Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU TANPAMU
Bab 41


“Chinta benci mama?” soal Puan Hasna dengan perasaan sebak. Chinta menggeleng pantas.

“Tak mama. Chinta tak pernah benci mama. Maafkan Chinta kalau keputusan Chinta dah kecewakan mama. Tapi Chinta dah nekad ma. Chinta janji akan selalu call mama biarpun Chinta dah jauh kat sana. Kalau Chinta ada masa, mungkin Chinta akan datang lawat mama kat sini,” balas Chinta dengan senyuman.

“Janji?” soal Puan Hasna dengan sayu. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menahan wanita itu kembali ke Sabah. Namun apabila memikirkan kesilapan yang dilakukan oleh Adam, dia mula tidak yakin untuk memujuk Chinta.

“Mama dan papa jaga diri. Chinta tak risau sangat tinggalkan mama dan papa sebab ada Bella dan Elis tolong jaga untuk Chinta. Ma, memang Chinta marah kat Adam. Chinta geram kat Adam sebab terlalu cepat buat keputusan. Tapi, Chinta akui yang tak selamanya Chinta boleh bencikan dia. Mama pun tahu Chinta sayang sangat kat Adam. Apa yang Chinta cuba nak sampaikan sini, Chinta dah maafkan Adam. Oleh tu, Chinta mohon pada mama dan papa supaya maafkan Adam. Tak ada manusia yang terlepas dari kesilapan. Kita semua manusia biasa. Tolong maafkan Adam dan terima Adam semula,” pinta Chinta separuh memujuk. Puan Hasna mengeluh berat.

“Mama, janji dengan Chinta,” ulang Chinta sekali lagi. Puan Hasna mengangguk lambat.

“Chinta masih sayangkan Adam?” soalnya ingin tahu perasaan sebenar wanita itu. Chinta tersenyum.

“Sayang? Mungkin ya. Tapi sayang tu tak seperti dulu lagi. Adam suami yang baik, ma. Sayangnya jodoh kami tak panjang. Walaupun sekejap, Chinta bahagia dengan Adam. Apa yang berlaku antara kami adalah satu pengajaran buat Chinta,” balasnya.

“Terima kasih sebab pernah sayangkan anak mama,” ucap Puan Hasna ikhlas bercampur sebak. Chinta mengangguk dengan senyuman manis.

“Terima kasih juga sebab terima Chinta sebagai menantu dan anak mama. Chinta sayang mama,” balasnya sambil menggenggam erat jemari wanita itu. Puan Hasna tersenyum membalas genggaman tangan Chinta.

“Mama jangan sedih lagi,” pinta Chinta. Puan Hasna mengangguk. Dia redha andai memang tidak tertulis jodoh wanita itu dengan Adam.

“Jangan lupa janji Chinta untuk hubungi mama,” pesannya mahu mengingatkan wanita itu lagi. Chinta mengangguk dengan senyuman.

                                  *****

Adam masih memandang telefon bimbitnya. Dia agak serba salah untuk menghubungi wanita itu. Adam menarik nafas dalam sebelum menekan nombor Chinta. Dia tahu jika dia tidak menghubungi wanita itu saat ini, pasti dia akan kecewa nanti. Agak lama menunggu, akhirnya panggilannya bersambut.

“Hai,” ucapnya agak kalut sebentar mendengar suara wanita itu memberi salam. Chinta di talian sebelah masih membisu menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut lelaki itu.

“I don’t know. Rasa bersalah ni saya akan bawa sampai hujung nyawa. I’m sorry again,” ucap Adam dengan nada perlahan.

“Adam,.”

“No, Chinta. I’m really sorry,” pintas Adam dengan perasaan sebak. Chinta menarik nafas dalam.

“It’s okay. Saya dah maafkan awak. Saya tak salahkan awak dengan apa yang berlaku. Semuanya dah tertulis. Kita kena teruskan hidup Adam. Jangan biarkan masa lalu tu menghalang awak. Sama-sama kita mulakan hidup baru,” balasnya panjang lebar. Chinta sebenarnya tidak tahu adakah dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya itu. Namun apa yang dia pasti, dia akan mulakan hidup baru tanpa lelaki itu lagi. Dia kena kuat dan yakin dengan dirinya.

