Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.
BAB 2 : NUR KATRINA BINTI DAUD
1-
Patah demi patah,
perkataan ini berlagu lagi, ‘They say
it's a river, that circles the earth, A beam of light shining to the edge of
the universe, it conquers all, it changes everything…Love breaks your heart,
Love takes no less than everything, Love makes it hard and it fades away so
easily.’
Lagu itu bagaikan berlagu lembut dalam fikiranku, menyesakkan lagi
perasaan yang sudah lama beku. Mati barangkali. Entah berapa lama lagi aku
mesti pendamkan perasaanku sendiri. Suamiku bagaikan robot yang tidak pernah
mengerti perasaan seorang isterinya sendiri, atau dia sengaja membuatkan
dirinya tidak mengerti.
Benarlah seperti kata-kata Eva Gabor, Love
is a game that you can play both side.Permainan cinta harus dimainkan oleh
‘dua’ pemainnya. Sering aku rasakan, dia kini tidak lagi ‘bermain’ dalam
permainan cinta kami. Cintanya sudah ‘beku’. Kaku. Sepi. Dingin tanpa suara.
Aku hanyalah permain ‘solo’ dalam ‘duet’ cinta kami. Sendiri! Kasihannya!
Sekadar mengasihi diriku sendiri. Bagaimana hanya bertepuk sebelah tangan ku
sahaja, bunyinya akan bermelodi merdu? Ingin menampar dinding bagi mengeluarkan
bunyinya sendiri, tanganku pasti akan kesakitan!
Hampir dua belas tahun kami bersama. Hampir 4380 hari menganyam mimpi
bersama, sudah lupakah dia akan semua momentum hebat kami. Cinta? Entahlah, aku
tidak pasti jika aku masih menyintai dia. Tetapi manalah ada isteri yang tidak
menyintai suaminya kan?
Kasih! Barangkali masih ada! Manalah boleh tangan yang ‘menyuapkan aku rezeki’
tidak aku kasihi! Sayang! Pasti. Aku pasti menyayangi dia! Dia adalah suami!
Bapa kepada dua ‘dewi’ kecilku. Kaisara Kamila dan Sophia Sophiellea. Berbalik
kepada persoalan cinta, entahlah. Jika ditinjau daripada dari memori silam pun,
sudah lama aku ketahui, dia tidak aku cintai! Sungguh!
Segera aku bergerak, menghampiri katil anak bongsuku. Mata meninjau Pia yang masih enak beradu di katil
kecilnya. Anakku yang berusia tiga tahun ini nyatanya enak beradu dengan angin
semilir yang membuai melalui tingkap rumah setingkat kami. Sara pula sudah lama
ke sekolahnya. Perananku! Semuanya seperti biasa sahaja, tiada yang luar biasa.
Setiap detik, sebelum terbitnya
cahaya fajar kabih iaitu cahaya fajar
yang samar-samar, aku akan mengejutkan diri sendiri, untuk bangun, membersihkan
diri sementara menanti azan suboh berkumandang. Setibanya fajar ‘sidik’, aku
sudah bersedia di atas sejadah. Ada
masanya, Saiful akan bangun awal untuk berjemaah bersama. Ada masanya, aku hanya akan solat
bersendirian.
Dan kemudiannya bersedia untuk menyediakan sarapan. Dan kemudian
menguruskan hal rumahtangga. Semuanya rutin yang berputaran, berulang. Rutin
yang sama, seumpamanya, setiap hari. Bagai meminum air sirap merah setiap
hari. Kemanisan air gulanya pun akan hilang,
dek kerana mengalirkan air yang sama di tekak setiap hari! Jawapannya bosan!
Rutin! Ada masanya terasa terlalu bosan! Aku tersepit antara sarapan, mendobi,
mengemas rumah, makanan tengah hari, minum petang, melipat pakaian dan akhirnya
mengyediakan makanan malam. Aku tahu, aku lebih baik daripada semua senarai
rutinku yang kadangnya sangat membosankan!Hanya Sara dan Pia yang menjadikan
hidupku penuh bermakna! Hanya mereka! Hanya mereka yang mewarnakan kehidupanku
yang ternyata ‘tanpa corak’ lagi! jemu! Rimas! Sadis!
