Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,212
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 3

KAU CINTA AKHIR KU BAB 3

“AYAH, LIYA TU MACAM MANA?” soal Rayyan kepada Haji Mohsin di suatu petang. Selesai kerja di ofis, dia terus menelefon ayah di kampung. Ayah kan pakar rujuk! Kahwin dah lama, tapi belum kenal pasangan lagi ke, Rayyan? Bukan belum kenal, tetapi sikap Liya nie, buat abang sakit jiwa lah, sayang.

“Tegas, degil dan pantang dicabar. Tapi itu dulu lah Rayyan, sebelum dia berkahwin dengan kau. Sekarang dia banyak berubah kerana kau!” dia banyak ikut perangai seperti lelaki kerana dikelilingi oleh abang-abangnya. Bayangkan dia seorang saja anak perempuan, adik perempuan, yang lain semuanya lelaki dalam keluarga aku. Dan pastinya Aleeya dipengaruhi oleh abang-abangnya.

“Maksub ayah, apa? Saya tak faham lah!”

“Setakat lawan tumbuk dengan abang sendiri tu perkara biasa lah si liya tu..,”

“Hahahaha..,” elok lah tu.

Jawabnya Liya kena tolong abang lah selepas ini.

“Kenapa tanya pasal zaman silam Liya ni, rayyan?” soal Haji Mohsin kembali. Lalu dia menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya. Papa sudah tidak mahu masuk campur dalam hal ini. Biar saja anak sulong lelakinya menyelesaikan semua masalah. Terserah kepada Rayyan kata papa. Tetapi, pening kepala juga lah.

“Takut Liya lah tak mahu nanti!” balas Haji Mohsin selepas selesai Rayyan bercerita. Siapa sangka semua ini akan terjadi. Dulu, masalah dengan ahli keluarganya saja, tetapi sekarang sudah lain cerita.

“Memang Liya tak mahu pun ayah. Tetapi kebetulan dia berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak kat rumah!”

“Jadi juga Liya berhenti kerja, Rayyan?”

“Dah, berhenti pun, baru cakap dengan saya. Ayah tahu tentang hal ini?”

“Dia ada cakap dengan mak kau tempoh hari, katanya nak berhenti sebab si kembar kamu tu lah!”

“Dah berhenti lah ayah semalam!”

“Ha, kalau kamu nak kenal itu lah perangai sebenarnya si Liya tu. Takut ayah tak benarkan, takut kamu tak izinkan, dia berhenti terlebih dahulu. Cakap kat dia berdosa, buat kerja tanpa izin suami,” ujar ayah hanya disambut ketawa kecil dari Rayyan. Beri lah Liya kelonggaran, ayah. Sebab bila fikirkan ada hikmah juga Liya berhenti, boleh lah Liya tolong saya di ofis nanti.

Kena bijak pujuk Liya nih. Ada Liya kat ofis tentu rasa tenang dan damai. Boleh lihat wajah Liya yang comel itu, tentu boleh mencetus semangat kat aku. Lagi pun aku memang perlu kan Liya saat-saat macam nih. Lagipun dia hanya bantu kerja-kerja aku saja. Bukan nak suruh buat kerja teruk pun. Aku akan ringankan tugas-tugasnya itu. Dan dia boleh masuk kerja ikut suka hati dia saja lah. Lagipun kalau dia nak cuti, siapa nak bising kat dia, sebab dia kerja dengan suaminya sendiri.

“Ok lah ayah, terima kasih yer!”

“sama-sama!”

Mujurlah ada bapa mentua yang memahami. Alhamdulillah, ayah banyak membantu dan mendorong. Lagi pun ayah memang berbeza tidak seperti ayah-ayah orang lain. Syukur lah kerana aku dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Ini adalah anugerah untuk diriku.

Pagi ini, dia sengaja masuk lewat ke ofis kerana mahu memujuk Aleeya. Nampak mood okey saja tidak seperti semalam. Semalam muka pun tak ceria. Hari ni dah okey.

“Abang bayar gaji yang mahal kat liya, nak?” kata Rayyan sambil mengambil gelas berisi jus oren. Roti sandwich di atas meja turut dicapainya.

“Tak nak!” Gaji aku di syarikat Datuk Hamid pun mahal juga lah.

“Tolong abang saja lah, bukan buat kerja teruk pun!” rayu Rayyan lagi. Perlu sangat bantuan Aleeya kat ofis tu.

“Tak nak!” jawab Aleeya. Abang ni tak tengok ke Liya dah bersiap lah nak pergi ofis. Kerja saja lah, kalau lawan cakap pun Liya bukannya boleh menang. Lagi pun ada Akma dan Puteri Shima kat ofis tu, ada geng ni. Boleh lah, tahan saja lah hati, sebab ada kawan-kawan.

“Liya ni susah lah, abang minta tolong pun, tak nak tolong!” marah Rayyan. Ha ha ha.. pujuk apa macam tu, pastu bila dah tak makan pujuk, marah pulak. Rayyan berjalan keluar selepas selesai menjamah roti sandwich.

“Jomlah, nanti lewat pula masuk ofis!” ajak Aleeya sambil memegang lengan suaminya.

“Hah??”