“Awak isteri yang baik. Jujur saya menyesal dengan keputusan bodoh yang saya dah buat. Kalau lah masa boleh diundurkan semula. Saya tak akan sesekali lepaskan awak,” kata Adam dengan nada kesal. Chinta hanya tersenyum hambar. Kata-kata lelaki itu mengandungi maksud yang memang sudah dijangkanya. Namun dia sudah nekad.

“Terima kasih Adam. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Assalamualaikum,” ucap Chinta sebelum memutuskan talian. Dia mengeluh perlahan. Cukup hatinya terluka. Dia sudah penat. Adam melepaskan keluhan berat.

Abang juga doakan yang terbaik untuk Chinta.

                                  *****

Lara tersenyum membalas pandangan Bella.

“Maafkan aku untuk segala-galanya,” ucapnya dengan perasaan sebak. Bella hanya tersenyum sambil memeluk wanita itu. Rasya turut tersenyum memandang kedua-duanya.

“Aku dah lama maafkan kau. Kau menetap kat sana?” soal Bella sambil melepaskan pelukannya. Lara mengangguk dengan senyuman.

“Sepatutnya dua minggu lepas aku dah berangkat. Tapi aku tepaksa tangguh dulu sebab nak selesaikan urusan aku dan Khai,” beritahunya.

“Macam mana dengan Kira?” celah Rasya.

“Aku akan beritahu dia bila dah besar nanti. Sekarang ni dia masih tak faham apa yang berlaku antara aku dan Khai,” balas Lara dengan senyuman hambar.

“Kau kena kuat demi Kira,” nasihat Bella sambil mengelus lembut bahu temannya itu. Apa yang dilalui oleh wanita itu lebih berat dugaannya berbanding apa yang telah di laluinya semasa bersama Khairul.

“Aku pun minta maaf kalau selama ni aku agak kasar dengan kau,” celah Rasya pula. Lara mengangguk tersenyum.

“Aku faham kenapa kau marahkan aku. Aku tak kisah, Ras. Aku tahu memang patut aku dipersalahkan. Selepas kembali ke sini, aku sebenarnya malu nak jumpa korang berdua lagi,” beritahunya jujur. Bella tersenyum.

“Tak usah kenang masa lalu. Kita kena mulakan hidup baru tanpa bayangan masa lalu. Kau dan Kira jaga diri kat sana. Kau jangan pula lupa kami kat sini,” balasnya. Lara mengangguk dengan perasaan sebak. Dia tidak menyangka yang wanita itu masih boleh menerima dirinya setelah apa yang sudah dia lakukan.

“Jaga diri,” celah Rasya dengan senyuman.

“Terima kasih sebab masih sayangkan aku,” balasnya dengan perasaan terharu. Bella dan Rasya hanya tersenyum.

                                    *****

Chinta memeluk erat tubuh Delisya.

“Sampai hati kau,” kata Delisya sambil mengesat air matanya. Chinta hanya tergelak kecil. Hanya Delisya dan Marwah yang menghantarnya hari ini. Bella tidak dapat menyertai mereka kerana kurang sihat. Chinta sengaja tidak memberitahu Puan Hasna mengenai pemergiannya hari ini. Dia risau akan reaksi wanita itu nanti.

“Kirim salam pada mama dan Bella. Jaga diri,” balas Chinta.

“Kau yang patut jaga diri kat sana. Kau jangan lupa kami pula kat sini,” kata Delisya dengan kening berkerut.

“Aku tak akan pernah lupa Elis. Aku akan ingat selama-lamanya,” balas Chinta dalam penuh makna. Delisya mengeluh perlahan. Dia faham maksud wanita itu.

“Jangan lupa call aku kalau dah sampai kat sana,” celah Marwah yang hanya memerhati sedari tadi.

“Baik bos,” gurau Chinta. Marwah hanya tersenyum hambar. Sudah lama dia berkawan dengan wanita itu. Dia menjadi saksi setiap pahit manis yang dilalui oleh Chinta. Walaupun tidak bersetuju dengan keputusan Chinta namun dia terpaksa akur apabila mengingatkan sebab mengapa sahabatnya itu mengambil keputusan drastik tersebut.