Inginku meraikan diri daripada kebosanan, Saifol tidak juga mahu
melepaskan aku daripada rutinku. “Apa gunanya ada isteri, jika perlu makan di
luar?” Itu katanya acak kali.
Desiran telefon rumah berbunyi dengan nada yang membingitkan. Sengaja aku membiarkan sebenar, mengizinkan
pemanggilku menunggu barang sepuluh saat pertama. Barangkali, emak, atau Kak
Natrah yang akan menggunakan sistem telekom ini, maklum sajalah, panggilan
percuma antara panggilan rumah ke rumah ke seluruh negara.
“Assalamualaikum. Hai Kat!” Suara pemanggil yang memulakan panggilan
cepat aku kenali. Vimmi rupanya.
“Waalaikumsalam. Ingatkan mak aku atau Kak Nat tadi.”
“Oh, jadi, tak nak cakap dengan aku la ni?”
“Tak la macam tu. Ala,
merajuk pulak.” Aku mengusiknya.
Dia tertawa. Aku sudah agak dia akan tertawa. Agaknya, berperasaan suka
apabila panggilan yang dibuat tidak disangka-sangka sama sekali!Unsur surpriseyang menyeronokkan.
“Yes,
darling.”Sengaja bermain kata dengannya. Lama sungguh tidak mendengar
cerita daripadanya.
Hanya
terdengar dia ketawa. “Mentang-mentang Epol tak ada, bukan main berdarling-marlinglagi” Aku menyambut
ketawanya. Agaknya Vimmi tahu sangat dengan perangai Saiful yang amat cemburu.
Barangkali benar kata pepatah lama, cemburu kan tandanya sayang, tetapi kalau cemburu
buta, itu sudah ‘basi’. Merimaskan. Seolah ‘tidak yakin’ dengan aku sebagai
isteri yang setia.
“Kat sihat?”
Soalan biasa dari bibirnya. Vimmi kawan baikku sejak zaman UiTM lagi. Sudah
berabad bersahabat dengannya.
“Okay. Sihat.
Pia dan Sara pun okay. Budak-budak semua okay?”
“Okay Kat.
Lama tak dengar suara kawan aku yang sedap ni.”
Tergelak
mendengar perkataan sedap. “Sedap macam apa?”
“Macam cendol
kat Taiping.”
“Cendol je.”
Aku hanya menyambung ketawa. Lama juga kami tidak berhubung, entah, agaknya
lebih dua minggu lamanya.
“Apalah sistersorang ni, dalam banyak-banyak
benda famous ni, cendul pulak yang dibuat bandingan.” Aku sengaja membuatkan
dia tergelak panjang di hujung gagang sana.
“Aaa…, kalau macam tu, aku bandingkan dengan macarons, French macarons.”
“That’s lovely.”Segera terbayangkan macarons,yang manis bersari, akan mencair di dalam mulut dalam
sesaat pertama diletakkan ke dalam mulut. Aku berpeluang menikmati makanan ini
kali terakhir aku dan Vimmi bertemu, dua bulan yang lepas, itupun dibawa khusus
oleh Vimmi dari Kuala Lumpur.
Aduh! Sayang sungguh Vimmi kepadaku, sampaikan macarons pun dibawa khas dari sana!
Macaronsadalah salah satu jenis manisanyang diperbuat daripada tepung badam, akan dicampur deengan telur
putih, gula dan gula aicing akan menyerupai mini burger, bersaiz hanya beberapa
seperti bola pingpong, biasanya akan dihiasai pelbagai warna bagi menaikkan
serinya. Macaronslebih sedap rasanya
berbanding kek cawan atau cup cakekerana
rasanya lebih manis dan berbeza daripada kek biasa yang lain.
“Buat terliur
nak makan lagi Kat!”
Aku tertawa.
“Aku pun.”
“Datanglah Kl
lagi, aku bawa pergi makan macarons
lagi.” Dia mempelawa lagi.
“Insya-ALLAH,
tak tahu bila Vimmi. Kau tahulah Si Saiful tu.”
“Hei sister, jangan macam tu. Takkan nak
datang KL pun jadi masalah negara jugak?”
