FAIQ merenung benang-benang kait
yang tersusun di hadapannya. Meriah! Ada
banyak warna untuk dipilih tetapi dia keliru kini untuk menyatukan warna-warna bagi
menghasilkan produk baby beanie.
Itupun
setelah dia mengambil pertimbangan yang agak lama kerana kebanyakan kliennya
bertanya soalan yang sama. Bila nak buat produk untuk bayi?
Setakat
ini Faiq hanya mengambil tempahan kecil-kecilan. Namun, baru kini dia mahu
melancarkan secara rasminya set beanie dan boot. Matching set!
Lelaki
itu mengeluh kecil. Kan
bagus kalau dia ada kawan untuk sama-sama membantu? Ataupun dengan kata lain,
tolong pilih warna yang sesuai dan juga tolong pos. Tak adalah dia berkejaran
hampir setiap hari untuk menghantar pos kepada klien.
Ah,
tak guna merungut, bisik hati kecilnya. Inilah padah daripada bisnes suka-suka,
terus jadi bisnes serius. Faiq semakin keliru untuk memilih warna. Haruskah aku
bertanya kepada sesiapa? Shahmi? Isk, buat apa! Dah tu, Eryna? Lagilah tak
logik.
Mereka
berdua tu satu pejabat. Nanti mesti tanya
untuk apa. Takkan aku nak kata untuk projek baru yang mereka sendiri tak tahu?
Hmm, Zulaikha? Faiq berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
“Yes
boss!” Suara Zulaikha kedengaran di hujung talian.
“Assalamua’laikum.”
“Ops!
Wa’alaikumsalam Encik Faiq. Ya, ada apa yang boleh saya bantu?” soal Zulaikha
seraya menyambung tawanya.
“Awak
tengah sibuk ke?” soal Faiq.
“Tak.
Kenapa?”
“Saya
nak tanya awak sikit. Yelah, perempuan ni taste dia lain sikit daripada
lelaki.”
Zulaikha
terdiam sekejap di hujung talian. “Taste apa?”
Faiq
tergelak. “Saya nak minta cadangan awak. Emm, ada satu majlis cukur jambul bayi
ni. Saya tak biasa handle. Dia orang
nak kami proposed, jadi saya nak pilih warna lembut sebagai latar
belakang buaian. Selalunya warna macam mana eh yang okey pada awak untuk majlis
macam ni?”
“Oh…
untuk baby ya?”
“Ha’ah.”
“Emm…
Kalau dulu masa saya di Dublin,
banyak parents suka warna baby blue atau warna yang
lembut-lembut. Mungkin awak boleh cuba gabungkan kain yang berwarna peach,
putih dan baby blueatau light green.”
“Hah,
ataupun gabungan merah jambu dan turqoise pun cantik. Buaian awak hias
dengan warna putih dan bunga-bunga kecil warna ungu lembut yang satu nada
dengan merah jambu.”
Baru
saja Faiq nak membalas, Zulaikha menyambung lagi, “itu kalau nak warna yang soft.
Mungkin awak boleh bagi cadangan untuk warna yang lebih klasik. Contohnya guna
kain satin warna maroongelap
dan putih. Lepas tu ada sikit-sikit bunga warna kuning keemasan.”
Sambil
bercakap di telefon, Faiq mengambil contoh-contoh warna benang kait yang
disarankan oleh Zulaikha lalu mengumpulkannya di sudut penjuru katilnya.
Dia
tersenyum lebar. “Hmm, okey juga. Pandai betul awak pilih warna.”
Zulaikha
ketawa. “Awak ni, saya dulukan handle untuk bahagian fotografi kanak-kanak. Adalah sikit-sikit ilmu.”
Faiq
berpuas hati walaupun terpaksa menipu sedikit. “Terima kasih banyak Ju. Hilang
terus migrain saya.”
“Tak
ada hal. Okey aje. Yang awak ni dah jam sebelas malam fikir pasal kerja lagi
buat apa?”
“Emm,
klien nak urgent.”
“Isy,
lain kali minta tangguh sikitlah. Klien tu memanglah kita kena jaga hati tapi
awak pun kenalah fikirkan hal pekerja-pekerja awak yang lain. Nanti kalau dia orang asyik buat overtime, mesti dia orang lari.”
Faiq
ketawa. “Awak ni marahkan saya ke atau awak nak marah Mr George yang selalu tak
ingat masa untuk berhenti rehat tu?”
“Err…
Iya juga,” ujar Zulaikha lalu tergelak.
“Eh,
awak tengah buat apa tak tidur lagi ni?” Faiq menyoal seraya membaringkan diri
di atas katil.
Tiba-tiba
saja malasnya datang bertandang. Rasa seronok pula nak berbual dengan Zulaikha
di telefon. Selalunya hanya berbalas mesej menggunakan aplikasi WhatsApp.
**********************************************
AKU memikirkan jawapan yang tepat
untuk diberikan kepada Faiq yang bertanya. Nak cakap aku tengah buat apa
sekarang eh? Termenung teringat boyfriendlama, boleh tak?
“Layan
perasaan.” Aku berkata ringkas seraya menghempaskan diri di atas katil setelah
menyepak kotak
besar berisi kenangan aku dan Amsyar ke tepi meja tulis.
“Tension
kerja ke?”
“Tak
juga.”
“Habis
tu?”
Suara
Faiq kedengaran sayup-sayup saja. Keheningan malam ini pula menambahkan rasa
syahdu di hati. Ini kalau cerita pada Faiq ni, gerenti boleh leleh air mata.
“Teringat…”
“Boyfriend
lama?”
Pergh!
Terkedu aku mendengarnya.
Faiq ni macam tahu-tahu aje. Apa patut aku buat sekarang? Mengaku?