“Aku pergi dulu,” balas Chinta sambil memeluk Delisya. Dia beralih pula memeluk Marwah.

“Jumpa lagi,” balas Marwah dengan penuh harapan. Chinta hanya tersenyum sebelum berlalu pergi. Kelu lidah Delisya memandang langkah wanita itu.

“Jom balik,” ajak Marwah apabila melihat Delisya yang masih leka memandang laluan yang telah kosong. Kelibat Chinta sudah lama menghilang. Delisya akhirnya akur dalam terpaksa.

                                    *****

“Sampai hati Chinta tak beritahu nak jalan,” kata Nazri dengan keluhan.

“Bukan kau aje yang tak tahu. Puan Hasna pun tak tahu. Adam aku tak cakap lah,” balas Marwah sambil bersandar tenang pada kerusinya.

“Chinta dah tukar nombor? Aku call banyak kali tapi tak dapat,” tanya Nazri ingin tahu.

“Sebelum balik hari tu memang dia ada beritahu nak tukar. Dia kata akan call aku sendiri. Tapi dah hampir tiga hari aku tunggu. Tak ada pula dia call aku,” jawab Marwah sambil turut mengeluh. Sukar dia meneka apa yang difikirkan oleh teman baiknya itu.

“Adam tak patut buat Chinta macam tu,” rungut Nazri.

“Dalam sangat luka hati Chinta tu. Sebelum ni dia tak pernah buat perangai macam ni,” kata Marwah.

“Kalau Chinta dah call jangan lupa beritahu aku,” pesan Nazri.

“Kenapa? Nak cuba nasib lagi? Cukup lah Naz. Kau pun tak lama lagi nak jadi tunang orang. Aku jujur tak nak kau kembali lagi pada Chinta,” balas Marwah tanpa bertapis lagi. Nazri tergelak kecil.

“Kau jangan risau. Aku dah move on. Lagipun aku memang tak layak untuk wanita sebaik Chinta. One more thing, aku tak jadi tunang,” beritahu Nazri dengan senyuman hambar.

“What? Kenapa? Kau ni biar betul?” soal Marwah bertalu. Dia memang terkejut kerana seingatnya lelaki itu ada memberitahu akan bertunang dengan gadis pilihannya.

“Dia tak suka Naufal. Dia cuma suka kat aku. Aku tak akan kahwin dengan sesiapa selagi dia tak mampu terima Naufal. Aku dah serik,” balas Nazri dengan nada tegas. Marwah hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia malas hendak mencampuri urusan lelaki itu.

                                  *****

Adam mengeluh perlahan. Agak lama dia merenung rumah yang dulu didiami bersama Chinta. Kini rumah itu telah kosong dan sunyi seperti hatinya. Tidak ada perkara yang paling dikesalinya selain daripada melepaskan wanita itu. Dia menyesal. Jujur dia menyesal dengan tindakannya. Namun semuanya sudah terlambat. Chinta sudah terlalu jauh meninggalkannya. Dia tidak salahkan wanita itu. Memang salah dirinya yang bodoh terlalu mengikut perasaan. Adam mengeluh lagi. Dia memandang telefon bimbitnya yang berbunyi. Nama ibunya jelas terpampang pada skrin.

“Assalamualaikum mama,” ucapnya selepas menekan punat hijau.

“Waalaikumsalam. Malam ni Adam makan malam kat rumah. Papa nak jumpa Adam,” beritahu Puan Hasna separuh mengarah.

“Okay mama,” balas Adam dengan nada perlahan. Kedengaran Puan Hasna mengeluh di talian sebelah.

“Kamu masih pergi tempat tu?” soal Puan Hasna seperti tahu dimana Adam sedang berada. Adam terdiam mendengar soalan ibunya itu.

“Tak ada gunanya kamu nak menyesal Adam. Sudah terlambat. Mama nak kamu fokus pada Elis dan Bella sekarang ni. Tak payah nak sedih dengan apa yang berlaku. Kamu sendiri yang lepaskan dia,” sambung Puan Hasna jelas menyindir. Adam hanya tersenyum pahit.

