HANI diasak rasa bimbang. Perut terus membesar. Dia tidak mengandung. Dia tidak bolehlagi melindungi perutnya itu dengan baju-baju bersaiz besar yang dipakaisebelum ini. Bunyi ketukan biliknya bertalu-talu. sampai bila dia mahubersembunyi. Kuliahnya juga sudah tertangguh malah dia sudah menerima suratamaran dari pihak kolej.
“Hani! Buka pintu ni sebelum papapecahkan!” suara Encik Mansor bergema.
Hani mengetap bibir. Suara ayahnyaitu sudah cukup mengecutkan perut. Tapi Hani masih tiada kekuatan untukberhadapan dengan kedua orang tuanya.
“Hani!” Ayahnya berteriak memanggil.
“Sudahlah bang. Hani tak sihat tu.” PuanRuhaya memujuk.
Lelaki separuh usia itu merenguskasar. Dia beredar dengan wajah tidak puas hati. Saban hari anak gadisnya ituberkurung di dalam bilik. Apa sakitnya. Dia mula diasak rasa aneh. Tambah lagiapabila melihat Hani menggenakan pakaian yang longgar dan lebih besar dari saiztubuhnya.
Air mata Hani berjuraian. Pada siapadia ingin mengadu. Dia mengusap-usap perutnya yang memboyot itu. Apa ‘isi’ didalam perutnya itu. Hani berasa takut. Tiada ornag lain dihubungi sebagaitempat dia mengadu kecuali Sephia.
“Aku datang sekarang.” Sephiamemutuskan talian. Dia menarik nafas panjang. Sephia mencapai buku-buku notanya lalu disumbat ke dalam beg galas.
“Kau nak kemana ni? Tergesa-gesanampak.” Julia menyapa.
“Aku nak ke rumah Hani sekejap.”
“Hani dah okey ke?”
“Tak. Dia masih belum okey lagi. Akugerak dululah. Maaf aku tak dapat sertai kau dengan Zila petang ni.” Beg terusdigalas ke bahu. Sephia terus melangkah keluar dari dewan kuliah.
Dia melangkah masuk ke dalam myvimiliknya. Sephia menghidupkan enjin kereta tetapi keretanya tidak bergerak dariparkir tersebut. Syahrul berdiri di depan keretanya itu. Tanpa dijemput Syahrulterus membuka pintu kereta di tempat duduk sebelah Sephia.
“Aku ikut kau.”
Syahrul perlu menemui Hani.
“PleaseSyah… Hani takkan mahu jumpa kau.” Keadaan sekarang tidak mengizinkan untukSephia membawa Syahrul bertemu dengan Hani.
“Hani sakit apa? Kau mesti tahu?”
“Aku pun tak tahu.”
“Takkan kau tak tahu. Kau selalu jumpadia.” Syahrul tidak berpuas hati dengan jawapan Sephia.
“Betul, aku tak tahu.”
“Kau nak berahsia dengan aku?”
“Aku dah cakap, aku tak tahu apasakit Hani!” Sephia menekan suaranya. Dia tidak suka didesak begini.
Sebenarnya Sephia juga musykildengan penyakit misteri yang dialami oleh Hani. Dia mengesyaki yang Hani kenabuatan orang. Hani tidak percaya.
“Aku tidak akan keluar dari keretakau. Aku nak jumpa Hani!”
“Baik. Tapi kalau Hani tak mahubertemu dengan kau, jangan salahkan aku pula. Sephia memberikan amaran.
Sephia tiada pilihan. Dia terpaksajuga membawa Syahrul bersama.
“HANI…Phia datang ni dengan Syahrul.” Puan Ruhaya mengetuk pintu bilik anak gadisnya.Kebiasaan Hani akan membuka pintu sekiranya Sephia yang datang melawat. Makandan minum Hani hanya dihantar di depan pintu. Puan Ruhaya mengikut sajakehendak anaknya itu.
Hani tersentak apabila mendengar nama Syahrul. Dia sudah melarang keras Sephia membawa Syahrul bersama. Sephiamemungkiri janjinya.
“Mama… Hani tak mahu jumpa dengansesiapa.”
“Tapi Hani…”
“Suruh Phia balik!”
Hani bersuara lantang. Dia duduk dibirai katil dengan wajah murung. Dia sudah memberikan amaran kepada Sephia agar tidak membawa Syahrul bersama tetapi Sephia memungkiri permintaannya.
