Home Novel Travelog CINTA CAPE TOWN
BAB 23 (NORA ISMA FUAD)

Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.

Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,

BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.

BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.

bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.

SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21; AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya, tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.

Selamat Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.

23

Pagi secerah biasa. Daripada munculnya Fajar Shadiq sehinggalah mentari mulai menyuluh alam. Ibu Katrina pagi-pagi lagi pada sebelum azan sudah membangunkan seisi rumah. Kata-kata ibu Katrina sejak dari kecil lagi, Katrina pegang erat, kata ibu, “Jangan bangun lambat, nanti rezeki tak masuk.” Semasa masih lagi kanak-kanak, Katrina tidaklah memahami sangat. Apabila dewasa sedikit, logiklah konsep ini jika dibandingkan dengan orang kampung yang bekerja sendiri. Lagi awal mereka bangun, solat dan bekerja, semakin banyaklah rezeki yang dapat mereka kumpulkan. Rencana yang Katrina baca, kiriman Ersyad, bakal Dr.Ersyad di masa hadapan, menjelaskan banyak perkara. Kata-kata ibu melebihi logik daripada realiti sains sebenarnya, cuma cara ibu meletakkan penjelasan itu yang kurang nampak logiknya, sebabnya rezeki tidak dapat diukur.

Kartina membaca lagi rencana itu berkali-kali, sambil tangan kirinya meletakkan telekungnya di atas katil. Dia membiarkan Sara meletakkan kepalanya kembali di atas bantal selepas subuh berjemaah bersama ibu dan Kak Natrah sebentar tadi. Catatan yang menerangkan tentang kepentingan bangun dan solat subuh tepat dengan masanya. Dia membaca kuat-kuat, sekadar mendengar di telinganya sendiri.

“Kajian sains menjelaskan pada pada waktu Subuh alam yang diciptakan Ilahi berada dalam spektrum warna biru muda yang ada bersamaannya dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Atau jika kita mengkaji sistem aura tubuh manusia, spektrum biru atau jalur biru aura mewakili bahagian kedua tubuh manusia iaitu bahagian leher, iaitu yang disebut juga frekuensi tiroid. Spektrum berwarna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar kepada rezeki dan komunikasi manusia. Tenaga alam atau aura warna biru iaitu biru muda ini tidak dapat diserap oleh tiroid dalam keadaan roh dan jasad bercantum. (iaitu berlaku keserentakan ruang dan masa, roh dan jasad bersatu) Dalam erti kata lain, tenaga biru hanya boleh diserap dalam keadaan manusia jaga daripada tidur.”

Hal ini merupakan rahsia mengapa manusia diperintahkan solat diawal waktu, seawal fajar shadiq muncul. Bermulanya saja azan Subuh, iaitu permulaa fajar Shadiq, tenaga alam, iaitu spektrum biru pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah boleh diserap oleh tubuh manusia melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Semakin kita lewat mengerjakan solat subuh, semakin minimumlah spektrum tenaga biru yang dapat diperolehi boleh diserap oleh tubuh manusia melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Semakin kita lewat mengerjakan solat subuh, semakin minimumlah spektrum tenaga biru yang dapat diperolehi lagi.

Kibaran cahaya matahari seolah lampu yang menerangi alam, tanda permulaan kehidupan, waktu yang Allah jadikan untuk manusia dan makhluk lainnya bertebaran mencari rezeki Ilahi. burung-burung mengiringi pagi yang indah. Katrina mengharapkan mood Saiful pun seindah nyanyian sang burung, apabila mereka mencecah kaki ke rumah kembali. Mungkin, dua tiga hari tidak bersama keluaga, kepulangan mereka akan disambut dengan lebih baik oleh Saiful. Katrina berharap tiada lagi perkataan, ‘malas’ yang menimbulkan kemarahan dia lagi.

Petang semalam, kereta yang dibaiki dihantar balik oleh seseorang daripada bengkel yang membaiki kereta mereka. Hari ini nampaknya, Katrina dan anak-anaknya boleh pulang semula ke Taiping.