“Adam nak drive ni. Jumpa sekejap lagi mama,” katanya sebelum mengucap salam. Memang patut semua orang menyalahkan dirinya.

Kau bodoh Adam!

                                  *****

Nazri menggengam erat telefon bimbitnya.

“Sampai hati awak tak beritahu saya masa jalan hari tu. Kalau saya tak pujuk Marwah, saya mungkin tak dapat nombor awak ni,” katanya separuh merungut. Chinta hanya tersenyum kecil. Sudah sebulan berlalu baru dia tergerak hati untuk menghubungi Marwah. Dia menukar nombor selepas kembali ke Sabah.

“Maaf sebab tak beritahu. Naufal sihat?” soalnya sengaja mengubah topik.

“Ya, dia sihat aje. Cuma sekali sekala dia teringin nak jumpa awak. Saya beritahu dia yang awak dah balik kampung. Merungut budak tu. Sekarang dia tak dapat keluar dengan Bella sebab keadaan Bella yang tak mengizinkan,” jawab Nazri.

“Nanti ada masa saya datang sana jumpa Naufal,” balas Chinta dengan nada perlahan.

“Bila? Tahun depan? Dua tahun akan datang? Atau lima tahun akan datang?” soal Nazri bertalu.

“Awak perli saya?” soal Chinta pula yang agak terasa dengan pertanyaan lelaki itu. Nazri tergelak kecil.

“Chinta, saya doakan yang terbaik untuk awak. Saya tak nak komen lebih tentang awak dan Adam. Dulu saya pernah buat silap pada awak. Tapi awak maafkan saya. Saya harap kali ni awak boleh maafkan Adam sama seperti awak maafkan saya,” katanya separuh memujuk. Chinta tersenyum sinis.

“Boleh tak saya kata yang awak dan Adam sama aje?” soalnya.

“Saya terima dengan hati terbuka. Apa pun awak nak kata, saya akan terima. Saya bersalah pada awak, Chinta,” balas Nazri dengan senyuman hambar. Chinta mengeluh perlahan.

“Saya dah lama maafkan Adam. Saya tak suka berdendam Nazri. Cukup lah dulu saya berdendam pada awak sehingga menyebabkan saya terpaksa menanggung akibatnya sekarang,” balasnya. Nazri hanya membisu mendengar kata-kata wanita itu.

“Saya nak buat kerja ni. Kirim salam Naufal. Selamat malam,” ucap Chinta sebelum menekan punat merah. Nazri yang tidak sempat membalas hanya menggeleng tersenyum.

                                  *****

Bella hanya memandang Adam yang sedang leka membaca buku di tangannya. Dia menghampiri lelaki itu lalu menrik kerusi yang ada di hadapannya. Adam tersenyum membalas pandangan isterinya itu.

“Sayang nak makan apa-apa?” soalnya. Bella menggeleng dengan senyuman.

“Semalam Chinta ada call. Dia sihat. Chinta kirim salam dengan abang,” beritahunya. Sebenarnya tidak ada pun Chinta menitipkan salam pada Adam. Namun dia sengaja berkata demikian untuk melihat reaksi suaminya itu.

“Waalaikumsalam,” jawab Adam yang kelihatan tenang.

“Bella minta maaf sebab asyik marah kat abang sebelum ni,” ucap Bella dengan perasaan bersalah. Sebelum Chinta kembali ke Sabah dia sering marah dan memaksa Adam untuk kembali pada Chinta. Pernah juga dia bermalam di rumah Delisya kerana tidak berpuas hati dengan suaminya. Dia masih belum lagi meminta maaf pada Adam atas kesilapannya itu. Kini dia sedar yang pilihan itu ada di tangan Adam. Bukan dia mahupun Delisya atau sesiapa. Adam dan Chinta yang membuat pilihan tersebut. Bella tersedar daripada lamunan apabila terasa jemarinya digenggam erat.

