Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
40,591
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 1

AIR MUKA Sephia keruh melihat Hani yangberwajah pucat dan seperti orang tidak bermaya. Dua tiga hari ini Hani pontengkuliah. Puas juga Sephia memujuk sepupunya itu agar pergi berjumpa dengandoktor. Hani tidak mengendahkan kata-katanya.

            PerubahanHani dilihat sejak mereka pulang dari mengikuti aktiviti perkhemahan baru-baruini. Hani berubah laku menjadi seorang yang begitu pendiam. Adakalanya Hanimenjadi dingin dan mudah naik angin. Sephia akan menjadi mangsa kemarahan Hani.

            “Kausakit ke?”

            Sephiabertanya pada sepupunya itu. Walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat,Sephia masih mengambil berat perihal Hani. Tambah-tambah lagi apabila Syahrulyang meminta Sephia merisik khabar Hani.

            Hanidiam tidak berkutik di atas buaian.

            “Hani…aku tanya kau ni,”

            Hanimasih tidak membalas. Sephia merengus kecil. Dia malas mahu bertanya lagi.

            Hanimuntah-muntah. Sephia berasa tidak sedap hati melihat keadaan Hani. Matanyaberalih pada perut Hani. Jika telahannya itu benar perut Hani yang kempis ituakan mengembung.

            “Kau…kau…”

            “Kaunak kata aku mengandung!”

            Hani menjegilkan kedua-dua belahbiji matanya.           

            “Aku tak bermaksud begitu. Aku…”Sephia serba salah. Dia tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan tentangHani.

            “Kebelakangan ini aku tak sihat. Akurasa lain macam. Tekak aku loya. Kadang-kadang aku muntahkan darah hitam berbaubusuk.” Hani membuka cerita. Hani yang lemah duduk di birai katil.

            Sephia melabuhkan punggung di sisiHani. Belakang sepupunya itu diusap-usap.

            “Aku dah banyak kali suruh kau buatpemeriksaan di klinik atau hospital. Jumpa doktor.”

            “Dah. Aku dah jumpa doktor banyakkali. Doktor cakap aku tak sakit apa-apa yang kronik.” Balas Hani.

            Kening Sephia bercantum. Kalau tidaksakit kronik masakan sampai muntah darah. Sakit Hani bukan sakit biasa.

            “Kau yakin?”

            “Phia… kau tak perlu tunjuk sangatkeprihatinan kau itu dekat aku. Aku tak suka orang berlakon baik depan aku.”

            Sephia menggeleng perlahan. Diabukan berpura-pura mengambil berat keadaan Hani. Hani selalu berburuk sangkadengan niatnya.

            “Walaupun kita ada tak sefahamantapi aku ikhlas ambil berat tentang kau. Kau tu sepupu aku.” selar Sephia.

            Hani terdiam. Dia bukanlah bencisepupunya itu tapi dia kurang berkenan dengan salah seorang sahabat baik Sephiayang bernama Julia itu. Julia itu selalu mengacau Syahrul. Bukannya Hani tidaktahu yang Julia ada hati dengan Syahrul.

            Lama Hani mendiamkan diri begitujuga Sephia. Hani melepaskan keluhan kecil. Dia menoleh ke arah Sephia.Sebenarnya dia perlukan seorang teman untuk berbicara.

            “Phia… kau tidur sini malam ni.”Hani menyuarakan permintaannya. Dia perlu memberikan kepercayaan kepada Sephia.

 

 

BIBIRNYAmengukir senyuman. Lintah yang berada di telapak tangannya meliuk-liuk. Mulutyaterkumat-kamit membacakan jampi. Lintah itu ditiup lalu lenyap dari telapaktangannya.

            “Rugilah kalau aku tak cuba ilmu ni.Kau mangsa eksperimen aku yang pertama.” Matanya beralih pada sekeping fotopada dinding biliknya.

