Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,590
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 15

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 15)

Tak sangka juga yer, cek abang kita ni boleh menulis puisi, kalau tengok gaya macam tak boleh saja. Hehehe... Teringat puisi yang di bacanya tadi. Rasa seperti mahu mengulanginya sekali lagi.

“Liya, tak sedap ke abang masak hari ni?” soal Rayyan. Sakit hari ini, ada hikmahnya. Makan pun kena suap sebab Rayyan yang nak suapkan walaupun Aleeya sudah menghalangnya.. Pada hal bukan sakit tangan pun. Cek abang aku ni kalau marah macam nak telan Liya hidup-hidup, tetapi sebenarnya hati dia baik sangat.

“Belajar kat mana ni?!” uji Aleeya. Kalau setakat nasi goreng, bubur nasi tu boleh lah percaya tetapi hari ini lengkap dengan gulai sotong, ikan bakar lagi. Masak ke beli ni? Soal Aleeya di dalam diri. Rayyan tersengih.

“Papa ada, jadi boleh suruh papa tolong ajarkan!”

“Agak dah!”

“Mulai esok, Liya boleh lah bercuti yer, berehat kat rumah. Mungkin minggu nie papa masuk ke ofis semula!”

“Alhamdulillah. Liya memang nak minta cuti pun untuk sehari dua ni, tak larat lah,” ucapnya. LIya nak tinggal di rumah lah sehari dua. Kalau papa tak ada pun Liya memang nak mohon cuti juga.

“Sebagai bos kat situ abang benarkan isteri abang nie bercuti buat sementara waktu,”

“Terima kasih abang!”

“Nak tambah lagi ke?” soal Rayyan melihat Aleeya makan dengan selera sekali. Malah dia turut makan nasi yang sama. Selalu dah kongsi makan nasi, minum air satu gelas. Rayyan tak kisah tetapi Aleeya mengelak kalau di hadapan family masing-masing. Fikiran orang tua tak sama dengan fikiran kita yang moden ini kan? Tambahan lagi depan mak.

“Kenyang dah. Abang tinggalkan papa seorang diri?”

“Tak. Alvin ada dengan papa. Dia orang tengah makan juga!”

“Husna??”

“Husna tak nak datang walaupun Alvin dah ajak berkali-kali!”

“Liya nak turun lah, nak jumpa papa dan Alvin, tentu tak sopan Liya makan dalam bilik macam ni..” kata Aleeya. Lagipun dah kurang sakit kepala tu. Cuma sakit perut dan pinggang saja lagi. Tetapi dia boleh menahannya.

“Tak payah lah. Abang dah cakap kat papa Liya perlu berehat sebab..,” kata-kata Rayyan terhenti di situ. Rayyan tersenyum simpul.

“Sebab apa ni?” dari tadi aku tengok Rayyan nie perli sangat. Mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang aku.

“Liya pregnat kut!”

“Mengada-ngada lah abang ni!” sebuah cubitan singgah di lengan Rayyan.

“Hish, sakit lah!”

“Esok kita pi check mana tau Adam dan Ain nak dapat adik baru!”

“Liya tak pregnat lah. Cuma masuk angin saja tadi. Itu yang Liya muntah!” tegas Aleeya. Abang tahu lah sayang, Liya tu isteri abang. Abang bergurau saja. Hahaha...

“Abang mampu lah nak sara Liya dengan anak-anak...,”

“Jangan minta nak tambah anak lah. Adam dan Ain belum pun setahun..,” Tak kan aku mengandung pula. Anak baru 7 bulan, dah lekat pula ke?

“kata nak jadi suri rumah sepenuh masa, kalau anak bertambah, Liya tak payah bekerja. Jaga anak-anak di rumah!” Dua tak cukup ke? Mahu Aleeya menyoal tetapi kalau menyoal sahih perang lagi.

Melihat Rayyan mengangkat pinggan dan cawan yang digunakan tadi keluar. Hatinya sayu. Ayah tak pernah buat benda ini kat rumah pun. Kerana ini bukannya kerja ayah tetapi suami Liya, memang ringan tangan kalau Liya tak sihat. Setiap orang ada keistimewaan dan kelebihan serta kekurangan masing-masing lah, Liya. Jadi, jangan cari kesempurnaan pada diri Rayyan tu. Awak sendiri pun mempunyai banyak kekurangan diri sendiri lah.

Aleeya ke bilik sebelah, mahu melihat si kembarnya tetapi tiada. Suara riuh dan tangisan Ain terdengar di ruang tamu. Mesti bersama tiga orang lelaki itu. Terdengar juga suara papa sedang memujuk cucu-cucu kesayangannya. Tiba-tiba hati teringat kepada Fawwaz yang sepatutnya menjadi cucu sulong keluarga Rayyan. Semenjak Aleeya menglahirkan si kembar ini, khabar berita tentang Julia dan Fawwaz tak ada siapa pun tahu. Ke mana lah Julia membawa Fawwaz pergi. Bila fikirkan nasib Fawwaz hati terasa sebak kembali. Nama yang indah tetapi dimiliki oleh orang beragama kristian atau budhha. Namanya islam tetapi agamanya lain. Subhanallah, maha suci ALLAH, selamatkan lah Fawwaz biar pun di mana anak kecil itu berada.

Aleeya kembali semula ke biliknya. Tanpa izin dari Rayyan, Aleeya tidak boleh keluar dari bilik ini. Itu arahan seorang suami. Jadi Aleeya angkur dengan keputusan itu. Kembali mengurungkan diri, Aleeya menyambung semula membaca novel kegemarannya itu. Lama membaca, entah pukul berapa Aleeya terlelap semula. Bila sedar jam sudah pukul sebelas malam, itu pun kerana dikejutkan orang.

