Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,211
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 8

KAU CINTA AKHIR KU BAB 8

Niat asal mahu makan di luar malam ini dengan meninggalkan Adam dan Ain kepada ayah saudaranya, Alvin. Tetapi Adam tidak benarkan. Adam yang tidak ‘ngam’ dengan sesiapa pun kecuali Papa dan Ibunya. Meraung kuat apabila Alvin menyentuh badannya, kecuali Ain yang bermanja habis-habisan dengan Alvin.

“Siapa yang nak pujuk ni?” soal Alvin.

“Beri kepada abang kau, nanti berhenti lah menangis tu,” jawab Aleeya sambil tersenyum. Aleeya mendukung Ain lalu di bawa ke ruang tamu. Pakai cantik-cantik kononnya nak pergi ‘dating’ tetapi apa dah jadi sekarang?? Hahaha, idea Rayyan yang mahu membawa Aleeya keluar makan di luar, sedangkan Aleeya sudah berkeras tadi, kerana sudah tahu perangai Adam yang tidak mahu dengan sesiapa pun termasuk Alvin.

Lewat malam, Aleeya masih di jendela luar, menyaksikan keindahan malam anugerah ALLAH yang maha esa. Besarnya kurniaan ALLAH bila diteliti dengan hati dan akal fikiran apabila melihat bintang-bintang yang berkerlipan di langit. Tanpa apa sokongan pun, tiada tiang, tiada pelekat atau apa saja yang boleh membuatkan bintang-bintang itu tergantung di langit. Itu tandanya ALLAH maha berkuasa.

“Liya!” panggil Rayyan sambil merangkul bahu Aleeya yang sedang berdiri melihat keindahan malam.

“Nak tahu kenapa Liya marah tadi?”

“Abang memang nak dengar pun kenapa buah hati abang ni tarik muka masam tadi,”

“Liya tahu abang percayakan Liya, dan abang juga percayakan Alvin. Liya anggap Alvin macam adik sendiri, tetapi itu pandangan kita lah. Pandangan Husna dan orang lain bukan seperti apa yang kita fikirkan. Orang boleh berfikir macam-macam kalau melihat Liya dengan Alvin. Dan bukankah Liya juga berdosa kerana menyebabkan keadaan menjadi begitu. Liya tak nak berdosa kerana salah sangka orang terhadap Liya...,” jelas Aleeya. Rayyan memeluk erat bahu isterinya, lalu merangkul erat ke dadanya. Aku memang tidak salah memilih isteri. Kalau orang lain apakah masih berfikir seperti apa yang Aleeya fikirkan. Sekarang, orang sudah tidak peduli halal haram. Orang sudah tidak ingat hukum larangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi itu orang lain. Bukannya Aleeya.

Rayyan terdiam. Teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W bersama isterinya Aishah yang baru di bacanya sebentar tadi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman buat kita semua yang menjadi umat Islam.

Kisahnya begini...

Setiap kali nabi memulakan sesuatu ekspedisi peperangan, beliau akan membawa isterinya untuk menemaninya. Aishah terpilih untuk menemani nabi dalam ekspedisi peperangan terhadap Bani Mustaliq. Sewaktu pulang ke kota Madinah, rombongan nabi telah singgah di satu perhentian untuk berehat seketika pada waktu malam.

Aishah keluar dari kawasan khemah untuk membuang air. Ketika pulang semula ke kawasan khemah selepas membuang air, beliau mendapati rantainya hilang. Aishah berjalan semula ke tempat beliau membuang air untuk mencari rantainya. Setelah mencari untuk jangka masa panjang, rantai itu berjaya ditemuinya.

Apabila pulang semula ke kawasan khemah, rombongan nabi sudah beredar tanpa mengetahui Aishah tiada dalam rombongan mereka. Aishah tidak panik atau berasa takut kerana tahu rombongan itu akan kembali jika menyedari dirinya tiada dalam rombongan mereka. Beliau menyelimutkan dirinya lalu baring sambil menunggu rombongan nabi berpatah balik. Namun tiada siapa yang datang sehingga Aishah tertidur dengan nyenyak.

"Kasihan! Isteri nabi ditinggalkan seorang diri di sini." jerit Safwan bin Muatal yang lalu di kawasan Aishah sedang baring pada keesokan hari.

Aishah yang terkejut dengan jeritan itu bangkit dan menutup mukanya dengan selimut. Safwan membawa untanya lalu mendudukkannya sebelum beredar jauh dari Aishah. Safwan menarik unta yang ditunggang oleh Aishah dengan pantas menuju ke Kota Madinah. Kepantasan Safwan menarik unta itu menyebabkan Aishah tiba di kota Madinah tidak berapa lama selepas ketibaan rombongan nabi.

Abdullah bin Ubay, Mistah bin Athathah, Hassan dan Hamnah, sepupu Zainab binti Jahsy berpakat memfitnah Aishah bahawa beliau berlaku curang dengan Safwan. Khabar fitnah ini bertiup kencang di Kota Madinah sehingga tiba di cuping telinga nabi.

Ini lah dinamakan fitnah dan fitnah begini sepatutnya dielakkan kerana ini bisa mengugatkan rumah tangga kami. Walaupun tidak berlaku tetapi mulut manusia selalunya amat berbisa. Yang tidak berlaku sengaja diada-adakan sehingga merosakkan kerukunan rumah tangga kami pula nanti. Mulut dan mata manusia sebenarnya berbisa lah.