“Ialah pada
kau tak susah, tapi dia susah nak lepaskan aku pergi jauh-jauh. Kalau boleh nak
dirantai kaki aku ni.” Akhirnya ayat yang pelik itu lahir juga, sekadar
meluahkan ‘lohong luka’ di hati.
“Cakaplah, apa yang terbuku dalam hati tu Kat.
Jangan simpan, aku bimbang, macam gunung berapi, kalau disimpan dalam hati,
macam larva, bila cukup masanya, dia
akan meletup macam Gunung Grimsvotn tu,
susah jadinya.”
“Grimsvotn?
Kat mana pulak tu. Kalau Gunung Merapi, tahulah.”
“Ireland. Yang
kedua. Yang pertama meletuskan Gunung Eyjafjallajokul. Teruk juga kesannya di
Eropah. Ruang angkasa mereka hampir lumpuh sepenuhnya.”
“Ya. Ada terbaca pasal tu.
ALLAH mahu manusia insafkan Vimmi. ALLAH beri peringatan yang DIA maha
berkuasa, boleh menjadikan segalanya dalam satu ‘KUN’ sahaja.”
“Tu la Kat.
Tapi manusia ni tak insaf. Semakin banyak onar yang kita buat.”
Secara
tiba-tiba terbayang akan nyalaan api neraka yang sentiasa membakar manusia yang
membuat dosa. Dan perasaan dan jiwa menjadi resah!
“Tentu Kat
tak baca pasal tempat-tempat neraka dunia. Walaupun ciri-ciri tempat ini
bukanlah seperti neraka yang ALLAH gambarkan di sana, cukup untuk beri kita
gambaran kalau ALLAH boleh mencipta perkara-perkara ini di dunia, maka ALLAH
tentulah boleh mencipta neraka yang tidak ditunjukkan kepada manusia.”
“Ya Rabbi.”
“Iya. Betapa
ALLAH mahu membuktikan DIA berkuasa, kan
Kat?”
“Betul Vimmi.
Benar sangat.”
Dan tiba-tiba
suasana sunyi, aku sendiri, entahlah, cukuplah kalau aku hanya mendiamkan diri
sahaja. Bercerita tentang kekuasaan ALLAH, dan terasa betapa kerdilnya aku
sebagai manusia. Bersuara, membicarakan kisah lukaku samalah seperti
menceritakan ‘ceritera luka’ dan membiarkannya terusan luka! Dan kami berdua,
seolah, terdiam, seolah kehabisan ideas. Secara tiba-tiba soalan Vimmi
menyentap hatiku, “Ada
kita tak bercakap dalam dua minggu lebih kot.”
Agaknya dia
sengaja mengubah cerita, tentu sudah mengalah dengan sikap diamku tadi.
Ya, aku
terpaksa mengakuinya. Sudah dua minggu kami tidak berhubung. “Hmm. Ya, lebih
kurang. Hari ni tak kerja Vimmi?”
“Ala, kerja katerer macam
aku ni, kalau tak de tempahan, tak ada lah. Semalam ada. Penat betul. Habis dah
tengah malam.”
Membayangkan
Vimmi yang mempunyai kerjaya hebat, sekurangnya melakukan sesuatu kerjaya yang
bersesuaian dengan minat kita, tentunya membahagiakan. Biarlah kerjaya itu
memeritkan, dengan minat yang mendalam, tentu semuanya nampak mudah.
Aku menarik
nafas panjang, “Seronok kau Vimmi, ada kerjaya. Aku ni tak ada kerja. Aku asyik
basuh, masak, kemas, berulang macam tu saja. Ada masanya bosan.’
“Ala kawan. Siapa kata
suri rumah bukan kerjaya? Itu kerjalah
tu. Bukan semua orang boleh jadi surirumah yang baik. Kawan aku ni kan surirumah yang superb!” Pujian Vimmi melegakan sedikit
perasaan yang berombak sedih dan pilu. Ada
juga orang yang menghargai kerjaya aku ini, tidak seperti Saiful, yang
barangkali tidak menghargai langsung perananku di rumah ini.
Aku
mengangguk lemah. “Ya la Vimmi. Itu kata kau je.”
“Hei kawan.
