Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,209
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 1

PENGANTIN EKSPRES 2 – BAB 1

“Kau lah segalanya untukku...

Kau lah curahan hati ini..

Tak mungkin ku melupakanmu

Tiada lagi yang ku harap

Hanya kau seorang..,”

Aleeya menyanyi perlahan, tangan pula lincah sedang mop lantai di ruang dapur. Tidak sedar Rayyan sedang mendengar suaranya sambil tersenyum senang hati. Pejam celik, pejam celik, dah ada anak dua pun. Umur pun sudah nak masuk tujuh bulan. Kita baru lepas bersalin anak pertama lah tetapi kebetulan dapat anak kembar, jadi pertama kali bersalin, dah dapat sepasang lah. Lelaki dan perempuan. Macam tak percaya lah pulak, kita dah ada anak. Macam baru semalam kami berkahwin saja lah. He he he..,

“Kenapa, sayang?” soal Rayyan. Dekat ada anak nie, semakin sayang lah kat Liya!

“Abang tahu berapa lama kita dah kahwin?” soal Aleeya pula. Mop di angkat keluar dari bilik. Rayyan pula membuka peti sejuk, cari air untuk menghilangkan dahaganya sambil mengira usia perkahwinan mereka berdua. Hari ini Aleeya bercuti lagi, sejak ada baby nie, kerap sangat lah ambik cuti kecemasan. Orang pun asyik merungut lah dengan Aleeya sebab kerap sangat ponteng kerja. Kena ambil kena dengan aku nih.

“Lamanya abang fikir yer? Atau abang dah lupa tarikh perkahwinan kita?” sambung Aleeya lagi. Aku keluar masuk rumah, dia tak beri pun jawapan. Boleh kira ke tak nih?

“Kalau boleh jawab, abang dapat apa ni, sayang? Ciuman atau nak tambah anak lagi?” duga Rayyan. Amboi, senangnya cakap. Baru 7 bulan usia anak, dah nak tambah anak lagi ke? Tetapi cukup setahun memang aku nak tambah lagi pun, sebab usia kami adik beradik selang setahun saja. Mak di kampung suruh mengandung sekarang, ikut jejak langkah macam mak. Kata mak beranak siap-siap, berapa orang nak, lepas tu kerja besarkan dia orang saja. Mak lain lah, tak kerja, Liya ni ada kerja lah.

“Liya mengandung tu sembilan bulan lebih, sekarang baby baru usia 7 bulan. Abang dah cakap nak tambah anak lagi? Ingat Liya kilang ke apa ni?” kalau nak suruh Liya beranak ramai, abang beri Liya berhenti kerja nak?Gaji abang tu boleh tanggung Liya dengan anak-anak kan?

“Ha ha ha...” Terus disambarnya Aleeya yang sedang berjalan di hadapannya. Aleeya menutup mukanya dengan kedua belah tangannya supaya Rayyan tidak dapat menciumnya.

“Apa hal pulak ni?”

“Berapa lama kita kahwin pun abang dah tak ingat kan?”

“Penting sangat ke?”

“Yup!

“Abang tak kisah pun lah!” jawapan itu membuatkan Aleeya terus melepaskan tangannya dan membiarkan Rayyan melihat wajahnya yang masam itu. Lama mana kita kahwin pun abang boleh tak ingat. Abang ni memang lah! Marah Aleeya di dalam hati. Wajah yang manis sudah bertukar menjadi masam mencuka.

“Sayang sikit!” pinta Rayyan walaupun tahu hati Aleeya sedang marah kepadanya.

“Jangan harap lah!” balas Aleeya. Walaupun abang ada hak ke atas Liya tetapi kalau Liya tak benarkan, memang abang tak boleh buat apa-apa pun.

“Berdosa tu, sayang!” bisik Rayyan sambil terus berlalu kerana terdengar tangisan anaknya di dalam bilik.

