Home Novel Thriller/Aksi PETAKA NYAWA
PETAKA NYAWA
Riduan Judin
12/1/2014 20:04:10
108,038
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 2

Kota Amuriah, Mesir

PUTERI QAISARA - Puteri kerajaan Kota Amuriah yang terkemuka di Mesir. Kota ini diperintah oleh Raja Baytizan. Dia sedang berdiri menghadap sungai Nil yang bersejarah itu. Deruan ombak yang menghempas tepian pantai tidak menarik perhatiannya. Malahan aroma bau garam laut langsung tidak menyesakkan helaan nafasnya. Sesekali biasan angin utara menyingkap hijab yang dikenakan menutupi matanya.

Suhail - pengawal peribadi yang sentiasa bersama dengan Puteri Qaisara untuk menjaga keselamatannya. Dia berdiri agak ke belakang sedikit. Dia sangat memahami keadaan Puteri Qaisara yang ingin bersendirian apabila berada di tempat itu. Penampilannya sangat gagah layaklah seorang pahlawan. Di belakang badannya tersandang kemas sebatang busur yang berukir kepala naga di bahagian atas. Mukanya tampak bersih dan tampan. Namun seri wajahnya tidak menunjukkan yang dia adalah orang Arab.

Puteri Qaisara melangkah mendekati Suhail. Pengawal peribadinya hanya menundukkan kepalanya. Ia sebagai tanda hormat. Walau begitu, riak wajah Puteri Qaisara agak hambar dan kelihatan emosi di sebalik hijab.

“Berhati-hati Tuan Puteri, aku khuatir Tuan Puteri tersadung dengan batang-batang kayu itu dan terjatuh.” Suhail sememangnya sangat prihatin dengan tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Suhail, kau ialah seorang pemanah yang hebat.” Puteri Qaisara tidak menjawab, malahan membuat satu pernyataan tentang pengawal peribadinya itu.

“Apakah yang merungsingkan fikiran Tuan Puteri.” Suhail mengerti maksud kata-kata Tuannya.

“Beta inginkan bulu burung helang putih itu.” seraya dia menuding jari ke atas awan.

Suhail mendongak dan mendapati terdapat seekor burung helang yang sedang berlegar-legar di ruang udara . Burung helang itu berada di aras yang sangat tinggi sehingga ia hanya kelihatan berbalam-balam.

“Baiklah Tuan Puteri.” Suhail menarik busur yang disandangnya dan menarik sebatang anak panah dari belakangnya. Anak panah ditarik bersama tali busurnya yang diperbuat daripada bulu ulat sutera. Kemudian, dia membidik ke arah burung helang tersebut. Suhail mengambil fokus, anak matanya dipicing tajam. Fikirannya menterjemahkan kedudukan burung itu lantas melepaskan anak panah.

Kelajuan anak panahnya seperti kilat. Ketajaman mata anak panahnya yang bersalut permata tidak meninggalkan kesan carik di permukaan awan walau sedikit pun. Ia direka khas untuk melindungi Puteri Qaisara. Dalam sekelip mata sahaja, burung helang itu telah jatuh menjunam laju ke arah bawah. Sebelum sempat mencecah tanah, Suhail membuat satu lonjakan yang agak tinggi dan menyambar burung helang tersebut. Puteri Qaisara hanya tersenyum puas.

“Ini burung yang Tuan Puteri kehendakkan bulunya.” Suhail menunjukkan burung helang yang mempunyai dua warna itu, hitam dan putih.

“Kau memang hebat Suhail. Beta akan gunakan bulu-bulunya sebagai pena beta.”

“Bukankah aku boleh carikan Tuan Puteri sebatang pena yang diperbuat daripada emas?” Suhail hairan mendengar kenyataan Tuannya.

“Burung ini telah mengganggu beta ketika di pinggiran pantai dengan menyambar ikan di laut.” Puteri Qaisara lantas berpaling dan berjalan menuju ke arah kereta kuda. Suhail hanya mengikutinya dari belakang.

BAGARO sudah berkali-kali tersungkur di atas tanah. Seni persilatan Shafi sangat hebat sehinggakan dia langsung tidak berupaya untuk menyerang balas. Bagaro menderam geram. Matanya tajam mencari peluang untuk membenamkan gigi dan kukunya di tubuh Shafi. Bagaro menyerang lagi, kali ini kelihatan hebat dan bersungguh-sungguh.

Shafi hanya merentangkan tangannya dan bersedia menyambut serangan Bagaro. Dia beralih ke kanan, serangan Bagaro hanya mengenai angin. Pada ketika inilah Shafi menyerang tengkuknya dan mengayun kakinya di bahagian pinggang kanan lawannya. Bagaro tersungkur lagi. Kali ini, dia tidak berupaya untuk bangkit lagi. Kudratnya seperti terlucut semua. Walaupun Shafi tidak menggunakan sebarang senjata, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan dirinya rebah di hadapan musuhnya.

“Tunggu pembalasanku keparat.” Bagaro memaki hamun Shafi kemudian menghilangkan diri di sebalik batang pokok besar di belakangnya. Shafi hanya beristigfar panjang tanpa mengejar Bagaro.

SHAFI menyelusuri lereng bukit dengan hanya bersulukan cahaya rembulan. Dia berusaha menjejaki jasad-jasad penduduk talang putih untuk dikebumikan. Ketika sampai di satu dataran, dia melihat beberapa jasad manusia terkulai tanpa nyawa di sebalik pohon besar. Shafi kemudiannya mengumpul mayat-mayat tersebut dan menyusunnya ke arah kiblat. Jasad-jasad itu perlu disemadikan dengan segera.

Dalam Islam juga diharuskan menyegerakan pengebumian supaya menunjukkan kerelaan hati kita berpisah dengan si mati, selain tidak digalakkan arwah ditangisi. Ketika Shafi sedang bersiap sedia untuk melaksanakan tuntutan suci itu, secara tiba-tiba muncul biasa cahaya putih di belakangnya. Kilauan cahaya yang agak dikenalinya.

“Assalamualaikum.” Kiai Jabar sedang berdiri tegak menghadapnya. Penampilannya kemas. Wajahnya bercahaya yang menunjukkan dirinya seorang yang sangat warak. Dia kelihatan agak kuat dan bertenaga walaupun sudah setengah abad umurnya. Tangan kanan dan kirinya disilangkan di belakang. Ini menunjukkan dia seorang yang sangat tenang dalam menghadapi segala rencah kehidupan.

“Walaikumsalam, bapa.” Shafi berjabat tangan dan mengucup tangan gurunya itu.

“Ini adalah peringatan buat diri kita anakku. Lihatlah mereka yang telah pergi menemui ALLAH ini. Mereka tidak mempunyai apa-apa peluang untuk memperbaiki diri lagi. Tinggalkan dunia untuk akhirat anakku. Kehidupan di sana lebih kekal dan abadi.” Kiai Jabar menasihati anak didiknya dengan ikhlas.

“Baik, bapa.” Shafi beristigfar berulang kali. Kemudian mereka berdua bersama-sama mengerjakan tuntutan agama itu.
Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.