Apa dah jadi ni?” Aku sedar, dia akan bertanyakan hal ini. Serapat-rapat
manapun seorang sahabat, rahsia rumahtangga akan terkunci di sebalik pintu
rumah dan dinding rumahtangga sendiri. Tidak patutlah rahsia rumahtangga dibawa
angin lalu dan disebarkan keluar. Saiful tidak pernah melihat kesibukan aku di
rumah sebagai satu kejayaan! Tapi, biarlah rahsia itu bersemadi denganku!
Cepat-cepat aku menjawab, “Tak ada apa sister.
Boring je.”
“Aaa..
Merajuklah tu! Ala,
kau merajuk lagi Kat?”
“Bukan merajuk
Vimmi, boring.”
“Merajuk. Aku
tahu sangat kawan aku sorang ni. Suara kau ni, suara orang merajuk. Tapi aku
dah agak kau akan boring Kat. Cerita yang kau nak dengar ni tentu tak akan buat
kau boring Kat.”
Aku menjadi
kaget seketika, entah apa pula cerita yang bakal dia bawakan kali ini.
“Citer
tentang ‘Mat saleh’ kau. Aku jumpa dia
semalam.”
“Mat Saleh?
Bila masa aku kenal mat saleh pulak?” Termenung sekejap, sejak bila pula aku
kenal ‘orang putih’ ni? Siapa yang dia maksudkan? Penuh dengan tanda tanya.
“Ala, Nik. ‘Nick’ kau tu.
Dah lupa ke?”
“Nick? Nick?”Entahlah Nickyang mana satu pulak?
“Bukan Nick, tapi Nik.” Terasa tersentak perentak
jantungku lagi. Agaknya dia menyebut tentang satu-satunya Nik aku itu. Nik
daripada zaman lampauku! Nik yang sudah tinggal sejarah, sama seperti
peninggalan hanya pinto Kota A Famosa di Kota Hilir Melaka.
“Nik Hisyam.”
Belum sempat kusebut namanya itu, Vimmi sudahpun menyebutnya lagi.
Ya. Tiba-tiba
nama itu muncul lagi. Perentak jantungku bagaikan memainkan melodi rancak lagi.
Hisyam. Nama yang sudah lama aku lupakan, sejak berabad lamanya. Nik selalunya
kami bunyikan seperti ‘Nick’ berbunyi seperti ‘Mat Saleh’. Aku lebih selesa
memanggilnya sebagai Syam sahaja. Dia yang minta digelarkan begitu. Pun begitu,
dia serasi juga digelar dengan panggilan Nick
kerana hidungnya yang mancung seperti kebanyakan ‘Mat Saleh’. Sama, tapi
kurang serupa! Maklumlah, hidung orang Melayu, semancung manapun, masih
mempunyai wajah Melayu, bukannya ‘Mat Saleh’ atau ‘Minah Saleh’.
Sudah lama aku
mengebumikan hatiku terhadap Hisyam. Sejak malam Saiful datang dan menunggu aku
berjam lamanya di bawah pokok sena, di bawah rumah flat sewaan kami dulu.
Seminggu sebelum itu Hisyam menghempaskan ‘hatiku ke tanah’, memecahkan
kepercayaan dan perasaan cinta dan kasih sayangku selama tiga puluh enam
purnama lamanya.
“Jumpa? Kau
cakap dengannya Vimmi?”
“Jumpa,
maknanya nampak Kat, bukannya bercakap. Kalau bercakap, aku akan kata aku
bercakap dengan Nik.”
“Kan aku buat katering
semalam, nampak dia dengan isteri dia di meja saja. Aku tak hampiri dia, tak
sesuai mengganggu di majlis orang, walaupun teringin sekali nak ‘menyibuk’
pasal dia.”
Segera
tergambar wajah Hisyam. Lelaki Melayu berdarah campuran Jepun itu nampak tenang
sentiasa. Ketika itu, di Universiti Malaya,
dia bakal bergelar seorang peguam sementara aku di Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka, di UiTM Shah Alam. Wajah tenang itu, bujur sireh, sepasang matanya yang
redup, walaupun sepet, hidung yang kecil, terletak elok, berpadu dengan
rambutnya yang sentiasa dipotong pendek dan kemas. Kacak! Dia tidaklah kacak.