Sakit hati pun kena masak juga sebab itu kan tugas dan tanggungjawab seorang isteri. Liya ni bukannya berani mana pun. Setakat marah dan merajuk tu pandai lah. Kalau nak mengamuk, nak memberontak memang tak lah, Liya memang tak pandai bab-bab macam tu.

“Tak payah lah masak, abang nak makan di luar dengan kawan-kawan!” beritahu Rayyan. Ler, sekarang baru nak cakap. Cakaplah awal-awal!

“Liya dah masak lah!”

“Masak apa?”

“Mee kari!”

“Okey juga tu, lepas abang balik nanti, baru abang makan!” Merajuk tak habis lagi lah tu. He he he..,

Rayyan menjemput kak siti untuk datang menjaga anak-anak kembarnya kerana mahu membawa Aleeya makan di luar. Anak-anak masih kecil sangat, jadi nak bawa keluar pun rasanya belum tiba masanya lagi. Lagipun nak pergi ini sekejap saja lah!

“Tak bersiap lagi?” tanya Rayyan yang sudah berpakaian kemas.

“Nak pergi mana? Bukan abang nak keluar dengan kawan-kawan abang ke?” tanya Aleeya kembali. Tadi tak cakap pun nak bawa Liya. Abang selalu macam nih?

“Yup, tetapi kena bawa isteri lah. Dia orang semua bawa isteri, tak kan abang tak bawa isteri abang!” jawab Rayyan.

Makan kat hotel saja, tetapi tak ada pun kawan-kawan abang. Yang ada cuma kami berdua saja. Pasang Lilin, dengar alunan muzik yang lembut. Rasanya abang kenakan Liya lah. Hati Aleeya kembali sejuk. Abang sengaja lah nak kenakan Liya hidup-hidup, tetapi sepanjang kami bertahun, cik abang liya ni memang suka buat kejutan untuk Liya pun.

“Abang apa semua ni?” tanya Aleeya apabila pelayan datang membawa sebiji kek. Hari lahir Liya lambat lagi lah. Begitu juga dengan hari lahir abang. Hari lahir Liya bulan Mei, hari lahir Rayyan bulan Disember.

“Kita kahwin 24 bulan 5 jam 45 saat!” jawab Rayyan, tersenyum lagi. Ha ha ha...

“Ooh..,” Lidah Aleeya jadi kelu. Sudah dua tahun kami berkahwin lah. Lapan bulan berkahwin baru mengandung, tahun pertama kami tak sambut pun ulang perkahwinan kami.

“Sorry, masa cukup setahun hari tu, tak sempat sambut ulang tahun perkahwinan kita, sebab waktu tu abang tengah alah,” Aleeya yang mengandung tetapi aku yang alah lebih. Pening kepala lah, muntah lah dan tak sempat fikir pun tentang ulang tahun perkahwinan kami.

“ha, ah, Liya pun tak sempat fikir lah!” waktu tu tengah mengandung, ada masalah dengan mama lagi, mana sempat nak fikir semua ini. Sekarang pun mama macam itu juga, tetapi kata Rayyan apa pun terjadi hidup perlu diteruskan.

“tahun ni kita sambut dua kali lah”

“tak nak lah. Liya tak penting tentang sambutan ni, yang penting abang ingat tarikh kita berkahwin!” ujar Aleeya, ditiupnya lilin, lalu dia membelah kek tersebut. Satu hirisan diambil lalu disuakan ke mulut Rayyan, yang selebihnya Aleeya masukkan ke mulutnya sendiri.

“Abang ingat semua lah, tentang tarikh perkahwinan kita, tentang Liya dan anak-anak, semuanya abang ingat, tetapi kesempatan waktu saja yang tak ada,” jelas Rayyan.

“Yer lah, abang kan sibuk!” Kebetulan mood cik abang kita tengah baik ni, boleh lah Liya cakap kut.

