Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 14 B ; Ustaz Zahazan

Rafael sampai Hospital Gerik pada pukul 5.00 petang, dia bergegas wad lelaki di mana Romei ditempatkan. Dari jauh kelihatan Cikgu Din masih menemani Cikgu Romei. Rafael bersalaman dengan Cikgu Din, Cikgu Romei masih tidur… kepalanya berbalut.

“Cikgu dah datang ni saya balik dahululah. Sayapun belum mandi lagi ni.”

“Isterinya tak datang ke Cikgu Din?”

“Datang tadi masa kecemasan… balik kejap nak ambil barang peribadi Romei ni. Minta diri dulu,” mereka bersalaman. Selepas Cikgu Din beredar. Rafael duduk di kerusi yang disediakan. 2-3 minit kemudian Cikgu Romei terjaga. Rafael membantu Cikgu Romei bersandar;

“Rafael, kau kena buang saka yang ada dalam rumah itu,” ujarnya perlahan.

“Kenapa?”

“Kau tahu, disebabkan saka kau tu… aku eksiden. Saka kau berdiri di tengah jalan. Aku elak dan terbabas. Nasib baiklah Cikgu Din susul di belakang… kalau tak aku rentung dalam kereta itu. Alhamdulillah,” kata Cikgu Romei sebak.

“Itulah… akupun berkira-kira hendak buang benda tu. Tapi macamana? Siapa yang pandai? Akupun takut juga hendak balik ke rumah ni.

“Macam inilah. Aku sebenarnya sudah menelefon kawan baik aku Ustaz Zahazan. Mungkin dia akan datang petang ini.”

“Ustaz Zahazan? Ustaz yang popular di dalam perubatan Islam? Kau kawan dia?” tanya Rafael bertubi-tubi.

“Yelah. Aku kawan baik dia masa di Sekolah agama dulu… tapi aku tak teruskan pengajian agama aku. Aku masuk form 6 ambil sastera. Tapi kami berdua kawan baik… selalu kena tibia dengan warden sebab selalu fly. Kita tinggu dia…” Rafael mengangguk. Memang dia perlukan seseorang untuk membuang jinnya daripada terus berdamping. Rafael takut semakin ramai pula yang menjadi mangsa. Cikgu Romei hampir dibunuh oleh Endai.

((((((((((((((((((((((((((

Ustaz Zahazan datang dengan pembantunya hampir pukul 6.15 petang. Apabila datang Cikgu Romei dan Ustaz Zahazan berpelukan. Kemudian Cikgu Romei menyuruh Rafael menceritakan apa yang terjadi. Selepas Maghrib Ustaz Zahazan dn pembantunya mengikuti Rafael balik ke rumah. Kereta Ustaz Zahazan ditinggalkan di hospital. Usatz Zahazan dan pembantunya menaiki kereta Rafael. Di dalam kereta Ustaz Zahazan dan pembantunya berzikir dan membaca ayat-ayat Rukyah yang panjang.

“Entah kenapa saya rasa seperti apa yang kita akan hadapi ini bukan calang-calang jin. Mungkin lebih hebat daripada yang saya pernah hadapi. Saya dapat rasakan bahawa seseorang yang pandai bersilat perlu ada semasa kita berhadapan dengan jin itu,” kata Ustaz Zahazan tiba-tiba setelah habis membaca ayat-ayat Rukyah.

“Maksud Ustaz?”

“Seperti cerita cikgu tadi. Jin ini telah berdamping sejak pembunuhan Birch. Nama jin itu Panglima Endai… saya dapat rasakan jin itu sudah tahu kedatangan kita dan sudah merasuk seseorang. Dia mahu menunjukkan kepakarannya bersilat… dan saya bukanlah orang yang lawak walaupun saya ada belajar silat. Ada tak orang yang di kampung itu mempelajari ilmu silat orang-orang terdahulu,” Rafael terdiam dan berfikir…

“Saya rasa ada ustaz. Namanya Osman… anak saudara penghulu juga. Keturunan Panglima Badar… diapun pernah berlawanan dengan Endai. Tapi masalahnya ilmunya sudah lama tidak dipraktikkan,”

“Jadilah daripada tiada… kalau terpaksa saya boleh membantu. Tetapi seperti yang kata tadi… ilmu saya sangat sedikit. Saya tidak sampai tali pinggang hitampun,”

“Insya Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.”

((((((((((((((((((((((((

Rafael memandu keretanya singgah di rumah penghulu dahulu. Niat di hati mahu mengambil kunci rumah yang diambil petang tadi oleh Tok Penghulu… dari jauh Rafael melihat ada beberapa motorsikal diparkir di halaman rumah Tok Penghulu.

“Ish! Kenapa ramai orang pula ni?” tanya Rafael kepada Ustaz Zahazan. Setelah kereta diparkir… Rafael dan Ustaz Zahazan keluar daripada kereta diuruti oleh pembantunya. Osman dan Mail yang duduk melepak sambil menghisap rokok mendapatkan Cikgu Rafael dan mereka bersalaman.

“Kenapa ramai orang ini Mail?” tanya Rafael semasa bersalaman.

“Tok Ketua hilang cikgu. Dari Tengahari tadi Tok Penghulu tak nampak batang hidung. Tadi Tok Ketua kata nak pi pekan ambil duit pencen. Nak beli barang sikit. Janji pukul 3 nak ambil isteri Tok Ketua di rumah makcik Senah pot pet. Sampai pukul 5 tak datang-datang. Isteri diapun baliklah ke rumah. Tengok-tengok sampai Maghrib pun tak balik. Kami disuruhnya cari di kebun.. ke kedai. Tiada juga. Eh! Ini Ustaz Zahazankan?” tanyanya apabila bersalaman dengan Ustaz Zahazan.

“Iya saya. Saya Ustaz Zahazan,”

“Saya memang minat Ustaz. Cara Ustaz mengubati penyakit… memang power. Lagi saya berminat apabila Ustaz bercakap dengan jin yang merasuk orang. Betul ke Ustaz pernah masuk ke alam Bunian?” tanya Mail.

“Saya pernah masuk… nanti di waktu lain saya ceritakan. Saya ada urusan yang penting perlu diselesaikan,” jawab Ustaz Zahazan.

“Mail dan Osman… memandangkan kamu ada di sini. Saya hendak mengajak kamu ke rumah saya. Saya rasa Tok Penghulu ada di rumah saya.”

“Kenapa pula Tok Ketua ada di rumah cikgu?”

“Mungkin pasal peti yang kita jumpa malam semalam.”

“Adakah Tok Ketua mahu mengambil emas yang ada di dalam peti tersebut?”

“Kita bersangka baik Mail. Mungkin Tok Penghulu mahu melihat apakah isi di dalam peti tersebut,”

“Baiklah… cikgu pergi dahulu… saya pergi dengan Osman naik motor,” Rafael mengangguk dan masuk di dalam kereta diikuti oleh Ustaz Zahazan dan juga pembantunya. Rafael juga tertanya-tanya di dalam hati kenapa pembantu Ustaz Zahazan senyap sahaja sejak dari hospital tadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.