Sekadar, senang dipandang. Dia bijak berkata-kata, tetapi tidak pernah pula
berlebih kata-kata. Bagaikan hadiah bernilai setiap kali bersama dia. Setiap
patah katanya memberi makna kepada hati da jiwa. Dan segalanya datang berputar
kembali. Hisyam, satu-satunya lelaki yang benar-benar aku cinta. Terasa hati
berhilir hiba, secara tiba-tiba. Terbayang sesuatu istimewa pada wajahnya. Signaturenya yang tersendiri!
“Kat, kau
masih di situ?” Soalan Vimmi membawa balik aku daripada memori lama dan kembali
ke alam realiti. Dia ketawa kuat sambil menyatakan, “Ala buah hati lama kau tu!”
Aku tidak
tahu sama ada aku patut melayangkan sekadar sebuah senyuman atau nyaring
tertawa. Kebiasaannya apabila memperkatakan hal kekasih lama, mereka yang
bahagia, hanya akan tertawa mengingatkan semula ‘peristiwa bodoh’ jatuh hati
kepada ‘orang yang salah’ lama dulu. Sebahagian daripada sejarah lama, yang
hanya tingga memori manis untuk dikenang. Sebaliknya kepadaku, aku tidak tahu
jika aku terluka. Lama aku terdiam.
“Kat, masih
di situ? Kenapa dengan kau ni Kat. You’re
suppose to laugh. We’re suppose to laugh about it. It’s history Kat. People
suppose to laugh about their old stories. Being silly and so on.” Vimmi
mengulas perlahan.
‘I don’t Vimmi. I’m suppose to feel silly right now. I
let him go!’ sekadar
menjawab dalam hati sendiri. Bermain dengan hati, jiwa dan hati sendiri.
“Kat… Kat…”
Aku masih
terkesima. Memang benar aku membiarkan dia pergi dari hidupku atas hanya satu
kesilapan kecil. Kesilapan yang mungkin bukan kesilapan pun, aku terlalu
mencemburui dia! Salah sangka! Entah mengapa aku membiarkan ‘sikap buruk
sangka’ dan ‘cemburu dengan membabi buta’ menguasai diriku.
“Kat, kau
diam je. Kau masih ada feelingdengan
dia ke? Kan
dah lama kau kahwin Kat?”
‘Ya benar
Vimmi, tapi aku masih tidak boleh singkirkan dia daripada perasaanku.
Barangkali, sudah aku lupakan dalam lima
tahun pertama kami, tapi selepas itu, memori tentangnya sudah menjengah
kembali. Aku masih terdiam, membiarkan sahaja gagang telefon biru itu melekap
di telinga sahaja.
“Maaf Kat
kalau aku buatkan kau sedih. Mungkin aku tak patut bercerita pasal dia. Aku
minta maaf Kat. Aku betul-betul minta maaf Kat!” Suaranya berbunyi hiba,
mungkin dengan rasa bersalah mengembalikan nostalgia lama. Mungkin dia
menyedari kata-katanya mungkin menjadikan aku bersedih.
Aku segera
tersenyum. Tiada logiknya masih berduka. Tiada sesuatupun yang boleh
mengembalikan dia kepada realiti aku sekarang ini, sekadar hanya momentum indah
semalam, yang sudah beribu hari berlalu pergi. “Tak ada lah Vimmi. Macam mana
dia? Masih steady?”
“Are you feel okay, to talk about him? Seriously
sister?” soalan
Vimmi seolah menyengat hatiku yang luka, terasa hiba dengan tiba-tiba. Tetapi
untuk mengetahui tentang dia, aku harus menahan hiba. Hatiku sekadar
tertanya-tanya apakah yang berlaku, di sebalik cerita Vimmi.
“Over steady Kat.Gemuk sikit. Hampir
buat aku tak kenal dia. Kalau tak kerana tahi lalat dia yang besar di kening
dan lesung pipit kiri dia yang dalam tu, sumpah aku tak kenal. Dan…”
“Dan apa…?”
“Hidung dia
macam masih sama, mancung.” Pernyataan Vimmi menyebabkan rasa ‘kelakar’ itu
tiba-tiba kembali. Aku sedari, teman baikku ini pandai sekali menghiburkan aku,
terutamanya takkala mendung seperti hari ini.
