Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
40,590
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 4

MI goreng itu disuapkan ke dalam mulutnya tapi diluahkan pada tisu. Makanannya itu seperti sudah basi. Julia memanggil pelayan yang sama mengambil pesanannya di kafe itu.

            “Kaubagi aku makan mi goreng basi.”

            riak muka pelayan perempuan itu berubah.

            “Mi goreng ni masih panas masa saya hidangkan pada cik tadi. Kami tak hidangkan makanan semalam. Mi ni memang dimasak terus oleh tukang masak kami.”

            “Yourasa!”

            Pelayanitu menyuapkan mi goreng itu ke dalam mulutnya.

            “Okeysaja cik. Tidak basi.” Ujarnya lembut.

            Julia tidak berpuas hati.

            “Itakkan bayar.”

            Julia menolak pinggan mi goreng tu hingga berderai pada lantai. Julia menjerit melihat mi goreng dilantai itu berubah menjadi makhluk hitam yang cukup diafobia. Lintah!

            Kekecohandi meja Julia menarik perhatian pengunjung lain. Pekerja-pekerja lelakimerapati. Julia sudah berada di atas kerusi menjerit-jerit melihat lintah dibawah lantai.

            Pelayan perempuan itu turut bereaksi seperti Julia.    Mrekaturut kaget melihat makhluk penghisap darah itu. Bagaimana makhluk itu beradadi dalam mi goreng yang dipesan oleh pelanggan mereka.

            Julia duduk memeluk tubuh di dalam bilik pejabat kecil itu. Perasaan traumanya tadi masih berbekas. Tubuhnya menggeletar. Dia menekup mulut. Otaknya berputarligat. Julia meletakkan telapak tangan kirinya ke perut.

            Adakah makhluk itu ada di dalam perutnya? Dia cemas.

            “Cik…”

            “Maaf,I mahu ke tandas.” Julia bingkas bangun. Dia melangkah keluar dari bilikpejabat itu masuk ke dalam tandas.

            Julia menjolok jari telunjuknya ke dalam mulut. Dia cuba meluahkan isi di dalam perutnya.

            “Cik! Cik tak apa-apa?” Pintu bilik air itu diketuk.

            Juliameraup wajah. Julia membasuh mukanya. Dia membuka pintu.

            “Cik…”

            Julia terus melintasi pelayan perempuan itu tanpa sepatah kata. Dia keluar darirestoran terbabit. Julia melolos masuk ke dalam kereta miliknya. Jantungnya  berdengup kencang.

            “Itu hanya halusinasi aku. Halusinasi saja.” Julia menarik nafas. Perutnya yangberkeroncong memaksa Julia berhenti di salah sebuah gerai tepi jalan. Dia sudahkelaparan. Julia makan dengan berselera sekali. Hairan. Selalu makanan geraitepi jalan itu tidak pernah kena dengan selera tekaknya.

            Budak perempuan bersama ibu bapanya yang duduk berhampiran meja Julia membeliakkanmata. Budak perempuan itu menarik-narik lengan baju ibunya. Jari telunjuknya menghala pada makanan di pinggan milik Julia. Matanya melihat Julia sedang menyuapkan sesuatu makhluk yang masih hidup ke dalam mulutnya.

            “Mak…kakak tu makan apa?”

            “Kakak tu makan nasilah.” Si ibu pelik dengan pertanyaan anaknya.

            “Bukan nasilah ibu.”

            “Apa kamu merepek ni.” Ibunya memandang semula ke arah gadis tadi. Bola matahitamnya membulat besar. Mulutnya terus terkunci rapat. Dia memalingkan semulakepalanya.

            Julia hanya mencebik dengan tingkah anak-beranak itu. Dia perasan dirinyadiperhatikan.

 

 

JULIA rasa tidak sedap badan. Perutmemulas. Dia salah makan agaknya tadi. Nahaslah gerai makan itu nanti. Dia viralkan di dalam laman sosialnya. Cukup sekadar menyapu minyak angin padaperutnya. Dia merebahkan tubuhnya atas katil. Kepalanya juga semakin berat.Tidak pernah dia rasa begini.