“Abang pun nak minta maaf. Maafkan abang kalau tak mampu berikan yang terbaik untuk Bella,” ucap Adam. Bella menggeleng.

“Abang dah buat yang terbaik,” katanya dengan senyuman. Adam ikut tersenyum.

                                *****

Ekram menepuk lembut bahu rakannya itu.

“Semuanya okay?” soalnya dengan perasaan ingin tahu. Sejak akhir-akhir ini dia sudah agak jarang bertemu dengan rakannya itu. Adam tersenyum.

“Aku okay aje. Kau tu yang asyik nak larikan diri daripada aku,” balasnya. Ekram tergelak kecil sambil menarik kerusi.

“Aku ada hak nak marah kau. Sebab aku adalah orang yang paling rapat dengan kau selepas isteri-isteri kau,” katanya separuh bergurau. Adam mengangguk. Memang dia setuju dengan sahabat baiknya itu. Hampir semunya dia kongsikan dengan Ekram. Lelaki itu jugalah yang banyak memberinya nasihat dan pendapat. Ekram merajuk dengannya kerana dia tidak mendengar nasihat lelaki itu untuk rujuk semula dengan Chinta.

“Aku minta maaf kalau aku dah buat silap,” ucapnya perlahan. Ekram menggeleng.

“Aku tak ambil hati pun,” balasnya.

“Makan tak ajak pun,” celah Farah yang sedang melangkah seiringan bersama Nazri menghampiri mereka.

“Duduk aje lah. Tak ada siapa nak larang,” balas Ekram separuh bergurau. Nazri dan Farah mengambil tempat di sebelah mereka.

“Adam, aku nak ambil kesempatan ni nak minta maaf dengan kau,” kata Nazri selepas pelayan menghidangkan makanan mereka. Adam agak terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Selepas dia berpisah dengan Chinta memang Nazri ada datang bertemu dengannya beberapa kali. Sama seperti Ekram, lelaki itu turut memujuknya untuk memikirkan semula keputusannya. Namun dia yang ego langsung tidak mendengar nasihat orang di sekelilingnya.

“Aku jujur nak hempuk kepala kau, Dam,” celah Farah tiba-tiba tanpa senyuman. Ekram tergelak kecil. Adam hanya tersenyum hambar.

“Terima kasih Naz sebab ikhlas nasihatkan aku hari tu. Kau tak ada salah apa-apa kat aku. Farah, I’m sorry,” ucapnya. Nazri mengangguk dengan senyuman. Farah turut mengangguk perlahan.

“Tak ada guna juga aku nak marah kau. Benda dah pun berlaku,” katanya sambil mencapai sudu. Ekram menarik nafas panjang sambil memandang wajah Adam. Reaksi tenang sahabatnya itu agak melegakannya. Mungkin mereka perlu beri ruang kepada lelaki itu. Berat mata memandang berat lagi beban Adam menanggungnya.

                                   *****

Chinta membiarkan angin lembut meniup wajahnya. Dia menarik nafas panjang. Lautan biru yang terbentang luas di hadapannya sangat menenangkan. Teringat semula perbualannya dengan Delisya sebentar tadi.

“Chinta masih sayangkan abang?” soal Delisya dengan perasaan berdebar. Dia sangat berharap dapat mendengar jawapan yang menggembirakan daripada wanita itu. Chinta terdiam mendengar soalan Delisya. Sebenarnya dia juga tidak tahu apa perasaanya pada lelaki itu saat ini.

“Rindu abang tak?” soal Delisya lagi apabila Chinta hanya membisu.

“Elis, aku tak nak fikirkan dulu perasaan aku sekarang ni. Aku tahu kau dan Bella masih tak berputus asa dan berharap aku akan kembali pada Adam. Aku hargai usaha kamu berdua. Tapi buat masa ni aku sendiri tak tahu Elis. Aku memang tak nak fikir pasal ni,” balasnya dalam nada lembut namun tegas. Kedengaran Delisya mengeluh berat.

Chinta melangkah perlahan menuju ke keretanya semula. Bukan mudah baginya untuk memberi peluang kedua.

Biar waktu yang menentukan…,

 

 

TAMAT


Previous: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.