“Liya tak nak fitnah ini memakan diri Liya dan abang nanti. Orang boleh cakap apa saja kalau melihat Liya dan Alvin, sebab hubungan kami adalah antara adik ipar dan kakak ipar,” jelas Aleeya. Umpat keji ni minta simpan lah. Kadang-kadang bahaya juga tu.

“Abang percayakan Liya lah, dan adik abang tu!”

“Hmm, abang suka ambil remeh hal-hal macam ni, Liya tak suka lah. Abang memang lah tak kisah, tapi Husna? Adik beradik Husna tu macam mana?” ucap Aleeya. Rayyan membelai rambut isteri kesayangannya lalu mencium umbun kepala Aleeya.

Sebenarnya Rayyan mahu menduga hati Aleeya dengan persoalan ini. Agaknya apa reaksi Aleeya kalau isu ini aku bangkitkan malam ini? Mengamuk atau tenang saja?

“BIARLAH apa orang nak kata, asalkan Liya tak buat salah. Lagipun Alvin tu suami orang lah. Adik ipar Liya pula tu,” duga Rayyan sambil memandang wajah Aleeya. Spontan wajah Aleeya berubah dengan serta merta.

“Memang lah Liya tak salah, tetapi Liya akan dipersalahkan kerana menyebabkan rumah tangga Husna dan Alvin tidak tenteram,” suara Aleeya. Dia tak faham atau pura-pura tak faham nih? Gegar suara itu berada di dada Rayyan. Mahu saja Rayyan ketawa puas-puas ketika ini. Tetapi Rayyan menahannya. Ada orang mengamuk dah malam ini. Gamaknya aku kena tidur dengan anak-anak lah malam ini. Tetapi siapa suruh cari pasal kan??
“Liya tak ada kaitan lah dalam rumah tangga Alvin dan Husna tu..,” sambung Rayyan lagi. Husna tu tak pasal-pasal nak cari penyakit. Terlalu mengikut perasaan barangkali. Ataupun terlalu ikut kata-kata ahli keluarganya sendiri. Hidup sebagai suami dan isteri nie kena saling mempercayailah. Bukannya saling meragui. Mujurlah Aleeya bukan perempuan seperti Husna. Malah tak pandang pun kemewahan yang aku miliki. Itu yang susahnya, sebab tidak boleh ditaburi dengan kemewahan untuk memujuk hati Aleeya.

“Liya tak mahu difitnah orang. Boleh tak kalau abang ada di sisi Liya setiap kali Alvin ada bersama?” tegas suara Aleeya memecah keheningan malam. Aleeya mahu dilindungi oleh Rayyan setiap saat. Asalkan ada Rayyan di sisi, Aleeya rela meredah segala rintangan bersama Rayyan. Bukan dengan orang lain.

“Liya ni macam tu pun ambil kisah dan peduli sedangkan itu hanya hal remeh temeh saja lah. Bukan persoalan berat pun. Biarlah apa orang nak kata asalkan kita tahu akan kebenarannya sudah lah,” ujar Rayyan cuba mainkan perasaan Aleeya yang sudah terasa hati dengan sikap Rayyan. Aleeya mahu menarik diri dari pelukan suaminya tetapi Rayyan semakin memeluk erat dan kemas. Ha, kan dah tak boleh nak elak lagi. Sebenarnya nak cakap, untung ooo ada isteri, boleh peluk isteri selalu. Sesiapa yang ada isteri tu, balik peluk isteri sendiri, pahala pun dapat, dari berkepit dengan perempuan yang bukan isteri kita. Apa pun tak dapat, dosa adalah yang dapat pun. Dulu, dah banyak dosa aku buat, sebab asyik berkepit dengan anak dara orang, sekarang dah ada isteri, dah faham hukum halal haram sebagai orang islam. Jadi, tak nak ulang perkara macam tu lagi. Rugiii..,

“Abang sengaja cari pasal dengan Liya kan?” kata tadi acara pujuk memujuk. Acara mahu mendengar luahan hati Liya, bukannya mahu bertengkar atau menduga perasaan masing-masing. Tetapi sekarang tengok apa abang buat kat Liya?? Nak tengok Liya menangis kut. Setiap kali kalah bertengkar dengannya, Liya mesti menangis. Air mata murah sangat kalau di hadapan suami kesayangannya ini. Hehehe..

“Kahwin dah bertahun. Anak pun dah ada dua. Tapi Liya masih tak faham siapa abang!” Waw, Liya pula salah. Abang yang pandai-pandai karang ayat tadi, sekarang tuduh Liya pula tak memahami diri abang? Kenapa lah rumah tangga kami tak seperti ayah dan mak kat kampung. Ayah tak pernah bergaduh dengan mak pun. Liya, hari-hari ada saja tak kena. Tapi itu lah yang membuatkan kami bahagia. Aleeya tersenyum semula.

“Ni kenapa pula? Bukan tengah marah ke?” soal Rayyan apabila melihat senyuman manis sudah terukir di wajah isterinya.

“Hehehe..,”

“Liya..,”

“Apa???” jerit Aleeya. Biar lah dia pula yang merasa.

“Ooo.. dah pandai menjerit sekarang...,”

“Buang masa bergaduh dengan abang..,”

“Tapi abang suka..,”

Suka tengok mata Liya yang bulat itu.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.