Pagi semakin cerah, mentari pula menyebarkan cahayanya jauh menyinari alam semesta. Selepas membangunkan Sara, dia mulai berkemas sementara Natrah sibuk menyediakan makanan untuk sarapan mereka bersama. Katrina memasukkan kedua-dua beg kecil mereka ke dalam bonet kereta. Segera dia masukkan juga kertas surat khabar lama yang dilembabkan, juga span-span kering yang diletakkan bersebelahan ke dalam bonet. Beg-beg disusun sebelah bagi memberi ruang untuk memasukkan buah durian ke dalam bonet. Di lapikkan belakang bonetnya dengan sehelai tikar mengkuang lama sebelum meletakkan durian yang disediakan oleh ibu dan ayahnya, hasil daripada kebun mereka.

“Mama, buat apa kertas surat khabar ni?” Sara yang sudah bersiap, nampaknya sudah menyertai mamanya.

Natrah yang mendengar pertanyaan Sara, lantas tersenyum sambil menjawab, “Kertas tu tak bagi bau durian dalam kereta. Nanti pening Sara dan Pia dengan bau durian.”

“Bau durian mana pening Mak Yong, kan sedap bau tu!”

Natrah tersenyum lagi. “Memang baunya sedap Sara, tapi kalau dah banyak-banyak nanti, pening tau.”

“Ni hah daun pandan, letak dalam kereta sama.” Ibu Katrina meletakkan segugus daun pandan yang diambil di belakang rumah mereka ke dalam bonet. Ada lagi, letak dalam kereta. Daun pandan tu nanti akan serap bau durian.”

“Macam-macam ada. Ada durian, kertas, span, daun pandan.” Sara tergelak lagi. Gelihati dia melihat pelbagai jenis bahan yang diletakkan dalam kereta bagi menyerap bau durian yang bakal diisi ke dalam bonet kereta.

“Pia mana?” Katrina menpleh ke arah Sara, pelik melihat Pia, anaknya tidak berada bersama mereka.

“Ada kat dalam, dengan atuk.” Natrah tersenyum lagi. Dia sedar, dia akan merasa kehilangan lagi, setelah Pia dan Sara bersama Katrina pulang lagi ke Taiping. Andainya dia ada kuasa untuk menahan mereka pergi, tentu dia akan melakukan hal sedemikian. Rumah kampung mereka akan kesunyian lagi, sesepi hati dia lagi.

Katrina dan Natrah mula menyusun buah durian ke dalam bonetnya.

“Tak payah banyak sangat, berat kereta ni nanti.”

Natrah hanya tergelak. “Tak pe le, bukannya ramai dalam kereta ni. nanti bagi jiran-jiran sebelah. Kan nanti, bau durian sebatu, jiran-jiran dapat baunya saja.”

Ibu Katrina datang menghampiri kereta dengan dua buah periuk kecil. “Ini periuk rendang yang Saiful suka tu. Mak Cah ada bagi tempoyak juga. Dalam periuk ni.”

“Mak, sekali balik, dua periuk, lama-lama habis periuk rumah mak ni.”

“Tu la pasal. Balik hari tu, sapa suruh tak bawa balik periuk mak.” Natrah mengingatkan adiknya dengan periuk-periuk ibu mereka yang sepatutnya dikembalikan Katrina.

Natrah sempat menyampuk, “Lain kali balik kampung, bawa periuk ya Cik Kat tau.”Kata-kata Natrah menjadikan Katrina tergelak. Agaknya sudah enam biji periuk mak yang berada di rumahnya di Taiping.

“Dan periuk mak.” Katrina menyampuk dan tergelak lagi. Dia memandang wajah ibunya penuh kasih. Wajah ibu yang sudah berusia lima puluhan itu terus dipandang lagi. Wajah yang masih cantik di matanya. Wajah bujur sireh, bertudung putih bersih, dipandang lagi tanpa jemu. Di sebalik pandangan mata ibu tua itu, bercerita sebuah pandangan yang bahagia. Mata tua yang bercerita dengan ceria, berbunga. Sewangi bau durian yang berada di bonet kereta.