“Memang la.
Takkan hidung nak lain pulak. Lainlah kalau dia dah patah hidungnya, lepas tu
kena simen, buat baru yang ‘pesek’ rupanya!” Aku tergelak kembali. Mulut hanya
ketawa, di hati terasa sayunya secara tiba-tiba.
Cuma sekadar
tertanya, bagaimana keadaannya setelah dia ‘agak berisi’ mengikut tafsiran
Vimmi. Ialah, semuanya sekadar persepsi Vimmi sendiri. ‘Gemuk’, ‘kurus’
berdasarkan anggapan seseorang kepada orang lain. Kadangkala, tidaklah gemuk
atau kurus sangat. Sekadar ‘label’ yang menentukan identiti seseorang. Istilah
‘gemuk’ contohnya, mungkin tepat kepada seseorang tetapi tidak bertepatan
dengan persepsi yang lain.
“Eh Kat, Aku
ada berita baik. Aku terjumpa seorang kawan, dia ada galeri lukisan di Shah
Alam. Nanti minggu depan aku balik kampung, kita jumpa di kampung boleh? Kat
datang ya. Boleh kita belek-belek balik lukisan kau tu.”
Aku dapat
rasakan dia sengaja menukar tajuk ceritera kami. Dia pasti tidak mahu aku
berduka lebih lama. “Lukisan lama aku, nak buat apa. Ada value
ke?”
“Hei, mana
tahu Kat. Cubalah dulu. Kita cuba
hantar ke galeri tu. Tentu ada harga yang sesuai dengan kebolehan kau tu.”
“Kau pasti ke
ni Vimmi.”
“Ala, mahal murah bukan
ukuran. Pendatang baru macam kau kan,
tentulah tak dapat harga yang mahal. Bila nak terkenal sikit, barulah okay
sikit.”
Aku tertawa
mendengar perkataan pendatang, macam kategori pendatang ‘haram’ pula
dikategorikan aku ini.
“Hah, kenapa
pulak ketawa?” Agaknya, dia pelik mendengar ketawaku di saat dia serius
membicarakan hal lukisanku dan potensi pasaran atau jualannya.
Aku tersenyum
lagi, “Vimmi, kau sebut pendatang, tentulah aku tergelak. Tapi okaylah, aku
pendatang sah, bukan ‘P.A.T.I tau.” P.A.T.I sebenarnya merujuk kepada maksud
pendatang haram tanpa izin.
“Ialah,
ialah. Kau ‘P.A.D.I’”, katanya dengan tergelak panjang.
Pening juga
dengan istilah si Vimmi ni, aku bertanya balik, “P.A.D.I? Aku tak pernah dengar
pun?”
Dia ketawa
lagi, “Memang la kau tak dengar, itu istilah aku sendiri. Maksudnya, pendatang
asli dengan izin.” Aku tergelak sama. Berderai ketawa kami bersama. Aku sedari,
panggilan Vimmi memang ternyata membuatkan ketawaku ‘menggila sekali’. Sudah
lebih seminggu aku ‘kemarau ketawa’ dek perangai Saiful yang menyesakkan hati.
“Aku tahu kau
boring Kat. Aku rasakan, untuk hilangkan boring kau tu, elok kau melukis balik.
Drawingkau cantik Kat, ada kelas
tersendiri.”
“Kelas. Huh!
Lama tak aku dengar ayat power macam tu! Ada
macam Da Vinci ke? Michelangelo ke? Habis tak de pun macam standard Vincent van
Gogh!” Tergelak sendiri.
“Adui. Asal
sebut je lukisan, kau ni tak habis-habis nak meletup macam mereka. Kita cubalah
ya Kat. Mana tahu, aku boleh tumpang ‘kembang’ sama.”
Sekali lagi
aku tergelak mendengar perkataan ‘kembang’. “Tak payah terkenal Vimmi kalau
setakat nak ‘kembangkan badan’. Makan banyak-banyak je.” Kami tergelak lagi.
“Kebetulan
Vimmi, mak aku telefon katanya, durian dah banyak. Elok lah balik, kita makan
durian.”
