Cinta
membawa kepada obses? Atau obsesi membawa kepada cinta? Lantas, adakah menjadi
bahagia? Atau lara? Obses! Obsesi! Sikap obsesi terhadap yang dicinta membawa
kepada perubahan kepada spiritual insan. Obses ada kalanya membawa kepada
perubahan positif yang membawa kepada pola ‘kisah misteri’ kepada cinta! Obses
dalam pergerakan pola negatif membawa kepada percaturan yang memberi impak
negatif kepada hidup!
Kisah ‘hikayat cinta’ Saiful terlalu obses
tentang Katrina yang pernah menjadikan dia terlalu menyintai gadis itu satu
masa lalu. Menjadi isterinya, dan kegagalan mengekalkan ciri-ciri dramatik yang
menjadikan Saiful terus obses menjadikan perasaan cinta itu juga turut berubah!
Adakah cinta boleh diburu lagi, seperti mana dia memburu Katrina dahulu?
Adduha terlalu obses terhadap ‘cinta
hatinya’ sehingga gagal membiarkan dia yang ‘pergi’, pergi daripada hatinya.
Dia membiarkan isterinya terus berada dalam memorabilianya sehingga dia hampir
karam.Adakah dia akan dapat kembali kepada realiti?
Masih adakan ‘jalan pulang’ untuk mereka?,
Siapakah yang menjadi penghubung kasih? Cinta! Terlewatkah untuk yang menanti?
Gelaran ‘andartu’ yang dibawa terlalau
pahit untuk direntangi kepada Natrah, gadis desa yang terlalu ‘sempurna’ untuk
dilukai akan kisah hidupnya. Dan kedatangan seseorang, berjaya
membahagiakannya… Kenapa semuanya cuma mampu bertahan di pertengahan jalan.
Kisah persahabatan, cinta, lara yang
dijalin bagi mendewasakan anda! Bersediakan anda dengan seribu satu kepayahan
kehidupan. Pasti ada senyuman, tangisan, hiba, lara dan retak hati yang dibawa
ke penghujung noktah! Bersediakah anda?