidmatan)
dari peruntukan cuti rehat tahunan untuk mengerjakan umrah, seperti yang
termaktub melalui Bab C dalam Perintah Am. Bagaimanapun, terdapat kemudahan
cuti haji selama 44 hari diperuntukan kepada pegawai awam dan layak dipohon.
Bagi
mengerjakan umrah kelulusan ketua jabatan adalah diperlukan sebelum dapat
berlepas ke tanah suci. Permohonan hendaklah dikemukakan lebih awal untuk
dipertimbangkan oleh ketua jabatan dalam borang yang telah ditetapkan berserta
maklumat terperinci mengenai sumber kewangan, tempat lawatan, dan butiran ikrar
harta. Permohonan ini samalah seperti untukbercuti dan melawat ke luar negara
bagi tujuan melancong.