Kedengarannya
dia ketawa lagi. “Memang dok tunggu partayat
ni Kat. Aku nak tanya tadi, dah terlupa pulak.”
“Kalau durian
pun, boleh lupa, berat ni Vimmi.” Terdengar dia ketawa lagi.
“Okayla Kat.
Nanti kita berbual lagi. Sebelum tu, aku nak tanya, kau kenalkan satu benda
ni…?”
“Benda?”
“Yang warna
biru, ada tali panjang.”
Hatiku
tertanya lagi, benda apa yang Vimmi katakan ini? Dan aku dapat mengagaknya.
“Telefon?”
“Hah, tahu
pun. Telefon aku bila rasa resah. Bukannya kena bayar pun, panggilan tempatan.
Hanya panggilan nasional.” Aku tergelak lagi.
“Aku bukannya
tak mahu callkawan, aku takut kau busyje. Aku tak sibuk.”
“Ya lah.
Telefon bila rindu!”
Rindu!
Perkataan yang hanya lima
huruf ini akan menyentuh perasaan. Aku terpaku sendiri. Perkataan itu
mengingatkan aku dengan dia. Dia yang selalu berkata ‘rindu’! Entahlah, satu
masa dahulu, aku pernah bercita-cita besar. Dan aku juga menjadi rindu dengan
‘cita-cita dan impian besarku dulu’. Semuanya menjadi hampa, apabila Nik Hisyam
tamatkan khalimah cinta kami. Sejak itu aku menjadi tidak bermaya sekali. Semua
impian dan mimpi besarku hanya bagaikan kaca terhempas ke batu. Berkecai!
Berderai!
“Macam ni la
Kat. Kita jumpa, kita bincang okay. Mungkin sudah sampai masanya kau bekerja
semula.”
“Aku tak
tahulah Vimmi. Susah dengan Epol tu.”
Aku pasti
sangat Saiful tidak akan membenarkan aku bekerja semula. Sejak berkahwin dan
mengandungkan Sara, aku tidak dibenarkan bekerja. Apatah lagi aku mengalami
banyak kali pendarahan semasa kandungan dalam semester pertama lagi. Pada
mulanya aku hanya mengambil cuti rehat, diikuti dengan cuti tanpa gaji dan
kemudiannya, Saiful hanya meminta aku berhenti kerja.
“Bukan kerja
pejabat pun Kat, kerja di rumah. Kau lukis di rumah, aku tolong hantar ke
galeri. Rugi bakat kau tu Kat.”
“Bakat. Aku
ada bakat ke?”
“Hiss,
main-main pulak dia.” Aku sedar Vimmi tidak main-main dalam soal peluang
begini.
“Entahlah
Vimmi. Aku tak begitu yakin dengan Epol ni. Susah
nak dibawa berbincang.”
“Kalau
begitu, aku bincang dengan dia.”
Sekali lagi
aku tergamam. Kata-kata Vimmi ‘dalam maksudnya’. Aku tidak akan membenarkan
‘orang luar’ menguruskan hal rumahtangga kami. Tapi aku pasti sangat, Saiful
pasti tidak akan membenarkan aku berkerjaya semula. Setelah lahirnya Sara, aku
dimintanya di rumah sahaja, supaya dapat aku membesarkan Sara dengan sempurna.
“Tak apalah
Vimmi, kita jumpa dulu. Hal ni biar aku uruskan dengan Epol nanti, mungkin
setelah tengok lukisan tu dijual ke. Kalau ada hasil, senang lah sikit.”
“Ya lah
Vimmi. Kita jumpa di kampung nanti.” Panggilan segera ditamatkan. Aku mula
mencari akal untuk pulang ke rumah mak di Ipoh.
Dengan jarak perjalanan yang cuma satu jam, tidaklah akan menjadi halangan
Saiful membenarkan aku pulang ke rumah mak. Apatah lagi untuk bertemu Vimmi.
Dia pun kenal benar dengan Vimmi dan keluarganya.
Suara
tangisan Pia menjadikan aku segera bergerak menuju ke bilik puteriku. Dia
rupanya sudah bangun dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan jam lapan sepuluh
pagi, agak lambat dia bangun hari ini, kebetulan semalam badan dia agak panas
semalam. Demam sikit. Kujamah dahinya, terasa panas semalam sudahpun tiada.