Sephia mengerling Syahrul.
“Aku dah cakapkan?” Sephia berlalu.Syahrul membuntuti gadis itu. Suara-suara di luar
biliknyaitu tidak lagi kedengaran.
“Kalau kau terus diam macam initidak akan selesaikan masalah kau. Syahrul pun tak boleh bantu kau.” MarahSephia yang bertandang menziarahinya beberapa hari yang lalu. Dia merayu-rayuagar Sephia merahsiakan apa yang berlaku terhadapnya.
“Aku takut Phia. Orang akan mengatananti.”
“Masalahnya perut kau memboyot nibukan sebab kau mengandung.” Jari telunjuk Sephia ditundingkan pada perut Hani.
“Aku tak tahu nak buat apa lagi.”
“Aku beritahu papa kau. Aku tak rasasakit kau ni boleh diubat dengan perubatan moden. Kau sendiri cakap doktortidak dapat kesan apa punca perut kau jadi begini.”
Mata Encik Mansor tetumpu pada perutHani yang memboyot. Puan Ruhaya turut memberikan reaksi yang sama. Terkejut.Bergegas dia keluar dari bilik Hani. Puan Ruhaya segera mengekori langkahsuaminya.
Encik Mansor mencapai senapangnya.Puan Ruhaya yang cuba menghalang tapi ditolak ke tepi.
“ANAK siapa yang kamu kandungkan? Cakap!”Ayahnya melenting. Senapang sudah hinggap ke muka anak gadisnya itu.
Terketar-ketaranak gadisnya itu menyusun sepuluh jari. Air mata berjuraian.
“Sumpahpapa! Sumpah! Hani tak buat perkara tu.”
“Kalaukamu tak mengandung apa yang ada dalam perut kamu tu?”
Diadiam. Tidak tahu ingin menjawab pertanyaan ayahnya itu. Sebelah tangannyamemengang perut yang sudah berisi. Hatinya gundah memikirkan penyakit misteri yang dialami.
“Bawasaja anak kita bertemu dengan doktor. Kita akan tahu dia betul-betul mengandungatau tidak.” Isterinya juga hilang sabar. Selama ini kepercayaan penuh diberikan kepada anak gadis mereka.
Diatunduk. Akur dengan permintaan orang tuanya demi membuktikan yang dia tidak mengandung.
PERUT Hani semakin membusung lebih besardari wanita yang mengandung 9 bulan. Dia dan isterinya sudah habis iktihar.Sana sini dia membawa anak gadisnya itu berubat tetapi tiada ubat-ubatan yang dapat mengubatnya. Selama ini dia menyangkakan anak gadisnya itu mencontengarang pada mukanya. Keputusan pemeriksaan dari doktor mengatakan anak gadisnyaitu tidak mengandung. Waktu itu dia menarik nafas lega. Dan kini, Dia hanyamampu berserah kepada takdir.
Tidurnyamula terganggu. Tidak lagi dapat ditahan kesakitan pada perutnya yang sedang membusung besar itu. Dia bangun dari katil dengan tubuh yang semakin lemahmelangkah masuk ke dalam bilik.
“Errghhh…!!! Sakitnya…!!!” Dia mula mengerang kesakitanseperti wanita mahu bersalin.
Diasudah terduduk di lantai bilik air. Darah mula mengalir dari celahankangkangnya. Bau hanyir dan busuk. Dia menggigit ulas bibir.
“Papaaa…!!!Mamaaa!!! Tolongggg!”
Kedengaran suara anakgadisnya menjerit kuat.
“Bang, Hani bang!”Isterinya menggoncang-goncangkan tubuhnya yang tertidur di atas sofa. Lampudinyalakan.
Bergegasdia dan isterinya memijak anak tangga masuk ke bilik tidur anak gadis mereka.Suara erangan kedengaran dari bilik air. Daun pintu bilik air itu ditolak, isterinyamenjerit lantang dan jatuh pengsan.
Diahanya terpaku melihat lantai bilik air penuh dengan darah yang tidakhenti-henti melimpah keluar sedangkan anak gadisnya itu sudah kaku tidakbernyawa.
Dicelah-celah kangkang Hani pula kelihatan berpuluh-puluh ekor lintah menjalarkeluar.
“Lintah.”Hanya perkataan itu yang keluar dari bibirnya.
Anakgadisnya itu mengandungkan lintah.