Home Novel Komedi/Romantik Komedi Jual Beli Cinta (Saat Kau Pilih Aku)
Jual Beli Cinta (Saat Kau Pilih Aku)
Weeda Airiza
5/3/2015 11:22:28
193,984
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 18

PECAH ketawa aku apabila Mr George mengangkat Cherry, jurusolek yang berperwatakan lembut itu keluar dari studio. Menjerit-jerit Cherry dibuatnya. Nah, terus keluar suara jantan!

Rayyan pula berdekah-dekah ketawa. Itulah, siapa suruh mengganggu lagi Mr George semasa dia sedang bekerja? Kata Rayyan, hanya Cherry atau nama sebenarnya Sabri saja yang tidak tahu takut dengan Mr George.

Anyone wants me to do the same way toCherry?” Mr George muncul kembali sambil berseloroh.

Me! Again! Again!

Terburai ketawa semua orang yang ada di studio apabila Cherry muncul kembali di sisi Mr George sambil melompat-lompat sebelum akhirnya berlari keluar semula. Mr George menepuk dahinya sebelum mengambil semula kamera yang terdampar di atas meja berdekatan.

Aku menggelengkan kepala sambil menahan ketawa. Sebetulnya assignments aku di studio sebelah telahpun tamat. Senang apabila bersua muka dengan model yang fotogenik dan tidak banyak karenah.

Wajah lawa, dengar kata, pandai posingdan fotogenik. Cukup untuk membuatkan jurufoto menarik nafas lega. Kebetulan Rayyan ada di studio sini, jadi aku ambil keputusan sekejap untuk melihat cara Mr George bekerja.

“Kau tak pergi makan ke?” soal Rayyan setelah kembali duduk di hadapan meja solek.

Elaine, gadis berbangsa Eurasian yang juga seorang stylistitu segera menatarias wajah Rayyan. Aku pula masih duduk di meja solek sebelah lagi sambil menyilangkan tangan.

“Kejap lagilah,” ujar aku dan sempat pula menjeling jam dinding yang menghampiri angka satu.

“You nak keluar makan kat mana?” soal Elaine.

“Bistro sebelah ni aje kot.” Aku menjawab sambil membetulkan shawl di hadapan cermin besar.

“Alah, situ lagi ke?” Elaine bertanya lagi sambil tergelak.

“Kenapa?”

Rayyan turut sama ketawa. “Dia belum bosan lagi tu Elaine. Tunggulah sebulan lagi.”

“Kenapa?” Aku bertanya lagi.

“Kami dah tak larat makan situ. Nak cuba tempat lain jauh pula,” ujar Elaine sambil tersengih.

Aku tersenyum. “Sekarang ni bolehlah. Silap-silap tak lama lagi I bawa bekal aje.”

“Eleh, rajin sangat nak masak!” usik Rayyan.

“Ah, kau mana tahu!” Aku berpura-pura menumbuk bahunya.

“Okeylah. Ria pun Rialah! I nak minta tolong you tapaukan, boleh? Spageti Chicken Carbonara.” Elaine berkata. Dia menggoncangkan spray rambut sebelum disemburnya ke rambut Rayyan yang sudah dirias.

Aku melihat saja perlakuannya. Kadang-kadang seronok juga tengok stylist ini. Sentuhan mereka adakalanya seperti magic. Yang tak lawa pun boleh jadi lawa. Yang lawa lagilah bertambah lawanya.

“Siapa yang nak pergi tapau tu? I pun nak!” Mr George tiba-tiba bersuara.

“I pun! I pun!”

Melopong aku mendengar suara beberapa orang krew pengambaran saling bersahutan. Elaine dan Rayyan pula sudah tergelak.

“Tulis, tulis! Nanti I lupa. Lepas tu, no money no talk!” Aku berseloroh sambil menjerit.

Tersengih-sengih aku melihat mereka menulis pesanan masing-masing di dalam sebuah buku nota kecil yang diberikan oleh salah seorang krew di situ. Aku bersyukur kerana mereka semua di sini sangat baik dan saling membantu.

*******************************************************************

“EH, Ju!” Aku mengangkat muka apabila melihat kerusi di hadapan aku ditarik.

“Oh, Encik Faiq.”

“Hisy. Tak payahlah nak berencik sangat. Faiq sudah,” kata lelaki itu sambil tersengih sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Aku ketawa kecil. “Baru nak makan ke?”

“Sibuk,” ujarnya sambil membelek menu.

Big boss macam tulah.”

“Yang awak ni lunchseorang saja kenapa?”

Aku tersenyum kecil. Lunch memang seorang. Cuba kau tengok kejap lagi pesanan aku banyak mana. Mahu terbuntang biji mata. Sekarang ni pun aku tengah fikir siapa yang nak jadi mangsa aku untuk tolong bawa bekalan makanan sepuluh orang kejap lagi naik ke atas studio.

“Semua sibuk.” Akhirnya aku menjawab ringkas.

“Fashion Queen kalau tak busy memang tak sah.”

“Tahu tak apa.”

“Ray ada datang?”

Aku mengangguk. “Ada kat atas. Tengah shooting.”

“Ju…”

“Oh, cop. Saya lupa nak tanya. Macam mana awak boleh panggil saya Juju?” Aku terus bertanya sambil menyuap kuey teow kungfu yang sudah semakin tinggal sedikit.

Faiq tersengih. “Saya dengar Ray panggil. To tell you the truth,Juju suits you better thanIka.”

Why?”

“Juju nampak lembut. Ika bunyi macam ganas.”