“Mak, durian ni D24 ke? Raja Kunyit ke?”

Mak Katrina hanya tergelak. “Mak tak tahu Rina. Yang mak tahu, semua tu namanya durian.”

“Kata Pia, doyan, doyan.” Natrah sengaja menyebut sebutan itu banyak kali menjadikan mereka tergelak lagi.

“Hai permaisuri durian pun tak kenal nama durian dia?”

Natrah tergelak besar, kali pertama dia mendengar Katrina melabelkan ibu mereka ‘permaisuri durian’. “Bila pulak mak kita ada nama permaisuri durian ni?”

“Ayah kita kan Raja Durian Kampung Gajah ni.” Kata-kata Katrina membuatkan mereka bertiga beranak tergelak sama.

“Atuk tu Raja Durian mama?”

“Ha’ah.” Natrah mengakui kata-kata Sara dengan ketawa yang berterusan.

“Kalau atuk Raja Durian mama, ayong, Sara dan Pia ni ‘cucu Raja Durian la.”

Natrah dan ibunya menyambung ketawa, “Gelaran lain Sara, Puteri durian.”

“Sedapnya nama. Sara balik nak cerita dengan kawan-kawan, nama baru Sara adalah Puteri Durian.”

Siibu hanya ketawa. Suka sangat dia mendengar nama samaran keluarga mereka. ‘Keluarga Durian.’

“Mama, nanti kata Pia, Puteii Doyan.”

“Ya.” Katrina tergelak lagi. Dia membayangkan puteri kecilnya menyebut, Puteeiii Doyan, mesti kelakar sangat.

“Jom masuk dalam, tolong opah ambik barang dalam dapur lagi!” Siibu mengajak cucunya ke dalam rumah.

“Ambil apa lagi mak?”

“Asam jawa. Mak Cik Limah bagi. Tak payah beli lagi. Pak Majid pulak bagi dodol durian, mak bagilah bawa balik.”

Natrah dan Katrina hanya memandang ibu dan Sara memasuki pintu hadapan rumah. Natrah membantu Katrina menyusun kayu penyangga lukisan, dan warna lukisan Katrina ke dalam bonet.

“Kalau kak nak lukis, ada satu lagi tau penyangka lukisan ni, bawah katil Kat. Kat bungkus dalam kain dan disimpan dalam plastik. Warna pun ada di sebelahnya. Harap tak rosaklah, dah lama tak guna.”

“Kalau simpan dengan elok, agaknya okay la. Kalau tak okay, kak ajak Cah beli lain di bandar.”

Katrina tersenyum. Dia sedar, lukisan-lukisannya berjaya menjadikan minat mereka terhadap lukisan mula timbul kembali. Akhirnya, dia merasakan lukisan ‘Water Lily’ yang dilukis untuk Hisyamnya akan terjual juga. Cukup untuk melegakan perasaannya, mengiringi perasaannya terhadap ‘Nik’ yang satu itu.

“Ingat kata-kata kak petang semalam, jangan nak merajuk lagi.” perlahan Natrah berbisik ke telinga adiknya, mengembalikan Katrina kepada realiti. Katrina hanya memulangkan senyuman kelegaan di bibirnya. Lega dapat meluahkan segala yang terbuku di hatinya, semoga semua ‘kelegaan’ yang dilepaskan akan memberi ketenteraman yang berpanjangan. Demi kedua-dua puterinya. Demi Sara. Demi Pia.

“Ya kak. Nat cuba. Kalau nak geram lagi dengan dia, Nat mengadu lagi.”

“Mengadu dengan kak tak pe Kat, jangan mengadu sebarangan. Kalau sembrono je mengadu, dapat pulak dengan lelaki, habis. Rahsia rumahtangga yang main sebarangan bercakap je Kat.”

Nat mengetip bibirnya, “Tahu kak. Kat tak cakap dengan orang lain. Kak je tempat Kat mengadu.”