“Abang nak keluar dengan Alvin, Liya dah ok ke?” soal Rayyan sambil menatap wajah ayu isterinya. Aleeya mengangguk.

“Nak ke mana?”

“Ada hal sikit, tetapi sebelum tu papa nak jumpa Liya!” beritahu Rayyan. Tangan Aleeya digenggam erat.

“Sekarang ke?”

“Sekarang lah sebab papa nak bermalam di rumah Alvin malam ni. Liya boleh bangun tak?”

“Boleh, tapi abang temankan yer!” ujar Aleeya. Rayyan mengangguk. Aleeya ini terlalu menjaga diri. Hendak jumpa bapa mentua pun kena teman juga. Pada hal itu bapa mentua Liya lah, sama dengan ayah kat kampung juga.

Selepas membasuh muka dan menghias ala kadar, Aleeya mencapai tudungnya. Disarungkan ke kepala lalu mereka berpimpin tangan keluar menuju ke ruang tamu. Hanya ada papa saja. Alvin tidak kelihatan. Begitu juga dengan si kembarnya.

“Assalamualaikum papa!” ucap Aleeya. Dihampirinya papa dan Aleeya menghulurkan tangannya. Tangan papa diciumnya. Hubungan antara anak dan bapa tetapi Aleeya tetap perlukan Rayyan di sisi.

“Waalaikummussalam. Liya dah okey ke?” soal Papa. Aleeya duduk di sebelah suaminya. Anak yang patuh, taat kepada suami, agama dan ibu bapanya. Bertuah anak aku si Rayyan ni. Apa saja Rayyan lakukan Aleeya sabar saja. Kena marah depan keluarga pun, dia hanya mendiamkan diri. Perempuan seperti Aleeya sebenarnya susah hendak dapat. Bukan hendak bandingkan Aleeya dengan Husna, tetapi alangkah senang di hati, andainya Husna juga seperti Aleeya.

“Alhamdulillah dah okey papa. Papa sihat?”

“Sihat Liya!”

“Dengar kata Rayyan selalu marah Liya sejak dua mejak ini, betul ke?” pancing Tuan Mirzal. Rayyan yang cerita sendiri. Rayyan sejak dari kecil memang rapat dengan dirinya. Manakala Julia pula amat rapat dengan Puan Sarah. Berbeza dengan si bongsu yang sejak dari kecil kehilangan kasih sayang papa dan mama. Alvin itu sejak lahir tinggal dengan datuk dan nenek sebelah mama. Bila umur 12 tahun barulah tinggal dengan kami. Tetapi membawa haluan sendiri ketika umurnya 15 tahun kerana mama sendiri. Nasib Alvin memang malang sejak kecil lagi. Sekarang kena uji dengan keluarga mentua pula. Takut juga Alvin tidak tahan lalu membawa diri sekali lagi.

“Tak ada lah papa. Abang sayangkan Liya lah!” jawab Aleeya ikhlas. Tuan Mirzal tersenyum mendengarnya. Aleeya tidak akan sesekali mencemarkan maruah suaminya. Jadi rahsia mereka suami isteri Aleeya akan genggam sampai mati. Siapa yang tahu keluh kesah antara Rayyan dan Aleeya kerana apa pun terjadi Aleeya hanya akan meluahkan perasaannya kepada Rayyan saja. Bukan ayah dan mak di kampung. Bukan juga dengan keluarga mentuanya. Apatah lagi dengan teman rapatnya.

“Maaf kan papa, kerana masalah keluarga papa, Liya terpaksa menanggungnya. Alvin dah cerita kepada papa tentang apa yang Husna lakukan terhadap Liya..,” ucap Tuan Mirzal. Aleeya hilang kata-kata. Tak sangka papa akan berkata sebegini.

“Begitu juga dengan Ryan, papa minta maaf!”

“Tak ada apa-apa lah, papa. Apa pun terjadi saya akan melindungi Aleeya, papa!” lafaz Rayyan. Aleeya memandang wajah suaminya. Itu sudah Rayyan buktikan. Dulu dia mempertahankan Liya dari Mama Sarah. Sekarang abang juga akan mempertahankan Liya dari orang seperti Husna.

“Papa harap, apa pun terjadi, jangan lah sampai mengugatkan hubungan kalian berdua. Papa tahu Ryan kuat untuk menghadapi semua ini..,”

“Insya ALLAH, papa!”

“Liya, kalau ada apa-apa, beritahu papa, jangan segan atau malu. Papa akan tolong Liya yer. Jangan pedulikan kata-kata orang terutama kata-kata Husna dan ahli keluarganya. Papa akan tolong Alvin selesaikan masalah ini secepat mungkin!” pesan papa. Aleeya hanya mampu mengangguk.

Muncul Alvin dari bilik si kembarnya. Ada rupanya. Perbualan mereka bertiga terus berhenti.

“Jom!” ajak Alvin

“Abang keluar sekejap, nanti abang balik!” beritahu Rayyan sebaik melihat wajah Alvin.

“Lama tak?” soalnya bimbang. Tinggal sorang-sorang?? Sedangkan sejak ada baby dia tidak pernah berpisah dengan Rayyan. Mereka tidak pernah berenggang.

“Setengah jam abang balik lah. Jangan lah bimbang!”

“Liya takut!” Takut macam-macam sebab semua itu pernah berlaku ke atas dirinya

“Abang dah suruh pengawal abang jaga Liya dan anak-anak malam nih!” Tentu pengawal peribadi Rayyan yang selalu mengekori mama sarah.

“Okey lah, kalau macam tu!”

Rayyan tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepada Aleeya.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.