            Hatinya melonjak-lonjak inginmencuba kehebatan ilmunya itu. Dia tidak mungkin akan berundur semula. Apanasib gadis di dalam foto itu? Dia yang akan menentukannya.

            “Aku mahu rasa nikmat seksaan secaraperlahan-lahan. Barulah seronok.”

            Hani membuka matanya. Dia menoleh kesebelah. Beratus-ratus ekor lintah sudah mengerumuni tubuh Sephia. Hani bingkasbangun lalu meloncat dari katil.

            Hani menjerit-jerit apabila makhlukitu jatuh dari syiling biliknya. Dia cuba membuka pintu tetapi usahanya tidakberhasil. Sekelip mata biliknya dibanjiri makhluk penghisap darah itu.

            “Aaaa!”

            Jeritan Hani mengejutkan Sephia daritidur. Hani sudah tiada di sebelahnya. Hani terperosok di tepi almari denganwajah ketakutan. Sephia bingkas bangun meluru ke arh sepupunya.

            “Hani… kenapa ni?”

            “Lintah! Lintah!”

            Dahi Sephia berkerut.

            “Kau mengigau ni.”

            “Pergi! Pergi!” Dia menolak tubuhSephia.

            Dia melihat lintah melekat padaseluruh tubuh Sephia. Ketika Sephia membuka mulut, dia melihat lintah keluardari mulut sepupunya itu. Hani terus-terusan menolak tubuh Sephia. Sephiameluru masuk ke bilik air. Dia mengambil secebuk air lalu disimbah pada Hani.

            Hani tercungap-cungap. Sephia memautbahu Hani.

            “Hani…”

            “Phia… aku takut. Aku sangat takut!”Tubuh Sephia dirangkul erat.

            “Kau ni dah kenapa?”

            “Phia… aku nampak lintah. Lintahdalam bilik ni. Lintah tu mamah tubuh kau.” Mata Hani masih melingas seklilingbilik tidurnya itu.

            “Lintah?”

            Nama makhluk tu sudah cukup buatSephia rasa meremang.

 

           

 

KEESOKKANharinya Sephia mengaturkan pertemuan dengan Syahrul. Sephia perlu memastikansesuatu dahulu.            

            “Syah… betul kau tak pernah sentuh Hani?”

            Terbelalak mata Syahrul dengan pertanyaan dari mulutSephia.

            “Apa kau merepek ni?”

            “Aku tanya, kau jawablah.” Sephia meninggikan suara. Diamalas mahu mahu memanjangkan cerita.

            “Aku tak pernah buat perkara tak baik pada Hani. Akubukan jenis lelaki macam tu.”

            “Betul?”

            Tajam mata Hani merenung wajah Syahrul.

            “Hey… aku sudah couplelama dengan Hani. Dua tahun. Kalau aku nak buat dari awal lagi aku buat dah.”Syahrul mendengus. Syahrul tidak faham motif Sephia bertanyakan soalan itukepadanya. Fikirnya Sephia membuat tuduhan melulu tnapa usul periksa.

            “Berat ni.” Gumam Sephia sendiri.

            “Apa maksud kau?” Telinga Syahrul dapat menangkap baitayat yang kelur dari bibir Sephia.

            “Tiada apa-apalah.”

            “Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku kan?”

            “Taklah.” Sangkal Sephia.

            “Jangan berahsia dengan aku, Phia. Apa yang berlaku padaHani? Hani sakit apa?” Dia yakin yang Sephia sembunyikan sesuatu.

            “Maaf Syah. Aku bukan suka berahsia tapi aku…” Sephiamati akal. Dia perlu mencari alasan yang sesuai untuk mengelak dari pertanyaanSyahrul.

            “Phia…”

            “Syah!” Ayatnya mati apabila melihat Julia memanggil namapanggilannya. Julia mengecilkan bola matanya apabila melihat Sephia bersamalelaki itu. Bertemu pula di tempat yang agak sorok begini.

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.