Lega. Agaknya penangan kena ‘lepuk’ dua malam semalam. Gelagat nakalnya
membuatkan aku ‘memukul’ skit di punggungnya, dia menangis sedih, lama sungguh.
Aku pasti bukan sebab kesakitan kena pukul tetapi perasaan hiba dihukum.
“Bucuk mama,
sudah bangun.” Dia memelukku erat. Rambutnya yang pendek ke paras bahu berbau
masam, akibat peluh semalaman.
“Mama, Pia
nak mandi. Pian tak nak bucuk. Pia nak wangi-wangi.”
Aku tergelak
sendiri. Aku sentiasa mengingatkan Pia yang dia akan berbau ‘busuk’ jika malas
mandi. Dan dia suka sangat kalau aku katakan kepadanya, ‘Pia wangi macam strawberry’ setiap kali selepas dia
mandi.
Segera aku
matikan penghawa dingin dan mendukung dia turun daripada katilnya. Baju
tidurnya yang berwarna biru terasa basah dengan peluh dinginnya. Segera aku
membawa dia ke bilik mandi, menyediakan mandiannya, seolah mendinginkan hatiku
yang kepanasan, dek nostalgia yang dibangkitkan Vimmi kembali.
“Mama, letak cabun banyak-banyak.” Suara Pia sesekali
tenggelam dalam kenanganku bersama Hisyam. Anakku ini suka sekali dengan
pusa-pusa sabun, wangian strawberry.
“Mama, cyampu ctrawbeyi.” Dia meminta agar aku meletakkan syambu strawberry yang dia sukai di rambutnya.
Huruf ‘s’ dan huruf ‘r’ masih lagi
menjadi kepayahan untuk Pia mengucapkannya tanpa pelat.
Dalam dingin
dan bingit suara Pia menjerit ketika bermain air bersama Pia, kenangan dingin
yang sudah lama mati, dan beku, semakin mencair dan semuanya seolah datang
kembali. Saat demi saat. Minit demi minit. Jam demi jam. Hari demi hari,
menyiksa perasaanku lagi. Dalam sepasang mataku memandang Pia yang bermain air
dalam besen mandiannya, sepasang mataku seolah terpaku dan bagaikan ternampak
Hisyam dan memori lelaki itu bersamaku dahulu!
Dan setiap
inci memori tentang Nik Hisyam mulai datang menerpa kembali. Satu demi satu.
Indah! Mempersona! Di luar kedengaran hujan menitik lagi. Berderap bunyinya
menimpa bumbung rumah setingkat kami. Berada di bandar yang menerima tadahan
hujan paling banyak di Malaysia,
Taiping ini memang sudah ‘popular’ sangat dengan hujannya. Dan hujan semakin
lebat, selebat hujan di dalam hatiku, sarat dengan kenangan bersama Hisyam.
Aneh! Bagaimana kenangan yang hanya tiga puluh enam purnama itu telah berjaya
menenggelamkan kenangan seratus empat puluh empat bulan bersama Saiful!
“Mama, Pia
dah wangi dah, Pia dah wangi dah.” Jeritan Pia mengembalikan ingatan aku
terhadap realiti. Aku adalah mama Pia. Dia kupeluk seolah tidak mahu aku
lepaskan lagi. Haruman strawberryterasa
enak dihembus bayu pagi ke arah hidungku. Di sana, tercium bauan sayu dan rindu! Berlagu
pilu dan sendu!
“Mama wangi.”
Kata Pia tiba-tiba. Aku membalas pelukannya.
“Ya. Mama
wangi. Pia pun wangi.”
Dia terus menggeselkan hidungnya di hidungku
dan tergelak sendiri. Ah Pia! Dan geselan manjanya membuatkan aku terkenangkan
hidung Nik Hisyam lagi! Sungguh!Hidung mancung yang menawan kalbu! Agaknya,
sebab hidung kami sama ‘branding’agaknya!Tetapi bukan kerana hidungnya yang
membuat aku tertawan! Dia charming!
Nik Hisyam memang sentiasa memikat, dan sesungguhnya, aku masih lagi terpikat
dengannya!