“Awak
ni kan…”
“Betullah
tu.” Faiq cepat-cepat menjawab.
Aku
mengiringkan tubuh ke kanan
lalu mendakap bantal kecil ke dada sambil membiarkan telefon bimbit berada di
telinga kiri. “Mana awak tahu?”
“Perempuan.
Kalau malam aje mesti teringat kisah lama. Alah, saya faham sangat.”
“Ouh,
awak mesti ramai kawan perempuan, kan?”
Aku mengacahnya.
Faiq
ketawa. “Tak juga tapi saya banyak membaca. Awak tak payah fikir pasal perkara
yang dah lepas. Bukannya awak boleh bawa sampai bila-bila. Kenangan tu semua
hanya akan menyekat laluan awak untuk bergembira atau memulakan hidup baru.”
“Saya
tahu tapi…”
“Shahmi
tu bukan jodoh awak. Jangan risaulah, awak akan dapat lebih baik. Hilangkan dia
dari ingatan.”
Aku
melopong apabila mendengar
nama Shahmi sebelum ketawa berdekah-dekah. Mesti Faiq ingat aku dah gila.
“Oits!
Apa pasal gelak
pula? Saya tengah cakap serius, awak boleh ketawa.” Faiq berkata dengan kuat.
“Suka-suka
aje awak serkap jarang, kan?
Bukannya Shahmi!” tingkah aku lalu menggolekkan badan semula menghadap ke
siling.
“Aik?
Oh, banyak boyfriend rupanya awak ni,” usik Faiq.
Aku
tergelak lagi. Susah
betul cakap dengan lelaki ni. Ada
aje agendanya nak mengusik aku. Sambil meletakkan tangan kanan
di atas dahi, aku mendengar
omelannya lagi.
“Okeylah,
tak kisahlah ex-boyfriend awak yang mana satu, janji benda tu kenangan
lama. Cuma kalau dia datang balik, err tu saya tak boleh nak nasihatlah. Sebab
perasaan tu awak saja yang tahu,” ujar Faiq.
Aku
mengeluh kecil. Patut ke aku cerita? Mungkin sebagai lelaki, dia lebih tahu.
Lagipun, dia bukannya kenal Amsyar. Boleh juga aku tanya pendapatnya daripada
sudut seorang lelaki.
“Saya
nak tanya awaklah. Kalau seseorang lelaki tu tinggalkan kita begitu saja
selepas lama bercinta, lelaki tu memang tak suka kita ke atau saja nak menguji?”
Aku menyoal.
Faiq
terdiam seketika. “Dah lama ke dia menyepi?”
“Emm…
Adalah dalam empat
tahun.”
“Lamanya!
Lepas break
up tu, ada dia cari awak?”
Soalan
Faiq membuatkan hati aku jadi sayu. “Tak ada…”
“Jadi…”
“Emm…”
“Ju,
awak sendiri tahu jawapannya, kan?”
Aku
mengetap bibir. Rasa nak lari daripada terpaksa mengakui hakikat itu.
“Entahlah. Masalahnya kami tak ada masalah. Dia minta putus macam tu aje. Lepas
tu langsung saya tak dengar cerita. Bila saya cari dia, semua orang tak tahu ke mana dia pergi.”
“Ju,
sikap seorang lelaki itu berbeza tapi kebanyakannya lebih suka sembunyikan
perasaan mereka atau merahsiakan beberapa perkara yang dirasakannya tidak
penting.”
Aku
menarik nafas panjang dan cuba
mendengar pendapat Faiq. Mungkin ada baiknya aku
cuba
menuruti nasihatnya.
“Dah
lama awak bercinta dengan lelaki tu?”
“Hmm,
lama. Dalam enam tahun.”
“Lama
tu.”
“Itulah…”
“Awak
balik sini, tak nak cari dia semula ke?”
Ayat
Faiq membuatkan aku terkedu. Rasanya dah banyak kali aku berjanji pada diri
sendiri supaya melupakan Amsyar yang tidak pernah cuba mencari aku lagi.
“Saya
rasa tak.”
“Tapi
awak masih ingat dia lagi.”
Aku
mengeluh berat. “Manalah saya tak ingat Faiq, jam dua belas tengah hari kami
masih mesej bersayang-sayang, jam enam petang dia minta putus dan terus
menghilangkan diri sampai sekarang. Awak rasa tak apa yang saya rasa?”
“Ju…”
Tanpa
sedar, air mata aku deras mengalir. Masih jelas di ingatan, mesej itu
membuatkan dunia aku gelap
gelita. Puas aku telefon dan mesej Amsyar selepas itu tetapi dia langsung tidak
memberikan sebarang jawapan.
“Jangan
menangis Ju. Awak kena kuat. Saya pasti dia ada alasannya yang tersendiri. Anggap
saja dia berlalu dari hidup awak kerana ALLAH
mahu memberikan awak orang
yang lebih baik walaupun pada awak, dia sudah hampir sempurna,” nasihat Faiq
dengan lembut.
“Sampai
sekarang saya tak tahu apa salah saya,” ujar aku sambil menahan tangisan.
“Kadang-kadang
tidak mengetahui sesuatu itu lebih baik Ju. Kalau kebenaran itu muncul depan
mata, bimbang hati kita tidak dapat menerimanya.” Faiq berkata lagi dengan
perlahan.
Ayatnya
yang terakhir berulang-ulang di minda. Mungkin benar kata Faiq, kebenaran itu
kadang-kala menyakitkan. Aku tidak tahu sama ada kehilangan Amsyar secara
tiba-tiba itu memberikan aku kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya.
Sesungguhnya tiada yang lebih mengetahui daripada DIA Yang Maha Esa.