“Liya dah bersiap lah, tak kan lah Liya nak duduk kat rumah kalau dah pakai macam ni,” anak-anak tak ambil lagi lah!

“Kejap, abang nak ambil anak-anak!” Dua-dua kena naik ke atas untuk mengambil Adam dan Ain.

“Pujukan abang tu tak jalan lah. Liya buat nie untuk anak-anak tau tak?” sengaja Aleeya berkata begitu. Untuk anak-anak apanya, untuk suami lah ni. Rayyan mengucapkan syukur dalam hati. Betul lah kata ayah, Liya dah banyak berubah. Sedangkan dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk memujuk isterinya tadi.

“Liya isteri, macam mana pun, syurga tetap kat suami. Jadi, Liya kena taat lah!” nak boleh buat apa? Bukan tak kenal suami sendiri? Rayyan degilnya nombor satu, kalau nombor dua, atau tiga, boleh juga buat-buat tidak suka. Ini Rayyan, lagi tak dapat, lagi tak memilikinya, lagi itu lah dia akan terus berusaha dan tidak mengalah.

Walaupun usia perkahwinan kami masih awal, baru dua tahun, tetapi dah kenal sangat.

“Tau pun!” nanti semua selesai, abang benarkan Liya berhenti kerja dengan abang. Sekarang, memang abang perlukan Liya kat situ.

Aku kena tebalkan muka lah jawabnya. Semalam beria-ia beritahu tak akan bekerja dengan Rayyan, apabila Datuk Hamid dan kawan-kawan sibuk bertanya aku kenapa berhenti bekerja? Semua orang sudah syak aku mahu bekerja dengan Rayyan, tetapi aku menafikannya. Alih-alih, hari ini aku ke ofis Rayyan juga. Jadi, sah lah kata-kata dia orang. Malunya. Tetapi cik abang aku ini beria benar nak aku bekerja dengannya. Dah puas merajuk, tetapi terpaksa juga mengalah. Ikut kata hati, bekerja saja lah dengan dia. Itu saja yang ada dalam hati sekarang.

“Tetapi dengan syarat abang jangan buli Liya!” katanya sambil menepuk lembut bahu Adam. Ain sudah terlena di belakang. Mujurlah tak buat perangai hari ini. Selalunya boleh tahan juga, kalau pagi-pagi macam ni.

“Buli??? Selama ini abang buli Liya ke?” soal Rayyan kembali. Liya nie bukan saja boleh jadi isteri abang, tetapi boleh jadi kawan baik abang dan kekasih hati abang. Apa salahnya cari pasal dengan Liya, Liya kan isteri abang.. Hahahaha...

“Liya kenal siapa suami Liya,” Eleh, macam lah Liya tak kenal abang tu macam mana, jangan di ofis ni jadi satu isu antara kita sudah lah. Liya tak nak semua tu.

“Ler, ingatkan tak kenal lagi siapa abang?” usik Rayyan. Aleeya menjeling manja. Sebab kenal lah yang Liya tak nak kerja dengan abang ni..,

“Abangg...”

“Apa??”

“Serius lah!”

“Hahaha.. tengok keadaan lah, sayang!”

Syarikat Rayyan ni punya banyak kelebihan, sebab syarikat memang sudah sediakan tempat asuhan anak-anak. Jadi staf yang bekerja di situ, boleh hantar anak kat situ. Bersebelahan dengan ofis saja. Lagi pun selama ini Adam dan Ain memang diletakkan di situ. Dan Aleeya akan menjenguk anak-anaknya di waktu rehat saja. Kerana Aleeya faham tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja. Jangan ambil mudah atau ambil kesempatan pula.

“Bilik Liya sebelah bilik abang!” beritahu Rayyan sebelum mereka berpecah apabila Rayyan melihat Rina sudah datang menyambut Timbalan Pengarah syarikat. Dia ada hal pagi ni. Lagipun segala arahan sudah diberikan kepada Rina sebaik saja Aleeya menjejakkan kaki di ofisnya.

“Alhamdulillah. Lega nampak wajah Puan Aleeya di sini!” ujar Rina, gembira dengan kedatangan Aleeya. Aleeya hanya tersenyum.

“Ada cerita yang tidak enak sudah berlaku di sini. Apa kata kita berbual panjang di bilik Puan saja!” sambung Rina lagi memberikan rasa getar di jiwa Aleeya.

Cerita tidak enak?? Apa dah berlaku sebenarnya ni? Hati tiba-tiba menjadi cemas. Ada apa-apa tak kena ke dengan suami aku ke? Tak sabar nak dengar, tetapi kena berlagak profesional, sebab Liya sudah pegang jawatan yang besar dan tinggi sekarang. Bukan calang-calang jawatan tu, ‘Timbalan Pengarah’lagi. Abang memang nak kenakan Liya rasanya nih.

Aduhai sedih apabila mendengar cerita tersebut. Bukan kerana cerita cek abang liya tetapi kerana Alvin, yang memasuki agama islam kerana ingin berkahwin dengan Husna dulu. Alvin yang tiada pegangan agama, lalu memilih islam, untuk berkahwin dengan gadis pilihan hati. Sepatutnya Alvin tidak perlu melalui semua ini, kerana jiwanya masih lemah tentang islam. Apa pesepsi dia tentang islam nanti?

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.