Aku terus tergelak sebelum berkata, “well, luar saja awak nampak saya lembut. Dalaman saya ganas.”

“Ganas? Iya ke?” Faiq mengerling perlahan sambil tersenyum.

Alamak, salah ke ayat aku tadi? Aku segera mengetap bibir kerana baru tersedar kemungkinan Faiq salah tafsir maksud keganasan ayat aku tadi. Adus!

“Juju, awak dah kahwin ke?”

Pergh! Mujur tak tersedak aku dibuatnya. Aku mencapai tisu lalu menyapu air suam yang tertumpah di dagu akibat terkejut mendengar kata-katanya.

“Kahwin?” Aku menyoal lagi, bimbang tersalah dengar.

Faiq mengangguk dengan wajah yang selamba. Berani betul dia tanya, fikir aku. Lama aku melihat Faiq yang sangat kasual berkemeja lengan panjang yang disingsing ke siku dan berseluar slack hitam itu sebelum memberikan jawapan.

Aku menggelengkan kepala. “Awak?”

“Bujang juga,” jawabnya dengan tenang.

Aku mengerutkan dahi kerana terfikir mengapa aku harus bertanya soalan yang sama kepadanya? Pelik betul. Walhal kalau dia dah kahwin ke atau belum, bukan ada kena mengena dengan aku pun.

“Saya tak percaya perkahwinan.”

Ayatnya menyebabkan aku membulatkan mata. “Maksud awak?”

Kami terdiam seketika apabila pelayan menghantar jus epal hijau yang dipesan. Aku cuba mengagak di dalam hati. Mungkin Faiq pernah dilukai oleh perempuan lain sehingga menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Boleh jadi juga. Ataupun mungkinkah dia…

No. Obviously I’m not gay!”

What?! Tersentap aku apabila Faiq seolah-olah memberikan jawapan terhadap apa yang aku fikirkan. Mak aih, punyalah berterus-terang! Nasib baiklah kiri dan kanan aku ni tak ada orang.

I’m not saying that…” Aku berkata dengan wajah yang merah padam.

Faiq tersenyum tanpa menjawab. Seketika kemudian, telefonnya berbunyi nyaring. Faiq segera menjawab. Manakala aku pula mengerling ke arah dapur untuk melihat jikalau pesanan aku sudah siap.

“Aku ada di bawah. Kau dah sampai? Hah, jumpa sini dululah.”

Aku pasti Faiq mahu menemui seseorang. Setelah meletakkan telefon bimbitnya, dia berpaling ke arah luar Bistro Ria. Mata aku terus tertancap ke arah seseorang yang amat aku kenali!

“Assalamua’laikum,” ujarnya kepada kami.

“Wa’alaikumsalam. Duduklah dulu. Ju, ini kawan saya Razif. Tak apa eh dia duduk sini?” kata Faiq.

Aku pula tergamam tanpa menjawab. Mr Chipsmore! Tolong! Mr Chipsmore aku kat depan mata! Rayyan! Ray! Mana Ray?! Aku dah tak tentu arah dibuatnya.

“Ju…”

“Oh, hah… Tak apa. Duduklah. Lagipun sekejap lagi saya nak naik studio semula.” Aku berkata dengan perasaan gemuruh.

Razif terus duduk di sebelah Faiq sambil tersenyum. Nak saja aku terus tanya, siapa kau? Dari mana kau datang? Kau kenal aku ke selama ni? Kat mana kita pernah jumpa?

“Razif ni kawan saya masa di universiti dulu. Ju ni kerja kat bangunan sebelah.” Faiq memperkenalkan kami berdua.

Aku hanya mengangguk perlahan. Segalanya berlaku begitu pantas. Balik saja Malaysia, jumpa Mr Chipsmore. Lepas tu jumpa Shahmi. Lepas tu dapat kawan baru, Faiq. Lepas tu kerja. Lepas ni apa pula?!

“Siapa nama penuh awak Ju?” Razif tiba-tiba bertanya tatkala Faiq bangun untuk ke tandas.

“Saya… Saya… Emm, Airin. Airin Zulaikha Shane.” Aku menjawab dan kemudian menarik nafas panjang.

Bertenang Ju! Bertenang! Yang kau gelabah tak tentu pasal ni kenapa? Perlukah aku bertanya sekarang tentang isu kami yang misteri? Mengapa kami jumpa sekali setiap tahun dan dia seolah-olah telah mengenali aku selama ini?

“Awak tinggal di mana?” Aku segera bertanya.

“Damansara.”

Fikiran aku melayang. Tak pernah pula aku tinggal di situ dan tak pernah pula aku ada urusan di sana. Kat mana kita berjumpa agaknya.

“Awak macam familiar sangat pada saya.” Akhirnya aku berkata.

Razif tersenyum. “Awak pun sama.”

Terus buntu aku nak bertanya bila dia berikan jawapan ringkas macam tu. Baru saja aku nak bersuara, pelayan datang membawa pesanan.

“Orang pesan.” Aku terus berkata kepada Razif yang mengerutkan dahinya.

“Banyaknya!” Faiq muncul sambil membeliakkan mata.

“Hah, dah alang-alang ni kan, apa kata awak tolong saya bawa sekejap naik ke studio?” Tanpa berlengah, aku meminta bantuan Faiq.

Mujurlah lelaki itu hanya mengangguk dan tidak bertanya apa-apa. Aku memberikan senyuman buat Razif dan terus berlalu dengan debaran hati yang kencang.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.