“Liya nak hadiah apa dari abang, cakaplah. Abang akan cuba tunaikan!” suara Rayyan. Ha, elok tu. Memang Liya tunggu peluang macam ini pun. Nak minta apa yer? Rumah?? Kereta?? Barang kemas??? Buat apa lah semua tu. Sebab semua itu dah ada pun.

“Cakap kat rumah lah, lagi elok kan?” kata Aleeya. Rayyan mengangguk. Sudah dua jam kat sini. Anak-anak bagaimana kat rumah? Tak pernah lagi buat macam ni kat mereka berdua. Kasihan kena tinggal dengan ibu dan papanya.

“Jom lah, abang nak tunjuk sesuatu kat Liya!” kata Rayyan. Apa lagi ni? Harap-harap adalah pentunjukkan bunga api kat langit ke? Tak pun ada tulisan, Liya, I Luv U kat udara ke, baru istimewakan? Liya ni berangan lah sejak berkahwin dengan Rayyan.

Sampai di kereta, Rayyan membuka belakang pintu kereta. Mula-mula sekali keluarkan sejambak bunga rose, selepas tu keluarkan tiga beg kertas. Satu ada sepasang baju dan tudung, satu lagi ada barang kemas dan satu lagi ada beg tangan yang berjenama, sebab kesnya tak tahu nak beli apa untuk dihadiahkan kepada Aleeya.

“Ini???”

“Ha, ah!”

“Semua ni??”

“Yup!”

“Abang lah, buat membazir saja lah!”

“Hmm..,” aku nie kata saja lah playboy, tetapi dengan Liya pun boleh tewas. Ini kan kesukaan semua perempuan. Perempuan mesti suka emas kan? Suka barang-barang berjenama tetapi bukan Aleeya lah!

“Abang ni kata saja lah playboy terkenal, tak kan hadiah macam ni kat Liya kut!” ujar Aleeya sambil ketawa.

“Liya, semua perempuan suka lah barang-barang macam ni?”

“Tu perempuan-perempuan bukan isteri abang lah!” aduh kecewanya hati abang dengar Liya cakap macam tu.

“Frust lah, sayang!” ha ha ha. Abang kenal pun erti frust yer. Buat Liya nak tergelak saja lah.

Playboy ini sudah banyak berubah kerana islam. Dia dah tinggal semua itu. Kalau nak keluar dengan perempuan lain, mesti bawa Aleeya. Atau pun dia pernah keluar dengan membawa anak-anaknya sekali. Dengar tangisan si kembar tu buat perempuan-perempuan yang nak pikat Rayyan pun tak jadi, tetapi perempuan mana lah yang ada peluang untuk memikat Rayyan, sebab asyik berkepit dengan Aleeya siang dan malam.

Tapi dia memang sayangkan LIya pun. Itu yang buat orang lain cemburu kat LIya dan dia. Bayangkan si playboy nie, yang egonya setinggi gunung himalaya berkahwin dan ada anak dengan perempuan kampung macam Liya saja. Mesti lah ada orang cemburu dan sakit hati. Betul tak? Tapi tak kisah lah semua itu, sebab antara kami memang saling percaya dan mempercayai. LIya tak pernah meragukan dia sebab Liya kenal siapa dia. Dia yang telah banyak berubah akan kehidupannya itu. Berubah ke arah kebaikan. Bukan senang tu..,

Walaupun dia selalu menyakat Liya, suka bergaduh dengan Liya tetapi dia sebenarnya seorang suami yang bertanggungjawab, kat isteri dia nih, dan kat permata hati kami, Mohammad Adam dan Nurul Ain. Dia sebenarnya suami dan ayah yang baik pun.

Aleeya hanya melihat Rayyan sedang menidurkan Ain selepas Aleeya menyusukannya. Sekarang giliran Adam pula menyusu. Adam kalau menyusu lambat sangat, sampai lenguh habis satu badan pun belum tentu boleh berhenti. Kes ini lah yang membuatkan Aleeya lambat tidur dan letih sangat nak bangun esok pagi. Kalau letih sangat memang Liya tak pergi kerja lah jawabnya.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.