            Teman serumahnya yang sedang bersiap-siap ingin pergi kerja itu memerhatikan Julia yang sudah terlantar pada katil. Wajah Julia nampak pucat. Dia merapati Julia.Julia ada mengatakan tidak sedap badan.

            “Kauokay tak?” tanya teman serumahnya, Mona.

            “Lepastidur nanti okaylah kut.” Juliamembalas.

            “Kalautak okay juga, kita ke klinik.” Risau pula Mona melihat keadaan Julia. Diatakut sakit teman serumahnya itu melarat. Mereka pula hanya tinggal berdua.Julia tidak suka duduk di rumah sewa itu beramai-ramai. Rimas katanya.

            Juliamelirik senyuman. Mona mengambil berat juga tentang dirinya. Mereka jarangbertegur-sapa jika tiada perkara penting ingin berbicara. Dia lebih suka buathal sendiri.

            “Takapa. Sakit sekejap je ni.”

            “Tapikalau tak okay juga, aku bawa kau ke klinik.” Mona mengulang ayatnya.

            “Thanks Mona. Jika teruk jugak aku call atau mesej kau nanti.”

            “Okay.”

            Perlahan-lahanMona menutup pintu bilik. Dia perlu bergerak ke tempat kerja. Hari ini diamasuk shift sebelah malam. Monamenyelit masuk ke perut kereta. Kereta kancil itu satu-satunya kereta yangdimiliki. Kereta terpakai. Hasil titik peluhnya selama bekerja.

            “Makinsakit pula perut aku.” Rungut Julia dalam hati.

 Julia mula berasa tidak selesa berbaring diatas katil. Sekejap dia beralih di sebelah kanan, sekejap pula dia beralih disebelah kiri. Julia bingkas bangun sambil menekan-nekan perutnya. Sakit datangbulan pun tidak begini teruk. Mungkin ada benarnya kata Mona. Dia perlu keklinik.

            Juliamencapai telefon bimbitnya. Berulang kali dia cuba menghubungi Mona, panggilannyatidak berbalas. Mungkin Mona sedang memandu kereta. Julia meninggalkan pesananringkas pada Mona. Sakit perutnya menjadi-jadi pula. Sakit perutnya sepertiluar biasa sekali.

            “Aduhhh!”Julia mengerang kesakitan. Tekaknya terasa mual. Julia mengurut-urut lehernya.Tidak pernah dia berkeadaan begini. Seakan ada benda menjalar-jalar dalamtubuhnya pula.

            Juliatidak tertahan lagi. Dia meluru ke bilik air. Dia mula rasa seperti mahumuntah.

“Uwekkk!” Dia meluahkanapa yang berada di dalam mulut. ‘Benda’ berwarna hitam itu meliuk-liuk di dalamsinki disaluti darah merah. Julia mengamati ‘benda’ hitam yang masihbergerak-gerak itu. Bola mata Julia membulat besar.

            “Lintah!”

Julia menjerit histeria.Seluruh tubuhnya menggeletar. Macam mana makhluk itu boleh boleh berada didfalam tubuhnya.

Julia memandangwajahnya pada cermin. Wajah cantik itu kelihatan semakin pucat. Dia mengesatdarah pada mulutnya dengan tuala kecil.

“Takmungkin. Benda tu tak mungkin ada dalam badan aku. Tak mungkin!” Julia meramas-ramasrambutnya. Dia mula tidak tentu arah. Rasa takut mencengkam hatinya hingga diatidak mampu mengawal emosinya.

“Akutak nak mati!”

Darahmengalir dari kedua-dua belah hidungnya. Seluruh tubuh Julia mula sakit-sakit. Juliamemengang lehernya. Julia bangikit. Dia tergelincir lalu jatuh ke dalam tabmandi. Julia menggeletik. Darah membuak keluar dari mulutnya bercampur denganmakhluk itu.

 

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.