“Tak pe Kat. Sabarlah. Saiful tu bukan apa sangat. Dia tak nampak Kat tu istimewa. Kat yang kena jadikan diri Kat nampak istimewa pada matanya. Ingat pesanan al-Ghazali terhadap anak perempuannya.”

“Ingat kak. Ingat.” Pesanan Al Ghazali, seorang tokoh sufi bergelar ‘hujjatui Islam’ terhadap anak perempuannya di malam perkahwinannya. Pesanan yang sepatutnya dihayati oleh setiap orang muslimah di dunia, yang meletakkan Islam sebagai agamanya. ‘Pesanan yang ditulis dengan cantik dengan huruf khat dan dibingkaikan sebagai hadiah perkahwinan oleh Kak Natrah.’ Hati Katrina berbisik sendiri. Masakan dia boleh lupakan begitu saja.

SiIbu muncul bersama ayah, Sara dan Pia menghentikan perbualan Katrina dan Natrah mengenai masalah rumahtangga Katrina.

“Jom sarapan.” Ajak ibu. Sarapan yang enak, dengan hilai tawa keluarga, bagaikan satu menu yang indah untuk memulakan hari yang bahagia.

“Jom Pia, Sara. Salam dengan opah, atuk dan ayong. Kita kena bergerak sekarang ni.”

Katria bergerak bersalaman dengan ibunya, diikuti dengan pelukan hangat, diikuti dengan salaman bersama ayahnya. Berakhir dengan salaman dan pelukan erat kepada kakaknya Natrah.

“Jumpa lagi opah.”

“Jumpa lagi atuk.”

“Jumpa lagi Ayong.” Sara bersalaman diikuti dengan pelukan kuat opah, atuk dan ayongnya. Pia mencium pipi dengan pelukan kecil tetapi mesra.

“Nanti balik lagi ya.” Pelawa opah dan atuk serentak.

“Balik lagi, ambik doyan.” Ketawa mereka serentak mendengar perkataan Pia.

Senyuman Natrah walaupun mengiringi kepulangan adiknya dan anak-anak saudarnya, jauh di sudut hatinya, dia merasa sunyi. Dia akan rindukan perkataan, wanyi, doyan, yang acapkali didengari beberapa hari ini. Menyaksikan kereta mereka beredar meninggalkan kesan luka yang mendalam di hati Natrah! Entah bila mereka akan bertemu lagi! Bayang kereta yang semakin menjauh, seolah semakin menjarakkan mereka dengan Natrah lagi. Hati dalamnya menangis sedih tapa airmata. Tanpa sendu. Hanya rasa hiba yang berlagu, seriang bunyian burung di dahan atas sepohon mangga.

Dan deringan telefon rumah bagaikan menggamit perasaan bahagia yang baru. Natrah bergegas mengangkat gagang telefon rumahnya.

“Assalamualaikum, Kak Nat ke tu?”

Natrah tersenyum lega mendengar suara Ersyad, adik lelaki kesayangannya.

“Ya, kak la ni. Waalaikummussalam. Kak Kat dan anak-anak baru je bertolak.”

“Iya ke? Hari isnin ni kak, Sara tak sekolah ke?”

“Kereta rosak. Petang semalam baru siap.”

“La. tak dapat la jumpa Sara dan Pia.”

Natrah tergelak sendiri. “Tu la, rugi Syad. Pia dah boleh sebut, doyan, doyan.” Terdengar Esryad tergelak di hujung gagang sana.

“Syad bawa kawan ya kak. Seorang tidur di rumah, sorang lagi tidur rumah keluarga dia.”

“Okay. Tak ada masalah.”

“Kak, esok masak tengah hari ya. Kami sampai waktu tu.”

“Okay Syad.”

“Kirim salam untuk mak dan ayah ya. Jumpa esok. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Natrah merasa lega. Sekurangnya kepulangan Ersyad nanti menjadi penawar sepi yang dia alami setelah Sara dan Pia pulang semula ke Taiping. Dia tersenyum sendiri, melagukan lagu bahagia. Tentu mak dan ayahnya lega mendengar kepulangan Ersyad. Bakal Dr Ersyad dalam beberapa tahun lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail